kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Cari Blog Ini
Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56
Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54
Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...
Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..
Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!
Ahad, 6 Disember 2009
Mata Panah Dalam Tubuh Rafi' Bin Khadij...
Dengan Nama Allah SWT....
Saudara2ku yang dikasihi,
Ini adalah kisah seorang sahabat Rasulullah saaw yang sanggup menanggung kesakitan di tubuhnya, bukannya sebulan dua, tapi bertahun2 lamanya sehinggalah ke akhir hayatnya. Kesanggupannya dalam menanggung kesakitan yang sedemikian rupa adalah kerana dia memiliki keyakinan yang jitu terhadap janji2 Allah dan rasulNya...
Yahya bin Abdul Hamid meriwayatkan dari datuknya bahawa Rafi' bin Khadij ra pernah terkena panah dalam perang Uhud atau dalam perang Hunain.
Kata Rafi' bin Khadij ra kepada Rasulullah saaw, "Ya Rasulullah, tolong cabutkan anak panah yang menancap dalam tubuh saya ini."
Rasulullah saaw menjawabnya, "Wahai Rafi', yang mana kamu inginkan, adakah panah beserta mata panahnya ataukah panahnya saja? Apabila yang kamu inginkan hanya panahnya saja dan membiarkan mata panahnya, maka pada hari kiamat nanti, mata panah tersebut akan memberi kesaksian bahawa kamu adalah seorang yang syahid."
Mendengar hal itu, Rafi' bin Khadij ra menjawab, "Cabutlah panahnya saja dan biarkan mata panahnya agar jadi saksi bagi saya pada hari kiamat bahawa saya gugur sebagai syahid."
Maka Rasulullah saaw melaksanakan permintaannya. Selanjutnya Rafi' bin Khadij ra hidup hingga zaman khalifah Mu'awiyah ra. Luka bekas panah itu membusuk dan dia meninggal dunia selepas waktu Ashar....
Sebahagian riwayat mengatakan bahawa Rafi' bin Khadij ra meninggal setelah zaman khalifah Mu'awiyah.
Demikian disebutkan sebagaimana tertulis dalam kitab al Ishabah jilid I halaman 496.
Maha Suci Allah SWT...!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KATAKUNCI
Aku dan Alam Maya
Asyura
Bacaan Al Quran
Badang
Baitul Mal
Biodata
Bumi
Fitnah Dajjal
Gaya hidup
Google Map
Iblis
Iklan
Isu semasa
Jihad
Jin
Karbala
Keagamaan
Kenangan lalu
Marikh
Maruah bangsa dan agama
Mudah Alih
Pelacur
Penghuni Gua
Peperangan
Peristiwa Dunia
Permohonan Doa
Perniagaan
Persahabatan
Perumpamaan
Puisi
Reformasi
Renung2kan dan Fikir2kanlah
Sarkastik
Sastera
Satira
Sejarah
Seloka dan Jenaka
Sri Bayu
Tazkirah
Ultraman
Yesus
ancaman
api neraka
bangkit dari kubur
bersih
boroi
cermin
dakwah dan tabligh
damai
gempa bumi
gerhana
gua Hirak
hadis rasulullah
hari kiamat
hikayat
hospital
ka'abah
kasih sayang
keluar
kena tampar
kenangan
kerajaan langit
kerja
kerohanian dan kepercayaan
khilafah
kisah dan tauladan
konspirasi
konspirasi dajjal
kuning
kurma
kyai
lagenda atau mitos
majlis
malaikat maut
masjid
matahari
mati
melayu
minuman kesihatan
misteri alam maya
pemimpin ummat
penemuan
perjuangan
persatuan umat
politik
rahmat
raja
redho
rumah
sahabat
selesai
sembahyang atau sholat
sembelih
sungai
sunnah nabi
syukur
syurga
ta'alim
takdir
tarawih
teknologi
tongkat
tudung
wirawati
zikir mengingati Allah SWT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..