Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa Dunia. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mei 2012

Peperangan Yang Meragut Banyak Nyawa...

Assalamu Alaikum;


saudara2ku sekalian, pada kali ini aku ingin memaparkan sebuah artikel yang kuambil dari blog bahabian   yang mengisahkan bahana peperangan yang pernah terjadi di atas dunia yang kita diami ini. Lihatlah betapa hancur luluhnya ummat manusia yang berada di dalamnya.. Begitu jugalah yang bakal berlaku sekiranya peperangan demi peperangan terus berlaku.. Namun apakah manusia mahu mengambil ikhtibar darinya? Nampaknya jawapan yang kutemui adalah TIDAK! Meskipun bahana kehancuran harta benda dan ummat manusia terjadi di depan mata, apa yang penting untuk mereka fikirkan hanyalah KEPENTINGAN DIRI dan Kuasa yang bakal mereka dapatkan apabila Menang Perang. Begitulah daifnya manusia2 ini, bersikap rakus dimana2 saja mereka berada. Sampai bilakah hal ini harus manusia sejagat mahu hadapi? Hanya Allah SWT yang mengetahui hikmah disebalik segala peperangan2 ini...  


Hidup ini adalah perjuangan. Oleh itu wahai saudara2ku pejuang agama, majulah untuk tegakkan Agama Allah SWT.. Kerana hanya dengan Iman dan Islam yang mampu memberikan KEAMANAN di atas muka bumi ini... InsyaAllah.. Sekarang marilah kita mentelaah sedikit kejadian2 perang yang pernah terjadi itu pada artikel dibawah ini;

Khamis, 22 Disember 2011

Muammar Gaddafi ~ Mangsa Konspirasi Dajjal..

Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.

Sukar untuk menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih bersifat kemusnahan "kemanusiaan". Bencana yang akan mengalirkan air mata berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi ini bakal diregut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa ini juga.

Selasa, 1 November 2011

Iskandar Zulkarnain









Assalamu Alaikum,




Saudara-saudaraku sekalian yang dirahmati Allah SWT, semoga korang semua sihat wal'afiat dan gembira selalu. Dalam artikel kali ini saya akan paparkan buat korang semua sebuah watak dan kisah yang yang telah dimunculkan oleh kitab suci umat islam yakni Al Quran yang mulia. Inilah watak yang tidak kurang popularnya yang tidak habis-habis dikaji oleh para ahli sejarah sehingga kehari ini. Iskandar Zulkarnain, suatu nama yang tidak asing lagi dikalangan umat islam dan juga penganut Kristian serta masih lagi diperdebatkan siapakah dia yang sebenarnya. Namun dalam artikel ini, saya tidak akan memperdebatkannya, hanya sekadar mahu mengambil pelajaran dan menafaat yang ada didalam kisahnya.

Dia dilahirkan diMacedonia. Kepadanya dikurniakan Allah otak yang pintar, fikiran yang panjang dan berbagai-bagai ilmu pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu teknik dan kimia. 

Dari semenjak dia masih kecil, hatinya sudah tidak enak melihat perang yang selalu timbul antara Timur (Kerajaan Persia) dengan Barat (Kerajaan Rum). Perang yang tidak henti-hentinya dan tahun ke tahun, malah dari abad ke abad, yang telah menewaskan ribuan manusia dan merosakkan bumi, menghancurkan banyak harta benda. 

Untuk menghindarkan perang antara Timur dengan Barat yang sudah bertradisi ini, dia ingin mendirikan sebuah kerajaan besar yang meliputi Timur dan Barat. 

Padanya terdapat segala syarat untuk menyampaikan. maksud dan tujuan hidupnya yang maha besar itu. Selain dia seorang yang baik, berakhlak yang tinggi, berilmu pengetahuan tentang ketenteraan, tentang pemerintahan dan teknik, akan dapat membawa dia sampai dipantai cita-citanya. 

Mula-mula sekali dengan tenteranya yang lengkap kuat, dia menuju ke Barat (Maghribi atau Moroko), tempat terbenamnya matahari. Disitu dilihatnya matahari itu terbenam dimatair yang bertambah hitam, iaitu Lautan Atlantik sekarang ini. 

