Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Memaparkan catatan dengan label Biodata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biodata. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2024

Kenangan Mengusik Jiwa - Tulisan tanpa noktah, jalan tanpa hujung.

     Ranjau Kehidupan

     Sesungguhnya kehidupan ini banyak cabarannya, banyak ragamnya serta di penuhi dengan tipu daya. Aku hanyalah insan kerdil di antara berbilion-bilion umat manusia. Dalam tempoh dua puluh enam tahun rasanya sudah terlalu banyak onak dan duri yang aku redah. Dari kehidupan penuh kegelapan ke kehidupan penuh cahaya. Dari dunia kejahatan ke dunia kebaikan. Alam cinta palsu yang penuh khayalan hingga mencapai cinta sejati yang penuh nikmat telah kuselami. Kini aku sedang alami kehidupan yang kurasakan aneh dari sudut gerak-geri, aneh dalam fikiranku dan aneh pada zahir dan batinku. Oh! Suatu kehidupan yang misteri dan luar biasa. 



   

Rabu, 29 Ogos 2018

Mengenangkan Sahabat Masa Nan Lalu..

Assalamualaikum.

     Jika korang perhatikan beberapa artikel aku yang lepas, tentunya korang tahu ianya adalah artikel yang mengenangkan peristiwa-peristiwa masa lalu yang terjadi keatas diriku. Dalam artikel yang ini aku perturunkan beberapa karyaku yang merupakan beberapa keping gambar aku dan sahabat-sahabatku beserta kisah imaginasiku bersama mereka.

Ahad, 19 Ogos 2018

Dari Kerana Rambut..

Assalamualaikum.




Inilah gaya rambut David Bowie dari tahun 1965 hingga 1983. Dia adalah seorang penyanyi rock yang terkenal. Lagunya yang berjudul 'Last Dance' telah menjadi kegemaran ramai dan berjaya masuk dalam senarai carta "top ten" di U.S.A. dan juga U.K. Dia juga seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya sejak tahun 1978.

David Bowie adalah seorang artis yang suka menyamar. Apabila dia mengubah gaya rambutnya serta wajahnya, pasti ramai orang yang tidak akan mengenalinya lagi.


Aku: Botak pada 19.10.1983, akan datang nak cuba gaya rambut 'punk' dan selepas itu 'vok' yakni gaya rambut panjang yang menutupi sebelah mata.. Hahahahaa!


Sekian. Wassalam.

Isnin, 2 September 2013

A Samad Said - Pejuang Kesusasteraan Melayu.




Siapa yang tidak kenal dengan sasterawan negara Datuk A Samad Said?

Seorang sasterawan yang penuh kontroversi. Beliau pernah meledakkan kejutan dengan mogok seni lebih sepuluh tahun lalu dan tidak kurang pula dianggap oleh sesetengah pihak sebagai berperangai kebudak-budakan apabila ‘bersuara’ kerana tidak memenangi Hadiah Sastera Perdana di suatu ketika dulu.

Khamis, 5 Januari 2012

Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin

Assalamu Alaikum,

saudara2ku yang dihormati. Bertemu kembali diruang maya ini, masih ingatkah lagi kisah Ayah Pin yang heboh diperkatakan beberapa tahun lalu? Pasti nama ini takkan dilupakan kerana ia melibatkan masalah akidah dan kesucian agama islam yang kita anuti. Apatah lagi si Ayah Pin ini masih bebas bersama para isterinya dan berkemungkinan besar masih menjalankan aktiviti penyebaran ajaran songsangnya itu. Dibawah ini adalah sebuah kisah yang diceritakan oleh Tuan Haji Lokman seorang pakar perubatan dari Darul Syifa Al-Hidayah, Terengganu, kisah yang tidak diperbesarkan oleh akhbar perdana. Silakan membaca dan semoga ada manafaatnya...






Oleh : Hj Lokman A. Hamid








Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar Kerajaan Langit (Sky Kingdom) yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.

Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu



Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya.


Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.


Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.




Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi.


Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.


Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.


Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.




Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur.


Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.


Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.


Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri.


Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.


Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.


Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.


Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.


Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.


Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.


Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.



Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan.


Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.


Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.


Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu.


Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.


Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.


Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.


Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu.


Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.


Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.


Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu.


Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu.


Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu.


Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.




Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan.


Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.


Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.






c **^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Khamis, 22 Disember 2011

Muammar Gaddafi ~ Mangsa Konspirasi Dajjal..

Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.

Sukar untuk menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih bersifat kemusnahan "kemanusiaan". Bencana yang akan mengalirkan air mata berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi ini bakal diregut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa ini juga.

Ahad, 24 Julai 2011

Seorang Raja yang Paling Sepi di Dunia...

Assalamu Alaikum,

saudara2ku yang mulia, pada kali ini kita akan membicarakan perihal kehidupan seorang manusia diatas mukabumi ini. Adakah kita percaya bahawa pangkat dan darjat itu bakal membawa kejayaan atas diri seseorang itu? Atau kita percaya bahawa seorang yang memiliki harta yang melimpah serta bala tentera yang ramai itu akan membawakan suatu kejayaan keatas seorang manusia? Marilah kita renung2kan al kisah dibawah ini...



