Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!
Memaparkan catatan dengan label Keagamaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keagamaan. Papar semua catatan

Ahad, 17 Februari 2013

Di Mana Tuhan?





Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

 Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai. Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-


1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuatnya.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar muka saya? Marah dengan saya ker?

Kiyai : Saya tidak marah¦Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya tak faham¦Apa maksud anda?

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama¦kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Isnin, 13 Februari 2012

Bukti Teknologi Canggih Manusia Zaman Silam

Dengan Nama Allah SWT..

Assalamu Alaikum,

saudara2ku sekalian, bertemu kembali di arena maya ini dengan harapan korang semua sentiasa mendapat perlindungan dari Pemelihara kita yang Pengasih dan Penyayang. Dibawah ini adalah sebuah artikel yang aku salin semula dari blog Irwan007.. Ku paparkan disini sekadar buat pengentahuan aku sendiri dan juga korang semua. Selamat membaca, semoga ada manafaatnya buat semua..

Khamis, 5 Januari 2012

Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin

Assalamu Alaikum,

saudara2ku yang dihormati. Bertemu kembali diruang maya ini, masih ingatkah lagi kisah Ayah Pin yang heboh diperkatakan beberapa tahun lalu? Pasti nama ini takkan dilupakan kerana ia melibatkan masalah akidah dan kesucian agama islam yang kita anuti. Apatah lagi si Ayah Pin ini masih bebas bersama para isterinya dan berkemungkinan besar masih menjalankan aktiviti penyebaran ajaran songsangnya itu. Dibawah ini adalah sebuah kisah yang diceritakan oleh Tuan Haji Lokman seorang pakar perubatan dari Darul Syifa Al-Hidayah, Terengganu, kisah yang tidak diperbesarkan oleh akhbar perdana. Silakan membaca dan semoga ada manafaatnya...






Oleh : Hj Lokman A. Hamid








Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar Kerajaan Langit (Sky Kingdom) yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.

Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu



Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya.


Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.


Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.




Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi.


Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.


Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.


Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.




Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur.


Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.


Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.


Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri.


Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.


Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.


Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.


Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.


Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.


Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.


Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.



Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan.


Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.


Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.


Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu.


Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.


Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.


Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.


Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu.


Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.


Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.


Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu.


Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu.


Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu.


Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.




Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan.


Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.


Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.






c **^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Selasa, 22 November 2011

Aku, Engkau dan Gerabak Keretapi itu...





Assalamu Alaikum,

saudara-saudaraku yang sangat kuhormati, semoga korang semuanya sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT, pemelihara kita dan pemelihara sekalian alam ini. Dalam artikel kali ini aku ingin mengajak korang semua naik keratapi. Siapakah diantara korang semua yang masih belum pernah naik keretapi? Aku fikir ramai diantara korang yang pernah menaikinya, tak kiralah keretapi itu berupa sebuah Tren ker,  Monorel ker, Transit Aliran Ringan (LRT) ker, yang pentingnya kenderaan ini memiliki GERABAKnya sendiri. Tidak kira ada berapa gerabak pada setiap keretapi itu, yang pentingnya kesemua gerabak tersebut harus berfungsi dengan baik.

Ayoh semua kita ke perhentian keretapi....!


*******

Penumpang-penumpang telah membeli tiket masing-masing berdasarkan kemampuan yang dipersetujui.

Apabila keretapi tiba masing-masing menaiki gerabak-gerabak yang telah ditentukan.. Ada yang menaiki dahulu, ada yang menaiki kemudian..

Setelah itu masing-masing duduk di tempat-tempat yang telah dikhaskan.. Ada yang eksklusif, ada yang ekonomi, ada yang low class(masih ada ke?), dan ada yang langsung tiada tempat duduk kerana dah penuh..

Ketika didalam perjalanan, ada yang asyik komplen pasal tempat duduk yang 'telah dipersetujui', ada pula yang tenang saja dan menerima dengan baik tempat duduk yang dikhaskan untuknya dan dipersetujuinya..

