kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Cari Blog Ini
Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56
Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54
Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...
Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..
Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!
Memaparkan catatan dengan label kuning. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuning. Papar semua catatan
Jumaat, 8 Julai 2011
Kuning itu Bersih? Bukan Putih ker yang Bersih??
Assalamu Alaikum,
Saudara2ku sekalian yang kuhormati, pada hari ini ditahun 2011 dibulan Julai haribulan 9 bertempat di ibukota Kuala Lumpur, yakni kotaraya kosmopolitan Malaysia tanah airku tercinta, fenomena warna kuning telah mendapat perhatian ramai. Ini adalah disebabkan warna tersebut telah dijadikan simbolik oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Namun demikian pertubuhan bukan kerajaan ini telah pun diharamkan kewujudannya oleh kerajaan Malaysia, ini adalah kerana pertubuhan bukan kerajaan ini telah menamakan diri mereka 'Bersih' sedangkan mereka ini dikatakan tidak bersih sama sekali! Nama dan keperibadian tidak serasi... sebab tu lah diharamkan...! Gitu kan? Hahahahahaaaaa!!!
Maaf ya, sebenarnya bukan itu penyebab ia diharamkan. Sila ambil perhatian..! Ianya telah diharamkan dek kerajaan Malaysia adalah atas dasar kesimbolikan yang mereka pergunakan itu tidak relevan sama sekali. Ada ker patut Kuning itu Bersih? Sepatutnya Putih lah yang sinonim dengan perkataan bersih. kan gitu? Bak kata veteran, seputih salju, sebersih air dikali, ibarat kain putih, bersih dari dosa.. Makanya mana ada veteran sebut kuning kan? Kalau gigi kuning adalah! Maksudnya gigi korang tu kotorlah tak bergosok setahun gitu... Memang tak sinonim langsung warna kuning dengan perkataan bersih tu. Makanya disebabkan kesalahan mengsenonimkan kata2 inilah, pertubuhan bukan kerajaan ini telah diharamkan kerajaan Malaysia yang terkenal dengan perkataan 'SATU' ni.
Kakakakakahhhhh!!!!
Maaf lah, sebenarnya bukan itu penyebabnya, sila ambil pot...! Ianya telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia ini adalah kerana perancangan mereka untuk berkumpul 1Malaysia buat mendemonstrasikan suara ketidakpuasan hati ketua2 mereka, anak bini ketua2 mereka, kaum kerabat serta kroni2 ketua2 mereka.. Diarahkanlah penghuni2 gua dan penghuni2 rumah panjang dan penghuni2 hutan batu kosmopolitan serta tidak lupa juga arahan untuk penjawat2 awam yang makan gaji dengan kerajaan ini, berdemonstrasi dijalanan. Ikut saja, jangan banyak songeh..! Makanya terganggulah orang2 yang sedang berniaga alias tidak mahu turut serta berhimpun dijalanan itu. Maka akan rugilah perniagaan mereka itu nanti. Punahlah harapan pada hari tersebut untuk mereka mengaut untung rm ribu riban.. Nanti siapa yang susah? Aku dan anak bini juga yang susah, buat para ketua, anak bini mereka serta kroni2 mereka, apa ada hal, kalau para pendemo dijalanan kena sembur, kena gas mata hatta kena tembak sekali pun, para ketua dan anak bini mereka serta kroni2 mereka tak ambil pot langsung...! Yang penting, hajat tercapai.. Kerana inilah ianya telah diharamkan oleh kerajaan 1Malaysia ini.
Mmmmm.... tak jugak.. 'orang' kerajaan pun pernah buat demo jalanan jugak, tapi tak pernah pun diharamkan.. Jadi kenapa yek??
Oh ya, pada hari ini Bersih telah megambil keputusan untuk tidak berhimpun dijalanan, tetapi lokasi telah ditukar kedalam Stadium Negara. Ok gak tu, taklah menganggu peniaga2 perut buncit untuk meneruskan perniagaan mereka, Malah akan untung berlipat ganda pula dengan kehadiran ribuan para penghimpun yang berbaju warna kuning yang bertulisan Bersih untuk membeli minuman dan makanan setiap kali tekak mereka terasa dahaga..
Apatah lagi perhimpunan didalam stadium dikatakan telah mendapat restu Yang Dipertuan Agong, lega sedikit rasanya.. tetapi malangnya pihak polis pula berdegil kerana enggan memberi permit, apa yang mereka beri adalah secubit ugutan terhadap para peserta perhimpunan Bersih. Itu saja..
"Ello Apek, besok lu mau pigi sana itu himpun punya olang ka?"
"apa himpun olang?"
"alaaa itu yang pakai baju kuning2 la Apek.."
"Oooo itu ka.. talak mau la gua.. bikin susah juga..."
"Ello kawan, besok lu mau pigi itu Bersih punya demo ka?"
"Wa misti pigi lor..."
"apa pasat lu mau pigi sana tempat?"
"sana ada makan2 maa.. lagi ada orang mau kasi rm200 maa.."
"***???"