Istana Raja yang bergemerlapan di pusat kota Phnompenh, ibukota Kamboja adalah salah satu lokasi Wajib yang kerap dikunjungi para pelawat asing. Namun di dalam istana itu diamnya seorang raja yang mungkin merupakan Raja Paling Kesepian di dunia, yakni Raja Norodom Sihamoni yang kini berusia 58 tahun


Sedih, Sepi, Tersisih


Keluarga kerajaan Kamboja memiliki sejarah sepanjang lebih dari dua ribu tahun, dan kini Sihamoni berkemungkinan besar adalah raja terakhir di kerajaan ini. Raja Sihamoni yang berkeperibadian lembut, pendiam, tidak suka bersosial, dan pernah menjadi seorang penari balet ini dan kini mengajarkannya, memiliki hobi di bidang seni dan tidak menyukai politik. Namun kerana raja pendahulunya, yakni Raja Sihanouk, mendadak melepaskan tahtanya pada 2004 lalu, atas desakan dan tekanan keluarga untuk "meneruskan tahta", Sihamoni pun terpaksa pulang ke negerinya untuk meneruskan tahta kerajaan yang sama sekali tidak diinginkannya.


Menurut Harian China Daily edisi 11 Jun, selama 7 tahun terakhir ini, Sihamoni, anak ratu Monique ( Monineath) ini jarang tampil di media massa. Banyak rakyat Kamboja mengatakan dirinya "sedih, sepi, dan tersisih". Selain kerana keperibadiannya yang memang seperti itu, juga disebabkan pengawasan Perdana Menteri Hunsen.


Berita menyebutkan bahawa setiap gerak-gerik Sihamoni terus menerus diawasi oleh orang dekat Hunsen, yakni Menteri Urusan Istana, Kong Song Ou.


Dalam beberapa kali kepergian Sihamoni meninggalkan istana (walaupun jarang sekali terjadi), selalu ada staf istana yang mendampinginya, dan media massa pun dilarang untuk membuat liputan. Meskipun undang-undang memberikan beberapa kebebasan kepada raja, namun Sihamoni tidak diberikan kekuasaan apapun. Berbeza jauh dengan ayahnya, Raja Norodom Sihanouk yang punya pengaruh besar dan dialu-alukan rakyat. Anggota Dewan Kongres dari parti berhaluan kiri Kazakh Song menyebut Sihamoni sebagai "raja boneka", seluruh kekuasaannya telah dikosongkan.

Pembantu dekatnya sampai para ahli pun mengatakan, bahawa lelaki yang memiliki kete­rampilan seorang penari balet ini hanyalah hiasan di tembok kerajaan. Dia boleh diumpamakan terpenjara di istana sendiri. Tidak ada satupun perancangan maupun keputusan yang boleh dikaitkan dengan ke­pemimpinannya sebagai raja.

Semua perancangan justru di­ambil alih Perdana Menteri Hun Sen, yang berasal sebagai anak desa yang miskin namun sangat bijak. Ada juga yang mengatakan baha­wa Hun Sen adalah seorang ahli politik yang kejam dan licik.

Seorang anggota parlimen, Anak Chhay, mengatakan, me­lihat kepada keadaan yang sedemikian, Sihamono sememangnya patut bila masyarakat menye­butnya sebagai raja boneka. “Kuasanya telah berkurang. Untuk bertahan hidup pun sang raja mesti menyenangkan per­dana menteri. Ini sungguh me­nyedihkan,” ujar Chhay, "Karektar Raja Sihamoni, sungguh ber­beza de­ngan ayahnya (Norodom Siha­nouk) yang petah dan penuh karismatik. “Sihamoni berhasil me­ngangkat kerajaannya dan di­anggap seorang raja-dewa oleh rakyatnya. Ribuan orang pun rela berkumpul untuk me­nya­lakan bunga api demi me­rayakan hari ulang tahunnya,” tutur Chhay lagi.

Raja Sihamoni yang kini berusia 58 tahun, hanya menghabiskan banyak waktunya dengan hanya menandatangani dokumen, me­ne­rima tamu dan pelangganan perniagaannya yang lain. “Dia hanya tinggal menunggu masa pen­cennya sambil membaca dan makan-makan saja,” sindir Siso­wath Thomico, pengawai peribadi Sihanouk.


Berbeza dengan ayahnya, yang memiliki enam isteri, Sihamoni tidak pernah berkahwin hinggalah kesaat ini yang akibatnya beliau tidak akan mempunyai waris.


Namun demikian Menteri Informasi Khieu Kanharith lain pula pendapatnya, beliau mengatakan bahawa tugas seorang raja adalah terlibat dalaam bidang sosial, agama, memantau peradilan serta menerima laporan bulanan dari Hun Sen. “Raja Sihamoni telah me­main­kan peranan penting dalam memu­lihkan kerajaan. Sebagai raja dan simbol persatuan kebangsaan dia menjaga kestabilan dalam negara dan tidak akan ter­libat dalam kegiatan politik. Jadi, tidak tepat bila dia (Raja Siha­moni) disebut orang sebagai tahanan di istana,” tegas Kan­ha­rith.