Kemudian ada yang mula memasang kipas, ada yang mengawal alat penghawa dingin dan tingkap.. Ada yang mengubah kedudukan tempat duduk.. Ada pula yang membuat onar.. Ada juga yang buat hal masing2.. Ada yang cuba berkomunikasi (bersembang2 dll).

Sepanjang perjalanan ada yang turun di perhentian-perhentian dan berehat sebentar sebelum meneruskan semula perjalanan.

Ada pula yang jatuh sakit ketika didalam perjalanan, ada yang sakit perut .. Buat mereka yang dalam keadaan yang demikian, akan dipindahkan dan dimasukkan ke dalam gerabak khas untuk 'rawatan'.

Ada yang meninggalkan kerusi dan berjalan-jalan, ada yang tersesat, ada yang curi-curi duduk tempat orang lain..

Semasa keretapi bergerak kadangkala perjalanan itu laju, perlahan dan berhenti... Ada masa-masanya gerabak bergegar dan bergoncang akibat kelajuan atau terlanggar sesuatu.. tetapi ia tetap ditarik oleh lokomotif (kepala keretapi) ke depan.. Ada kalanya arah perjalanan ditukar menggunakan rel atau landasan pilihan yang lain (namun jarang berlaku).. Adakalanya satu dua gerabak terpaksa ditinggalkan akibat rosak (ini juga jarang2 berlaku).. tetapi destinasi tetap diteruskan..

Pemandu-pemandu lokomotif tak kisah apa yang berlaku didalam gerabak kerana setiap gerabak telahpun dikunci rapi.. Lagipun setiap gerabak ada 'penjaga' masing-masing.. tetapi ada satu dua penumpang yang ada 'dokumen khas' yang boleh keluar masuk dari pintu-pintu ke gerabak lain.. Ada penumpang yang ada 'kuasa' memberi nasihat atau berbincang dengan pemandu untuk berhenti atau melambatkan perjalanan.. tetapi penumpang ini tak boleh menyuruh pemandu mengubah destinasi perjalanan.. Pemandu juga boleh pergi ke gerabak-gerabak.. Melihat suasana penumpang, memastikan gerabak dalam keadaan baik serta memyuruh gerabak dikunci rapat dan lain-lain arahan.


Demikianlah saudara-saudaraku sekalian sedikit penerangan tentang hal-hal atau suasana yang dapat kita semua perhatikan pada setiap kali kita berada didalam gerabak keretapi itu. Makanya aku pasti korang tentunya tertanya-tanya, 'apa ke halnya situan blog ni ajak-ajak kitaorang naik ketapi ni??'

Nak tahu kenapa?

Kenapa ya?

Fikir-fikirkanlah......!




*********




Ok. Oklah. Harap korang semua bersabarlah ya. Aku akan berikan beberapa 'petunjuk', sila baca dengan teliti dan fahamilah..




Tulisan aku diatas tu merupakan sebuah PERUMPAMAAN..

TAMSILANnya adalah sebagaimana tulisanku yang dibawah ini;



Penumpang-penumpang yang dimaksudkan diatas adalah korang semua termasuklah diriku sendiri.

Penumpang yang naik dahulu adalah korang yang lahir ke dunia ini lebih dahulu dari aku yakni abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik serta datuk nenek, moyang dan seterusnya..

Penumpang-penumpang yang naik lambat/naik kemudian adalah korang yang lahir kedunia lebih lambat dari aku yakni adik-adik, cucu-cucu, cicit-cicit dan seterusnya..

Tempat duduk didalam gerabak itu adalah takdir hidup korang, atau rezeki korang atau jodoh korang yang telah ditetapkan dan yang telah korang persetujui ketika di alam roh korang dulu dengan lafaz perjanjian, 'alastuubi rab bikum'

Kipas, alat penghawa dingin, tingkap dan lain-lain yang boleh korang kawal sesuka hati korang itu umpama pencetus daya yakni yang memberi korang kekuatan dalam perjalanan kehidupan menuju akhirat

Kelakuan dalam gerabak membawa maksud adanya usaha dalam memajukan diri korang atau sebaliknya usaha dalam melingkupkan diri korang..

