Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Memaparkan catatan dengan label lagenda atau mitos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lagenda atau mitos. Papar semua catatan

Isnin, 13 Februari 2012

Bukti Teknologi Canggih Manusia Zaman Silam

Dengan Nama Allah SWT..

Assalamu Alaikum,

saudara2ku sekalian, bertemu kembali di arena maya ini dengan harapan korang semua sentiasa mendapat perlindungan dari Pemelihara kita yang Pengasih dan Penyayang. Dibawah ini adalah sebuah artikel yang aku salin semula dari blog Irwan007.. Ku paparkan disini sekadar buat pengentahuan aku sendiri dan juga korang semua. Selamat membaca, semoga ada manafaatnya buat semua..

Sabtu, 25 Disember 2010

Melayu.... Bangsa Yang Hilang...

As Salam, saudara2ku sekalian, Artikel dibawah ini adalah salah satu dari siri2 'Alter Terahsia Bangsa Melayu' yang telah diterbitkan oleh blog Mistisfiles . Artikel dibawah ini adalah dari siri Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII . Selamat membaca..



Kebangkitan dari Timur..

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)
Tahukah anda sebenarnya orang Melayu telah wujud sejak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan Israel Raya naik memerintah? Kerajaan ini adalah antara kuasa besar dunia ketika itu, malah kuasa dunia utama yang tidak terkalahkan. Sejak zaman-berzaman, pengetahuan tentang emas dari Nusantara telah terakam dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk mencari 'The King Solomon's Mines' yang sebenar.


     Tidak ada satu tempat di dunia yang dirakam dalam peta-peta kuno sebagai 'bumi emas' mahupun 'semenanjung emas', selain bumi di mana orang Melayu tinggal. Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal juga dijoloki sebagai 'Pulau Emas'. 

"Dari mana kita tahu bahawa bumi kita ini telah disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya?"

     Melalui kitab-kitab Hindu seperti Purana. Kitab-kitab Sanskrit ini pula mengambil cerita-cerita atau hikayatnya dari kitab-kitab lain yang lebih kuno, terutamanya dari kitab Avestan, iaitu dalam bahasa Parsi Kuno. Di dalam kitab Avestan ini pula tercatat kisah-kisah Raja Babylon dan peperangannya dengan jiran sekitar, antaranya Kerajaan Israel Utara, Kerajaan Samirah juga Judah. Selepas perpecahan Empayar Israel Raya, dan perluasan kuasa oleh bangsa Chaldea dan Emperor-emperor Babylon, kisah 'syurga emas dari Timur' meniti di bibir-bibir dayang-dayang di Etemenanki dan Gerbang Ishtar. Mereka memandang perhiasan Haikal yang bergemerlapan dan tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini diperolehi oleh Bani Israel.

     "Tahukah para pembaca semua, bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal di Kepulauan Filipina dan sekitarnya masih mengekalkan begitu banyak kosa kata Ibrani Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan (Phoenicia)?"

Ahad, 14 November 2010

Hikayat Badang Perkasa...

Salam saudara2ku yang dikasihi,

Catatanku yang terkini hanya bacaan santai sahaja buat melegakan pemikiran yang tegang.. Sebuah kisah kehebatan bangsa Melayu dahulu kala. Samaada ianya hanya sekadar hikayat atau lagenda atau sejarah yang benar-benar berlaku, ini terpulang pada fikiran dan pendapat masing-masing..






Arakian pada zaman dahulu terdapatlah seorang hamba di Temasik. Akan hamba itu bernama Badang dan tuannya pula bernama Orang Kaya Nira Sura. Akanpun kerja Badang pula sehari-hari menebas hutan untuk tuannya untuk bercucuk tanam. Ketika itu amat payahnya Badang mendapatkan makanan, hanya umbut dan pucuk pokok menjadi lauknya sehari-hari. Maka datanglah rasa jemu memakan umbut dan pucuk semata-mata.

Di pinggir tempat Badang menebas itu ada sebatang anak sungai mengalir. Maka Badang sering singgah di tebing anak sungai itu untuk melepas lelah sambil membersihkan dirinya selepas sehari-hari menebas. Maka pada suatu hari ketika Badang sedang berehat-rehat di tebing anak sungai, dia melihat banyak ikan melompat-lompat dengan galaknya, maka dia pun berfikir-fikir "Tempat ini bagus kalau menahan lukah."

Setelah itu diapun kembali menebang hutan. Ketika sedang menebas semak-samun, Badang ternampak serumpun buluh lalu dia berasa sukacita. Apabila hari telahpun petang, Bandang pun segeralah pergi menebang buluh-buluh itu lalu diletakkannya ditebing sungai. Setelah itu dia pun meraut buluh itu untuk dibuat lukah. Keesokkan harinya, Badang bangun pagi-pagi lagi dan bersegeralah menebang hutan. Apabila hari sudah petang, Badang kembali ke tempat dia menyimpan buluh yang di raut semalam. Badang dengan cepat menyiapkan lukahnya itu. Setelah lukahnya siap, Badang memacakkan buluh menjadikan genting lalu memasang lukahnya digenting anak sungai tersebut. Setelah Badang siap memasang lukah, hari sudahpun beransur malam. Badang pun bersiap lalu tidur.

Setelah fajar mula menjelang keesokkan harinya, Badang pun bangun lalu pergi memeriksa lukahnya. Alangkah hampanya Badang kerana melihatkan lukahnya telah diusik orang dan kosong. Yang tinggal di dalam lukah hanyalah tulang dan sisik ikan yang bertimbun-timbun. Setelah Badang memasangkan lukahnya kembali, dia pun kembali pergi menebang pokok dan menebas semak. Pada keesokkan harinya, Badang kembali memeriksa lukahnya dan dia berasa sungguh hampa sekali lagi kerana hanya sisa tulang dan sisik ikan yang tinggal di dalam lukahnya. Badang merasa sungguh meradang dan dia berazam untuk menangkap orang yang bertanggungjawab mencuri ikan-ikannya itu. Badang memasang lukahnya kembali sebelum pergi menebang pokok diatas tanah tuannya.

