Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Ahad, 26 Ogos 2018

Mengenangkan Sahabat Masa Nan Lalu..

Assalamualaikum.

     Jika korang perhatikan beberapa artikel aku yang lepas, tentunya korang tahu ianya adalah artikel yang mengenangkan peristiwa-peristiwa masa lalu yang terjadi keatas diriku. Dalam artikel yang ini aku perturunkan beberapa karyaku yang merupakan beberapa keping gambar aku dan sahabat-sahabatku beserta kisah imaginasiku bersama mereka.

Ini aku bersama angan-anganku. Kononnya nak jadi ahli bela diri seperti pelakon Hollywood terkenal zaman 70an, Chuck Norris. Aku pun menyertai Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib Malaysia. Tetapi itu semua hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja..


Inilah aku dan adik aku sedang bergurau senda berlaku sebagai hero dan taiko atau pendekar dan penjahat.. hahahaa..



 Ini adalah gambar aku dan adikku, Badrulhisham. Kami sangat 'kamcin' yakni sering melakukan aktiviti-aktiviti rahsia bersama sahabat-sahabat yang lain. Cuma dia tidak pernah menyertai PSSGGM bersama kami kerana dia ada caranya sendiri dalam mempertahankan dirinya, begitu katanya, hihihiii...


Gambar pertama dalam imej ini, yang sedang duduk diatas batu disebelah aku itu, namanya Zainuddin. Dia adalah sepupu Jamaluddin. Berkawan dengannya paling best kerana dia ni agak gila-gila perangainya. Cuma dalam bab duit belanja tu dia lah yang paling kemut (kedekut) hahahaa. Gambar ke-dua pula adalah Jamaluddin yang pakai baju celoreng, sahabatku yang paling rapat sekali. Kisahnya telah aku tulis dalam 2 artikel yang lepas. Boleh rujuk di artikel 'buat jahat jangan sekali' dan 'sahabatku digilis kereta'.


 Gambar yang sedang duduk sendirian itu namanya Zizi tetapi terkenal dengan panggilan gelaran 'Wok'. Dialah yang paling pemurah dikalangan kami. Selalu sangat belanja aku makan.
Gambar sedang berdiri tegak itu pula adalah ayah saudaraku bernama Muhammad Haron. Sebenarnya dia ini tinggal di Negeri Pahang, tetapi sering menghabiskan masa cutinya disini bersama kami. Dia ini juga berperangai gila-gila macam Zainuddin juga. Bila bersama mereka ini, aku jadi serba tak kena, malu ada, ketawa berdekah-dekah selalu sangat, rasa nak marah juga ada.. Adoi!
Akhir sekali gambar sedang duduk berdua itulah Jamaluddin bersama sepupunya Zainuddin. Hubungan kedua mereka ini sebenarnya taklah seberapa baik selalu juga bertengkar kerana saling bertentangan tindakan.


Demikianlah serba sedikit aku coretkan tentang persahabatan aku. Semua kisah antara aku dan mereka ini hanya tinggal kenangan. Kini masing-masing membawa haluan hidup sendiri dan ada juga yang telah dijemput kembali menemui Tuhannya. Semoga roh sahabatku di Rahmati Allah SWT. 



Sekian. Wassalam.

Kerinduan Yang Mendalam.....

Assalamualaikum.

     Bertemu kembali para pembaca sekalian. Diharapkan semuanya berada didalam keadaan sihat walafiat. Aku mula menulis kembali di dalam blog ini sejak seminggu yang lalu. Namun haluan penulisan aku sudah berubah 360 darjah dari tema utama blog ini. Kali ini aku hanya sekadar menyalin kembali penulisan lamaku dari format 'buku harian' ke format 'blog'. Ya, begitulah, daripada blog ini terus menyepi, adalah lebih baik ianya terisi dengan yang sebegini.





     Kerinduan, kesepian, kekecewaan, suasana jiwa inilah yang sering bertandang, bukan hanya sekali tetapi berkali-kali. Mengenangkan peristiwa manis bersama si dia yang telah jadi kenangan. Dari pertemuan pertama dan terjadinya perpisahan, begitu juga pertemuan kedua juga terjadinya perpisahan. Dan seterusnya yang ketiga dan keempat, tetap juga perpisahan yang terjadi. Mungkin kerana aku terlalu mudah jatuh cinta, tetapi tidak mudah untuk melafazkannya. Demikianlah aku dimasa-masa yang lalu dan juga dimasa kini, sama saja keadaannya..



Sekian. Wassalam.









Rabu, 22 Ogos 2018

Tayangan Larut Malam.

Assalamualaikum.


24 Ogos 1984

Duit hanya ada seringgit, member pula mengajak menonton wayang tayangan larut malam. Kata mereka ada cerita menarik, filem Indonesia dalam kategori pencak silat. Pasti menarik. Aku pun bersetuju untuk menonton bersama mereka. Masaalahnya aku tak cukup duit ni. Tapi tak mengapa, aku akan usahakan untuk dapatkannya. Aku minta pada emak tetapi gagal. Akhirnya member aku kata bahawa mereka akan belanja aku tiket wayang. Ini sudah bagus, terima kasih kawan..

