Saudara2ku yang di Rahmati Allah, pada posting kali ini saya terbitkan di sini sedikit perbincangan saya disebuah forum milik seorang penganut Khatolik dari Indonesia yang telah bertanyakan saya tentang erti Jihad dan Permasaalahannya.. Dalam perbincangan ini saya, dengan sedikit ilmu yang ada cuba menjawap sebaik mungkin. Diakhir perdebatan ini, alhamdulillah dapatlah juga saya sediakan sedikit kefahaman dalam pemikirannya..
-----------------------------------------
Salam,
Terima kasih atas semua tanggapan2nya. Disini saya akan cuba menjawab beberapa persoalan yang timbul sebisa yang mungkin. Dan saya khususkan disini pada bab 'jihad' yang merupakan satu topik besar dunia kini. Sebelum saya teruskan, ingin saya berterima kasih pada sdr. -o- atas tanggapannya yang penuh bermakna bagi saya.
Namun apakah usaha kamu + teman-temanmu akan berbuah kesulitan krn image kata "jihad" ini sudah menusuk terlalu dlm selama berabad-abad lamanya? Belum lagi halangan dari para pemeluk yang lebih lama dan lebih berusia daripada kamu?
Terus terang saya katakan, tiadalah kemampuan saya untuk menghadapi jalan fikiran yang sudah sekian lama sebati dijiwa mereka. Apa yang dapat saya lakukan hanyalah memberikan penjelasan demi penjelasan, mengajak mereka sama2 meninjau ayat2 Al-Qur'an dan Hadis bagi memperbetulkan kefahaman yang salah. Namun pabila nafsu amarah dan dendam sudah menguasai jiwa, pintu hati tidak lagi mudah menerima kebenaran.
Apakah JIHAD itu menurut Islam ?
Kalimat 'jihad' ini menyebabkan ramai orang barat menggigil tubuh bila mendengarnya. ( benarkah tanggapan saya ini ? ) Mereka menyamakan istilah ini dengan keganasan. Makna 'jihad' yang difahami sebagai 'perang suci' adalah sesuatu yang asing dan BUKAN DARI ISLAM. Menurut pengertian bahasa, jihad dalam bahasa Arab bererti berusaha, berjuang dengan mengunakan segala cara. Iaitu mencurahkan segala upaya dan kemampuan untuk mendapatkan suatu perkara yang berat dan sukar. Menurut pengertian ini, seorang pelajar berusaha dan berjuang untuk mendapatkan pendidikan dan lulus dalam peperiksaan. Seorang pekerja berusaha untuk melaksanakan kerjanya dan memelihara hubungan baik dengan majikannya. Seorang ahli politik berjuang untuk mengekalkan atau meningkatkan popularitinya dikalangan pengundinya dan begitulah seterusnya. KAMI MENCABAR mana2 pengkaji dan cerdik pandai ( Islam ) agar mencari dan mendapatkan makna 'jihad' sebagai 'perang suci' samaada di Qur'an atau Hadis. Cerdik pandai Islam ( yang sebenarnya kurang cerdik ) hanya terpengaruh propaganda barat yang telah bertahun2 menghantui benaknya.
Berjuang dijalan Allah maknanya, adalah satu usaha atau perjuangan untuk meninggikan Kalimah Allah sehingga ia mencapai puncak tertingginya. Dengan demikian, berjihad dijalan Allah dapat dilakukan secara fizikal dan aman. Nabi Muhammad saaw bersabda,
"Jihad yang paling baik ialah jihad melawan hawa nafsu dijalan Allah."
( Hadis Riwayat [ H.R.] At-Tabarani )
Nafsu amarah, nafsu membalas dendam, nafsu berlebih-lebihan mengumpul harta benda dll dilawan agar kalimat Allah jadi teguh di dalam jiwa.
Jihad Untuk Amal Kebaikan.