Pada sebelah petangnya setelah habis bekerja, Badang memeriksa lukahnya kembali, tetapi tidak diusik orang. Badang pun pergilah membersihkan diri dan bersembahyang dan berzikir. Setelah selesai mengerjakan sembahyang Isya, Badang pun kembali ketempat dia menahan lukah tersebut. Setelah sampai ketebing anak sungai tersebut, Badang pun menyorok dibelakang serumpun belukar dan duduk menunggu. Setelah lama menunggu, maka dilihatnya air anak sungai itu berombak-ombak, dan dengan tiba-tiba muncul satu lembaga yang menjulang lukahnya. Maka dilihat oleh Badang lembaga itu membawa lukahnya ke tebing anak sungai tersebut lalu sibuk meratahnya.

Badang merasa sungguh marah lalu dia menghunus goloknya lalu mara perlahan-lahan kearah lembaga itu. Setelah hampir dengan lembaga itu, Badang melompat dengan cepat lalu meragut janggut lembaga itu yang panjang berjuntai. Lembaga itu meronta-ranta hendak melepaskan diri, tetapi Badang tetap menggenggam janggut lembaga itu dengan kemas. "Oh! engkaulah yang selalu mencuri ikan aku setiap hari." kata Badang dengan marah. "Aku tidak akan lepaskan engkau kali ini." katanya lagi.

Lembaga itu meraya-rayu agar dia tidak diapa-apakan. "Tolonglah tuan hamba. Lepaskan hamba. Hamba akan berikan apa sahaja yang tuan hamba minta sekiranya tuan hamba melepaskan hamba."

Mendengarkan kata-kata lembaga itu, Badang berfikir "Kalau aku meminta rumah atau kekayaan, kesemua harta itu akan menjadi milik tuan aku. Kalau aku meminta isteri yang cantik juga akan diambil oleh tuan aku. Oleh itu baik aku meminta kekuatan yang luar biasa. Oleh itu dapatlah aku membersihkan hutan ini dengan cepatnya."

"Baiklah! Aku hendak menjadi kuat." ujar Badang.

"Kalau tuan hamba hendak menjadi kuat, tuan hamba perlu memakan muntah hamba." kata lembaga itu.

"Baiklah! Cepatlah agar aku menjadi kuat." kata Badang lagi.

Lembaga itu mencapai daun pokok berhampiran dan memuntahkan kedalam daun itu. Daun itu kemudiannya diunjukkan kepada Badang. Tanpa berlengah lagi Badang segera memakan muntah hantu itu. Setelah habis, lembaga itu berkata, "Lepaskan hamba sekarang."

"Nanti dahulu!" kata Badang. "Aku ingin mencuba terlebih dahulu."





Badang berjalan kearah sebatang pokok yang batangnya sebesar sepemelok. Lembaga itu terpaksa mengikut sahaja kerana janggutnya masih dipegang dengan kemas oleh Badang. Badang cuba menolak pokok tersebut dengan sebelah tangannya yang bebas itu. Alangkah gembiranya Badang kerana dengan mudah dia dapat menumbangkan pokok tersebut dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Setelah itu Badang pun melepaskan lembaga tersebut setelah lembaga tersebut berjanji tidak akan mengacaunya lagi.

Badang pun segera membersihkan kawasan hutan tersebut. Pokok-pokok yang sebesar dua pemelok dapat ditumbangkannya dengan mudah sahaja dengan menggunakan tangannya sahaja.

Setelah selesai membersihkan hutan tersebut, Badang kembali kerumah Orang Kaya Nira Sura. Melihatkan Badang, tuannya merasa kehairanan. "Bukankan aku menyuruh engkau membersihkan tanah di baruh. Kenapa engkau kesini?" tanya Orang Kaya Nira Sura.

"Maafkan hamba. Hamba sudah selesai membersihkan tanah tersebut." ujar Badang.

Orang Kaya Nira Sura merasa tidak percaya dan pergi untuk melihat sendiri kebenaran kata-kata Badang. Melihatkan tanah hutan itu benar-benar telah diterangkan, Orang Kaya Nira Sura merasa sungguh gembira dan sedikit bimbang. "Gagah sungguh Badang ini. Hutan sebesar ini dibersihkannya dengan mudah juga. Kalau dia mahu tentu dia boleh mengapa-apakan aku." fikir Orang Kaya Nira Sura. "Baik aku persembahkan Badang kepada raja Temasik."

Dengan itu Badang pun dimerdekakan oleh tuannya lalu dipersembahkan kepada raja Temasik.


****    ****

Tidak berhenti setakat ini, kerana aku suka hendak menyelitkan sebuah lagi versi dari kisah ini;


Dengan parang terhunus, Badang siap untuk menyerang lembaga itu. Lembaga itu ternyata menjadi takut dan merayu meminta belas kasihan. Dia berjanji untuk memberikan Badang apa saja yang diingininya. Badang bersetuju lantas meminta agar dirinya diberikan kekuatan yang luar biasa.

Lembaga itu pun bersetuju dengan permintaan Badang tetapi menjelaskan bahawa kekuatan itu datangnya dari permata (geliga) yang dia simpan didalam perutnya. Jika Badang inginkan kekuatan yang luar biasa itu dia harus menelan permata tersebut. Lembaga itu pun batuk kecil lantas dua buah permata merah seperti batu pun keluar dari perutnya. Dia memberikan ini kepada Badang. Badang menelan permata tersebut.

