Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Memaparkan catatan dengan label sunnah nabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sunnah nabi. Papar semua catatan

Selasa, 16 November 2010

Sembelihan Islam cara Terbaik!

Dengan Nama Allah SWT..





Assalamu'alaikum,

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah SWT.. Ini adalah kiriman khas menyambut hari kebesaran Islam seluruh dunia, salam Aidhul Adha kepada semua umat islam.. Bersyukurlah kita pada hari ini kerana Allah SWT masih memberikan nikmatNya pada kita semua. Hari ini adalah hariraya Korban, kita menyambutnya sebagai mengingati pengorbanan kedua nabi besar yang dikurniakan Allah SWT nikmat yang besar juga. Mereka ialah Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as.. Kisah mereka berdua ada aku kirimkan pada artikel belajarlah dari keluarga Ibrahim jika punya masa boleh baca lagi.


Dalam artikel kali ini aku petik dari akhbar Berita Harian, artikel tahun 2006 yang lalu. Bicara kali ini adalah berkenaan dengan cara penyembelihan yang cukup unik dan terbaik diantara cara-cara penyembelihan agama lain. Aku minta maaf kerana tiada rujukan link ke Berita Harian, aku dah cari2 di arkibnya tapi tak jumpa la pulak...






Sains bukti sembelihan Islam kaedah terbaik

Oleh Meor Hisham Zulkifli



Umat Islam akan menyambut Aidiladha esok ketika masyarakat bukan Islam di Barat terus mempersoalkan mengapa Islam membenarkan perbuatan kejam dan ganas terhadap haiwan.


Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.

Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.


Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.


Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.?(Tafsir al-Rahman, Jakim).


Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.

Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman.

Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing? menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.


Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.

Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.

Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang,
menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.


Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.

Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&;M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.


Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.


Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.

Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.

Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.

Jiika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,?kata Aisha dalam kajiannya.


Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.









**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Khamis, 20 Ogos 2009

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita..

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita...

- pintu marah

- cinta dunia

- kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)

- suka berangan angan kosong

- tamak

- bakhil

- suka pada pujian

- riak atau sombong

- ujub (merasa kagum)/takbur

- takut dan gelisah

- buruk sangka

- memandang rendah pada orang lain

- suka akan dosa

- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"

- putus asa daripada rahmat "ALLAH"



15 Senjata Memerangi Syaitan....


- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)

- Banyakkan berzikir

- Banyakan Beristigfar

- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"

- Jangan tidur berseorangan

- Baca doa pagi dan petang

- Bersugi

- Melaksanakan solat jemaah

- Berwudhuk sebelum tidur

- menutup aurat

- Membaca doa masuk tandas.

- Banyak berselawat pada hati

- Bertaubat, beristighfar

- Banyakan baca Al-Quran

- Membaca surah Yassin setiap pagi



Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan...


- Rumah yang bersih dari kotoran

- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah

- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)

- Penghuninya jujur dan tidak berdusta

- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)

- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)

- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Ahad, 5 Julai 2009

40 Pesanan dari Rasulullah saaw..

5hb Julai 2009...


Assalamu Alaikum,


Dengan Nama Allah SWT,


Ijtimak Malaysia 2009 akan bermula pada 9,10,11 & 12 Julai 2009 bertempat di Kuarters KLIA, Nilai.

Ini adalah satu perhimpunan atas maksud menegakkan kalimah Allah SWT di atas mukabumi ini..

Semua Muslimin dijemput hadir.

Semoga dengan ijtimak ini, jemaah2 akan dapat dihantar keseluruh dunia.. Ameenn..