Firman Allah :
Al Ankabut 69 : Dan orang2 yang berjihad untuk ( mencari keredhoan Allah ) Kami, benar2 Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami. Dan sesungguhnya Allah benar2 beserta orang2 yang berbuat baik.
Sekiranya kita berdepan dengan dua perintah yang setanding maka menjadi jihad untuk kita memilih yang terbaik seperti dalam hadis ini,
" Aisyah, isteri Muhammad saaw bertanya kepada baginda, ' ya Rasulullah, kami melihat jihad itu adalah seutama-utama amal, maka apakah aku menyertainya ? Baginda menjawab, ' sebaik-baik jihad bagi wanita ialah haji yang mabrur."
( H.R. Bukhari )
Hadis lain,
"Seorang lelaki bertanya kpd Muhammad saaw, ' ya rasulullah, bolehkah aku menyertai jihad ? Baginda menjawab, 'Apakah kau memiliki ibu?' Jawabnya 'Ya' lalu baginda bersabda, 'Berkhidmatlah pada keduanya."
( H.R. Bukhari, )
Dan hadis ini,
"Apakah jihad yang paling baik? tanya seseorang dan baginda menjawab, 'Berkata benar di depan penguasa yang zalim" (H.R. An-Nasa'i, )
Jihad Di Medan Perang.
Berkenaan jihad di medan tempur pula sebagaimana firman Allah,
Al Baqarah 251 : Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah muka bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia yang (dicurahkan) atas alam semesta.
Al Hajj 40 : Dan kiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang didalamnya banyak menyebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha Perkasa.
Jihad pertarungan yang bersifat mempertahankan diri dan juga menyerang ini adalah perintah Allah ke atas umat islam. Melalui perintah ini, golongan yang lemah dan tertindas dapat diselamatkan dari dunia kezaliman dan penindasan,
An-Nissa 75 : Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang2 yang lemah baik lelaki, wanita2 mahupun anak2 yang semuanya berdoa, "Ya Tuhan Kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang penduduknya zalim dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau"
Barang siapa yang tahu sejarah awal islam, maka dia akan tahu bahawa semua bangsa2 dan empayar2 yang tunduk di bawah kuasa islam sebenarnya adalah golongan yang tertindas sebelumnya. Apabila para sahabat keluar berjihad menyerang orang Mesir, Parsi dan Rom, penduduknya lansung tidak melawan. Kenyataannya dengan kerjasama dan pertolongan penduduk Mesir dan Sepanyol, kaum muslimin datang dan membebaskan negeri2 tersebut dari penindasan raja2 mereka.
Apabila memerangi musuh yang kejam, tidak kira sekejam mana mereka, Islam melarang dari menyiksa, mencacatkan anggota tubuh atau membunuh tentera musuh yang menyerah diri. Melanggar perjanjian dan meneruskan pembunuhan setelah peperangan berhenti juga dilarang.
Firman Allah Al Baqarah 190 : Dan perangilah di jalan Allah orang2 yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang melampaui batas.
Muhammad saaw bersabda, janganlah kamu membunuh wanita dan kanak2. Riwayat Bukhari. Ia juga bermaksud orang2 tua, orang sakit, rahib2, pendeta2 jangan di serang sewenang-wenangnya. Juga bermaksud binatang2, membakar pokok, mencemarkan air gereja2, dan tempat beribadatan yang lain. Hadis fasal hal ini sangat panjang riwayat Bukhari tidak saya lampirkan di sini.
Apa Yang Harus Dilakukan Oleh Umat Islam Bila Menang ?
Umat islam harus menghilangkan kezaliman, penindasan,kekejaman, pengkhianatan dan kebodohan serta mengantikannya dengan keadilan dan persamaan. Umat islam mesti mewujudkan akhlak yang baik/mulia, meninggikan harga diri manusia, keselamatan dan pendidikan serta menghilangkan kebimbangan.
Firman Allah An-Nissa 58 : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Firman Allah Al Maidah 8 : Hai orang2 yang beriman, hendaklah kamu jadi orang2 yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali2 kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah tahu apa yang kamu kerjakan.
Dan ayat2 seumpamanya ada banyak lagi, tetapi mereka tidak mahu melihatnya. Sungguh menyedihkan saya.........
Dari ayat2 di atas maka ketahuilah wahai rakan2ku bahawa 'jihad di jalan Allah' membawa maksud keamanan atau keselamatan. Maka alangkah sedihnya.... setelah jelas Islam membenci keganasan, kini di anggap orang telah menyebarkan keganasan!
Adakah Islam Disebarkan Dengan Pedang Dan Peluru ?
Tidak !!
Firman Allah Al Baqarah 256 : Tidak ada paksaan untuk agama. Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah.
Islam tidak mengajar, dan bukan pula menjadi keinginan umat islam untuk menyuruh orang agar menganut agama ini melalui paksaan atau kerana tamakkan sesuatu, atau melalui perkahwinan dan lain2 lagi.
Jihad dalam islam itu ialah berjuang dijalan Allah melalui pen, lidah, tangan, saluran media, dan jika tidak dapat dielakkan lagi baru dengan senjata. Namun demikian, jihad dalam islam tidak termasuk berjuang untuk mendapatkan kuasa, kemasyuran, kekayaan, kedudukan atau kebanggaan peribadi seseorang.
Respon Saya Dan Umat Islam Pada Serangan Keatas WTC / 11 september.
Firman Allah :
Al Maidah 32 : Barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.
Kerana itulah peristiwa 11/9 yang mengerikan yang mengakibatkan kematian beribu-ribu - ada juga orang islam yang mati - orang awam yang tak berdosa adalah jelas sekali BUKAN DARI AJARAN ISLAM.
Pengebom Berani Mati.
Sesungguhnya pendapat saya ialah bahawa ia termasuk orang yang membunuh diri sendiri dan sebagai balasannya dia akan disiksa di dalam neraka, kerana telah diriwayatkan dalam hadis sahih dari Bukhari dan Muslim,
" Sesungguhnya barangsiapa sengaja membunuh dirinya sendiri, maka pastilah dia akan disiksa dalam api neraka dan kekal disitu selama-lamanya."
Walau bagaimana pun, kerana dia jahil dan menganggapkan tindakannya itu adalah perbuatan mulia untuk mencari keredhoan Allah semata-mata, maka saya berharap moga Allah mengampuni dia atas apa yang dilakukan itu kerana kejahilan ijtihad. Berhati-hatilah saudaraku (untuk mereka yang berniat nak jadi pengebom berani mati) dan bertanyalah pada orang yang berilmu (ulama) tentang perkara tersebut sehingga engkau benar-benar mendapat petunjuk Allah dan terpelihara dari sebarang kesalahan.
Demikianlah apa yang dapat saya sampaikan dalam tulisan saya yang ini. Terima kasih kerana rakan2 dan semua yang telah meluangkan masa membaca tulisan saya diatas. Saya sangat2 berharap agar kalian telah mendapat sedikit penjelasan dari tulisan ini. Saya hanyalah insan kerdil, bodoh, lemah lagi hina, yang tidak banyak mendapat perhatian orang. Tulisan saya dan pemikiran saya hanya sampai dikalangan rakan2 saya yang juga hanya insan biasa. Mereka yang 'diatas' hanya mendengar kata golongan yang 'diatas' jua.
Hanya Allah yang berkuasa melahirkan orang2 yang bijaksana yang memiliki rasa kasih sayang terhadap seluruh umat manusia dan memimpin mereka kepada Allah, Tuhan Pemelihara Seluruh Alam.
Saya sedang menunggu 'dia' si pemimpin Agung itu........
moga Tuhan memberkati...
--------------------
aku blaja2 jihad lawan hawa nafsu.
BalasPadam4 bulan, 40 hari, 3 hari, sapa sedia? tasykil...
insyaAllah tuan, saya azam...
BalasPadam