Sebagaimana yang dikatakan, Badang pun mendapatkan apa yang diinginkannya. Badang masih bekerja di ladang. Ia membersihkan hutan. Dengan kekuatan barunya Badang mampu membawa hasil tuaian yang besar pada tuannya. Dengan kekuatan barunya Badang mampu membawa hasil tuaian yang besar pada tuannya. Dengan kebijaksanaannya Badang menunjukkan tuannya bagaimana menjadi seorang petani sangat berjaya. Tuannya sangat bersyukur lantas beliau membebaskan Badang dan keluarganya dari perhambaan.

Berita kekuatan Badang pun tersebar dan mendapat perhatian Seri Rama Wira Kerma, Raja Temasik. Badang dipanggil ke istana Seri Rama Wira. Raja ingin menguji kekuatan Badang.Raja meminta untuk membina sebuah perahu besar. Raja memerintahkan anak buahnya untuk membina perahu. Ketika perahu selesai, seribu laki-laki tidak boleh menolaknya. Raja meminta Badang untuk menolak perahu itu. Badang menolaknya seperti mainan ke laut. Itu adalah perahu mega. Raja bangga terhadap Badang. Dia mengundang Badang dan keluarganya tinggal di Istana. Badang menjadi penasihat raja dan panglima tertinggi.



Wallahu a'lam


**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Jumaat, 22 Oktober 2010

9 peristiwa yang menghairankan, Suratan atau Kebetulan?

oleh: xfile enigma


1. Si Kembar yang aneh.

Sebuah kesalahan komputer menyebabkan dua orang wanita Amerika sama-sama diberi nama Patricia dan diberikan nombor jaminan sosial yang sama. Ketika kedua wanita itu dipertemukan oleh petugas untuk mengklarifikasi kesalahan itu, mereka menemukan bahawa :

Kedua wanita tersebut sama-sama memiliki nama Patricia Ann Campbell
Ayah mereka sama-sama bernama Robert Campbell
Tarikh lahir mereka sama-sama 13 March 1941
Mereka sama-sama menikah dengan seorang anggota tentera pada tahun 1959 (beza hanya 11 hari)
Mereka sama-sama memiliki dua anak berumur 19 dan 21 tahun.
Mereka sama-sama suka melukis dengan cat minyak
Mereka berdua sama-sama pernah belajar di bidang kosmetik
Keduanya sama-sama pernah bekerja sebagai akauntan.



2.Sebiji peluru yang tercatat namamu.

Pada tahun 1893, Henry Ziegland memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Tragis, kekasih perempuannya tak dapat menerima berita tersebut dengan baik. Ia bunuh diri. Abangnya yang stress menyalahkan Henry Ziegland atas kematian adiknya. Dia pergi ke rumah Henry dan melihatnya di kebun dan kemudian mencuba untuk menembaknya. Untungnya, peluru itu hanya menyipi dari wajah Henry dan terus tertanam di sebuah pohon. Pada tahun 1913, 20 tahun setelah peristiwa itu, Henry memutuskan untuk menggunakan dinamit untuk mencabut pohon tersebut. Ledakan dinamit yang kuat menyebabkan peluru yang tertanam 20 tahun yang lalu terlontar keluar persis ke arah dahi Henry. Henry meninggal ketika itu juga.




3. Hugh William yang beruntung

Pada 5 Desember 1660, sebuah kapal tenggelam di Dover - satu-satunya awak yang selamat bernama Hugh William. Pada 5 Desember 1767, sebuah kapal juga tenggelam di perairan yang sama - 127 orang meninggal, satu-satunya penumpang yang selamat bernama Hugh William. Pada 10 Juli 1940, Sebuah kapal Inggeris dihancurkan oleh Jerman - hanya dua orang yang selamat, seorang lelaki dan anak saudaranya. Keduanya sama-sama bernama Hugh William.




4. Hanya kematian yang memisahkan mereka

Pada tahun 1996, polis Paris membuat siasatan terhadap sebuah kemalangan yang terjadi antara dua buah kereta pada waktu malam. Kedua2 pemandu kenderaan tersebut meninggal dunia. Penyiasatan lanjut menemukan bahawa ternyata kedua pemandu tersebut adalah seorang lelaki dan wanita dan kedua2nya adalah bekas kekasih yang sudah berpisah beberapa bulan lalu. Tidak ada diantara mereka yang mengetahui bahawa kereta yang dilanggarnya dipandu oleh bekas kekasih masing2.




5.Dia ada dibelakangmu

Michael Dick telah menjelajah Inggeris dengan keluarganya untuk menjejak anak perempuannya yang bernama Lisa - yang telah hilang hubungan selama 10 tahun. Setelah pencarian selama bertahun-tahun tanpa hasil, dia mendatangi Harian Suffolk Free Press yang setuju untuk menolongnya dengan menayangkan berita itu di harian mereka. Untungnya, anak perempuannya yang telah lama hilang melihat berita itu diakhbar, dan mereka berjumpa untuk pertama kalinya. Yang anehnya adalah ternyata anak perempuannya persis berada di belakang mereka ketika wartawan mengambil foto Michael untuk ditayangkan diakhbarnya. Inilah foto tersebut.






6. Izin untuk ujian

Seorang murid di sekolah menengah di Argoed High School di Wales Utara sedang menjalani ujian akhir di kelasnya pada tahun 1990. Nama anak itu adalah James Bond - Nombor kertas ujiannya adalah 007.



7. Siapa yang diselamatkan....

Pada tahun 1965, pada usia 4 tahun, Roger Lausier sedang berenang di sebuah pantai di Salem. Dia mengalami masalah dan hampir tenggelam. Seorang wanita bernama Alice Blaise menolongnya. Pada tahun 1974, di pantai yang sama, Roger sedang bermain papan luncur. Dia melihat seorang lelaki yang hampir tenggelam dan segera menolongnya. Yang luar biasanya, lelaki yang ditolongnya adalah suami Alice Blaise.



8. Kukejar engkau hingga liang kubur

Pegawai tentera Kavelari Inggeris bernama Major Summerford sedang bertempur di Flanders pada tahun terakhir perang dunia pertama. Sebuah sambaran petir menyambarnya dan menjatuhkannya dari kuda. Peristiwa itu membuatkannya lumpuh dari pinggang ke bawah. Enam tahun kemudian ia pindah ke Vancouver, Kanada. Ketika ia keluar memancing, Major Summerfield disambar petir lagi. Kali ini seluruh tubuh bahagian kanannya lumpuh. Dia meninggal dua tahun setelah insiden itu. Empat tahun setelah kematiannya, batu nisannya hancur lebur - disambar oleh petir.



9. Lakukan apa yang kau khutbahkan

Seorang pengusaha bernama Danie de Toit sedang berpidato di depan pengunjung di Afrika Selatan. Topik dari pidatonya adalah - Hati-hati kerana kematian akan mendatangimu pada bila2 masa saja. Pada akhir pidatonya, dia memasukkan sebuah permen peppermint ke mulutnya. Ia tersedak hingga meninggal di tempatnya.



artikel asal boleh dibaca di xfile enigma..






**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Rabu, 13 Oktober 2010

Misteri...? KM 223 Lebuhraya SIMPANG AMPAT ke PEDAS/LINGGI berhantu!!!



As Salam saudara2ku sekalian dan semua para pengunjung yang dihormati, kita baru saja dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang telah pun mengorbankan banyak nyawa. Semoga Allah SWT melimpahi rahmatNya ke atas roh2 tersebut. Dan kepada keluarga2 mereka yang terlibat, takziah kuucapkan buat semua, semoga dapat tabahkan hati menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan seterusnya tanpa mereka2 yang disayangi yang telah pergi meninggalkan kita semua. Semua kemalangan atau bencana yang terjadi atas kita ini sudah di rencanakan Allah SWT sejak azali lagi. Kita hanya perlu terima semuanya itu dengan tabah dan redho. InsyaAllah ada hikmah disebalik segala yang terjadi..

Namun kita yang hidup ini tidak boleh tidak, harus mencari juga punca segala trajedi yang telah berlaku ini, kerana apabila kita tahu punca itu asalnya adalah dari kesilapan yang kita lakukan, dapatlah kiranya kita perbaiki kesilapan  yang telah kita lakukan itu. Apabila ianya adalah atas kelalaian kita yang menyebabkan trajedi itu berlaku, maka kita akan lebih berhati2 dimasa2 yang mendatang. Bukannya kita hendak mengelak dari apa yang telah ditakdirkan Allah SWT, tetapi adalah untuk kemaslahatan kehidupan manusia yang seterusnya. Kemalangan atau bencana tetap akan terjadi dimana2 saja dan bila2 masa saja, ini adalah pasti, namun cara kita menanggapinya itu haruslah lebih baik dari apa yang berlaku sebelumnya..

Berbalik kepada kemalangan yang terbaru ini, kesalahannya kita tudingkan kepada pemandu yang dikatakan membawa laju bas tersebut yang sarat dengan penumpang, berkemungkinan juga si pemandu ini telah menyalahi had laju kenderaan yang dipandunya itu. Begitulah kata mereka yang menjadi saksi kemalangan ngeri tersebut. Namun malangnya si yang dituduh ini yakni pemandu bas tersebut juga maut didalam kemalangan ini. Maka tidaklah dia dapat membela dirinya terhadap tuduhan yang dikenakan atas dirinya itu.

Namun demikian ada pula pendapat atau pandangan lain yang kedengaran mengulas trajedi menyayat hati ini. Pandangan ini agak jauh dari umum. Tiada bukti yang dapat menyokongnya namun berat juga untuk kita fikir2kan.

Benarkah laluan KM223 lebuhraya Simpang Ampat itu berhantu??

Aku telah meninjau2 di forum CariGold lantas menemui cerita ini. Beberapa orang yang menceritakan pegalaman seram mereka ketika melalui jalan ini. Sejauh manakah kebenarannya, masing2 fikirkan sendiri..




****    ****    ****    ****    ****


Post by: nYum on July 22, 2009, 12:39:12 pm




kejadian berlaku pada hari jumaat mlm sabtu atau lebih tepat 2pagi sabtu...


Baru je balik dari melaka.cod helmet bersama mbcians hafizumi.borak2 xsedar jam sudah pukul 1.30 pagi.esok kerja.maka dgn mata terpisat2 macam nk pejam mengundurkan diri dari melaka.senyum sendiri poket berisi. keseorangan menunggang motor menuju ke bangi.purata kelajuan dlm 80-100km disebabkan mengantuk.lebih berhati2..


Dari kejauhan ternampak sebiji iswara putih sedan lembab je jalan.mungkin dia pun mengantuk sama.lingkungan 500meter dgn iswara putih tiba2 hidung bau seakan2 sesuatu.mengembangkan sdikit lubang hidung utk cam apa bau ini.rupanya...BAU BANGKAI!!.rasa seram mula slow nak masuk.mghilangkan rasa resah ahh..mungkin ada binatang mati tepi jalan.....membuntarkan mata takut trlanggar...


