Oleh: jebbat.blogspot.com
Sya’ban sudah mula melabuhkan tirainya dengan meninggalkan seribu satu kenangan pahit kepada umat Islam yang masih berada dalam keadaan terhina dan terpecah-belah. Ramadhan 1432H mulai menyingsing dengan seribu satu harapan di hati-hati pencintanya agar di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini, fajar kemenangan segera terbit bagi menghilangkan segala kedukaan yang melanda umat ini sejak sekian lama. Tubuh umat ini telah berpuluh tahun lamanya menderita kesakitan, terlantar tidak bermaya dek bermacam musibah yang menimpanya dari luar dan dalam. Dalam menahan segala kesakitan yang dialami itu, dengan izin Allah SWT, masih terdapat sisa-sisa kekuatan dalam tubuh umat ini yang tidak pernah berdiam diri dan senantiasa melawan segala penyakit yang cuba merosakkannya. Walaupun sukar kerana sedikitnya kekuatan yang dimiliki berbanding banyaknya musuh yang menyerang, namun perlawanan itu sudah mula menampakkan hasilnya. Ini kerana kekuatan luarbiasa yang dimiliki oleh tubuh ini dibantu oleh Pembuatnya Yang Maha Kuasa. Maka tubuh ini semakin hari semakin menguat dan penyakit yang dialaminya semakin hari semakin pulih manakala musuh yang menyerang pula semakin hari semakin melemah dan semakin hilang arahnya. Tubuh yang perkasa ini sudah mula bangkit dari pembaringan selama ini dan kebangkitan ini tidak pernah disangka oleh musuhnya. Ya, ia sudah mula menampakkan kekuataannya baik dari segi semangat mahupun fizikalnya. Pihak musuh, walaupun sudah mula goyah, masih tetap memberikan perlawanan yang bertubi-tubi, namun, setiap perlawanan itu hanya semakin melemahkan diri mereka sendiri. Pihak musuh sudah mula menyedari bahawa saki-baki kekuatan yang ada pada mereka sesungguhnya tidak lagi mampu bertahan dan akan hancur sepenuhya apabila gergasi yang mereka ‘kerjakan’ selama ini bangkit sepenuhnya. Mereka kini hanya menghitung hari menuju perkuburan mereka. Tahun berganti tahun dan bulan berganti bulan, kekuatan yang dimiliki oleh umat Islam sudah tidak dapat dibendung lagi. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang penuh berkat, bulan di mana umat Islam ‘dicaj’ sepenuhnya dan yang ikhlas di antara mereka dilindungi oleh Rabbnya dari syaitan yang direjam. Inilah bulan di mana umat Islam semakin sedar bahawa mereka adalah umat yang satu dan menjalankan ibadah yang satu, puasa mereka satu, berbuka mereka satu serta tarawih (solat) mereka satu. Sesungguhnya musuh tidak akan mampu untuk memisahkan 'kesatuan’ ini. Cuma, apa yang perlu disedarkan dari umat ini agar mereka pulih sepenuhnya dari segala kesakitan ini adalah bahawa mereka seharusnya mempunyai pemimpin yang satu dan negara yang satu yakni Negara Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah!
kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Cari Blog Ini
Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56
Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54
Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...
Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..
Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!
Memaparkan catatan dengan label Permohonan Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permohonan Doa. Papar semua catatan
Sabtu, 30 Julai 2011
Ahad, 17 Julai 2011
Buatlah Kerja Nabi.....!
Assalamu Alaikum,
Artikel dibawah ini khas untuk rakan-rakan seusaha.
Saudara2ku yang dihormati sekalian, kucatatkan perihal dibawah ini sekadar peringatan buat kita semua.
Kejayaan manusia adalah berada didalam ketaatan mereka untuk taat pada segala perintah Allah SWT dengan cara yang telah ditunjuk ajarkan oleh junjungan besar NaBi Muhammad saaw. Gagalnya mereka adalah apabila mereka itu melanggar perintah Allah, yakni tidak mahu mengikuti perintahnya. Perintah pertama yang diperintahkan Allah terhadap seluruh ummat Islam adalah 'buat kerja Nabi', dan perintah kedua adalah 'sholat'
Kerja Nabi adalah; 1: mengajak mereka yang tidak percaya untuk percaya kepada yang Benar, iaitu 'tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah'. 2: mengajak mereka yang telah percaya untuk taat akan segala perintah Allah.
Pada hari ini, kita telah diperintahkan untuk buat kerja Nabi kerana kedudukan kita sebagai Naib Nabi. Nabi tidak lagi dihantar kerana Nabi Muhammad saaw adalah penutup segala para Nabi. Oleh itu segala kerja para Nabi telahpun diperturunkan atas ummat ini, yakni kita pada hari ini.
Malangnya umat pada hari ini telah tinggalkan kerja Nabi. Akibatnya Nusrah Allah SWT tidak lagi diturunkan atas umat ini, tetapi yang diperturunkan atas umat ini hanyalah bala bencana. Nabi Yunus as telah ditelan dek ikan Nun kerana mahu tinggalkan kerja baginda tetapi kemudiannya baginda bertaubat. Bilakah pula umat ini hendak bertaubat atas dosa meninggalkan kerja Nabi?
Apabila ummat ini buat kerja Nabi maka Allah SWT akan beri Iman yang kuat, doa akan dimakbulkan, segala amalan mudah diterima serta sentiasa berada didalam bantuan Allah ketika berhadapan dengan musuh. Akhirnya ummat Islam akan diangkat menjadi Penguasa atas orang2 kafir.
Apabila ummat ini meninggalkan kerja ini, maka kemurkaan Allah SWT akan diterima dengan meletakkan orang2 kafir sebagai Penguasa. Segala doa kita tidak diterima dan Islam hanya sebagai 'boneka'.
Oleh kerana itu, tiada lain jalan lagi untuk kita ummat Islam hendak mendapatkan bantuan Allah SWT melainkan kita kembali buat kerja Nabi. Modal untuk seseorang buat kerja ini adalah masa korang sekurang2nya dua setengah jam setiap hari. Syarat untuk buat kerja Nabi adalah korang seorang yang beragama Islam walaupun masih berbuat dosa. Para sahabat Nabi diperintahkan buat kerja sebagaimana Nabi buat walaupun baru saja menerima Islam. Dengan keadaan ini barulah kesukaan Allah akan kita terima.
Marilah kita semua buat kerja Nabi dan jadikan kerja ini sebagai maksud hidup korang tanpa cuti dan sampailah akhir hayat korang..
Ya Allah! Berikanlah HidayahMu kepada kami, dan kepada mereka yang belum percayakanMu untuk mengucapkan ucapan yang HAQ yakni 'laailaha illallahu, muhammadur rasulullahi'
Ya Allah! Kami mengaku bahawa kami ni orang2 yang zalim kerana meninggalkan kerja para nabiMu, oleh itu Engkau ampunilah kami dan terimalah taubat kami dan semua ummat Islam seluruh dunia.. SESUNGGUHNYA Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Pengasihani...
Maha Suci Allah SWT...!
**^^** **^^** **^^** **^^** Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..
Jumaat, 15 Oktober 2010
Adakah Doa Korang Dimakbulkan Allah SWT...?
Golongan Dimakbulkan Doa Mereka...
1) Orang yang berada dalam kesusahan
"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati." (an-Naml:62)
2) Anak Sholeh yang taat kepada ibu bapa
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin â'Amir: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): "Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.." (Riwayat Ahmad)
3) Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: "Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi." (Riwayat Abu Daud)
4) Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu.. "(Riwayat Tirmidzi)
5)Orang dizalimi
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: "Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T."(Riwayat al-Bukhari)
6) Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya
Umm Darda r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya) , maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu."
1) Orang yang berada dalam kesusahan
"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati." (an-Naml:62)
2) Anak Sholeh yang taat kepada ibu bapa
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin â'Amir: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): "Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.." (Riwayat Ahmad)
3) Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: "Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi." (Riwayat Abu Daud)
4) Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu.. "(Riwayat Tirmidzi)
5)Orang dizalimi
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: "Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T."(Riwayat al-Bukhari)
6) Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya
Umm Darda r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya) , maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu."
Ahad, 13 Jun 2010
Janganlah Menzalimi.. Sekiranya tidak mahu dizalimi..
Dengan Nama Allah SWT...
Wahai saudara2ku yang dihormati,
Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan kezaliman atas diriNya dan Dia menjadikannya sebagai sesuatu yang diharamkan diantara kita. Oleh kerana itu, hendaklah kita tidak saling menzalimi.
Sesungguhnya kita semua dalam keadaan sesat, kecuali orang2 yang diberiNya petunjuk. Oleh kerana itu, mintalah petunjuk dariNya, nescaya Dia akan memberikanya kepada orang2 yang meminta dariNya.
Sesungguhnya kita semua dalam keadaan lapar, kecuali orang2 yang diberiNya makan. Oleh kerana itu, mintalah makan dariNya, nescaya Dia akan memberikannya kepada orang2 yang meminta dariNya.
Sesungguhnya kita semua dalam keadaan telanjang, kecuali orang2 yang diberiNya pakaian. Oleh kerana itu, mintalah pakaian dariNya, nescaya Dia akan memberikannya kepada orang2 yang meminta dariNya.
Dan sesungguhnya kita semua melakukan kesalahan pada malam dan siang hari, sedangkan Allah Maha Pengampun. Oleh kerana itu, mintalah ampunan dariNya, nescaya Dia akan mengampuni segala kesalahan dan dosa2 kita.
Maha Suci Allah SWT.....!
Wahai saudara2ku yang dihormati,
Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan kezaliman atas diriNya dan Dia menjadikannya sebagai sesuatu yang diharamkan diantara kita. Oleh kerana itu, hendaklah kita tidak saling menzalimi.
Sesungguhnya kita semua dalam keadaan sesat, kecuali orang2 yang diberiNya petunjuk. Oleh kerana itu, mintalah petunjuk dariNya, nescaya Dia akan memberikanya kepada orang2 yang meminta dariNya.
Sesungguhnya kita semua dalam keadaan lapar, kecuali orang2 yang diberiNya makan. Oleh kerana itu, mintalah makan dariNya, nescaya Dia akan memberikannya kepada orang2 yang meminta dariNya.
Sesungguhnya kita semua dalam keadaan telanjang, kecuali orang2 yang diberiNya pakaian. Oleh kerana itu, mintalah pakaian dariNya, nescaya Dia akan memberikannya kepada orang2 yang meminta dariNya.
Dan sesungguhnya kita semua melakukan kesalahan pada malam dan siang hari, sedangkan Allah Maha Pengampun. Oleh kerana itu, mintalah ampunan dariNya, nescaya Dia akan mengampuni segala kesalahan dan dosa2 kita.
Maha Suci Allah SWT.....!
Khamis, 22 April 2010
Ketika Manusia Berdoa...
Dengan Nama Allah SWT.....
Saudara-saudariku,
Kali ini saya mengajak tuan-tuan dan puan-puan, juga adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua memperhatikan cara atau perkataan doa-doa yang mungkin sering kali kita ucapkan. Apakah pernah engkau terfikirkan samada ucapan doa kita itu BENAR atau SALAH? Mari kita perhatikan dailog dibawah ini dan fikir-fikirkanlah...
Manusia berdoa;
Ya Allah sempurnakanlah kekurangan tubuhku.Allah membalas;
Tidak! Jiwamu telah sempurna, tubuhmu hanyalah sementara.
Manusia berdoa;
Ya Allah berikan aku segala hal yang menjadikan hidup ini nikmat.Allah membalas;
Tidak! Kuberi kau kehidupan supaya kau menikmati segala hal.
Manusia berdoa;
Ya Allah berikan aku kebahagiaan.Allah membalas;
Tidak! Kuberi keberkahan, kebahagiaan bergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkahan itu.
Manusia berdoa;
Ya Allah ambillah kesombonganku dariku.Allah membalas;
Tidak! Bukan Aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya.
Manusia berdoa;
Ya Allah berikanlah aku kesabaran.Allah membalas;
Tidak! Kesabaran datang dari ketabahan dalam menghadapi cubaan, tidak diberikan, kau harus mendapatkannya sendiri.
Manusia berdoa;
Ya Allah jauhkan aku dari kesusahan.Allah membalas;
Tidak! Kesusahan atau penderitaan itu menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu padaKu.
Manusia berdoa;
Ya Allah bantulah aku MENCINTAIMU, sebesar CINTAMU padaku.Allah menjawab;
Ya. Akhirnya kau mengerti..
Khamis, 26 November 2009
Mengenang Rasul Allah - Perutusan Khas Eidul Adha..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Sekadar untuk mengingatimu Ya Rasulullah...
Siapalah aku di sisimu...
Seorang ummat di akhir zaman yang masih menanggung dosa-dosa...
Ya Rasulullah...
Pengorbananmu, perjuanganmu, budi pekertimu sangat bererti buat ummatmu... Apa sahaja yang engkau lakukan sangat AGONG dan sepatutnya aku jadikan pengajaran...
Tentu dirimu berduka di ketika ini, melihat kehancuran moral ummatmu di mana2 sahaja... Agama yang telah engkau sempurnakan untuk kami ikuti di perjalanan kehidupan di dunia yang sementara ini... Kami hanya ambil separuh dan meninggalkan yang separuh lagi...
Mengapa begini sekali kelemahan kami?
Tentu dirimu berduka melihat kami... Umat buih yang ramai bilangannya .... Tidak mampu menongkah arus yang deras... Apalah nasib kami nanti... Di masa hadapan dan di akhirat nantiii....!!!
Ya Rasulullah,
Ku insan kerdil ini, mengharapkan syafaatmu... Di akhirat nanti... Apakah dirimu sudi memberiku syafaat...?
Di sini, ku mengharapkan SINAR IMAN itu akan menjadi milik kami lagi.... Semoga NUR HIDAYAH yang engkau bawa itu akan menyuluh seluruh 'alam maya ini... Semoga ia hadir semula membawa seribu satu RAHMAT buat kami insan2 di akhir zaman ini.....
"Sesungguhnya..dengan mengingati ALLAH itu.. Akan mententeramkan hati2..."
Ya ALLAH, Luruskanlah hati hambaMu ini agar agamaku Lurus..
*hamba yang dhaif*
Jumaat, 20 November 2009
Sempoinya Tok Guru ku ini...
Ini adalah gambar terbaru Tok Guru yang saya tiru dan tampal dari blog al-banjari sebentar tadi.. Sebenarnya situasi2 seperti gambar di atas adalah perkara biasa bagi mereka yang telah mengenal Tok Guru ni.
Maka di dalam entri ni saya nak ambil kesempatan untuk melahirkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz yang telah sempat mengajar saya (dan mereka yang pernah bersama saya) disuatu ketika dahulu. Tok Guru telah korbankan masanya, datang dari jauh, untuk mengajar kami dengan Ilmu yang beliau miliki. Proses mengajar ilmu ini telah berlangsung sekian lamanya (kini tiada lagi) di Masjid Kampung Melayu, Medan Gopeng, Ipoh, Perak.. Alhamdulillah, pada hari ini, saya telah mendapat menafaat dari ilmu yang telah Tok Guru curahkan. Semoga Tok Guru diBerkati Allah SWT dan sentiasa berada dibawah PerlindunganNya..
Wassalam..
Sabtu, 12 September 2009
Lailatul Qadar dan Doa Yang Dimakbulkan...
Salam Saudara2ku sekelian,
Ramadhan kian hampir berakhir. Inilah masanya yang seharusnya kita melipat gandakan amalan terutama ketika malam tiba. Apatah lagi akan tibanya suatu malam yang terlebih baik dari seribu bulan..
Banyak amalan sholeh yang dapat dilakukan pada malam2 yang penuh keberkatan ini, dan kita pun mengharapkan agar segala keberkatan dan kerahmatan itu akan kita perolehi dari Allah SWT. Maka dengan kerana itulah setiap amalan yang kita kerjakan itu hendaklah kita iringi dengan doa supaya diterima Allah.
Sesungguhnya berdoa itu adalah suatu amal yang penting pada kedudukannya dan mahal pula nilainya. Ia adalah pintu ibadah dalam memperhambakan diri kepada Allah dan memperlihatkan kerendahan jiwa kepadaNya.
Ini adalah jelas datangnya dari sabda Rasulullah saaw yang bermaksud: "Doa itu adalah otaknya ibadat." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).
Pengabdian atau ibadat yang dikerjakan tanpa berdoa adalah tidak berjiwa, tidak hidup dan bergerak. Ianya laksana tubuh yang tidak bernyawa – ada badan tetapi tiada dapat bergerak ke mana-mana.
Amalan berdoa digalakkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi pada Ramadhan, terutama pada Lailatul Qadar. Ia adalah malam paling mustajab berdoa, khususnya pada masa berlalunya separuh malam dan ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
Sepanjang Lailatul Qadar adalah saat doa yang dimakbulkan. Maka perbanyakkan doa pada malam itu.
Dalam satu hadis, Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu jika aku tahu Lailatul Qadar itu, apakah akan aku bacakan dalamnya?
Jawab Baginda: "Bacalah "Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fuanni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini)." (Hadis riwayat al-Khamsah).
Ulama tasawuf yang juga ulama fekah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: "Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solah. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doa kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab."
Secara jelas dapat diperhatikan bahawa Rasulullah saaw amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah.
Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doa dikabulkan Allah.
Tuhan selalu membuka pintu untuk hambaNya mengadu, memohon dan berdoa kepadaNya. Ini jelas daripada firmanNya bermaksud: "Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah al-Baqarah, ayat 186).
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaNya, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam dengan hina." (Surah al-Mukmin, ayat 60).
TANDA-TANDA LAILATUL QADAR
Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih dari seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah saaw dalam beberapa hadis yang sahih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah saaw telah bersabda dalam hadis daripada Abu Hurairah yang ertinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
Menurut imam Fakhrurrazi bahawa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saaw telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya: Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa.
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi saaw bahawa baginda telah bersabda yang artinya: Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit.
3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah saaw telah bersabda yang artinya: Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah saaw telah bersabda yang artinya: Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT. dan
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul. dan
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
Wallahu a'lam. Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)
KATAKUNCI
Aku dan Alam Maya
ancaman
api neraka
Asyura
Bacaan Al Quran
Badang
Baitul Mal
bangkit dari kubur
bersih
Biodata
boroi
Bumi
cermin
dakwah dan tabligh
damai
Fitnah Dajjal
Gaya hidup
gempa bumi
gerhana
Google Map
gua Hirak
hadis rasulullah
hari kiamat
hikayat
hospital
Iblis
Iklan
Isu semasa
Jihad
Jin
ka'abah
Karbala
kasih sayang
Keagamaan
keluar
kena tampar
kenangan
Kenangan lalu
kerajaan langit
kerja
kerohanian dan kepercayaan
khilafah
kisah dan tauladan
konspirasi
konspirasi dajjal
kuning
kurma
kyai
lagenda atau mitos
majlis
malaikat maut
Marikh
Maruah bangsa dan agama
masjid
matahari
mati
melayu
minuman kesihatan
misteri alam maya
Mudah Alih
Pelacur
pemimpin ummat
penemuan
Penghuni Gua
Peperangan
Peristiwa Dunia
perjuangan
Permohonan Doa
Perniagaan
Persahabatan
persatuan umat
Perumpamaan
politik
Puisi
rahmat
raja
redho
Reformasi
Renung2kan dan Fikir2kanlah
rumah
sahabat
Sarkastik
Sastera
Satira
Sejarah
selesai
Seloka dan Jenaka
sembahyang atau sholat
sembelih
Sri Bayu
sungai
sunnah nabi
syukur
syurga
ta'alim
takdir
tarawih
Tazkirah
teknologi
tongkat
tudung
Ultraman
wirawati
Yesus
zikir mengingati Allah SWT