Pada pukul 8 malam, aku, Joi, Zaki dan Abin mengayuh basikal menuju ke Pekan Ipoh. Tetapi sebelum itu kami singgah di Pasar Malam Seri Kinta. Di situ kami menemui Hisham untuk mengajaknya menonton bersama kami tetapi dia enggan. Kami pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi.

Sampai Ipoh kami bertembung dengan Eddy dan kawan-kawannya. Kami bersetuju mengikut mereka masuk kabiret (pusat hiburan) sebelum tayangan larut malam itu bermula. Di situ kami hanya duduk menyaksikan muda-mudi menari dan berpelokan dalam menikmati irama muzik yang bergema kuat.

Setelah hampir waktu tengah malam, kami bergerak masuk panggung wayang. Tepat pada waktunya tayangan pun bermula. 'Tongkat Sakti' tajuk filemnya. Kisah seorang lelaki yang menuntut bela di atas pembunuhan seluruh keluarganya.



Selesai menonton filem itu, kami pun bergerak untuk pulang. Kami berjalan kaki ke Jubli Park untuk mengambil basikal yang telah kami letakkan di situ. Aku terasa mahu buang air besar lalu aku masuk ke dalam tandas yang berada tidak jauh dari situ. Selesai melepaskan hajat, aku kembali ke tempat parking basikal dan mendapati semua rakan-rakanku telah meninggalkan aku sendirian. Betapa kecewanya aku dengan sikap mereka ini. Aku pun mencapai basikalku tetapi dengan tiba-tiba ada beberapa orang menghalang pergerakanku.

"Ah! Kenapa pula ni?" tanyaku.

"Ini basikal adik aku!" Jawab seorang daripada mereka itu.

Aku terkejut mendengarnya, "apa? Ini basikal akulah!" Tegasku. Padahal yang sebenarnya basikal ini telah aku curi dikawasan ini juga pada beberapa minggu yang lalu.

"Kami fikir," ucap seorang lelaki lain yang lagaknya seperti ketua dari kumpulan lelaki ini, "kamu telah mencuri basikal ni di Kuala Pari kan?"

"Tak la.." aku menafikannya, "ini basikal akulah! Bila masa pula aku mencuri. Korang jangan main tuduh je!" Tegasku.

Kemudian dia membelek-belek basikal ini untuk mendapatkan kepastian. Aku terasa mahu lari saja dari situ. Sebaik saja aku mendapati basikalku bebas dari sentuhan sesiapa, aku pun segera menyorongnya sambil berlari meninggalkan tempat ini. Mereka mengejarku, seorang dapat menhampiriku lantas menolakku. Hampir saja aku jatuh. Aku pun melepaskan basikal dan aku hayunkan penumbuk ke arahnya tetapi tidak mengenai sasaran. Kemudian giliran dia pula menumbukku tepat pula mengena cermin mataku lalu ianya jatuh dan pecah!

Pada masa itu datang pula beberapa orang yang lain. Mereka bertanya apa yang berlaku. Lelaki yang menumbukku tadi menjawab, "dia ni dah curi basikal adik saya!" Katanya sambil menunjuk ke arah aku. Aku balas dengan berkata, "dia tipu la, mana ada saya curi.."

"Emm.." Seorang bersuara, "gini la, jom kita bercerita kat balai polis je.."

Oh! Rupa-rupanya mereka yang baru sampai ni anggota polis. Alaa.. naye la aku.. bisik hatiku.

Kami pun bergerak ke balai polis yang berdekatan. Di situ kami telah diminta memberi keterangan. Setelah selesai semuanya, kami pun disuruh pulang.

Namun aku menghadapi masaalah. Basikalku itu bukan lagi milikku. Anggota polis itu telah menyerahkannya kepada mereka. Jadi aku terpaksa pulang tanpa kenderaan. Aku bingung apa nak buat. Duit pun tak ada. Cermin mata pula dah pecah, yang membuatkan pandanganku menjadi kabur. Aku fikir aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Walaupun tidaklah berapa jauh jaraknya yakni lebih kurang 5 kilometer, namun dalam keadaan badan letih, fikiran berserabut, aku terasa tak mampu untuk menghadapinya. Kemudian datang satu perancangan yang jahat. Aku naik sebuah teksi. Aku minta pemandu teksi itu membawa aku ke kampung Pasir Putih. Sampai di satu kawasan yang berhampiran tanah perkuburan, aku pun turun. Tanpa membayar tambangnya, aku terus berlari kearah tanah perkuburan tersebut.

Beberapa minit kemudian aku tiba di rumah ibu kandungku. Dia terperanjat kerana aku datang di awal pagi sebegini. Aku baru sedar rupanya sudah jam 3 pagi. Aku pun ceritalah apa yang telah terjadi kecuali babak di balai polis. Petang esoknya, ayahku datang untuk mengajak aku pulang ke rumah.

Selama seminggu aku tidak keluar rumah kerana pandanganku yang terlalu kabur. Selama itu juga aku merasa rindu terhadap gadis kesayanganku setelah lama tidak bertemu. Akhirnya semuanya pulih semula setelah emakku membelikan sebuah cermin mata baru untukku. Lebih cantik dan bergaya. Syukur alhamdulillah..




Sekian. Wassalam.

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails