Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mei 2015

Kota dan Istana Raja Melayu; Bagaimanakah Pihak Berwajib Menanganinya?

Jika kita melihat kepada nama tempat yang terdapat di Malaysia, terdapat banyak tempat lama yang menggunakan perkataan KOTA. Kenapakah perkataan kota tersebut digunakan? Adakah saja suka-suka perkataan kota tersebut digunakan? Adakah memang ada sebuah kota di situ pada suatu masa dahulu? Dari apa yang diperhatikan, memang terdapat kota pada kesemua tempat yang menggunakan perkataan kota. Cerita turun temurun masyarakat setempat menjurus kepada kewujudan sesebuah kota bagi setiap nama yang menggunakan perkataan kota. Tetapi kebanyakannya telah lenyap dan diabaikan, diruntuhkan, diratakan, ditimbuskan, ditenggelamkan dan dihilangkan dari pengetahuan umum. Apakah motif sebenar tindakan tersebut, AGENDA siapakah ini?

Jumaat, 18 Julai 2014

Wirawati Melayu pemimpin tentera wanita Seri Wijayamala

Assalamu Alaikum;

Tersebutlah sebuah kesah yang menjadi lagenda Bangsa Melayu. Kisah kepahlawanan Puteri Melayu yang berani dan tegas. Beliau ialah yang digelar Cik Siti Wan Kembang I, pengasas dan pemerintah kerajaan Serendah Sekebun Bunga (Kisaran Payung) pada tahun 1335-1345. Nama beliau adalah Adruja Wijayamala Singa. Inilah puteri kesayangan baginda Raja Sang Tawal, pemerintah ke 3 dan terakhir kerajaan Grahi (Jawaka) pada tahun 1267-1325. Datuknya pula adalah Raja Sakranta yang memerintah Negeri Grahi pada tahun 1253-1267. Leluhur Adruja ini sampai kepada Maharaja Srivijaya-Malayu (Palembang-Jambi) yakni yang di kenali sebagai Demang Lebar Daun atau nama rasminya Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa.

Jumaat, 11 Julai 2014

Bangsa yang hilang..

Dengan Nama Allah SWT,

Assalamu Alaikum;

Apa khabar saudara2ku? Aku berharap agar semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan mengembirakan. Sekian lama aku tidak menulis di blog ini, sunyi dan sepi namun masih ada yang sudi mampir untuk membaca di sini, terimakasih. Aku berharap segala maklumat yang korang peroleh dari blog ini memberikan banyak manafaat, segala yang baik itu datangnya dari khazanah Allah SWT, aku cuma perantaraan Nya sahaja.

Oh! ya, tak lupa juga aku ucapkan selamat berpuasa. Di bulan yang mulia ini memang seharusnyalah kita semua memperhebatkan amal dan takwa kita kepada Allah SWT.. Moga2 kita mendapat Rahmat dariNya, insyaAllah.



Pada kesempatan kali ini aku ingin bercerita sedikit berkenaan suatu bangsa yang hilang. Bangsa apakah itu?

Isnin, 2 September 2013

A Samad Said - Pejuang Kesusasteraan Melayu.




Siapa yang tidak kenal dengan sasterawan negara Datuk A Samad Said?

Seorang sasterawan yang penuh kontroversi. Beliau pernah meledakkan kejutan dengan mogok seni lebih sepuluh tahun lalu dan tidak kurang pula dianggap oleh sesetengah pihak sebagai berperangai kebudak-budakan apabila ‘bersuara’ kerana tidak memenangi Hadiah Sastera Perdana di suatu ketika dulu.

Isnin, 13 Februari 2012

Bukti Teknologi Canggih Manusia Zaman Silam

Dengan Nama Allah SWT..

Assalamu Alaikum,

saudara2ku sekalian, bertemu kembali di arena maya ini dengan harapan korang semua sentiasa mendapat perlindungan dari Pemelihara kita yang Pengasih dan Penyayang. Dibawah ini adalah sebuah artikel yang aku salin semula dari blog Irwan007.. Ku paparkan disini sekadar buat pengentahuan aku sendiri dan juga korang semua. Selamat membaca, semoga ada manafaatnya buat semua..

Sabtu, 30 Julai 2011

Ramadhan Terakhir... tanpa Khilafah.

Oleh: jebbat.blogspot.com




Sya’ban sudah mula melabuhkan tirainya dengan meninggalkan seribu satu kenangan pahit kepada umat Islam yang masih berada dalam keadaan terhina dan terpecah-belah. Ramadhan 1432H mulai menyingsing dengan seribu satu harapan di hati-hati pencintanya agar di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini, fajar kemenangan segera terbit bagi menghilangkan segala kedukaan yang melanda umat ini sejak sekian lama. Tubuh umat ini telah berpuluh tahun lamanya menderita kesakitan, terlantar tidak bermaya dek bermacam musibah yang menimpanya dari luar dan dalam. Dalam menahan segala kesakitan yang dialami itu, dengan izin Allah SWT, masih terdapat sisa-sisa kekuatan dalam tubuh umat ini yang tidak pernah berdiam diri dan senantiasa melawan segala penyakit yang cuba merosakkannya. Walaupun sukar kerana sedikitnya kekuatan yang dimiliki berbanding banyaknya musuh yang menyerang, namun perlawanan itu sudah mula menampakkan hasilnya. Ini kerana kekuatan luarbiasa yang dimiliki oleh tubuh ini dibantu oleh Pembuatnya Yang Maha Kuasa. Maka tubuh ini semakin hari semakin menguat dan penyakit yang dialaminya semakin hari semakin pulih manakala musuh yang menyerang pula semakin hari semakin melemah dan semakin hilang arahnya. Tubuh yang perkasa ini sudah mula bangkit dari pembaringan selama ini dan kebangkitan ini tidak pernah disangka oleh musuhnya. Ya, ia sudah mula menampakkan kekuataannya baik dari segi semangat mahupun fizikalnya. Pihak musuh, walaupun sudah mula goyah, masih tetap memberikan perlawanan yang bertubi-tubi, namun, setiap perlawanan itu hanya semakin melemahkan diri mereka sendiri. Pihak musuh sudah mula menyedari bahawa saki-baki kekuatan yang ada pada mereka sesungguhnya tidak lagi mampu bertahan dan akan hancur sepenuhya apabila gergasi yang mereka ‘kerjakan’ selama ini bangkit sepenuhnya. Mereka kini hanya menghitung hari menuju perkuburan mereka. Tahun berganti tahun dan bulan berganti bulan, kekuatan yang dimiliki oleh umat Islam sudah tidak dapat dibendung lagi. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang penuh berkat, bulan di mana umat Islam ‘dicaj’ sepenuhnya dan yang ikhlas di antara mereka dilindungi oleh Rabbnya dari syaitan yang direjam. Inilah bulan di mana umat Islam semakin sedar bahawa mereka adalah umat yang satu dan menjalankan ibadah yang satu, puasa mereka satu, berbuka mereka satu serta tarawih (solat) mereka satu. Sesungguhnya musuh tidak akan mampu untuk memisahkan 'kesatuan’ ini. Cuma, apa yang perlu disedarkan dari umat ini agar mereka pulih sepenuhnya dari segala kesakitan ini adalah bahawa mereka seharusnya mempunyai pemimpin yang satu dan negara yang satu yakni Negara Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah!

Ahad, 26 Jun 2011

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan..

As Salam saudara2ku sekalian, semoga semuanya dalam keadaan sihat wal afiat sentiasa mendapat lindungan Pemelihara kita yang Maha Agong.



Pada hari ini minda kita telah dibiasakan dengan kehebatan pihak Barat dalam segala bidang ilmu, malah dari Timur juga kita memandang betapa hebatnya bangsa Jepun dengan kecanggihan teknologi mereka. Sehinggakan kita lupa suatu masa dahulu orang2 Islam adalah lebih hebat lagi dengan penemuan2 awal dalam bidang sains dan teknologi jauh mendahului Barat. Tahukah korang bahawa kehidupan moden kita ini adalah berkait rapat dengan penemuan2 para ilmuan Islam yang lalu..




Dibawah ini adalah beberapa senarai penemuan yang luar biasa oleh para Sarjana Muslim dimasa lalu;


1. Pembedahan

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.



2. Kopi

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice .



3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.



4. Universiti

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1,200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.