Gerabak-gerabak itu sendiri membawa maksud adanya tingkatan pada alam ini yakni alam dunia, alam jin, alam barzakh, dan lain-lain..

Kunci membawa maksud hati

Gerabak-gerabak yang rosak dan yang ditinggalkan adalah alam-alam yang musnah.

Gerabak untuk 'rawtan' maksudnya alam barzakh..

Penjaga maksudnya malaikat

Rel/landasan maksudnya perjalanan manusia menuju akhirat

Penumpang yang memiliki dokumen khas itu adalah orang yang dapat makrifat/keluar dari dunia ke dunia lain.

Penumpang dengan 'kuasa khas' adalah para wali Allah SWT..

Pemandu lokomotif adalah pemimpin umat manusia..

Destinasi maksudnya pertemuan dengan Pemelihara umat manusia dan sekalian alam..


************


Baiklah saudara-saudaraku sekalian, klu/petunjuk dah dapat, sekarang korang fikirlah kisah 'benar' disebalik kisah perumpamaan 'aku, engkau dan gerabak keretapi itu..' Semoga korang beroleh manafaat darinya..





Maha Suci Allah SWT....!






c**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 7 Ogos 2011

Air Mata Nur 'Gereja' vs Air Mata Umar Al Khattab...





Assalamu Alaikum,

saudara2ku sekalian, kita baru dikejutkan dengan sebuah berita penyerbuan pihak JAIS keatas sebuah Gereja di Petaling Jaya. Ekoran dari peristiwa tersebut maka tersebarlah cerita2 susulan yang membabitkan aktiviti pihak gereja yang menjalankan Usaha Dakyah mereka ke kalangan umat Islam di Malaysia. Ini cerita lama sebenarnya..  sudah makan belasan tahun dah. tapi baru sekarang ni pihak jabatan agama ambil tindakan, itu pun atas dasar 'politik'.. Mmmm... ^__^

Seorang wanita yang merupakan salah seorang 'mangsa' mereka telah bercerita sedikit panjang perihal hidupnya yang akhirnya membuahkan hasil pihak yang berkaitan;

"Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

berita lanjut silat baca sini.


Berkaitan dengan berita yang 'menyayat hati' di atas, sudah tentu pihak gereja dengan sedaya upaya menafikan keterlibatan mereka dalam kegiatan menghasut umat islam, meskipun pelbagai bukti dapat dikesan dengan jelas dan nyata. Namun demikian kita patut juga merenung2kan apa yang pihak JAIS dan badan2 yang serupa dengannya telah buat bagi kemaslahatan umat Islam di negara ini? Kita dah baca kisah wanita di atas kata, untuk beri dia sumbangan rm70 pun liat nak MAMPOSS!

Apa jadi dengan wang Baitul Mal itew? Kemana hala tujunya, banyak sangat prosedur sehingga wanita yang seperti Nur ini jadi mangsa pihak yang berminat dan berkepentingan dalam meluaskan jajahan takluk mereka itu..

Dikesempatan ini, biar aku ceritakan asal mulanya wang Baitul Mal diujudkan dalam membela kesejahteraan umat islam;


Khalifah Umar Bin Khattab, sering keluar malam kesekeliling kota untuk memantau keaadaan rakyatnya, maka pada suatu malam beliau sampai ke sebuah khemah buruk, terdengar suara tangisan kanak2 dari dalamnya. Dek kerana keinginan tahunya dengan suasana tersebut, beliau mendekati khemah itu lantas memberi salam;

'Assalamu'alaikum, ' salam Umar Bin Khattab. 'Wa'alaikum salam,' jawab seorang perempuan tua dengan lembutnya sambil mempersilakan masuk. Alangkah terkejutnyanya Umar menyaksikan tiga anak yang terus menangis sambil memegang perut diatas tilam yang lusuh. Melihat keadaan seperti itu air mata Umar Bin Khattab mengalir begitu saja tanpa sedar. Kemudian dia bertanya kepada perempuan tua itu. 'Mengapa mereka menangis?'