Saudara2ku yang dikasihi, ini adalah posting saya yang terakhir, selepas ini blog ini tidak akan dikemas kini dalam masa yang agak lama. Jadi sebagai penutup, izinkan saya untuk memperturunkan sebuah hadis yang terkandung didalamnya 40 pesanan yang seharusnya kita umat islam beramal dengannya. Seandainya semua yang bergelar muslim dapat menunaikan semua pesanan yang telah Rasul sampaikan kepada kita ini, insyaAllah, pastinya suasana yang kita bakal harungi, bukanlah sebagaimana yang kita sedang hadapi sekarang ini, sebaliknya suasana bayangan syurgalah yang sedang kita kecapi... Sekiranya kita semua inginkan ianya benar2 terjadi, marilah kita sama2 berazam untuk belajar2 beramal dengan segala pesanan2 Rasul berikut ini;

Salman ra, telah meriwayatkan bahawa dia telah bertanya kepada Rasulullah saaw tentang empat puluh hadis mengenainya dan baginda mengatakan bahawa barangsiapa dari umatnya yang menghafalkannya akan memasuki syurga. Rasulullah saaw bersabda: Engkau hendaklah percaya:

1. Kepada Allah yakni diri-Nya dan yang berkaitan dengan-Nya,

2. Hari Kiamat,

3. Para Malaikat,

4. Kitab-kitab yang terdahulu,

5. Semua Para Nabi,

6. Kebangkitan selepas mati,

7. Takdir yakni segala yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah,

8. Engkau mengaku bahawa Tiada yang layak disembah Melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh-Nya,

9. Bahawa pada ketika setiap sholat, engkau dirikannya tepat pada waktunya setelah mengambil wuduk dengan sempurna,

10. Bayarlah Zakat,

11. Puasa pada bulan Ramadhan,

12. Mengerjakan Haji jikalau engkau ada kemampuan,

13. Engkau hendaklah mengerjakan dua belas rakaat sholat Muakkad setiap hari. ( dua rakaat sebeluh subuh, empat rakaat sebelum dan dua rakaat sesudah zohor, dua rakaat selepas magrib dan dua rakaat selepas isyak),

14. Engkau janganlah terlepas sholat witir pada waktu malam,

15. Engkau janganlah menyegutukan sesuatu dengan Allah,

16. Engkau janganlah mendurhakai kedua ibubapamu,

17. Engkau janganlah memakan harta anak yatim secara tidak adil (maksudnya tidak salah memakan harta anak yatim dengan mengikut peraturan yang sah dalam keadaan2 tertentu),

18. Engkau janganlah minum minuman keras,

19. Engkau janganlah melakukan zina,

20. Engkau janganlah bersumpah palsu,

21. Engkau jangalah memberi bukti palsu,

22. Engkau janganlah menurut nafsu haiwanmu,

23. Engkau janganlah mengumpat saudara muslimmu,

24. Engkau janganlah membuat dakwaan palsu terhadap perempuan/lelaki yang suci,

25. Engkau janganlah ada perasaan yang jahat terhadap saudara seislammu,

26. Engkau janganlah habiskan masamu dengan kesia-siaan,

27. Engkau janganlah bergaul dengan mereka yang menghabiskan masa dengan kesia-siaan,

28. Engkau janganlah memanggil temanmu dengan gelaran yang tidak disukainya,

29. Engkau janganlah berjenaka dengan menjadikan orang lain sebagai bahan jenakamu,

30. Engkau jangan membuat fitnah terhadap orang islam yang lain,

31. Engkau hendaklah bersyukur kepada Allah SWT diatas segala nikmatnya,

32. Engkau hendaklah tetap berdiri teguh (istiqamah) didalam menghadapi kepayahan dan malapetaka,

33. Engkau janganlah memandang remeh temeh terhadap azab Allah SWT. (Sesungguhnya azab-Nya itu amatlah berat...!),

34. Engkau janganlah memutuskan tali persaudaraan dengan keluargamu,


35. Engkau mestilah menunaikan kewajibanmu terhadap keluargamu,


36. Engkau jangan sekali2 mengutuk mana2 makhluk Allah,


37. Engkau hendaklah sentiasa mengingati dan memuji2 Allah SWT dengan mengucap; Subhanallahi walhamdulillahi walailahaillallahu wallahuakhbar...,


