Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Memaparkan catatan dengan label persatuan umat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persatuan umat. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Julai 2011

Ramadhan Terakhir... tanpa Khilafah.

Oleh: jebbat.blogspot.com




Sya’ban sudah mula melabuhkan tirainya dengan meninggalkan seribu satu kenangan pahit kepada umat Islam yang masih berada dalam keadaan terhina dan terpecah-belah. Ramadhan 1432H mulai menyingsing dengan seribu satu harapan di hati-hati pencintanya agar di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini, fajar kemenangan segera terbit bagi menghilangkan segala kedukaan yang melanda umat ini sejak sekian lama. Tubuh umat ini telah berpuluh tahun lamanya menderita kesakitan, terlantar tidak bermaya dek bermacam musibah yang menimpanya dari luar dan dalam. Dalam menahan segala kesakitan yang dialami itu, dengan izin Allah SWT, masih terdapat sisa-sisa kekuatan dalam tubuh umat ini yang tidak pernah berdiam diri dan senantiasa melawan segala penyakit yang cuba merosakkannya. Walaupun sukar kerana sedikitnya kekuatan yang dimiliki berbanding banyaknya musuh yang menyerang, namun perlawanan itu sudah mula menampakkan hasilnya. Ini kerana kekuatan luarbiasa yang dimiliki oleh tubuh ini dibantu oleh Pembuatnya Yang Maha Kuasa. Maka tubuh ini semakin hari semakin menguat dan penyakit yang dialaminya semakin hari semakin pulih manakala musuh yang menyerang pula semakin hari semakin melemah dan semakin hilang arahnya. Tubuh yang perkasa ini sudah mula bangkit dari pembaringan selama ini dan kebangkitan ini tidak pernah disangka oleh musuhnya. Ya, ia sudah mula menampakkan kekuataannya baik dari segi semangat mahupun fizikalnya. Pihak musuh, walaupun sudah mula goyah, masih tetap memberikan perlawanan yang bertubi-tubi, namun, setiap perlawanan itu hanya semakin melemahkan diri mereka sendiri. Pihak musuh sudah mula menyedari bahawa saki-baki kekuatan yang ada pada mereka sesungguhnya tidak lagi mampu bertahan dan akan hancur sepenuhya apabila gergasi yang mereka ‘kerjakan’ selama ini bangkit sepenuhnya. Mereka kini hanya menghitung hari menuju perkuburan mereka. Tahun berganti tahun dan bulan berganti bulan, kekuatan yang dimiliki oleh umat Islam sudah tidak dapat dibendung lagi. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang penuh berkat, bulan di mana umat Islam ‘dicaj’ sepenuhnya dan yang ikhlas di antara mereka dilindungi oleh Rabbnya dari syaitan yang direjam. Inilah bulan di mana umat Islam semakin sedar bahawa mereka adalah umat yang satu dan menjalankan ibadah yang satu, puasa mereka satu, berbuka mereka satu serta tarawih (solat) mereka satu. Sesungguhnya musuh tidak akan mampu untuk memisahkan 'kesatuan’ ini. Cuma, apa yang perlu disedarkan dari umat ini agar mereka pulih sepenuhnya dari segala kesakitan ini adalah bahawa mereka seharusnya mempunyai pemimpin yang satu dan negara yang satu yakni Negara Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah!

Rabu, 27 Julai 2011

72 jam berterusan.. Agar mereka tahu RUMAH yang sebenarnya...





Assalamu Alaikum,


wahai saudara2ku sekalian yang sentiasa didalam Rahmat Allah SWT,


Korang tentu tahu bahawasanya cara yang paling mudah untuk korang menjadikan seekor ayam itu kenal dan tahu rumahnya adalah dengan cara mengurungnya selama (paling kurang..) 3 hari berterusan didalam kandangnya. Setelah melepasi waktu itu, korang lepaskanlah ayam2 korang itu, maka korang akan mendapati ayam2 korang itu akan kembali pulang apabila petang menjelma, dan seterusnya bertelur dan berkembang biak disitu. Jikalau korang tidak mengurung ayam2 itu mengikut batas waktu yang telah ditentukan tadi, maka aku hampir pasti bahawa ayam2 tersebut tidak akan kembali pulang sebagaimana yang korang semua harap2kan.


Bagaimana pula dengan Manusia? Sudah pastilah ayam2 yang kita bicarakan tadi bukanlah Manusia.. Manusia memang tidak sama dengan Ayam. Akan tetapi cara yang serupa dapat korang lakukan juga. Tidak mahu percaya? Mari kita buat suatu ujian tentang ini. Korang akan kuberikan satu tugasan, tidaklah berat sangat, korang hanya perlu ajak kawan2 korang beriktikaf di mana2 Masjid atau Surau yang berdekatan atau yang jauh2 pun bolehlah.. Kurung mereka disitu selama 3 hari penuh atau lebih tepat lagi, selama 72jam berterusan, agar mereka kenal dan tahu bahawa Masjid itu adalah Rumah Utama mereka. Setelah selesai, lepaskanlah mereka berpergian kemana2 saja yang mereka suka. Lihatlah hasilnya....


Kemana saja langkah mereka menghala, mereka akan berusaha menemukan Masjid atau Surau atau yang sewaktu dengannya., biarpun betapa sibuknya mereka dalam mengerjakan tugas2 harian, sentiasa didalam fikiran mereka akan ke Masjid apabila sudah masuk waktunya.. Yang demikian itu adalah kerana hati mereka telah tergantung di masjid.....







Wallahu A'lam.




Maha Suci Allah SWT....!







**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Sabtu, 21 Ogos 2010

Jika Aidilfitri jatuh pada 11hb September...

Sambutan Aidilfitri pada 9/11 membimbangkan....?





WASHINGTON: Masyarakat Islam di Amerika Syarikat bimbang pertindihan antara tarikh berakhirnya Ramadan dan ulang tahun tragedi 11 September menyebabkan umat Islam dikritik kerana menyambut serangan pengganas yang berlaku pada 2001.

Tahun ini, sambutan Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan puasa, jatuh pada 11 September (9/11) di Amerika.

Sesetengah kumpulan bimbang kebetulan itu akan menambah kecurigaan dan permusuhan terhadap umat Islam ketika sentimen negatif mereka sudah memuncak.

Sebelum ini, Presiden Barack Obama dikritik hebat kerana menyokong rancangan pembinaan sebuah pusat komuniti Islam berhampiran tempat kejadian serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September, 2001 atau Ground Zero.

Masyarakat Islam Amerika Utara (ICNA) mengambil keputusan menangguhkan hari keluarga yang pada awalnya dijadualkan diadakan pada 11 September kerana menghormati mangsa dan saudara-mara mereka.

Pengasasnya, Encik Tariq Amanullah, bekerja di WTC dan meninggal dunia akibat serangan itu. Majlis Hal Ehwal Umum Islam, kumpulan penyokong berpusat di Los Angeles, dilaporkan menghubungi polis memaklumkan mengenai tarikh pertindihan itu dan menggesa masjid memperbaiki pengawasan dan keselamatan di premis mereka.

Encik Ibrahim Hooper, daripada Majlis Hubungan Islam-Amerika, berkata setiap individu dan masyarakat bebas untuk menyambut Aidilfitri.

Namun, mereka mungkin mengubah cara sambutan Aidilfitri kerana tarikhnya begitu dekat dengan tarikh 9/11.

'Saya tidak fikir mereka akan mengubah cara sambutan. Aidilfitri adalah acara bersolat dan meraikan kemenangan berpuasa. Kami sentiasa memberitahu masjid supaya memeriksa keselamatan apabila perasaan fobia Islam memuncak.

'Mereka sengaja mencari dan mencipta pelbagai alasan untuk menyelar Islam dan ini adalah satu daripadanya,' katanya.

Encik Haroon Moghul, pengarah sebuah badan Islam, berkata:

'Jika Aidilfitri jatuh pada ulang tahun hari berkenaan, ia akan menjadi satu tugas sukar kepada umat Islam di New York.

'Ramai jemaah akan tersentuh pada hari itu, mungkin secara peribadi berikutan kehilangan orang tersayang dalam kejadian terbabit.' - Agensi.



**** **** **** ****



Takut nak sambut Hari Raya?? Biarlah bertempat.. Jangan la main mercun, kerana takut2 yang meletup tu dot dot dot....! Tak perlu la nak bergambar dengan baju raya kat luar sana tu.. Berayalah sebagaimana yang seharusnya, kita menyambut kemenangan melawan nafsu atau kejayaan dalam menjalani latihan jasad dan kerohanian disepanjang bulan ramadhan. Bukannya ada maksud yang lain dari itu.. Orang2 kafir tu bukannya tak tahu, tetapi mereka sengaja buat2 tak tahu.. Mereka ni sedang mengalami paranoid atau trauma yang sungguh luar biasa..