'Mereka kelaparan, kedua orang tuanya sudah tiada sementara saya sudah tidak sanggup lagi untuk membeli makanan untuk mereka. Sejak kedua orang tua mereka meninggal sudah tidak ada lagi yang menjenguknya, ' ucap perempuan tua dengan wajah bersedih. 'Bukankah ibu sedang menanak makanan?' tanya Umar keheranan. Lalu perempuan itu menjawab, 'Saya sedang membohongi mereka, bukan gandum yang saya tanak melainkan batu agar mereka berhenti menangis.'  Umar mengelang2kan kepalanya.

'Batu?' ujar Umar tak lagi mampu menahan perih didadanya, hatinya terluka bagai disayat menyaksikan penderitaan yang dialami anak-anak yatim piatu dan seorang nenek tua itu. Air mata itu tak terbendung lagi, Umar Bin Khattab bergegas  minta diri meninggalkan mereka. Ketika di rumah, Umar segera mengambil air wudhu untuk sholat dan berdoa, 'Ya Allah, ampunilah hambaMu ini yang telah melalaikan mereka, Izinkan hamba menebus semua kesalahan.'  Dengan secepatnya Umar Bin Khatttab mengambil sekarung gandum, sekantong roti dan susu segar untuk diserahkan kepada anak-anak yatim piatu dan nenek yang memerlukannya. Tak lama kemudian ketiga anak itu disuapinya oleh neneknya. Anak-anak terlihat lahap makannya. Nenek itu bercerita, ketika kedua orang tua masih hidup cinta dan kasih sayangnya kepada mereka bertiga senantiasa disuapi. Setiap suapannya dihiasi dengan senyuman yang indah dari ayah dan ibunya. Sejak peristiwa itu Umar Bin Khattab berjanji tidak akan pernah ada lagi penduduk dinegerinya yang kelaparan.

Dari kisah Umar Bin Khattab ini memiliki pesanan adanya rasa bersalah dalam dirinya sekiranya terdapat rakyatnya dalam kelaparan.. Perasaan bersalah inilah yang kemudian ditebus oleh Umar dengan tekadnya untuk memperbaiki sistem yang ada. Maka dimasa Umar Bin Khattab inilah Baitul Mal sebagai lembaga negara berfungsi dengan baik untuk membantu rakyatnya yang miskin pada waktu itu.


Maka hendaknya fungsi Baitul Mal pada hari ini dapat juga berfungsi dengan baik sebagaimana dimasa lalu. Tetapi bilakah masanya ianya akan menjadi kenyataan?




Wallahu A'lam.


Maha Suci Allah SWT....!


**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Rabu, 16 Mac 2011

Majlis Ta'alim dalam masa Keluar dijalan Allah SWT..

Dengan Nama Allah SWT...


Bertemu kembali wahai saudara2ku yang sentiasa dalam kemuliaan Allah SWT... Semoga kalian semuanya sihat wal'afiat. Dalam kiriman saya kali ini izinkan saya menyentuh sedikit perihal keadaan semasa kita sedang keluar dijalan Allah SWT..

Dalam masa kita keluar dijalan Allah SWT maka sudah pastilah kita kena tahu tujuan dan maksud kita berbuat demikian.. Khasnya Ta'alim yang kita baca setiap hari itu. Adapun maksud dan tujuan ta'alim diantaranya adalah;


1. Memasukkan Nur firman Allah dan Nur sabda Rasulullah ke dalam hati kita.

2. Mengetahui nilai2 amal sehingga menambah semangat dalam mengamalkannya.

3. Menambah iman kita setiap kali ayat2 Allah dibacakan kepada kita sebagaimana maksud surah al Anfal 8:2, "Sesungguhnya orang2 yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2Nya bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal."


Sekali lagi, sudah semestinya kita sentiasa kena ingat akan hal itu. Bukankah manafaat utama dari ilmu itu (setelah kita mendapatkannya) adalah agar kita dapat memahami kehendak2 dan perancangan Allah SWT atas keselamatan diri kita dan seluruh manusia, baik infradi mahupun ijtimai?

