Saudara2ku yang dirahmati Allah SWT,
Setiap Para Nabi dan Rasul punya kisah Penghijrahan mereka masing2. Penghijrahan itu sendiri merupakan kewajiban buat penyeru agama Allah dan juga buat diri orang2 yang beriman. Penghijrahan itu bermaksud merubah kehidupan dan jiwa kita dari hal2 yang buruk kepada hal2 yang baik. Perbuatan, pemikiran dan amal2 yang tidak disukai Allah kepada yang di redhoiNya.
Hijrahnya Nabi Musa as. adalah; Dari kehidupan yang senang dan bermewah2 kepada kehidupan yang susah dan penuh cabaran. Dari hidup dalam lingkungan orang2 yang tunduk patuh pada sesama makhluk kepada hidup dalam lingkungan orang2 yang tunduk patuh pada Allah SWT semata-mata. Dari kehidupan yang terhormat kepada kehidupan orang awam.
Begitulah kehendak Allah SWT Yang Maha Bijaksana.
Hari ini, umat Islam, samada mahu atau tidak mahu, wajib atas diri masing2 berhijrah dari mencintai kehidupan dunia yang fana ini kepada mencintai kehidupan Alam Akhirat yang kekal abadi. Dari tunduk patuh pada undang-undang ciptaan manusia kepada tunduk patuh pada undang-undang Allah SWT. Dari mencintai adat budaya bangsa sendiri atau bangsa2 yang dia sukai kepada mencintai sunnah Rasulullah saaw.
Kewajiban ini tertanggung atas setiap mereka yang mengaku beriman! Jika tidak, engkau pasti akan menyesal di alam akhirat. Siapa yang tidak mahu berhijrah, tidak akan mendapat syafa'at dari Rasulullah saaw di hari 'Penghisaban' yang tiada penolong selain pertolongan yang Allah SWT izinkan atas kekasihnya Muhammad saaw.
Maha Suci Allah SWT....!
Salam Saiful,
BalasPadamselamat menambah kebaikan dalam kehidupan.. Amiin
terimakasih Werdah. Ameen..
BalasPadamSalam Saiful. Saya telah memautkan blog anda di blog saya supaya pembaca saya dapat manfaat daripada buah fikiran saudara. Sekian harap maklum.
BalasPadamSalam maal hijrah buat babah, terimakasih atas segalanya. Semoga kita semua mendapat manafaat dari ilmu yang kita kongsi2kan dengan seizin Allah SWT..
BalasPadam