5. Aljabar

Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 'kitab al-Jabr Wal-Mugabala' yang diterjemahkan ke dalam buku 'The Book of Reasoning and Balancing' Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.



6. Optik

"Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam," ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.



7. Muzik

Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.



8. Berus Gigi

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.



9. Takal

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.




Saudara2ku sekalian, untuk lebih memahami kenapa dan mengapakah sejarah penting kehebatan pihak kita sendiri 'dilalaikan' sepanjang masa kini, aku cadangkan agar korang semua merujuk pada pautan artikel di bawah ini;

Fakta-fakta Sejarah Penemuan Sains Dan Teknologi Islam Yang Disembunyikan Barat


Sekian saja catatan ku buat kali ini, moga2 korang semua mendapat manafaatnya, dilain masa berjumpa lagi. Wassalam.



**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Sabtu, 25 Disember 2010

Melayu.... Bangsa Yang Hilang...

As Salam, saudara2ku sekalian, Artikel dibawah ini adalah salah satu dari siri2 'Alter Terahsia Bangsa Melayu' yang telah diterbitkan oleh blog Mistisfiles . Artikel dibawah ini adalah dari siri Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII . Selamat membaca..



Kebangkitan dari Timur..

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)
Tahukah anda sebenarnya orang Melayu telah wujud sejak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan Israel Raya naik memerintah? Kerajaan ini adalah antara kuasa besar dunia ketika itu, malah kuasa dunia utama yang tidak terkalahkan. Sejak zaman-berzaman, pengetahuan tentang emas dari Nusantara telah terakam dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk mencari 'The King Solomon's Mines' yang sebenar.


     Tidak ada satu tempat di dunia yang dirakam dalam peta-peta kuno sebagai 'bumi emas' mahupun 'semenanjung emas', selain bumi di mana orang Melayu tinggal. Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal juga dijoloki sebagai 'Pulau Emas'. 

"Dari mana kita tahu bahawa bumi kita ini telah disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya?"

     Melalui kitab-kitab Hindu seperti Purana. Kitab-kitab Sanskrit ini pula mengambil cerita-cerita atau hikayatnya dari kitab-kitab lain yang lebih kuno, terutamanya dari kitab Avestan, iaitu dalam bahasa Parsi Kuno. Di dalam kitab Avestan ini pula tercatat kisah-kisah Raja Babylon dan peperangannya dengan jiran sekitar, antaranya Kerajaan Israel Utara, Kerajaan Samirah juga Judah. Selepas perpecahan Empayar Israel Raya, dan perluasan kuasa oleh bangsa Chaldea dan Emperor-emperor Babylon, kisah 'syurga emas dari Timur' meniti di bibir-bibir dayang-dayang di Etemenanki dan Gerbang Ishtar. Mereka memandang perhiasan Haikal yang bergemerlapan dan tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini diperolehi oleh Bani Israel.

     "Tahukah para pembaca semua, bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal di Kepulauan Filipina dan sekitarnya masih mengekalkan begitu banyak kosa kata Ibrani Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan (Phoenicia)?"

Rabu, 27 Oktober 2010

Wajib lulus Sejarah, sejarah yang merapu




Keropok Lekor




Apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa subjek Sejarah akan dijadikan subjek teras serta wajib lulus, maka ramailah yang memberi komen menyokong saranan berkenaan. Komen tidak menyokong tentunya tidak akan disiarkan di media kerajaan. Rakyat hanya mampu mendengar dari sebelah pihak sahaja. Tentunya penilaian yang lebih adil tentang isu berkenaan tidak dapat dibuat.

Ada penyokong yang menyatakan saranan ini akan menyebabkan pelajar lebih memberikan penumpuan kepada subjek berkenaan. Ada yang mengaitkan subjek ini dengan kontrak sosial serta tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan susur galur perkembangan Malaysia dan Kesultanan Melaka.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, tentunya kita tidak akan menolak perkara ini bulat-bulat. Kita sangat memahami kepentingan sejarah sebagai landasan untuk kita bergerak maju ke hadapan.

Alangkah baiknya jika berita yang diterima, wajib lulus subjek Pendidikan Islam SPM 2010. Bagi yang bukan Islam, mereka wajib lulus subjek keagamaan dan moral yang mereka ambil. Lebih molek lagi, wajib mendapat kepujian sebagai syarat memperolehi Sijil SPM.

