Dengan Nama Allah SWT....
Kefahaman para sahabat atas keredhoan Allah SWT, Hari Akhir, Syurga dan hal2 yang seumpama dengan itu adalah kefahaman yang terbaik diantara kita para manusia. Bukan kita orang2 akhir zaman, dan bukan pula wali2 yang jelas2 telah menjadi asbab tersebarnya dienul Islam ke seluruh pelosok dunia.
Ketika Rasulullah saaw hendak berangkat ke Badar pada saat2 dimana Allah SWT menguji keimanan mereka, maka Sa'ad bin Khaitsamah ra dan ayahnya, Khaitsamah bin Harits ra, saling berebut untuk turut menyertai Rasulullah saaw ke Badar.
Mengetahui hal itu, maka Rasulullah saaw menentukan, "Yang boleh pergi hanya salah seorang diantara kalian. Jadi undilah diantara kalian berdua."
Khaitsamah ra berkata kepada anaknya, Sa'ad ra, "Lebih baik aku saja yang pergi dan kamu tinggal untuk menjaga kaum perempuan."
Sa'ad ra menjawab, "Kalau tidak kerana syurga, maka saya akan mengalah kepadamu, ayah. Akan tetapi saya ingin sekali mendapatkan syurga."
Ketika diundi, maka nama Sa'ad yang keluar. Dengan demikian maka dialah yang diizinkan untuk mengikuti perang bersama Nabi saaw ke Badar. Dan dalam perang tersebut ternyata Sa'ad terbunuh oleh Amr bin Abdu Wadd.
HR Hakim dalam kitabnya jilid III halaman 189.
Maha Suci Allah SWT...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..