38. Engkau janganlah terlepas dari bersholat Jumaat dan sholat hariraya,


39. Engkau hendaklah percaya bahawa apa saja yang baik dan buruk yang menimpai engkau adalah telah ditakdirkan dan tidak dapat dielakkan, dan juga apa saja yang engkau tertinggal engkau telah ditakdirkan-Nya untuk melakukannya dan


40. Engkau jangan tinggalkan bacaan Al-Quran walau apa keadaan menimpa dirimu.



Salman ra berkata bahawa dia telah bertanya Rasulullah saaw, "apakah ganjaran orang2 yang telah menghafal hadis ini?" Rasulullah telah bersabda, "Allah SWT akan membangkitkan orang2 ini dikalangan para nabi dan ulama"




Demikianlah. Semoga Allah SWT melalui Rahmat dan limpah kurnia-Nya, mengampunkan segala dosa2 kita dan memasukkan kita dikalangan hamba2Nya yang taat. Ameenn..



Wallahu alam. Wassalam..



Taip bahagian pos selebihnya di sini

Jumaat, 26 Jun 2009

Bergerak untuk Berkerja Keseluruh Dunia...



Salam Alaikum,








Dengan Nama Allah SWT...











Saudara2ku yang dikasihi,





Tidak berapa lama lagi maka akan tibalah harinya buat umat islam berkumpul hanya atas satu maksud yang besar yakni hendak menegakkan Kalimah Allah ke seluruh muka bumi ini.. Maksud ini hanya akan dapat dicapai apabila jemaah2 dapat dikeluarkan dan bergerak ke setiap pelusuk dunia ini.. Begitulah yang kita semua harap2kan..





Ijtimak ini bukanlah semata2 hendak menghimpunkan manusia sebanyak2nya di tempat perhimpunan itu. Tujuan sebenarnya adalah hendak mengeluarkan sebanyak-banyak jemaah untuk dihantar keseluruh negara2 yang wujud di dunia ini. Untuk merealisasikan perkara ini maka beberapa persiapan sebelum perhimpunan ini hendaklah disempurnakan.





1. Setiap orang islam perlu menyempurnakan agama dalam kehidupannya. Hari ini tatacara kehidupan islam hanya tinggal dalam buku saja. Marilah kita mulakan dari dalam diri kita sendiri, menyebarkannya ke seisi rumah kita, ke rakan2 yang kita sering bergurau senda, untuk mengamalkan sunnah kehidupan Rasulullah saaw..





2. Hidupkan masjid dengan 5 amalan yakni mesyuarat harian, ta'alim, dakwah khusus, ziarah umum dan jemaah 3 hari sempurna. Kunjungilah setiap rumah untuk menyampaikan kepada setiap lelaki agar semua mereka bersedia untuk memberikan harta, masa dan diri mereka ke jalan Allah SWT.. Membicarakan kepada setiap lelaki disetiap rumah untuk mereka bersedia menghidupkan amalan agama yang sempurna didalam keluarga mereka..





3. Kunjungan khas ke rakan2 seusaha, buat mereka yang sedia aktif supaya dapat menambahkan pengorbanan dijalan Allah SWT. Membangkitkan kembali semangat mereka yang kurang aktif agar kembali aktif semula. Dan mengajak orang2 yang belum pernah terlibat untuk berkerja bersama dalam menghidupkan 5 amalan masjid ini..





4. Seterusnya kita bergerak ke masjid atau surau di kariah persekitaran tempat kita. Membantu mereka untuk menghidupkan 5 amalan masjid. Bukan setakat itu saja, rombongan jemaah juga boleh dihantar kekawasan perumahan yang masih tidak ada surau atau tempat beribadah, untuk menyampaikan kepada mereka perkara penting ini, yakni menyempurnakan amalan agama dalam kehidupan seharian umat islam ini dan mengajak mereka bersama2 dalam menegakkan kalimah Allah SWT diseluruh pelusuk muka bumi ini..








