Assalamualaikum..
Bertemu kembali kita di ruang maya ini. Terimakasih kepada yang masih sudi menjengok teratak hamba yang sudah usang ini. Pada pertemuan kali ini, aku ingin memberikan serangkaian tips-tips yang mungkin bermanafaat bagi korang yang ada berminat untuk menjadi seorang penulis tetapi masih belum tahu bagaimana untuk bermula.
Baiklah, tanpa berlengah masa lagi, mari kita mulakan;
1) Perkara pertama yang korang perlu lakukan adalah 'Latihan'. Mulailah dengan beberapa banyak latihan. Tulislah apa saja yang terlintas di fikiran, tidak kira berapa banyak kesalahan yang korang lakukan, teruskan menulis.
2) Perkara paling utama yang korang perlu kuasai adalah, 'kemampuan berbahasa'. Jika korang berbangsa Melayu, sudah tentulah korang fasih berbahasa Melayu. Namun jika korang mahu menulis di dalam bahasa asing, maka korang perlu menguasai bahasa tersebut.
3) Gaya Bahasa. Ini juga sangat penting untuk korang kuasai.
4) Tanda bacaan (Pengtuasi) yang betul pada tempatnya.
5) Huruf Kapital (Huruf Besar) mempunyai maknanya, memiliki fungsinya. Korang mesti tahu apa maksud dan tujuannya. Sebagai contoh. Korang menulis semua huruf besar di dalam satu perenggan (paragraf), itu maknanya korang sedang MARAH!
6) Kalimat - Ayat yang sempurna. Jangan sekali-kali korang menulis ayat yang tergantung! Ianya kesalahan yang besar di dalam penulisan.
7) Buah fikiran yang berganda. (Idea yang setara). Yakni dua buah fikiran yang seerti, di tulis dalam susunan ayat yang sama.
8) Ada penekanan maksud di dalam ayat.
9) Perenggan (Alinea).
Perenggan pembukaan adalah sangat penting;(a) Tidak boleh ada dua tajuk utama di dalam satu perenggan.
(b) Di antara ayat pertama, ke dua, ke tiga dan seterusnya di dalam satu perenggan itu hendaklah ada perkaitannya.
(c) Perkembangan ayat-ayat dalam satu perenggan jangan sampai terkeluar dari tajuk utama yang sedang diperbincangkan.
(d) Tajuk utama, sebaik-baiknya di letakkan pada ayat pertama perenggan tersebut.
CARA-CARA UNTUK MENGEMBANGKAN AYAT
A) Menyajikan hal khusus.
B) Mengadakan perbandingan.
C) Corak kronologis - Mengikut urutan waktu.
D) Dengan menyatakan secara terperinci diri seseorang atau menyatakan hal-hal khusus bahagian satu pandangan atau menyatakan segi-segi suatu permasalahan.
E) Mengembangkan pertuturan dengan pernyataan-pernyataan yang logik.
SIFAT-SIFAT PERENGGAN
1) Perenggan bersifat deduktif ;
Ayat utama -----> Huraian -----> Penjelasan untuk ayat utama.
2) Perenggan bersifat induktif ;
Penjelasan untuk ayat utama -----> Huraian -----> Ayat utama.
3) Perenggan bersifat deduktif + induktif ;
Ayat utama -----> Huraian -----> Penjelasan untuk ayat utama -----> Ayat utama.
4) Perenggan bersifat deskriptif atau naratif ;
Ayat pertama. Ayat ke dua. Ayat ke tiga. Ayat ke empat.
Nasihat dari Elmer Wheeler tentang perenggan pembukaan ;
"Ceritakanlah dalam sepuluh perkataan pertama atau anda tidak akan berkesempatan mengunakannya dalam 10,000 perkataan berikutnya."
TAJUK
Untuk memperolehi tajuk ;
1) Berusahalah menambah pengalaman dengan banyak melihat, mendengar, membaca dan mengalami sendiri peristiwa itu.
2) Mengamati sesuatu peristiwa dan membaca buku hasil pengamatan orang lain.
3) Bertukar-tukar pendapat dengan fikiran terbuka.
4) Tajuk yang di pilih mestilah di minati oleh pengarang dan dia mempunyai pengentahuan tentangnya.
Tajuk dan Judul adalah berbeza.
a) Sebelum mengarang kita mesti mencari tajuk dahulu.
b) Judul tidak semestinya begitu, boleh setelah selesai mengarang.
c) Boleh juga tajuk dijadikan judul cerita.
d) Lebih baik membuat catitan-catitan luaran (outline) daripada terus mengarang. Catatan yang teratur dan terurus membuatkan karangan menjadi lebih menarik.
PERNYATAAN (STATEMAN)
1) Fakta-faktanya. 2) Bukti-buktinya. 3) Penilaiannya.
Contoh;
Sebuah kereta bergerak 120km sejam. Dengan tiba-tiba ia melanggar tiang eletrik di tepi jalan tersebut lalu kereta itu terbabas ke tepi. (Ini faktanya). Bahagian kereta itu remuk. Tiang eletrik itu pula bengkok sedikit. (Ini buktinya). Pemandu itu kelihatannya mabok dan mungkin tidak dapat mengawal keretanya. Lagipun tiang eletrik itu tidak sesuai letaknya. (Ini adalah penilaiannya).
ASAS-ASAS CERITA REKAAN.
Persiapan menulis;
1. Disiplin : Tetapkan masa untuk menulis. Ini bukan bermakna tidak boleh menulis di luar waktu yang telah ditetapkan. Seorang penulis akan menulis di mana-mana saja dia berada.
2. Mempelajari ilmu : Karya sastera, teori sastera, kritik sastera dan sejarah sastera.
3. Bahan cerita : Ada dua sumber bahan cerita yang tidak akan habis, yakni;
(a) Kehidupan duniawi dan
(b) Kehidupan kerohanian.
4. Memiliki sebuah buku harian (Diary).
5. Cara penulisan : Mula-mula tulis 'rangka cerita'.
(a) Menulis ringkasan cerita.
(b) Nama-nama pelaku.
(c) Watak seorang pelaku.
(d) Nama tempat.
(e) Kejadian-kejadian yang berlaku dan
(f) Bahagian-bahagian penting dalam cerita.
6. Tema cerita hendaklah bermoral.
7. Unsur-unsur ketegangan merupakan daya tarik kepada pembaca. Pertanyaan ini harus timbul dalam pemikiran pembaca;
(a) Apakah yang akan terjadi nanti?
(b) Siapakah tokoh itu sebenarnya?
(c) Mengapa kejadiannya seperti itu?
(d) Apakah makna peristiwa ini?
(e) Bagaimana ia berakhir?
8. Jalan cerita : Permulaan, pertengahan, akhir cerita;
(a) Permulaan cerita merupakan pengenalan.
(b) Pertengahan merupakan peristiwa.
(c) Akhir cerita merupakan penyelesaian.
9. Gaya cerita;
(a) Penulis berperanan sebagai pelaku. (Watak 'Aku').
(b) Penulis sebagai penutur cerita.
(c) Penulis tidak terlibat langsung.
(d) Penulis mencapur-adukkan semua cara yang di atas.
10. Memperbagai-ragamkan cerita. Tiada kelancaran cerita, pembaca akan bosan.
11. Jangan menghuraikan masalah yang berlaku hingga sekecil-kecilnya, biarkan pembaca berfikir..
Demikianlah serba sedikit ilmu penulisan yang dapat aku perturunkan di sini. Diharapkan dapat membantu korang yang mahu menulis tetapi masih tidak tahu bagaimana untuk bermula. Semoga bermanafaat.
Sekian. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..