Namun demikian, majlis ta'alim pada masa keluar adalah satu majlis yang sering kali menjadikan mereka yang duduk di dalamnya mengantuk... Sehinggap pada tahab 'gaban' ianya sangatlah menjengkelkan. Mereka yang tertidur sudah tentulah tidak mendapat manafaat ilmu secara langsung untuk diri mereka sendiri.
Walau bagaimanapun para masyaikh secara halus telah melarang kita untuk menjadikan orang2 awam 'stres' asbab ta'lim yang kita selenggarakan. Ini adalah kerana kita tidak mahu mereka nantinya akan lari dari
agama kerana mengalami kesulitannya.

Kalau demikian keadaannya, bilakah Nur firman Allah dan Nur sabda Rasulullah dapat masuk ke dalam hati sanubari mereka?

Sebelum sampai kepada jawabannya, kita hendaknya mengetahui keadaan mereka yang duduk bersama kita dalam majlis tersebut. Kita tahu bahawa majoriti orang2 yang bersedia duduk dalam majlis kita adalah mereka yang baru 'berjinak2' dengan agama. Dan lebih daripada itu, setiap anggota jemaah memiliki tingkat nalar (IQ) dan sabar (EQ) yang berbeza. Dalam perbezaan yang banyak seperti itulah, kebersamaan dalam memahami agama ini ditumbuhkan.

Oleh kerana itu kita lebih mengharapkan mereka sentiasa berada di sisi kita daripada menjadikan mereka 'ulama tempelan' atau orang2 yang mengetahui (secara teori) hukum2 Allah tanpa memahami aplikasinya secara praktis dalam kehidupan nyata. Yang demikian adalah kerana kefahaman akan agama memerlukan tidak saja mujahadah dalam berbagai permasalahan, tapi juga masa yang panjang.

Adalah termasuk suatu perjuangan yang besar bagi seseorang yang berotak 'bebal' dan lemah semangat untuk duduk dalam ta'lim sepanjang 2 setengah jam berterusan, apalagi jika kita melakukannya setiap hari dalam masa yang panjang, 40 hari, 4 bulan atau lebih. Tidak demikian halnya jika hal itu dihadapkan kepada mereka yang berotak cemerlang dan penuh semangat untuk mendapatkan ilmu.

Dalam masa khuruj, sebenarnya setiap keadaan atau kejadian dapat merupakan asbab yang berkesan (secara imaniyah) untuk orang2 tertentu. Tidak itu saja, suasana dan keadaan yang terkawal dalam masa ini sangat membantu seseorang untuk memahami agama ini (terutama dalam hal dakwah) sesuai dengan tingkat nalarnya.

Dalam masa khuruj, orang2 yang baik kefahamannya, maka mereka akan mengulang2 apa yang dapat mereka fahami (termasuk yang mereka dapat dari ta'lim) di luar masa ta'lim seperti dalam bayan, ziarah, khususi ataupun dalam masa2 mudzakarah, ijtimai maupun infiradi. Selanjutnya kebersamaan kita pada gilirannya memberi kesan dengan baik kepada setiap anggotanya. Pada saat2 seperti itulah Nur firman Allah dan Nur sabda Rasulullah akan masuk ke dalam hati sanubari setiap anggota jemaah.

Duduknya mereka dalam keadaan yang termengantuk-ngatuk2 dalam ta'lim itu memberi erti yang signifikan buat mereka yang berotak cemerlang dan bersemangat waja. Oleh kerana itu, mereka yang nalar dan semangatnya sedikit lebih rendah tetap memiliki erti yang penting dalam kebersamaan kita.

Selanjutnya, orang2 yang baik kualitinya, mereka akan mendapati bahawa orang2 yang bersama dalam jamaahnya (yang memiliki sifat2 yang berbeza) adalah lubuk emas untuk melahirkan kualiti da'i yang dikehendaki Allah SWT, termasuk sifat2 yang dengannya Allah SWT akan bersama orang2 yang memilikinya. Sifat2 sabar, ikram, pemaaf, penyayang, dan sebagainya dapat dikembang biakkan dalam kebersamaan ini.