Norodom Ranarridh (saudara tiri raja Sihamoni) atau yang memimpin parti pro-mo­narki, percaya bahawa rakyat Kamboja masih bersimpati terhadap Sihamoni.





Maka apakah ada sesuatu yang boleh membuatkan sang raja ini tersenyum gembira?

Wahai saudara2ku, pangkat telah pun dimiliki, harta telah pun melimpah, kuasa ada didepan mata, namun jiwa masih kosong...



Marilah kita sama2 meyakini bahawasanya, kejayaan manusia itu hanya ada dalam agama, tanpanya, segala harta yang kita miliki didunia ini, segala kekuasaan serta pangkat dan darjat akan lupus setelah kita mati dan akan terseksa diakhirat.. Petandanya adalah apabila kehidupan kita sebelum mati menjadi resah gelisah dan sentiasa bergelumang dosa.. Awasilah keadaan seperti ini.. Semoga Allah SWT merahmati kita semua..


Maha Suci Allah SWT....!









**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Jumaat, 1 Julai 2011

Uniknya kejadian buah kurma ..



Salam saudara2ku sekalian, artikel dibawah ini adalah hasil penceritaan beberapa orang krew RTM yang ketika itu sedang membuat pengembaraan drama 'Cinta Madinah' pada tahun 2010 yang lalu..


Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.


Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah saaw dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang disiarkan ceritanya pada saluran RTM, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam majalah Anis).





Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah SWT. ciptakan Nabi Adam as. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa as., Siti Maryam telah diminta oleh Allah SWT untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.


Ditakdirkan Allah SWT. dengan kelahiran Nabi Isa as. itu juga, Allah SWT. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).


Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan
tamar betina .


Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.


Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.


"Allah SWT. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah SWT pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.


Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.


"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah SWT. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."


"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah saaw. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya.Buah ini tidak berbau kerana Allah SWT. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini." Ujar Pak Long dengan senyum lebar.


Demikianlah apa yang telah diceritakan Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long kepada krew2 TV3. Nak percaya atau tidak, terpulanglah pada kebijaksaan masing2.. Namun apa yang penting, bila menjelangnya bulan Ramadhan, buah tamar inilah yang menjadi pilihan umat islam serata dunia..


Maha Suci Allah SWT...



**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 3 April 2011

Seri Bayu dalam Kenangan....

Seri Bayu telah menyahut panggilan illahi..

Al-Fatihah.....

-

-

-

-

-

Semua kita juga akan menyambut panggilan yang Maha Memelihara, tidak dapat tidak, kita harus kembali kepadaNya, yakni apabila seruan telah tiba, apabila utusanNya, yang ditugaskan mencabut nyawa setiap yang hidup, diperintahkan untuk mengambilnya...

Berakhir jua penderitaan yang ditanggung semasa lagi hidup, segala kekecewaan dan segala keresahan dan kerungsingan, bermulalah pula suatu pengalaman yang kekal tiada hujungnya, samaada itu berupa kesenangan ataupun penderitaan yang kekal, bukan yang bersifat sementara sebagaimana deritanya engkau didunia yang baru saja ditinggalkan.. Alam yang bakal engkau lalui ini adalah lebih luas dan lebih panjang masanya, jika engkau mendapat nikmat, ianya merupakan kenikmatan yang abadi, namun jika derita yang engkau terima, tiadalah lagi daya dan upaya untuk melarikan diri darinya, hanyasanya Allah SWT itu punya rahmat yang Maha Luas, moga-moga engkau salah seorang yang mendapatkannya....


 Nama sebenar beliau, Jamaludin Sulik, usia 47 tahun, menderita sakit urat saraf telah pun menghembus nafas terakhirnya dihospital Port Dickson, Negeri Sembilan pada jam 8.30 malam Sabtu April 2, 2011.



Beliau seorang penulis lirik lagu, antara yang terbaik adalah lagu 'kau yang bernama seri' yang didendangkan oleh sebuah kumpulan rock tempatan, Handyblack, pernah menjadi hit suatu masa dahulu..

Kata-kata akhir yang diucapkan pada wartawan harian kosmo semalam, "Awak tulislah, biar orang lain tahu apa isi hati saya ketika ini,segala suka dan duka biarlah saya menanggungnya sendiri,"

Dikesempatan ini, aku tidak akan menulis dengan panjang lebar, cuma korang boleh rujuk di pautan yang kuberikan dibawah ini.


Selamat membaca..



MstarOnline 

Luahan hati Seri Bayu

Masih upaya tulis lagu 

Bualan di Cari Forum


Akhir sekali kuberikan kredit untuk rakan blogger wartamaya diatas tercetusnya ilhamku untuk menerbitkan artikel khas Seri Bayu dalam kenangan ini..


Wassalam.





**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..