Takut hanya pada Allah SWT.. Segala yang terjadi dimuka dunia ni ada sebab dan musababnya, ada hikmahnya. Adakah pertindihan tarikh ni suatu kebetulan? Atau Allah SWT mempunyai perancangan yang hanya Dia yang lebih mengetahui... Wallahu a'lam..

Khamis, 12 Ogos 2010

Kuil Yahudi disewakan untuk Solat Taraweh

oleh Ibnuyaacob


pray_at_synagogue


Setelah mendengar keluhan beberapa jawatankuasa Masjid Virginia tentang ruang yang semakin tidak mencukupi untuk bulan Ramadhan, Rabbi Robert Nosanchuk telah mengemukakan cadangan kepada jemaah Masjid Virginia agar menggunakan synagogue (kuil Yahudi) sebagai masjid.


Pertambahan umat Islam di Virginia, Amerika Syarikat dan ruang masjid yang amat terhad telah mendorong Imam Masjid Virginia iaitu Syeikh Mohamed Magid dan ahli jawatankuasanya bersetuju menerima pelawaan Rabbi Robert agar dapat bersolat jemaah di bangunan Northern Virginia Hebrew Congregation.

Rabbi Robert berpendapat Ramadhan adalah bulan yang mulia bagi umat Islam dan di dalam bulan ini jugalah jumlah pengunjung masjid yang datang beribadat meningkat dengan ketara. Ruang yang terhad di masjid asal mungkin sudah tidak selesa untuk beribadat, jadi mereka memberi inisiatif untuk membantu jemaah masjid Virginia di dalam bulan Ramadhan ini.


ibvisit02

(Gambar) Imam Mohamed Magid (kanan) menerima lawatan Syeikh Ibrahim Muhammad al-Batawy dari Mesir untuk kuliah pembentangan kitab Ihya Ulumuddin pada Disember 2005.


Menurut Imam Mohamed Magid lagi, masyarakat sering melihat Yahudi-Islam sentiasa berkonflik khususnya di Amerika Syarikat. Mereka mengharapkan cadangan ini boleh mengubah persepsi tentang konflik tersebut khususnya golongan pemimpin-pemimpin politik yang bersifat rasisme.

Hubungan yang baik di antara masyarakat Yahudi-Islam kemungkinan akan menyukarkan pihak-pihak berfahaman rasis ini mengambil kesempatan untuk menabur jarum-jarum perpecahan.

Tahun 2009 ini adalah tahun pertama Masjid Virginia menyewa sebahagian ruang dari synagogue untuk melakukan solat tarawih. Para jemaah masjid mengumpul wang sendiri untuk membayar sewa ruang sembahyang tersebut yang dikenakan USD300 sehari. Solat terawih di Masjid Virginia itu berlangsung antara pukul 9.00 hingga 10.45 malam.

Kesefahaman antara komuniti Masjid Virginia dan synagogue-synagogue kemungkinan akan diperluaskan lagi apabila kedua-dua komuniti tersebut bersetuju untuk menubuhkan satu yayasan persefahaman yang akan membuat lawatan rasmi ke Timur Tengah tidak lama lagi.


Umar Al-Khattab bersolat di Gereja

Di dalam kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, terbitan Darul Ibnu Hazim, ada dijelaskan tentang kisah Saidina Umat Al-Khattab bersembahyang di gereja di Baitulmaqdis.
“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa umat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.
(Kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’)


Persoalan persefahaman antara umat Yahudi-Islam juga bukanlah perkara baru. Di Palestin sendiri, sebelum kedatangan imigran Yahudi Eropah dan pengaruh Zionis, Arab Judais dan Arab Muslim hidup aman dan damai serta sering membantu di antara satu sama lain. Dasar Zionis yang mengamalkan pecah dan perintah (divide & conquer) telah mengubah situasi aman tersebut kepada suasana rasisme yang kronik.

Tambahan pula tahun ini, umat Yahudi beragama Judais akan menyambut sambutan Rosh Hashanah (Tahun baru) pada 21 September 2009 (Isnin). Manakala umat Islam pula akan menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September 2009 (Ahad).

Tempoh puasa yang tamat sebelum perayaan tahun baru Judais ini sudah pasti satu hikmah besar dari Allah dalam membantu perjuangan umat Islam di Virginia meneruskan ibadah solat tarawih walaupun terpaksa membayar wang untuk melakukan ibadat tersebut.


Wallhu’alam...




Artikel asal dapat dibaca di blog ibnuyaacob