Disitu didapatinya satu bangsa yang terlalu engkar dan kafir, hebat sekali kerosakan dan kejahatan yang ditimbulkan bangsa itu. Bukan saja merosakkan permukaan bumi dan mengacaukannya, tetapi juga sudah menjadi tabiat mereka suka membunuh orang-orang yang tidak bersalah sekalipun. 

Sebelum melakukan tindakan, terlebih dahulu Iskandar Zulkarnain menadahkan tangannya ke langit, memohon petunjuk kepada Allah, tindakan apa sebaiknya yang harus dilakukan terhadap bangsa yang begitu kejam. Apakah bangsa itu akan digempurnya habis-habisan atau akan dibiarkan begitu saja? 

Tuhan menyuruh Iskandar Zulkarnain membuat pilihan salah satu diantara dua tindakan: Digempur habis-habisan sebagai balasan atas kekejaman mereka selama ini atau diajar dan dididik dengan propaganda, agar mereka kembali kepada kebenaran dan meninggalkan segala kejahatan. 

Akhirnya Iskandar Zulkarnain memutuskan akan menggempur mereka yang derhaka dan jahat sehebat-hebatnya dan membiarkan serta melindungi orang-orang yang baik diantara mereka. Pada bangsa itu, Iskandar Zulkarnain lalu mengucapkan kata-katanya yang ringkas: Siapa yang aniaya, akan kami seksa dan dikembalikan kepada Tuhan agar Tuhan memberi seksa yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang sholeh dan baik, akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan kepadanya kami hanya akan perintahkan kewajipan-kewajipan yang ringan saja. 

Tenteranya segera bergerak, menewaskan setiap orang yang kejam, melindungi setiap orang yang baik. Akhirnya negeri itu dapat diamankan dan ditenteramkan, serta diatur sebaik-baiknya, penuh dengan kehidupan bahagia dan makmur. 

Kerana kewajipannya terhadap bangsa dan negeri itu sudah selesai, Iskandar Zulkarnain dengan tenteranya lantas menuju ke arah Timur (India). Dilihatnya matahari terbit atas bangsa yang masih hidup telanjang (Bangsa Hindustan). 

Bangsa dan negeri itupun dapat ditaklukkannya, diamankan dan ditenteramkannya, serta diatur sebaik-baiknya sehingga setiap orang dapat merasakan hidup aman dan tenteram, bahagia dan senang pula. Bangsa itu dapat dikeluarkannya dari lembah kesesatan dan kejahilan. 

Selesailah sudah kewajipannya terhadap negeri dan bangsa itu. Ia lalu menuju ke utara, ke negeri Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dengan kemenangan demi kemenangan yang dicapainya selama dalam perjalanan itu, akhirnya dia sampai ditempat yang ditujui. Didapatinya di situ satu bangsa yang hidup antara dua buah gunung, iaitu Gunung Armani dan Gunung Azerbaijan. Iskandar Zulkarnain tidak mengerti akan bahasa yang dipakai bangsa ini. 

Bangsa ini didapatinya hidup selalu dalam ketakutan dan kekhuatiran, kerana negeri mereka berbatasan dengan bangsa Yajuj dan Majuj yang terkenal kejam dan kuatnya. Bukan sekali-dua kali saja tetapi sering sekali bangsa Yajuj dan Majuj itu datang menyerang mereka, menghancurkan apa saja yang didapatinya dan membunuh siapa saja yang dijumpainya. 

Kedatangan Iskandar Zulkarnain ini, mereka sambut dengan segala kehormatan dan kegembiraan, kerana mereka tahu bahawa Iskandar Zulkarnain adalah raja yang terkuat dan raja yang seadil-adilnya dimuka bumi ini. 

Kepada Iskandar Zulkarnain dimintanya pertolongan, untuk melindungi diri mereka dari serangan Yajuj dan Majuj. Mereka memohon agar antara negeri mereka dengan negeri Yajuj dan Majuj diadakan dinding raksasa yang tidak dapat ditembusi dan untuk keperluan ini, mereka sanggup membayar upah dan kerugian kepada Iskandar Zulkarnain. 

Mendengar permohonan ini, Iskandar Zulkarnain menjawab: Saya tidak mengharapkan upah dari kamu. Nikmat dan pemberian Tuhanku adalah lebih berharga dari upah itu. Hanya kepadamu saya minta kaum pekerja dan alat-alatnya, besi, tembaga, arang batu dan kayu. 