"Salam Bro, sok ikut aku pergi perhimpunan Bersih nak?"
"tak mau la, lebih baik ko tu ikut aku pergi masjid.. lagi baeekk punya.."
"pergi masjid buat pe? Orang semua dok kumpul nak hantar memo kat Yang Dipertuan Agong tu, rugi la ko tak join..!"
"korang pi la hantar memo tu kat Yang Dipertuan Agong tu.. Aku pun nak hantar memo gak tapi kat masjid tu.."
"hantar memo kat masjid? Memo pe mendanye? Gila la ko.."
"aku hantar memo ke Pemeliharaku Yang Maha Agong lagi Maha Perkasa..."
"****???***"
Saudara2ku sekalian, marilah kita bersatu hati, satu fikir, satu memo, kita persembahkan kepada Dia yang sentiasa memelihara kita, yang memiliki khazanah yang takkan pernah habis2, Pemerintah langit dan bumi, timur dan barat, tiada yang Berkuasa selain Dia. Hanya Dialah yang berhak memilih pemerintah dan menjatuhkan pemerintah yang dipilihNya. Jatuh bangunnya seorang pemerintah itu adalah dalam kekuasaanNya.. Kita sebagai makhlukNya tidak memiliki apa2 kuasa pun.. Jika kita tidak suka akan seseorang pemimpin itu, kita hendaklah lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan.
Perkara asas paling penting yang harus ada dalam diri kita sewaktu hendak menasihati pemerintah yang zalim adalah hadirkan dalam hati kita perasaan kasih sayang, keikhlasan dan demi memperoleh keredhoanNya semata-mata, bukan kerana sebarang kepentingan yang lain. Di atas keikhlasan itulah menyebabkannya mukmin seharusnya tidak sanggup keluar daripada ikatan taat setia kepada pemerintah, malah sentiasa mendekati bersama kumpulan jemaah pemerintah (ulil amri) tersebut. Berhubung perkara menasihati pemerintah ini, Nabi Muhammad saaw bersabda yang bermaksud: “Sesiapa ingin menasihati sultan (pemerintah) dengan sebarang urusan, janganlah menampilkan kepadanya secara terang-terangan. Tetapi hendaklah memegang tangannya, lalu dibawa ke suatu tempat yang tersembunyi (pada masa itu bolehlah dia menasihatinya secara berseorangan dan jika nasihatnya diterima, maka itulah yang sebaik-baiknya dan kalau tidak, maka dia sudah pun menunaikan tanggungjawabnya sendiri.” (Riwayat Tarmizi)
Seperkara yang amat penting yang harus aku khabarkan kepada korang semua saudara2ku, tugas kita ummat akhir zaman ini bukan berligat setakat masalah dalaman ini saja, kita ada tanggungjawab yang lebih besar dari yang ini, yakni tugas kita sebagai penyebar kalimat HAQ ini. Sedarlah wahai saudara2ku bahawasanya masih ramai lagi ummat manusia yang dahagakan HIDAYAH diseluruh dunia ini, kasihanilah mereka, mereka juga seperti kita juga yang ingin pengakhiratan hidup yang damai dan sejahtera.. Ya.. Bukan hanya aku dan korang saja yang mahukan syurga... Fikir-fikirkanlah....
**^^** **^^** **^^** **^^** Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..
Langgan:
Catatan (Atom)
KATAKUNCI
Aku dan Alam Maya
ancaman
api neraka
Asyura
Bacaan Al Quran
Badang
Baitul Mal
bangkit dari kubur
bersih
Biodata
boroi
Bumi
cermin
dakwah dan tabligh
damai
Fitnah Dajjal
Gaya hidup
gempa bumi
gerhana
Google Map
gua Hirak
hadis rasulullah
hari kiamat
hikayat
hospital
Iblis
Iklan
Isu semasa
Jihad
Jin
ka'abah
Karbala
kasih sayang
Keagamaan
keluar
kena tampar
kenangan
Kenangan lalu
kerajaan langit
kerja
kerohanian dan kepercayaan
khilafah
kisah dan tauladan
konspirasi
konspirasi dajjal
kuning
kurma
kyai
lagenda atau mitos
majlis
malaikat maut
Marikh
Maruah bangsa dan agama
masjid
matahari
mati
melayu
minuman kesihatan
misteri alam maya
Mudah Alih
Pelacur
pemimpin ummat
penemuan
Penghuni Gua
Peperangan
Peristiwa Dunia
perjuangan
Permohonan Doa
Perniagaan
Persahabatan
persatuan umat
Perumpamaan
politik
Puisi
rahmat
raja
redho
Reformasi
Renung2kan dan Fikir2kanlah
rumah
sahabat
Sarkastik
Sastera
Satira
Sejarah
selesai
Seloka dan Jenaka
sembahyang atau sholat
sembelih
Sri Bayu
sungai
sunnah nabi
syukur
syurga
ta'alim
takdir
tarawih
Tazkirah
teknologi
tongkat
tudung
Ultraman
wirawati
Yesus
zikir mengingati Allah SWT