Saudara2ku sekelian,








Dakwah bukanlah tugas bersendirian semata, ianya akan jadi lebih kuat dan mantap apabila dikerjakan secara berjemaah. Dan ianya bertambah2 kukuh apabila digerakkan dengan pengorbanan harta, masa dan jiwa. Jika umat Islam semuanya bergerak menjalankan kerja dakwah ini, maka wujudlah KESEMPURNAAN agama dalam kehidupan seluruh masyarakat islam di seluruh dunia. Jika tidak, umat islam akan terus dibayangi kelemahan dan panjang angan2, masa akan jadi sia2, harta jadi alat kemaksiatan, pemerintah akan terus menzalimi..





Seorang pendakwah yang berkerja bersama jemaah, kuatlah jiwanya, tidak mudah luntur dek suasana yang penuh kelalaian, hasutan kejahatan dan ancaman musuh. Seorang sahabat Nabi pernah dirayu agar meninggalkan agama Islam dengan mendapat tawaran sebuah kerajaan, pernah diancam bunuh, pernah diseksa dan dihina, namun kekuatan jiwa agama mereka tetap teguh. Inilah hasil kerja dakwah mereka bersama-sama Rasulullah saaw..





Allah SWT telah berfirman; “Siapa yang lebih baik perkataanya (yang lebih baik agamanya) dari orang yang menyeru kepada Allah SWT dan beramal soleh”. Disini diterangkan bahawa agama terbaik hanya terwujud dengan menyatukan dakwah dan ibadah. Ayat diatas sebenarnya bukanlah sekadar suatu pertanyaan, tetapi ianya merupakan suatu penjelasan atau penegasan bahawa dakwah itu adalah satu-satunya jalan untuk mendapatkan agama yang terbaik.





Seorang yang berdakwah itu telah membuatkan dirinya bangkit keghairahan untuk berusaha dengan kesungguhan hatinya buat menyempurnakan amalan agama dalam dirinya sendiri. Dakwah itu menjadi wajib untuk menyelamatkan iman dalam diri sendiri, maka hukumnya adalah fardu Ain. Maka bermujahadah dalam dakwah adalah untuk manfaat diri sendiri (waman jaahada fainnamaa yujaahidu linafsih).








Seorang yang dalam kehidupannya menjadikan Dakwah sebagai kerjanya yang paling utama, hatinya akan sentiasa berpaut pada Allah SWT. Maka dalam apa2 jua kesusahan sentiasa akan mendapat pertolongan langsung dari Allah SWT. Kita semua juga boleh mendapatkannya dengan cara;





1. Berzikirlah sebanyak2nya. Berdakwahlah sebanyak2nya. Ajak rakan2 seusaha untuk buat halkah iman setiap hari..





2. Banyakkan bercerita kisah Para Nabi dan Para Sahabat kepada sesiapa saja yang ditemui. Maka semangat juangmu akan meningkat.





3. Banyakkan bercerita tentang pertolongan langsung Allah SWT terhadap para pejuang agama Allah disepanjang zaman.





4. Banyakkan membaca Al Quran dan Hadis Rasulullah saaw.





dan banyak lagi yang boleh kita selidiki dan beramal dengannya.. Pertolongan Allah SWT akan datang dengan memperbanyakan Sabar dan Takwa. Sabar saja tanpa takwa tidak akan mendapat bantuan Allah SWT.








Sesungguhnya kebanyakan manusia melihat ahli dakwah ini hidupnya sengsara, namun ketahuilah bahawa mereka ini adalah orang2 yang sentiasa bersyukur kehadrat Allah SWT.. Jangan sekali-kali kamu menghina, mencerca mereka, sungguh pertolongan Allah sangat hampir kepada mereka...
Ijtimak Malaysia 2009 akan bermula pada 9,10,11 & 12 Julai 2009 bertempat di Kuarters KLIA, Nilai.
Ini adalah satu perhimpunan atas maksud menegakkan kalimah Allah SWT di atas mukabumi ini..
Semua Muslimin dijemput hadir.
Semoga dengan ijtimak ini, jemaah2 akan dapat dihantar keseluruh dunia..
Ameenn..