Lalu bagaimana halnya dengan para karkun yang belum dapat menghargai para ulama yang kerana kesibukannya, mereka (para ulama) belum tampil secara langsung dalam medan dakwah?

Sebenarnya, perkataan, juga sebagaimana perbuatan dan tindakan, adalah cermin dari kualiti seseorang. Keluar 4 bulan atau lebih bukanlah jaminan bagi seseorang untuk memiliki secara langsung kefahaman dan kualiti yang baik. Keluar 4 bulan adalah langkah awal yang dengannya mereka dapat memiliki 'roh' yang dapat mengaktifkan kegiatan2 selanjutnya yang pada gilirannya akan memberi mereka kefahaman agama sekaligus memperbaiki kehidupannya.

Benar, masa di jalan Allah adalah kesempatan emas bagi seseorang untuk dapat memperbaiki dirinya. Semakin lama seseorang keluar, maka semakin berpeluanglah dia untuk melakukan perbaikan. Dan tentu saja, hal itu sangat dipengaruhi oleh niat, kesungguhan, nalar dan sifat2 dasarnya. Namun demikian, kita tetap menghormati atas tingkat pengorbanan atas maksud agama. Sebagaimana Rasulullah saaw telah melakukannya terhadap sahabat2nya, maka kitapun lebih menghargai orang2 yang dapat keluar di jalan Allah lebih awal daripada kita.

Masyaikh telah mengajarkan kita untuk bersikap arif kepada sesama karkun, juga termasuk mereka yang belum dapat menghargai ulama2 lain sesuai dengan kedudukannya. Bahkan dalam beberapa hal, kita 'haram' menegur kesalahan orang lain (terutama karkun), tetapi 'wajib' berusaha agar dia bersedia mengishlahkan dirinya sendiri. Yang demikian adalah kerana teguran yang datang dari dalam tidak akan mengakibatkan efek yang buruk sebagaimana halnya jika teguran itu datang dari luar dirinya.

Memang nampak susah, akan tetapi perkara ini bukan suatu hal yang mustahil. Sungguh, selalu ada jalan dan selalu ada pintu yang terbuka bagi setiap kemahuan dan kesungguhan.


Maha Suci Allah SWT...!


**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Selasa, 16 November 2010

Sembelihan Islam cara Terbaik!

Dengan Nama Allah SWT..





Assalamu'alaikum,

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah SWT.. Ini adalah kiriman khas menyambut hari kebesaran Islam seluruh dunia, salam Aidhul Adha kepada semua umat islam.. Bersyukurlah kita pada hari ini kerana Allah SWT masih memberikan nikmatNya pada kita semua. Hari ini adalah hariraya Korban, kita menyambutnya sebagai mengingati pengorbanan kedua nabi besar yang dikurniakan Allah SWT nikmat yang besar juga. Mereka ialah Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as.. Kisah mereka berdua ada aku kirimkan pada artikel belajarlah dari keluarga Ibrahim jika punya masa boleh baca lagi.


Dalam artikel kali ini aku petik dari akhbar Berita Harian, artikel tahun 2006 yang lalu. Bicara kali ini adalah berkenaan dengan cara penyembelihan yang cukup unik dan terbaik diantara cara-cara penyembelihan agama lain. Aku minta maaf kerana tiada rujukan link ke Berita Harian, aku dah cari2 di arkibnya tapi tak jumpa la pulak...






Sains bukti sembelihan Islam kaedah terbaik

Oleh Meor Hisham Zulkifli



Umat Islam akan menyambut Aidiladha esok ketika masyarakat bukan Islam di Barat terus mempersoalkan mengapa Islam membenarkan perbuatan kejam dan ganas terhadap haiwan.


Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.

Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.


Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.


Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.?(Tafsir al-Rahman, Jakim).


Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.

Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman.

Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing? menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.


Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.

Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.

Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang,
menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.


Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.

Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&;M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.


Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.


Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.

Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.

Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.

Jiika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,?kata Aisha dalam kajiannya.


Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.









**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Isnin, 25 Oktober 2010

3 Watak Akhir Zaman... Kenalkah engkau?

Dengan Nama Allah SWT...


Salam Alaikum saudara-saudaraku yang dihormati, semoga semuanya berada dalam keadaan yang diberkati Allah SWT... Dalam entri kali ini, aku sekadar mahu mengingatkan kembali kepada yang kian lupa dan berkongsi cerita kepada yang sentiasa ingat akan kejadian di akhir zaman. Masanya bukanlah lama pun, hanya beberapa waktu saja lagi, ianya akan bermula, suatu suasana yang penuh huru hara, cacamarba dan seumpamanya yang bisa membuatkan jiwa semua manusia resah gelisah, gundah gulana, kecuali mereka yang beriman, yang percaya bahawa segala yang terjadi itu hanyalah ujian dari Allah semata-mata. Ia hendak menguji siapakah diantara kalian ini yang benar-benar patuh dan ta'at atas segala yang diperintahkanNya, dan berpegang teguh pada taliNya dan terus 'bekerja' dalam menegakkan agama Allah SWT disaat-saat dunia hampir dimusnahkanNya..


Apabila kita membicarakan perihal akhir zaman, pastinya kita terbayangkan atau terfikirkan 3 watak yang memainkan peranan utama dikala itu. Inilah ketiga2 watak yang telah diceritakan samada dalam Al Quran ataupun Hadis Rasulullah saaw. Ketiga2 watak utama ini pastinya akan hadir tidak berapa lama lagi, mereka ini sudah pun lahir cuma belum lagi mengistiharkan diri masing2.. Tunggu saja nanti pengistiharaan dari mereka. Namun yang menjadipersoalannya nanti adalah, adakah engkau sudah bersedia menerima kehadiran mereka? Adakah engkau akan jadi pengikut salah seorang dari mereka dan menentang yang lainnya? Siapakah yang engkau bakal ikuti dan siapa pula yang bakal engkau tentang?? Pendek kata, persoalan paling utama yang harus engkau persoalkan adalah, kenalkah engkau siapa mereka bertiga ini??? Marilah ikuti tulisan seterusnya untuk mengetahuinya..






Kedatangan Imam Mahdi..



Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.

Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan dengan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit terutamanya penyakit hati..

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang menyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.

Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.

Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semakin berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.

Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.

Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredhoi Allah SWT.

Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.

Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad saaw) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.

Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah saaw yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.

Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia.

Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.

Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya.

Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.

Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelumang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.

Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.

Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah saaw dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan.

Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.




Kedatangan Dajjal


Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah saaw memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saaw. Selesai solat, Rasulullah saaw naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.”

Rasulullah saaw berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka bertanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah saaw telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah saaw menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah saaw berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah saaw sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah saaw telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.





Khutbah Rasulullah saaw tentang Dajjal


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah saaw telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah saaw lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah saaw bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah saaw ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah rha. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah saaw masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah saaw berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah saaw bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah saaw menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah saaw bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.


Wallahu A'lam.





Kedatangan Nabi Isa


Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”

Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saaw bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya orangnya sederhana dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing.

Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa as. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Muhammad saaw adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa as pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad saaw selaku nabi terakhir.

Isa as. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah saaw tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah saaw menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).

“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa as sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa as berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.

“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Kata Rasulullah saaw lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”

Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?” Rasulullah saaw menjawab: “Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”

Rasulullah saaw berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”

Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah saaw bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah saaw bersabda: “Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah saaw: “Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa as. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”

“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”

Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.

Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.”

Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai.

Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah saaw bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.”

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa as akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun.


Wallahu A'lam.


Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah saaw.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad saaw, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.



Maha Suci Allah SWT...!