Setelah semua itu terkumpul, Iskandar Zulkarnain mulai bekerja dengan pentolongan para pekerja. Mula-mula dinyalakan api dengan kayu dan arang batu, diambilnya besi, lalu dihancurkannya dengan api itu. Kepada hancuran besi itu dituangkannya tembaga, sehingga menjadi satu dengan besi. Dengan bahan campuran inilah didirikannya dinding raksasa antara negeri itu dengan negeri Yajuj dan Majuj, dinding besi raksasa yang tidak dapat ditembus dan dilubangi oleh sesiapa. 

Kepada bangsa itu Iskandar Zulkarnain lalu berkata: Dinding ini adalah rahmat dari Tuhan kepadamu, hanya Tuhanlah yang dapat menembus dinding ini, bila tiba masa yang dikehendakiNya. 

Dengan jalan begitu, maka aman dan tenteramlah negeri itu. Setelah Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri-negeri lainnya ditimur, barat, diutara dan diselatan, maka kerajaannya kini meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Persia dan India, sehingga merupakan sebuah kerajaan yang amat luas, yang belum pernah terjadi sebelumnya, dimana penduduknya kini hidup dengan aman tenteram dan makmur. 

Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat pertolongan Allah, kerana dia selalu berlindung diri kepadaNya. Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, kerajaan yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah, kerana perebutan kekuasaan para pengikutnya yang ditinggalkannya. 

Iskandar Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah dapat mempersatukan kerajaan Timur dengan kerajaan Barat, menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, berkat ilmu dan pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu dipegangnya teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu. 

Cita-cita Iskandar Zulkarnain yang suci murni dan besar itu, untuk sementara telah dilanggar oleh manusia yang berkuasa sesudahnya. Tetapi pada saatnya nanti cita-cita ini akan menjelma lagi serta menjadi kenyataan, sehingga akan berdiri nanti sebuah negara yang terdiri atas Timur dan Barat, yang adil dan makmur. 

Kita sedang menunggu berdirinya negera itu, menunggu-nunggu kedatangan Iskandar Zulkarnain abad ini dan saya pasti ianya akan muncul tidak lama lagi beserta akan berdirinya sistem pemerintahan islam yang dinanti-natikan umat diseluruh dunia..






Wallahu A'lam.






Saudara-saudaraku sekalian, untuk menambah lebih pengentahuan, korang boleh baca artikel yang berkaitan misteri Iskandar Zulkarnain ini di laman sesawang cahyaiman.






Maha Suci Allah SWT....!




c **^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 24 Julai 2011

Seorang Raja yang Paling Sepi di Dunia...

Assalamu Alaikum,

saudara2ku yang mulia, pada kali ini kita akan membicarakan perihal kehidupan seorang manusia diatas mukabumi ini. Adakah kita percaya bahawa pangkat dan darjat itu bakal membawa kejayaan atas diri seseorang itu? Atau kita percaya bahawa seorang yang memiliki harta yang melimpah serta bala tentera yang ramai itu akan membawakan suatu kejayaan keatas seorang manusia? Marilah kita renung2kan al kisah dibawah ini...



Istana Raja yang bergemerlapan di pusat kota Phnompenh, ibukota Kamboja adalah salah satu lokasi Wajib yang kerap dikunjungi para pelawat asing. Namun di dalam istana itu diamnya seorang raja yang mungkin merupakan Raja Paling Kesepian di dunia, yakni Raja Norodom Sihamoni yang kini berusia 58 tahun


Sedih, Sepi, Tersisih


Keluarga kerajaan Kamboja memiliki sejarah sepanjang lebih dari dua ribu tahun, dan kini Sihamoni berkemungkinan besar adalah raja terakhir di kerajaan ini. Raja Sihamoni yang berkeperibadian lembut, pendiam, tidak suka bersosial, dan pernah menjadi seorang penari balet ini dan kini mengajarkannya, memiliki hobi di bidang seni dan tidak menyukai politik. Namun kerana raja pendahulunya, yakni Raja Sihanouk, mendadak melepaskan tahtanya pada 2004 lalu, atas desakan dan tekanan keluarga untuk "meneruskan tahta", Sihamoni pun terpaksa pulang ke negerinya untuk meneruskan tahta kerajaan yang sama sekali tidak diinginkannya.