Sebagai orang biasa, tentunya kita dapat membezakan antara kesan tidak menguasai sejarah negara dengan kesan tidak menguasai agama, yang mana lebih buruk ? Walaupun kita memperjuangkan sejarah, jangan pula kita mendiamkan kepentingan beragama.

Jika subjek agama betul-betul dihayati tentunya isu kontrak sosial akan selesai kerana panduan yang disediakan oleh Islam adalah cukup lengkap. Banyak masalah-masalah moral peringkat nasional seperti rogol, bunuh, curi, rasuah boleh dikurangkan. Adakah isu keruntuhan moral kurang penting berbanding isu kontrak sosial.

Mungkin kerajaan beranggapan sudah memadai dengan pembinaan sekolah-sekolah agama rakyat, masjid dan surau yang merata-rata, kelas fardu ain, majlis Khatam Quran Mega, Majlis Musabaqah Peringkat Antarabangsa, Anugerah Tokoh Maal Hijrah dan lain-lain lagi yang telah dianjurkan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa wajib lulus subjek Agama tidaklah penting berbanding subjek Sejarah. Adakah kita tidak bimbang dengan mengetahui Sejarah, anak-anak kita akan mengetahui bahawa Melaka itu ditempa bersama Islam, Terengganu, Kelantan memang tidak asing lagi dengan peranan ulama silamnya juga Pengaruh Islam di Kedah serta negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tidakkah kita bimbang, nanti anak-anak kita akan tahu bahawa seluruh Nusantara terpahat sejarahnya bersama kedatangan Islam.

Mungkin juga isu subjek Sejarah ini hanya ditimbulkan bagi menyelamatkan survival politik kumpulan tertentu sahaja. Perubahan ini sebenarnya lebih diperlukan untuk subjek lain seperti Pendidikan Islam berbanding Sejarah. Jangan pula kita memahat satu lagi sejarah yang merapu pada tahun 2013 nanti.



Keropok Lekor,

Terengganu.


Atrikel asal boleh dibaca di laman sesawang Biaqpila..



**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Isnin, 30 Ogos 2010

Red Indian..... adalah Penganut Islam.......?

Dengan Nama Allah SWT....

Assalamu alaikum, saudara2ku yang dihormati, tahukah kalian, di saat Christopher Columbus buat pertama kalinya menemui benua Amerika Utara, jauh sebelum itu, orang2 Islam telah terlebih dahulu sampai di sini...



jeng.. jeng... jeng.....!


Red Indian itu adalah Islam..





Jika Anda berkunjung Washington DC, datanglah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Lantas, mintalah transkip perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, tahun 1787. Di sana akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee saat itu, bernama AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, akan ditemukan cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.





Berbicara tentang suku Cherokee, tidak lari dari individu bernama Sequoyah. Ia adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah semacam aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara sendiri.





Yang membuatnya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee pada abad ke-7 yang ditemukan terpahat pada bebatuan di Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” didalam bahasa Arab.








Nama-nama suku Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemukan pada suku Cherokee (Shar-kee), tapi juga Anasazi, Apache, Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni. Bahkan, beberapa ketua puak suku Indian juga mengenakan tutp kepala khas orang Islam. Mereka adalah Kepala Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Hal ini ditunjukkan pada foto-foto tahun 1835 dan 1870.




Secara umum, suku-suku Indian di Amerika juga percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Tuhan itu tidak tercapai oleh panca indera. Mereka juga meyakini, tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya. Seperti penuturan seorang Ketua Suku Ohiyesa : ”In the life of the Indian, there was only inevitable duty-the duty of prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal”. Bukankah Al-Qur’an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.!


Rabu, 25 Ogos 2010

Sejarah Parti Politik PAS

Oleh amri el wahab





     Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.


     Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.


     Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.


     Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.


     Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,


     ”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.


     Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.


     Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.


     PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.


     Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.


     Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.


     Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.


     Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.


     1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.

     2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.

     3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi

     Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.

     4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat  dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.

     5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28. 


     Rujukan: Tulisan Jabatan Arkib PAS Rabu 23 July 2008


Bacaan selanjutnya boleh didapati di laman sesawang Hembusan Amal 4U.. Selamat membaca..