Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Memaparkan catatan dengan label Iblis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iblis. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2012

Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin

Assalamu Alaikum,

saudara2ku yang dihormati. Bertemu kembali diruang maya ini, masih ingatkah lagi kisah Ayah Pin yang heboh diperkatakan beberapa tahun lalu? Pasti nama ini takkan dilupakan kerana ia melibatkan masalah akidah dan kesucian agama islam yang kita anuti. Apatah lagi si Ayah Pin ini masih bebas bersama para isterinya dan berkemungkinan besar masih menjalankan aktiviti penyebaran ajaran songsangnya itu. Dibawah ini adalah sebuah kisah yang diceritakan oleh Tuan Haji Lokman seorang pakar perubatan dari Darul Syifa Al-Hidayah, Terengganu, kisah yang tidak diperbesarkan oleh akhbar perdana. Silakan membaca dan semoga ada manafaatnya...






Oleh : Hj Lokman A. Hamid








Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar Kerajaan Langit (Sky Kingdom) yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.

Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu



Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya.


Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.


Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.




Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi.


Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.


Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.


Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.




Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur.


Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.


Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.


Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri.


Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.


Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.


Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.


Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.


Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.


Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.


Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.



Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan.


Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.


Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.


Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu.


Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.


Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.


Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.


Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu.


Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.


Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.


Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu.


Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu.


Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu.


Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.




Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan.


Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.


Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.






c **^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Sabtu, 12 November 2011

Si Iblis dari Gua Hirak.. (membidas tulisan Salman Rusdie - Surah Syaitan)









Assalamu Alaikum,






saudara2ku serta para pembaca blog ini sekaliannya, semoga semuanya berada dalam suasana yang mengembirakan. Artikel ini kutujukan khas buat seorang rakan dari tanah seberang Indonesia, tepatnya, dia yang berada di Pulau Bali. Beberapa tahun lalu aku telah berdebat dengannya tentang agama Islam. Oleh kerana aku terlalu 'bengang' dengan kata2nya lantas aku pula terus mengutuk agamanya, 'Hindu' agamanya. Selepas itu kami tidak lagi berhubungan. Ketika itu dia sering mengunakan nama samaran 'iblis gua hirak'. Nah! Saudara2ku hanya dengan nickname itu saja sudah bisa menyakitkan hati bukan? Namun setelah kami putus hubungan, aku sering merasa menyesal dengan kata2ku terhadapnya..










Seminggu yang lalu, tanpa sengaja, kami bertemu lagi di alam maya ini. Setelah berbasa-basi seketika, dia bertanya;






"masih ingatkah lagi Salman Rusdie?"






Aku jawab sudah pastilah ingat, manusia celupar seperti dia sukar nak dilupakan..






"aku yakin dia benar," ucapnya.






"kebenaran semacam apa yang kamu maksudkan? Bisa perjelaskan?", pintaku pula.






"kebenaran kisah Iblis Gua Hirak, aku yakin dia berkata benar!" jawabnya.






"Oh! Jadi kerana itulah kamu fan banget guna nickname itu Lho?" soalku lagi.






Dia ketawa.






.........










Buat korang yang tidak tahu, Salman mendakwa didalam bukunya bahawa Nabi Muhammad saaw telah menerima wahyu yang pertama dari syaitan, bukan dari malaikat Jibrail.






.........










"ikut suka kamulah, asal kamu bahagia dengan pendirian kamu itu.." ucapku mengalah. Malas sudah aku nak berdebat lagi pasal perkara ni. Meskipun aku kasi hujah terbaik sekali pun, dia ni bukan mahu pedulipun.. Debat sekadar nak menangkan NAFSU semata, bukan AKAL..










Saudara2ku sekalian, dibawah ini adalah karanganku khas buat dia yang bergelar 'iblis gua Hirak' yang telah kukarang lama dulu. Reaksinya, terkejut, sadis, ternganga lantas ketawa terbahak2.. Hahahaa..! Jika dia terbaca sekali lagi diblog ini pula, ah! Persetan dengan dia tu..









PERHATIAN!! Karangan dibawah ini berunsur SARKASTIK SATIRA atau dalam perkataan orang kampung, 'hangpa dok perli2 ni..'. Selamat menikmatinya...










..............






Dalam sejarah yang tidak banyak di ketahui orang, ketika Muhammad saw. berada di gua Hirak, ia bertapa dan berfikir akan halnya keadaan kaumnya yang jahil. Beliau merasa amat sedih dan memohon Allah swt. agar dapat segera membasmi keburukan-keburukan tersebut.










Sedari mula, sang Iblis Gua Hirak sudah mengintipnya. Ia juga bertapa dan berfikir akan halnya keadaan Muhammad. Bagaimana ia bisa membantu Muhammad yang dalam kepasrahan itu.










Sampai beberapa hari dia duduk bertafakur mencari jalan penyelesaian. Ternyata jalan yang di cari-cari tidak juga muncul-muncul.










Suatu hari Iblis Gua Hirak mendapat ilham yang sangat baik, katanya,

"ya. Kenapa tidak aku ketemu Muhammad saja dan mengatakan kepadanya bahawa Allah telah mengutusnya menjadi nabi dan menyampaikan wahyu dari Allah kepadanya!"










Maka bangkitlah Iblis Gua Hirak dari pertapaannya dan berjalan menuju arah Muhammad saaw. yang berada tidak jauh darinya.










Tetapi alangkah terperanjatnya dia bila gerak langkahnya di hadang oleh dua malaikat berwajah bengis. Ke dua-duanya bersenjatakan 'serampang tiga mata'. Seminit selepas itu, muncul pula Malaikat Jibrail as. lalu berkata kepada Iblis Gua Hirak,










"ketepi kamu. Bukan kamu yang di utuskan oleh Allah kepada Muhammad, tetapi akulah yang di utus Allah atas tugas yang sangat mulia ini. Kamu sungguh tidak layak untuk tugas ini. Orang2 yang sering berkata dusta tidak berhak bertemu dengan orang2 yang sering berkata benar! Kebenaran tidak bisa bercampur gaul dengan Kebathilan!"










Selepas berkata demikian kepada Iblis Gua Hirak, maka Malaikat Jibril as. lalu bertemu dengan Muhammad saaw. Dan dialog seterusnya seperti yang kita semua ketahui...










Iblis Gua Hirak sebenarnya sangat ingin menentang Jibril tetapi apakan daya, perutnya gendut. Tidak mampu melawan ke dua malaikat yang bersenjata serampang tiga mata. Kiranya ia cuba maju satu langkah kehadapan, pasti robek leher dan perut gendutnya itu.










Setelah Muhammad saw. meninggalkan gua Hirak, Malaikat Jibrail kembali menghadap Iblis Gua Hirak lalu bertanya,




"Apa yang mahu kamu lakukan selepas ini?"




lalu dijawab Iblis, "aku akan memburu Muhammad sampai ke lubang cacing!"




kata Jibril, " Bagus. Bagus!"




Kemudian Jibril mengarahkan ke dua malaikat tadi mengheret Iblis Gua Hirak ke lautan Hindi lalu mencampakkan ia ke dalamnya.




Malaikat Jibril berkata, "kamu bisa mula memburu Muhammad dari sini.. Semoga berjaya.. oh ya, ini serampang tiga mata, senjata buatmu menentang musuh-musuhmu di mana saja kamu berada.."










Begitulah keadaannya si Iblis Gua Hirak. Ia akhirnya dapat keluar dari lautan Hindi dan terdampar di pantai negara India. Seorang Hindu dari golongan 'Vaishya' telah menyelamatkannya. Ia di beri makan dan minum hingga ia kembali segar. Setelah itu ia di beri persalinan kayaknya golongan Vaishya.










Kemudian Iblis Gua Hirak telah di kahwinkan dengan seorang gadis yang cantik juga dari golongan Vaishya (yah! Sudah tentulah, mana bisa mau berkahwin dari golongan keshatriya - Lol! ) Dan ia sangat rajin menternak binatang terutamanya Babi.










Iblis Gua Hirak sebenarnya sangat ingin mempelajari kitab Veda tetapi golongan Vaishya di larang berbuat demikian. (fuh! itu belum lagi tahap golongan Shudra, atau Paria yang lagi keras larangannya )










Iblis Gua Hirak dengan akal pintarnya, mencari helah, lantas ia menyamar jadi golongan Shudra, menyelinap masuk istana diraja lalu mencuri kitab Veda. Habis di bacanya isi kitab suci itu.. lalu di kembalikan semula kitab itu ke tempat asalnya. Takut ketahuan lakunya.










Suatu hari dalam suatu majlis keramaian golongan Vaishya tanpa sengaja si Iblis Gua Hirak melafaskan nyanyian yang indah ini,











Dialah yang tertinggi dari segala yang maha tinggi


Tuhan segala tuhan yang mempunyai kekuatan di atas 



Di depan kekuasaannya yang maha perkasa 





Mengeletar bumi dan langit-langit yang tinggi 


Wahai manusia, dengarlah gurindamku 


Sesungguhnya dialah Indra tuhan alam semesta 




Dialah yang menundukkan syaitan-syaitan di langit 


Mengedarkan bulan-bulan yang tujuh, murni dan besar 


Memasuki gua-gua yang penuh bahaya dan kotor 


Mengeluarkan lembu-lembu betina yang comel dari rahim-rahim 


Menyalakan api lama dari sinaran kilat di awan 


Itulah dia Indra perwira gagah berani 




Tentera yang maju kerana pertempuran 


Menyerunya memohon pertolongan pada hari peperangan 


Orang-orang yang mulia berteriak dengan namanya yang baik 


Orang-orang yang hina menyebut namanya dengan lidah mereka dan berbisik-bisik 


Panglima tentera di atas kereta perang 


Berdoa meminta pertolongan Indra tuhan peperangan 


Bumi dan langit mengakui kekuasaan dan kesempurnaannya 


Gunung-gunung yang bergegar tunduk dan sujud pada kebesarannya 


Dialah yang menghantar pukulan petir ke atas musuh-musuhnya 


Maka berikanlah kepadanya tembaga yang suci 


Sesungguhnya dia menerima arak ini arak Suma 


Dan mendengar syair serta lagu-lagu kepatuhan 




Dia mempunyai lembu-lembu dan kuda-kuda perjuangan 


Dia mempunyai kampung-kampung, tempat-tempat tinggal dan kereta-kereta perang 


Dia mengangkat matahari dengan tangan kanannya 


Membuka pintu-pintu merah dari cahaya fajarnya 


Memecahkan awan merah sekali pecahan 


Dan mengirim rintik-rintik hujan supaya engkau benar-benar mempercayainya.. 


.....













.........................










Seorang golongan Kshatriya telah mendengarkan nyanyian ini yang di lafaskan dari lidah golongan Vaishya. Hal ini lalu di adukan pada raja. Raja sangat murka! Lantas si Iblis Gua Hirak di tangkap. Ia merayu-rayu agar jangan dicampakkan ke laut.










Dalam pemikiran Raja, ia mahu Iblis Gua Hirak di gantung di langit dengan kepalanya ke bawah. Tetapi sang raja masih belum menemui jalannya... Maka si Iblis Gua Hirak di kurung dalam sel yang gelap lagi kotor sampai masa kini

....










Begitulah kisahnya yang dapat aku sampaikan dalam gayaku sendiri pada tuan-tuan di sini. Aku berharap semua kalian di sini dapat mengambil suatu pelajaran dari kisah tersebut..










Oh ya, kelmarin aku sudah pergi melihat-lihat sel gelap tempat di kurungnya Iblis Gua Hirak...... tetapi aku dapati dia sudah tidak ada di situ.




"ke mana dia?" tanyaku pada pengawal yang ada di situ.




"sudah keluar...." jawabnya.




"Hah? Sudah bebas ? tanyaku lagi kaget.




"Ia sedang menghadapi tugas penting." beritahu pengawal itu.




Aku binggung jadinya, "tugas apa?" tanyaku lagi.




"Ia telah di utus ke
ALAM MAYA........ bertemu dan berdebat dengan umat Muhammad......"




"Apa??? Bagaimana ini bisa terjadi??" aku makin binggung.




"Panjang ceritanya.........." ucap pengawal itu sambil berlalu pergi.




Tinggal aku sendiri berdiri di sini memandangi sel yang sudah kosong dan bergumam sendiri...... "aku berazam mau mengetahui 'cerita yang panjang' itu..
di suatu hari nanti......"



Sekian.





Om Sakti Om Si Iblis Gua Hirak.. 







c**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..