Semakin dekat iswara putih semakin kuat bau dia.bacaan selawat mula meniti dibibir.semakin dekat...10,9,8,7,6,5,4,3,2....1 signal ke kanan lalu memotong iswara putih.selari dgn iswara tersebut ku sipikan mata utk menjeling kereta tersebut...ALLAHUAKBAR!!!enjin remuk hancur!!....throttle dipulas maximum....






*pelbagai persoalan timbul


-ikutkn total loss tapi kenapa bergerak??


-bau bangkai or mayat??




masuk hari nie genap 4hari kejadian tersebut.genap jugak 4 hari demam aku xkebah2....


hati-hati semua...


km230 melaka-bangi


-lama dah buat karangan.hancur!





Post by: anip- sama on July 22, 2009, 12:58:00 pm

aku biasa ride seremban melaka waktu malam tp x penah selepas kul 10..,

tp area pedas linggi mmg horror..,

2 bulan lepas officer aku kena kat area situ gak..,

kul 2@ 3 pagi..,

nak balik ke taiping..,

ada hal penting so x leh tunggu hari esok..,

time drive..,

ada sehelai kain putih melayang depan cermin kereta dier..,

takut punya pasal..,

dier berhenti kat seremban..,

pas subuh baru sambung drive..




Post by: mira_buruk on July 22, 2009, 02:02:37 pm


Kalo KM 230dr melaka ke bangi... mungkin aku juga berani katakan betul


coz baru kena minggu lepas...


on the way balik semenyih...... dr Muar kul 11.30pm++




aku terkezut berok coz ade 'bende' seperti tercicir dr kereta depan


tak sempat elak...siap 2-2 kaki aku terangkat n menjerit masa den bawa kate


tp takde apa2 pun.... nak kata binatang ke, mesti ade bunyi....event kertas or plastik....


masa tu ingat lagi dlm KM 205+++




lebih kurang hadapan sedikit dlm KM 220++


member siap nampak 'bende' tu dok tepi jln sedang memerhatikan kita org....


yg pasti sah ' bende ' tu coz salah sorang dr kami ber 4 masa tu


mmg ade kelebihan ternampak 'benda2' macam tu..... cume den perserta tambahan pagi2 bute tu yg tenampak...




biasa ler setan, memang suka kacau kita...kena lak penakut macam den...







Post by: podgie on September 22, 2010, 02:13:54 pm


kawan aku pernah disakat kat area tu...dia dok bawak van...dlm pukul 3-4pagi...biasa bertolak awal tapi haritu van ade prob


time tu ondaway nk gi race kat mimc...bulan 5-6 tahun ni xsilap aku


tidur kat alor gajah...


aku xtido sebab wat teman member aku sambil mkn kacang...


stat area km 200...aku asyik dok tgk tanda KM tepi hiway tu.....xsilap aku sampai area pedas linggi dlm km 224 gitu...tiba2 member aku mengelak dr lobang ke hape


...dlm hati ade rase kurang syok..mamai ke nampak antu mamat ni...sampai alor gajah,*sensored* plak melintas...byk betul makluk nk melintas pagi bute ni....nasib baik race menang..hehe


esoknye aku tnya...ade lubang ke kat hiway smalam?....dia ckp nampak orang naik basikal tepi hiway nk melintas ...ayoyooo.....tapi aku xnampak...meremang bulu roma den.




Post by: sesiapa on October 11, 2010, 06:05:51 pm


aku nampak 4-5 bijik moto dr arah bertentangan (ke arah kl) tp sama jalan dgn aku (ke arah melaka). senang cite lawan arusla.. moto ex5, yg pelik nape plak dia nk lwn arus? pas2 leh ikut sma speed ngan keta aku plak tu (140kmh) laju tu ex5 boleh dapat speed 140km keta. aku toleh xlama coz aku takut benda2 ni nk pancing aku leka. yg pelik mak aku kat blkng xprasan pape pun. betul2 dekat2 km230-232 mcmtula..





Post by: mimalif on July 22, 2009, 04:20:41 pm


masa diorg tgh tambah lorong dari 2 jd 3 ada berapa ramai da meninggal accident kat kwsn rehat pedas ..


yg paling den ingat, sebiji satria dgn 4 org gadis pelajar u.. maut.. sbb yg maut ada bau2 kuinin ngan wife den


mengikut pengalam den dan kengkawan masa jd peon anta brg.


gua tempurung jln nak naik bukit tu... superman test sprint kat sebelah.. sepupu kena.. balik kl jam 5 pagi.. sampai kl domam seminggu


pagoh antara tol dan hentian rehat ke selatan .. superman duk depan windscreen.. member 1 opis kena van terbabas ke tepi..




Post by: soul on July 23, 2009, 08:31:44 pm


Ok macam nie, benda ni berlaku kat Alternatif Melaka Johor ( AMJ )


bagi orang yang duduk melake/muar tau la jalan nie.


Time tu jalan ni baru siap rasanya.. jalan tu memang gelap. sampai sekarang gelap.




Aku nak balik rumah akak aku kat merlimau dari bukit beruang.


So aku decide nak balik lalu jalan baru siap tu. sbb tak pernah lalu situ lagi .. lagipun traffic lite pun tak byk..


Masa tu dlm pkol 12 mlm rasanya ..




Sepanjang jalan tu straingt jea...tak de masuk simpang mana2. .. dan gelap.


aku biasa jea.. tak kesah mana pun gelap nie.. balik kl dr mlk pun keluar highway dah gelap.. so no wonderlah boleh jea redah.


Perjalanan aku amek masa dalam setgh jam.. aku bawak half & full throttle... motor wave 100 je pun .. abeh kuat 100km/j std.


Jauh perjalanan start dari Semarbok dalam 22km ke Merlimau ..




Permulaannya semuanya berlancar... aku amek lorong kereta belah kiri skali.. nak elak dr paku ke apa bende jea yang tajam..


Malam tu ada jgak kete ..lori .. bus .. moto lalu .. mcm keadaan biasa ...




Tiba2 .. dah dlm 20 minit perjalan .. dalam 2 ke 3 kilometer sebelum smpai ke simpang Merlimau ada sebjik motor follow aku dari belakang ..


kenderaan lain memang tak de time tue .. side mirror gelap je melainkan lampu motor blakang aku tue..


aku pun fine la.. mcm ada org teman .. lagi berapa kilometer jea ...


Tapi yang peliknya .. dea mcm cucuk angin aku .. then bagi highbeam byk kali.. ...


aku tak berapa kesah sgt .. dah nak sampai simpang ke Merlimau dah pun (kalau dari Melaka , kita akan rapat ke kanan) ..


lagi 1km dah nmpak traffic light ... aku pun rapat ke kanan untuk masuk simpang ..


dalam masa aku nak rapat ke kanan tu ... aku toleh belakang dengan pandang belah kiri ... in order nak tgk la sapa yang cucuk angin & bagi highbeam td ...


anehnya ... takda apa pun .. memang jalan kat situ aku sorang jea .. bulu roma aku dah naik ... cepat2 aku bace ayat kursi .. selawat ..


kat traffic lite aku amek kanan .. lepastuh memang tak tgk side mirror lansung ..sampai la aku dah masuk town merlimau .. then sampai umah akak aku..










Persoalan


- sapa rider kat belakang aku & bagi high beam kat aku tu..


- then bile aku toleh belakang .. tak de apa pun..






Huhuhu aku bersyukur selamat gak sampai kat umah dalam pkol 12:45 tgh mlm..


aku fikir , kalau la rider tu td potong aku kat jalan mcm mana agaknya yea.


Lagi satu, lepas aku smpai umah..then story kat akak aku,.. rupanya akak aku ckp memang byk dah bende berlaku..



****    ****    ****    ****    ****


Demikianlah beberapa orang saksi yang mendakwa betapa berhantunya laluan yang berkenaan. Saudara2ku, bukanlah niatku hendak menakut2kan korang semua. Dan aku tegaskan di sini, JANGAN PULA TAKUT, mungkin sebenarnya tak ada apa2 pun yang boleh dikaitkan dengan hantu syaitan dalam kemalangan ngeri yang terjadi baru2 ni. Namun demikian kewujudan syaitan ni tetap ada dimana2 dan sering mengganggu keimanan manusia walau dimana kalian berada hatta dalam bilik korang sekalipun dia tetap ada untuk mengganggu kalian. Usah ragu2 kerana yang ini adalah Pasti!

Maka untuk mengatasi hal2 gangguan sedemikian ini, maka Rasulullah saaw telah mengajar kita banyak doa yang harus kita amalkan sepanjang masa kehidupan kita. Sebaiknya kalau kita hendak memulakan perjalanan samada berjalan kaki, menunggang motorsikal dan memandu kereta, apatah lagi kiranya kita ini memandu bas yang dibelakangnya ramai penumpang yakni sekelian nyawa2 yang harus kita jaga keselamatannya.

Nabi telah ajar kita doa keluar dari rumah yang maksudnya, "dengan nama Allah aku berserah diri padaMu ya Allah sesunggunnya tiada daya dan upaya aku melainkan hanya dengan izinMu" dan sebaik saja kita melangkah naik kenderaan berdoalah  yang maksudnya, "MahasuciMu ya Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk aku menaikinya sedangkan aku sebelum ini tidak lah berdaya hendak menguasainya. Dan sesungguhnya kepadaMu lah Aku akan kembali...?" Demikianlah sedikit doa yang diajarkan rasulullah saaw kepada umatnya, namun kita hari ini alpa untuk mengamalkannya, belajarlah sekiranya kita tak tahu, bukan susah pun nak menghafal segala doa tu, hanya kita yang takder keinginan nak belajar, begitulah umat hari ini..



Wallahu a'lam. Maha Suci Allah SWT...!



Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Isnin, 30 Ogos 2010

Red Indian..... adalah Penganut Islam.......?

Dengan Nama Allah SWT....

Assalamu alaikum, saudara2ku yang dihormati, tahukah kalian, di saat Christopher Columbus buat pertama kalinya menemui benua Amerika Utara, jauh sebelum itu, orang2 Islam telah terlebih dahulu sampai di sini...



jeng.. jeng... jeng.....!


Red Indian itu adalah Islam..





Jika Anda berkunjung Washington DC, datanglah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Lantas, mintalah transkip perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, tahun 1787. Di sana akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee saat itu, bernama AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, akan ditemukan cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.





Berbicara tentang suku Cherokee, tidak lari dari individu bernama Sequoyah. Ia adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah semacam aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara sendiri.





Yang membuatnya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee pada abad ke-7 yang ditemukan terpahat pada bebatuan di Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” didalam bahasa Arab.








Nama-nama suku Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemukan pada suku Cherokee (Shar-kee), tapi juga Anasazi, Apache, Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni. Bahkan, beberapa ketua puak suku Indian juga mengenakan tutp kepala khas orang Islam. Mereka adalah Kepala Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Hal ini ditunjukkan pada foto-foto tahun 1835 dan 1870.




Secara umum, suku-suku Indian di Amerika juga percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Tuhan itu tidak tercapai oleh panca indera. Mereka juga meyakini, tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya. Seperti penuturan seorang Ketua Suku Ohiyesa : ”In the life of the Indian, there was only inevitable duty-the duty of prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal”. Bukankah Al-Qur’an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.!