Menurut Harian China Daily edisi 11 Jun, selama 7 tahun terakhir ini, Sihamoni, anak ratu Monique ( Monineath) ini jarang tampil di media massa. Banyak rakyat Kamboja mengatakan dirinya "sedih, sepi, dan tersisih". Selain kerana keperibadiannya yang memang seperti itu, juga disebabkan pengawasan Perdana Menteri Hunsen.


Berita menyebutkan bahawa setiap gerak-gerik Sihamoni terus menerus diawasi oleh orang dekat Hunsen, yakni Menteri Urusan Istana, Kong Song Ou.


Dalam beberapa kali kepergian Sihamoni meninggalkan istana (walaupun jarang sekali terjadi), selalu ada staf istana yang mendampinginya, dan media massa pun dilarang untuk membuat liputan. Meskipun undang-undang memberikan beberapa kebebasan kepada raja, namun Sihamoni tidak diberikan kekuasaan apapun. Berbeza jauh dengan ayahnya, Raja Norodom Sihanouk yang punya pengaruh besar dan dialu-alukan rakyat. Anggota Dewan Kongres dari parti berhaluan kiri Kazakh Song menyebut Sihamoni sebagai "raja boneka", seluruh kekuasaannya telah dikosongkan.

Pembantu dekatnya sampai para ahli pun mengatakan, bahawa lelaki yang memiliki kete­rampilan seorang penari balet ini hanyalah hiasan di tembok kerajaan. Dia boleh diumpamakan terpenjara di istana sendiri. Tidak ada satupun perancangan maupun keputusan yang boleh dikaitkan dengan ke­pemimpinannya sebagai raja.

Semua perancangan justru di­ambil alih Perdana Menteri Hun Sen, yang berasal sebagai anak desa yang miskin namun sangat bijak. Ada juga yang mengatakan baha­wa Hun Sen adalah seorang ahli politik yang kejam dan licik.

Seorang anggota parlimen, Anak Chhay, mengatakan, me­lihat kepada keadaan yang sedemikian, Sihamono sememangnya patut bila masyarakat menye­butnya sebagai raja boneka. “Kuasanya telah berkurang. Untuk bertahan hidup pun sang raja mesti menyenangkan per­dana menteri. Ini sungguh me­nyedihkan,” ujar Chhay, "Karektar Raja Sihamoni, sungguh ber­beza de­ngan ayahnya (Norodom Siha­nouk) yang petah dan penuh karismatik. “Sihamoni berhasil me­ngangkat kerajaannya dan di­anggap seorang raja-dewa oleh rakyatnya. Ribuan orang pun rela berkumpul untuk me­nya­lakan bunga api demi me­rayakan hari ulang tahunnya,” tutur Chhay lagi.

Raja Sihamoni yang kini berusia 58 tahun, hanya menghabiskan banyak waktunya dengan hanya menandatangani dokumen, me­ne­rima tamu dan pelangganan perniagaannya yang lain. “Dia hanya tinggal menunggu masa pen­cennya sambil membaca dan makan-makan saja,” sindir Siso­wath Thomico, pengawai peribadi Sihanouk.


Berbeza dengan ayahnya, yang memiliki enam isteri, Sihamoni tidak pernah berkahwin hinggalah kesaat ini yang akibatnya beliau tidak akan mempunyai waris.


Namun demikian Menteri Informasi Khieu Kanharith lain pula pendapatnya, beliau mengatakan bahawa tugas seorang raja adalah terlibat dalaam bidang sosial, agama, memantau peradilan serta menerima laporan bulanan dari Hun Sen. “Raja Sihamoni telah me­main­kan peranan penting dalam memu­lihkan kerajaan. Sebagai raja dan simbol persatuan kebangsaan dia menjaga kestabilan dalam negara dan tidak akan ter­libat dalam kegiatan politik. Jadi, tidak tepat bila dia (Raja Siha­moni) disebut orang sebagai tahanan di istana,” tegas Kan­ha­rith.

Norodom Ranarridh (saudara tiri raja Sihamoni) atau yang memimpin parti pro-mo­narki, percaya bahawa rakyat Kamboja masih bersimpati terhadap Sihamoni.





Maka apakah ada sesuatu yang boleh membuatkan sang raja ini tersenyum gembira?

Wahai saudara2ku, pangkat telah pun dimiliki, harta telah pun melimpah, kuasa ada didepan mata, namun jiwa masih kosong...



Marilah kita sama2 meyakini bahawasanya, kejayaan manusia itu hanya ada dalam agama, tanpanya, segala harta yang kita miliki didunia ini, segala kekuasaan serta pangkat dan darjat akan lupus setelah kita mati dan akan terseksa diakhirat.. Petandanya adalah apabila kehidupan kita sebelum mati menjadi resah gelisah dan sentiasa bergelumang dosa.. Awasilah keadaan seperti ini.. Semoga Allah SWT merahmati kita semua..


Maha Suci Allah SWT....!









**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Khamis, 16 Jun 2011

Gerhana Bulan vs Gempa Bumi....





Assalamu alaikum,

Semoga semua saudara2ku diluar sana sentiasa dalam keadaan sihat wal afiat dan gembira selalu..



Sembang2 di Twitter, ramai juga yang terkejut dengan gegaran yang berlaku disekitar Lembah Kelang pada 14 Jun lalu. Apakah ianya ada kaitan dengan fenomena Gerhana Bulan pada awal pagi tadi, Khamis 16 Jun? Dan ditambah lagi dengan gempa bumi kuat di Papua New Guinea yang berlaku sebaik saja selesai gerhana bulan sebentar tadi.. Gempa bumi ini diikuti dengan amaran tsunami oleh pemerintah tempatan. Apakah ianya benar2 ada kaitannya??

Aku pernah diberitahu oleh yang pakar dalam hal ini, fenomena gerhana bulan ini sememangnya ada kaitan rapat dengan trajedi gempa bumi. Pada waktu itu kedudukan matahari, bumi dan bulan adalah selari.Dalam keadaan ini, kuasa graviti bumi dikatakan meningkat dan tidak setabil. Wallahu a'lam..

Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan sebagaimana sabda Rasulullah Saaw : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan”. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).



Aku bukan hendak menakut2kan korang semua tetapi aku patut berkata, hendaklah kita semua bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar2nya takwa. Bumi ini sudah lanjut usia, sudah hampir sampai masanya untuk kembali ke asalnya. Gempa bumi akan semankin kuat gegarannya seolah2 seorang tua yang uzur terbatuk2 menahan keuzurannya... Dijangkakan menjelang tahun 2012 nanti kebanyakan gempa adalah berukuran 9 sr keatas... Seramnya.... Wallahu a'lam..








**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Isnin, 16 Mei 2011

Matahari Sudah Terbit Dari Barat di Marikh. Di Bumi bagaimana pula....?


Oleh: ketayaphijau









Planet Marikh telah mengalami peristiwa retrograde, di mana peristiwa tersebut adalah peristiwa berkurangnya kecepatan planet sehingga menyebabkan perpindahan
terbitnya matahari dari sebelah timur menjadi di sebelah barat.

Maklumat
dari NASA tentang Planet Marikh seperti berikut :

MERM (MARS Exploration Rover Mission) -24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we
notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the
eastern direction.


Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!!

Dengan kejadian tersebut apakah kita tidak berfikir kalau bumi tempat kita menjalani hidup sehari-hari akan mengalami peristiwa yang sama di masa yang akan datang?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit di
sebelah barat. Pada masa ini, pintu taubat sudah tiada"

( Hadith
: Muslim)


"Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra, berkata :
Rasulullah s.a.w. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling ingat-mengingati. Rasulullah s.a.w. bertanya, apa yang sedang kamu ingat-ingatkan? Sahabat menjawab, kami mengingatkan tentang hari kiamat. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya. Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebutkan : Dukhan (kabut asap), Dajjal, binatang (yang pandai berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa a.s, Ya'juj Ma'juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Jazirah Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman menghantar manusia ke Mahsyar."

( Hadis : Muslim)


Lawati
web berikut untuk memahami bagaimana fenomena ini berlaku :

http://apod.gsfc.nasa.gov/apod/ap080511.html

http://famhar.multiply.com/journal/item/26


http://www.pta.edu.pl/orion/apodmain/apod/ap060422.html
http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/Solar/retromars.html

di youtube :

http://www.youtube.com/watch?v=72FrZz_zJFU














**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..