Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!
Memaparkan catatan dengan label Seloka dan Jenaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seloka dan Jenaka. Papar semua catatan

Rabu, 16 November 2011

Seloka Pakai Tudung..


Oleh :








Pakai tudung tapi bertelanjang



Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.





c**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 18 Julai 2010

Monolog apam

Oleh Abi Umar





Di satu pagi...



Apam berbisik pada anak2nya...

Anak2ku...

Maafkan ibu

Ibu tak punya tenaga kini untuk membesarkan engkau,

Ibu hanya mempu melahirkan engkau,

yang berwajah comel

yang berwajah cute

namun manisnya tiada lagi...

Maaf, hanya itu yang mampu ibu berikan

Maklumlah...

Tuan rumah kita ni... dah tak berdaya...

kan ke harga gula naik meningkat berganda2...

Syukurlah kerana kita masih boleh wujud...

walau comel dan cute ...

walau tawar dan hambar...

Mungkin disuatu masa nanti kita tidak lagi diperlukan....


Anak2ku...


------------

Kredit untuk Abi Umar

Selasa, 19 Mei 2009

Kisah Dua Hantu..

Salam Alaikum;

Semoga saudara2ku sekelian semuanya sihat wal afiat dalam lindungan Pemelihara Yang Agong.. Saya terasa begitu penat hari ini, namun ingin juga menambah entry baru untuk hari ini. Bila difikir2kan, tidak juga lahir sebuah idea yang bernas, jadi saya buat keputusan untuk menerbitkan suatu yang santai saja. Biarkan minda ini berehat seketika dari melayani kemelut politik yang semangkin parah sekarang...

Saya telah temui sebuah kisah yang agak menarik sebagai santapan minda. Kisah dua hantu.




Suatu hari dua hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka mati......

Hantu 1 : Bagaimana kau boleh mati?

Hantu 2 : Aku mati akibat kesejukan...

Hantu 1 : Macam mana rasanya mati dlm kesejukkan tu?

Hantu 2 : Sebenarnya aku terkurung dalam peti ais... mula2 Aku cuma menggigil, lepas tu anggota aku mula membeku, kemudian aku rasa dunia aku gelap dan akhirnya..... tapi aku rasa bersyukur kerana aku mati tanpa banyak kesakitan....

Hantu 1 : Ishhh...kesiannya kau

Hantu 2 : Kau pulak, macam mana kau boleh mati....?

Hantu 1 : Aku kena serangan sakit jantung...

Hantu 2 : Oooo...macam mana kau boleh kena serangan sakit jantung?

Hantu 1 : Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang. Suatu hari, aku balik ke rumah secara mengejut. Aku nampak ada kasut lelaki dekat depan pintu. ku tahu mesti isteri aku sedang bermesra dengan jantan lain.. Aku berlari masuk bilik tidur, cuma ada isteri aku... aku tahu mesti jantan tu bersembunyi dekat mana2.. aku lari masuk bilik air, tak de juga, kemudian aku lari ke tingkat bawah, tengok dalam setor, pun tak ade... aku lari naik tingkat atas semula, tengok dalam almari..... sebab terlalu penat aku berlari lalu aku kena sakit jantung... memang sakit dan akhirnya.... AKUMATIIIIIII

Hantu 2 : Alamak kau tak tengok dalam peti ais... kalau tak, tentu kita berdua masih hidup lagi sekarang ni....


Begitulah kisahnya... Satu lagi aku telah menemui beberapa buah peribahasa yang telah digubah baru dalam nada yang lebih tajam lagi.. Inilah peribahasa2 tersebut..




Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia
hinggap.

Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan
Olimpik jua.



Biar putih tulang jgn putih muka.


Kalau tidak ada angin masakan satu LRT boleh bau busuk?

Seperti kacang lupakan mamak kacang putih.
Ader udang di sebalik udang yang lain.

Biar mati anak jgn mati pucuk.

Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.





Itulah peribahasa2nya. Maksud dari peribahasa2 tersebut, korang carik ler sendiri ar...








Sekian. Wassalam.

Khamis, 26 Mac 2009

SELOKA PAK PANDIR

Assalamu alaikum,

Hari ni aku nak rehat dari memori lampau, hari ni aku nak ajak korang berseloka, untuk berhibur hati dan jiwa yang bergelora.. Bergelora kerana macam2 hal, belum lagi hal dunia, tapi sekadar hal dalam negara, jangan sebut fasal hal akhirat, lagi ler haru biru jiwa korang kan??

Moh kita rehatkan minda jap, tapi bukan betul2 rehat, sambil rehat kita merenung2 isi seloka yang aku paparkan kat bawah ni... Bukan seloka kosong tau, masih ada isinya. Namun terserah kat korang samada nak ketawa, tersenyum, tersengeh ker, atau tersedih, terkesal, terkecewa atau ape2 je lah.. Sukati korang, aku tak kisah..
 
***********************************
Pandai Pak Pandir!
Anak dipijak dagang dijunjung Kucing dibunuh,
tikus dibela Harta habis badan tergadai!
Mendengar gelegak dagang,
Tak sedar bertelanjang;
Mendengar guruh di langit Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkok onak,
Gunting makan di hujung Pak pandir juga yang menanggung..
Apa didengar gelagak dagang?
Gelagak rambutan jantan Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram.
Kilat memancar hujan tak lalu..
Awak juga kecundangan....

------------------------
MAKSUD SELOKA PAK PANDIR

Pak Pandir mengutamakan orang asing tetapi anak sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian sewajarnya. Pak Pandir membunuh kucing tetapi tikus yang kotor dan tidak berguna dibela. Semua harta miliknya tergadai kerana percaya akan cakap orang asing. Pak Pandir akhirnya tidak memiliki apa-apa lagi. Dirinya pun bertelanjang. Apa-apa sahaja yang ada dibazirkan semata-mata mendengar berita yang belum pasti.

Sebenarnya, Pak Pandir ditipu dalam baik tanpa disedarinya. Akhirnya, dia terpaksa menanggung nasib malang. Pak Pandir suka mendengar kata-kata manis orang luar sebagaimana sifat pokok rambutan jantan yang boleh berbunga tetapi tidak boleh berbuah.
 
Sesuatu yang diheboh-hebohkan belum tentu berlaku, sebagaimana kilat memancar di langit tetapi hujan tidak turun.