Sabtu, 23 Ogos 2008

Bila Memilih Wakil Rakyat Atas Sunnah Yahudi....



Dalam keghairahan memilih pemimpin , rakyat jelata di negara ini hanya disediakan satu wadah yang muktamad untuk memilih pemimpin . Suka atau pun duka hanya satu pilihan sahaja yang disediakan . Pemimpin yang lahir hasil dari ideologi ciptaan manusia. Melalui undi pilihanraya. .

Tidak ada pilihan kedua, ketiga , keempat atau pun kelima . Hanya satu sahaja. Yakni memilih pemimpin mengikut sunnah Yahudi melalui undi pilihanraya . Samada memilih parti pemerintah atau berpaling tadah memilih parti pembankang . Kedua-duanya untuk memilih pemimpin bagi tempoh 5 tahun sebagaimana syarat dalam pilihanraya umum.

Walhasil kedua-dua watak pemimpin meski pun dari parti yang berbeza namun dari segi minda, akhlak dan ideologi hampir sama . Kalau ada jurang pun hanya teramat sedikit .Berdasarkan pada perbezaan jantina, pendidikan dan lokasi yang berbeza.

Kedua-dua pemimpin dari parti apa pun yang menang lazimnya akan memburu harta , kuasa dan wanita. Tanpa mengira dari parti apa pun . Samada dari parti Penyamun Tarbus , parti Haji Bakhil, parti musang berbulu ayam , parti musang berjanggut .atau pun parti pisau cukur.

Akhirnya rakyat juga yang tertipu . Ingat parti musang berjanggut pilihan yag terbaik dari parti pisau cukur . Tapi bila makin lama parti musang berjanggut memerintah , nasib rakyat makin lama makin hampeh. Ibarat sang tikus membaiki labu . Bukan nasib labu yang makin baik tetapi labu pula yang menjadi santapan sang tikus.

Itulah nasib rakyat yang memilih pemimpin yang berteraskan kepada ideolgi ciptaan manusia . Tuhan tidak di bawa bersama. Apatah lagi untuk menjadi sebagai kawan sejati . Tuhan hanya diingati bila manusia berada dalam kesusahan , penderitaan atau kekecewaan . Bila senang , hidup mewah , rasa riang ria , Tuhan makin lama makin dilupakan .

Jadi rakyat harus bijak dalam memilih pemimpin . Jangan memilih pemimpin berdasarkan pada sunnah Yahudi tapi pilihlah pemimpin berdasarkan pada sunnah Nabi .Maksudnya jangan memilih pemimpin berdasarkan pada undi pilihanraya tetapi pilihlah pemimpin yang berdasarkan pada ilmu Islam , iman dan taqwa.

InsyaAllah rakyat jelata akan mendapat bantuan yang mencurah-curah dan rezeki yang tidak dijangka jika memilih pemimpin pada ilmu , iman dan taqwa. Bagaimana caranya ?

Bukan melalui kaedah mengundi tetapi melalui kaedah tarbiah wal dakwah pada diri , keluarga dan masyarakat . Seterusnya kearah pembentukan jemaah Islam . Pilihlah jemaah Islam yang diyakini dapat membawa ilmu, iman dan taqwa seperti mana yang dilalui oleh Rasululah saw dan para sahabat-sahabatnya dalam berdakwah pada masyarakat Arab jahiliah . .

Dengan adanya pemimpin yang dapat memandu rakyat jelata pada Jalan Tuhan , maka rakyat akan mendapat jalan selamat di dunia dan di akhirat.

Wahai Tuhan kami , bantulah kami dalam mencari pemimpin yang Engkau redhai dan bukannya pemimpin yang dalam kemurkaan Mu . Pemimpin yang menipu rakyat untuk kesenangan diri mereka serta pada sanak keluarga mereka .


Penyelamat Umat Itu bakal Datang, Tidak Lama Lagi....!