Isnin, 2 Ogos 2010

29 Rahsia Negara Yang Anda Patut Tahu...

Oleh shahpaskal

 




PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA


(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk.
 
 
 
Artikel asal boleh dibaca di blog military of Malaysia

Khamis, 22 Julai 2010

Al Kisah Pelayaran yang keEmpat..


..Aduhai kawan-kawan, ketika aku kembali ke Baghdad dan kepada keluarga dan kawan-kawan serta sahabat-sahabat, aku menjalani hidup yang paling bahagia, senang, nikmat, dan lupa pada apa yang pernah kualami, kerana aku mendapatkan banyak keuntungan dan tenggelam dalam kegembiraan di tengah kawan-kawan dan sahabat.

    Demikianlah aku menjalani kehidupan yang paling menyenangkan hingga jiwaku resah mendorongku untuk mengadakan perjalanan ke negeri-negeri asing, dan aku merasakan kerinduan untuk bertemu dengan bangsa-bangsa lain untuk berdagang dan mendapatkan keuntungan.

    Setelah membulatkan hati, aku membeli barang-barang berharga, yang sesuai untuk perjalanan laut, dan, mengemas banyak bungkusan dari biasanya, aku memulai perjalanan dari Baghdad ke Basrah, di mana aku menaikkan bungkusan-bungkusanku ke atas kapal dan belayar bersama beberapa pedagang besar di kota itu.

    Kami memulai perjalanan kami dan belayar, dengan rahmat Tuhan yang Maha Kuasa, di laut, dan perjalanan itu menyenangkan, sementara kami terus belayar, selama bermalam-malam dan berhari-hari, dari laut ke laut dan dari pulau ke pulau hingga suatu hari angin yang berlawanan menyerang kami.

    Maka nakhoda membuang sauh, dan mengusahakan agar tidak bergerak, kerana khuatir kapal akan tenggelam di tengah laut. Sementara kami berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa, tiba-tiba badai yang hebat menerpa kami, mengoyakkan layar, dan melemparkan orang-orang, dengan seluruh bungkusan, perbekalan, dan harta milik mereka, ke dalam laut.

    Akupun tenggelam seperti yang lainnya. Aku menjaga diriku agar tetap terapung setengah hari itu, dan ketika aku hampir putus asa, Allah yang Maha Kuasa mempertemukan aku dengan sebatang papan kayu dari kapal, dan aku bersama dengan beberapa pedagang lainnya menaikinya, dan kami mengayuhnya dengan kaki kami, dengan bantuan angin dan gelombang, selama sehari semalam.

    Menjelang siang pada hari berikutnya, angin bertiup keras, dan gelombang naik, melemparkan kami ke sebuah pulau, dalam keadaan hampir mati kerana kurang tidur, kelelahan, kelaparan, kehausan dan ketakutan.

    Kami berjalan sepanjang pantai pulau itu dan mendapati banyak sekali tumbuh-tumbuhan, yang kami makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar dan menguatkan tubuh. Kami bermalam di pantai, dan ketika hari terang, kami bangkit dan menjelajahi pulau itu ke kanan dan ke kiri hingga kami melihat sebuah bangunan di kejauhan.

    Kami berjalan mendatangi bangunan itu dan terus berjalan sampai kami berdiri di depan pintunya. Sementara kami berdiri di sana, keluarlah sekelompok lelaki telanjang yang tanpa berbicara kepada kami, menangkap kami dan membawa kami menghadap raja mereka.

    Dia memerintahkan kami untuk duduk, lalu meraka membawakan kami makanan yang aneh, yang belum pernah kami lihat sepanjang hidup kami. Perutku tidak mahu menerima makanan itu, dan tidak seperti kawan-kawanku, aku menolak untuk memakannya, dan penolakanku itu, atas pertolongan Tuhan yang Maha Kuasa, menjadi penyebab aku tetap hidup hingga sekarang.

    Sebab ketika kawan-kawanku memakan makanan itu, mereka menjadi pening, seperti orang gila, dan keadaan mereka berubah. Lalu orang-orang membawakan mereka minyak kelapa, dan memberikannya pada mereka untuk diminum dan meminyaki mereka. Ketika mereka meminum minyak itu, mata mereka berputar di kepala mereka, dan mereka terus memakan makanan yang luar biasa banyaknya.

    Ketika aku melihat mereka dalam keadaan begitu, aku merasa bingung dan kasihan pada mereka, dan aku mulai khuatir dan ketakutan sendiri pada orang-orang telanjang itu. Aku memandang mereka dengan cermat dan menyedari bahawa mereka adalah orang-orang Magia dan bahawa raja di kota mereka adalah Jin.

    Setiap kali orang datang ke negeri mereka, atau mereka melihatnya atau kebetulan bertemu dengan mereka di lembah atau di jalan, mereka membawanya menghadap raja mereka, memberinya makanan itu untuk dimakan dan meminyaki mereka dengan minyak itu, sehingga perutnya akan mengembang.

    Lalu mereka akan memberinya makan lebih banyak lagi untuk dimakan dan lebih banyak minyak untuk diminum, dan ketika mereka menjadi gemuk, mereka menyembelihnya, memanggangnya, dan memberikannya pada raja mereka untuk dimakan, sementara mereka sendiri memakan daging itu tanpa memanggangnya atau memasaknya.

    Ketika aku menyedari situasi itu, aku menjadi sangat khuatir akan diriku sendiri dan juga kawan-kawanku yang dalam keadaan mabuk, tidak mengetahui apa yang akan dilakukan pada diri mereka. Mereka patuh pada orang yang membawa mereka keluar setiap hari dan membiarkan mereka makan rumput di pulau itu, seperti binatang ternak.