**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Khamis, 12 Ogos 2010

Kuil Yahudi disewakan untuk Solat Taraweh

oleh Ibnuyaacob


pray_at_synagogue


Setelah mendengar keluhan beberapa jawatankuasa Masjid Virginia tentang ruang yang semakin tidak mencukupi untuk bulan Ramadhan, Rabbi Robert Nosanchuk telah mengemukakan cadangan kepada jemaah Masjid Virginia agar menggunakan synagogue (kuil Yahudi) sebagai masjid.


Pertambahan umat Islam di Virginia, Amerika Syarikat dan ruang masjid yang amat terhad telah mendorong Imam Masjid Virginia iaitu Syeikh Mohamed Magid dan ahli jawatankuasanya bersetuju menerima pelawaan Rabbi Robert agar dapat bersolat jemaah di bangunan Northern Virginia Hebrew Congregation.

Rabbi Robert berpendapat Ramadhan adalah bulan yang mulia bagi umat Islam dan di dalam bulan ini jugalah jumlah pengunjung masjid yang datang beribadat meningkat dengan ketara. Ruang yang terhad di masjid asal mungkin sudah tidak selesa untuk beribadat, jadi mereka memberi inisiatif untuk membantu jemaah masjid Virginia di dalam bulan Ramadhan ini.


ibvisit02

(Gambar) Imam Mohamed Magid (kanan) menerima lawatan Syeikh Ibrahim Muhammad al-Batawy dari Mesir untuk kuliah pembentangan kitab Ihya Ulumuddin pada Disember 2005.


Menurut Imam Mohamed Magid lagi, masyarakat sering melihat Yahudi-Islam sentiasa berkonflik khususnya di Amerika Syarikat. Mereka mengharapkan cadangan ini boleh mengubah persepsi tentang konflik tersebut khususnya golongan pemimpin-pemimpin politik yang bersifat rasisme.

Hubungan yang baik di antara masyarakat Yahudi-Islam kemungkinan akan menyukarkan pihak-pihak berfahaman rasis ini mengambil kesempatan untuk menabur jarum-jarum perpecahan.

Tahun 2009 ini adalah tahun pertama Masjid Virginia menyewa sebahagian ruang dari synagogue untuk melakukan solat tarawih. Para jemaah masjid mengumpul wang sendiri untuk membayar sewa ruang sembahyang tersebut yang dikenakan USD300 sehari. Solat terawih di Masjid Virginia itu berlangsung antara pukul 9.00 hingga 10.45 malam.

Kesefahaman antara komuniti Masjid Virginia dan synagogue-synagogue kemungkinan akan diperluaskan lagi apabila kedua-dua komuniti tersebut bersetuju untuk menubuhkan satu yayasan persefahaman yang akan membuat lawatan rasmi ke Timur Tengah tidak lama lagi.


Umar Al-Khattab bersolat di Gereja

Di dalam kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, terbitan Darul Ibnu Hazim, ada dijelaskan tentang kisah Saidina Umat Al-Khattab bersembahyang di gereja di Baitulmaqdis.
“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa umat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.
(Kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’)


Persoalan persefahaman antara umat Yahudi-Islam juga bukanlah perkara baru. Di Palestin sendiri, sebelum kedatangan imigran Yahudi Eropah dan pengaruh Zionis, Arab Judais dan Arab Muslim hidup aman dan damai serta sering membantu di antara satu sama lain. Dasar Zionis yang mengamalkan pecah dan perintah (divide & conquer) telah mengubah situasi aman tersebut kepada suasana rasisme yang kronik.

Tambahan pula tahun ini, umat Yahudi beragama Judais akan menyambut sambutan Rosh Hashanah (Tahun baru) pada 21 September 2009 (Isnin). Manakala umat Islam pula akan menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September 2009 (Ahad).

Tempoh puasa yang tamat sebelum perayaan tahun baru Judais ini sudah pasti satu hikmah besar dari Allah dalam membantu perjuangan umat Islam di Virginia meneruskan ibadah solat tarawih walaupun terpaksa membayar wang untuk melakukan ibadat tersebut.


Wallhu’alam...




Artikel asal dapat dibaca di blog ibnuyaacob