    Sementara aku merana dan menjadi kurus kering kerana kelaparan dan ketakutan, dan kulitku keriput di atas tulang-tulangku. Ketika orang-orang Magia itu melihatku dalam keadaan begitu, mereka membiarkanku dan melepaskanku, tak seorangpun yang memperhatikanku, hingga suatu hari aku menemukan jalan untuk menyelinap ke luar dari bangunan itu dan berjalan menjauh.

    Lalu aku melihat seorang gembala duduk di atas sesuatu yang terangkat di tengah laut, dan ketika aku memperhatikannya, aku menyedari bahawa dialah orangnya yang menyuruh mereka untuk membawa kawan-kawanku keluar dan memakan rumput. Bersamanya ada banyak orang lagi yang seperti mereka. Begitu orang itu melihatku, dia tahu bahawa aku masih tetap berakal sihat dan bahawa aku tidak menderita seperti kawan-kawanku.

    Dia memberi tanda padaku dari jauh, mengatakan, Terbaliklah, dan ambil jalan di sebelah kananmu, dan itu akan membawamu ke jalan besar. Aku berbalik, seperti apa yang dikatakannya padaku, menemukan sebuah jalan di sebelah kananku, mulai mengikutinya, kadang-kadang berlari kerana ketakutan, kadang-kadang berjalan lambat, untuk mengatur nafas, dan aku terus mengikuti jalan itu hingga aku lenyap dari pandangan orang yang telah menunjukkan arah itu padaku, dan kami tidak dapat saling melihat lagi.

    Waktu itu, matahari telah tenggelam, dan hari menjadi gelap. Aku duduk untuk beristirehat dan berusaha untuk tidur, tapi aku tidak dapat tidur kerana sangat ketakutan, kelaparan dan keletihan. Ketika malam telah berlalu separuh, aku bangkit dan berjalan-jalan di pulau itu hingga hari terang, dan matahari terbit di atas puncak-puncak perbukitan dan di atas dataran-dataran luas.

    Aku letih, lapar dan haus; maka aku makan daun-daunan dan tanam-tanaman yang ada di pulau itu sampai cukup kenyang untuk menghilangkan rasa laparku. Lalu aku berjalan sepanjang hari dan malam berikutnya, dan setiap kali aku lapar, aku akan makan tanam-tanaman, dan aku terus berjalan selama tujuh hari tujuh malam.

    Pada pagi hari kelapan, kebetulan aku melihat sekilas objek yang kabur di kejauhan. Aku berjalan ke arahnya dan terus berjalan hingga aku sampai di sana, setelah matahari terbenam. Aku berdiri memperhatikannya dari tempat yang agak jauh.

    Masih takut disebabkan apa yang pernah kualami pada kali yang pertama dan kedua, dan mendapati bahawa itu adalah kelompok orang yang sedang mengumpulkan biji lada. Ketika aku mendekati mereka, dan mereka melihatku, mereka bergegas menghampiriku dan, mengelilingiku dari setiap sisi, seraya bertanya padaku, Siapakah engkau, dan dari mana asalmu?

    Aku berkata, Kawan-kawan, aku adalah seorang asing yang malang, dan aku memberitahukan mereka kejadian yang menimpaku dan bagaimana aku telah merasakan penderitaan dan ketakutan. Ketika mereka mendengar kata-kataku, mereka berkata, Demi Tuhan, ini sungguh luar biasa, tapi katakan pada kami bagaimana engkau dapat membebaskan diri dari orang-orang hitam itu dan bagaimana engkau luput dari perhatian mereka, padahal jumlah mereka sangat banyak di pulau ini, dan mereka makan orang?

    Maka aku ceritakan pada mereka apa yang telah terjadi padaku dan bagaimana mereka memberi kawan-kawanku makanan yang tidak kumakan. Mereka menyalamiku dan terhairan-hairan mendengar ceritaku.

    Mereka menyuruhku duduk bersama mereka sampai mereka selesai dengan pekerjaan mereka. Lalu mereka membawakanku makanan yang enak, yang kumakan, kerana aku lapar, dan beristirehat sebentar. Lalu mereka membawaku dan berangkat bersamaku dalam sebuah kapal dan pergi ke pulau mereka dan rumah mereka.

    Di sana, mereka menyuruhku menghadap raja mereka, dan aku memberi hormat padanya, dan dia menyalamiku, memperlakukanku dengan hormat, dan menanyakan padaku tentang keadaanku. Aku ceritakan kepadanya semua yang telah aku alami, dari hari aku meninggalkan Baghdad hingga datang padanya, dan dia, serta semua yang hadir di istananya, terkagum-kagum akan ceritaku.

    Lalu dia memintaku untuk duduk dan memerintahkan membawa makanan, dan aku makan sampai kenyang, mencuci tanganku, dan mengucapkan puji syukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan memuji-muji-Nya kerana pertolongan-Nya. Lalu aku berundur dari hadapan raja dan pergi melihat-lihat pemandangan di kotanya dan mendapai bahawa kota itu sangat maju, ramai penduduknya, dan makmur, mempunyai makanan yang berlimpah, pasar-pasar, pembeli dan penjual.

    Aku sangat senang telah datang ke kota itu dan merasa selesa di sana, ketika aku berteman dengan penduduknya bersama dengan raja mereka, menyukai dan menghormatiku bahkan melebihi orang-orang terkemuka di kota itu.

   Aku menyaksikan bahawa semua orang, besar dan kecil, mengenderai kuda-kuda yang bagus, tapi tanpa pelana, dan terhairan-hairan kerananya, maka aku berkata kepada raja, "Tuanku, mengapa anda tidak berkenderaan di atas pelana, sebab itu akan membuat pengenderanya merasa selesa dan dapat mengawal kuda?"