Assalamu Alaikum,
saudara-saudaraku yang sangat kuhormati, semoga korang semuanya sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT, pemelihara kita dan pemelihara sekalian alam ini. Dalam artikel kali ini aku ingin mengajak korang semua naik keratapi. Siapakah diantara korang semua yang masih belum pernah naik keretapi? Aku fikir ramai diantara korang yang pernah menaikinya, tak kiralah keretapi itu berupa sebuah Tren ker, Monorel ker, Transit Aliran Ringan (LRT) ker, yang pentingnya kenderaan ini memiliki GERABAKnya sendiri. Tidak kira ada berapa gerabak pada setiap keretapi itu, yang pentingnya kesemua gerabak tersebut harus berfungsi dengan baik.
Ayoh semua kita ke perhentian keretapi....!
*******
Penumpang-penumpang telah membeli tiket masing-masing berdasarkan kemampuan yang dipersetujui.
Apabila keretapi tiba masing-masing menaiki gerabak-gerabak yang telah ditentukan.. Ada yang menaiki dahulu, ada yang menaiki kemudian..
Setelah itu masing-masing duduk di tempat-tempat yang telah dikhaskan.. Ada yang eksklusif, ada yang ekonomi, ada yang low class(masih ada ke?), dan ada yang langsung tiada tempat duduk kerana dah penuh..
Ketika didalam perjalanan, ada yang asyik komplen pasal tempat duduk yang 'telah dipersetujui', ada pula yang tenang saja dan menerima dengan baik tempat duduk yang dikhaskan untuknya dan dipersetujuinya..
Kemudian ada yang mula memasang kipas, ada yang mengawal alat penghawa dingin dan tingkap.. Ada yang mengubah kedudukan tempat duduk.. Ada pula yang membuat onar.. Ada juga yang buat hal masing2.. Ada yang cuba berkomunikasi (bersembang2 dll).
Sepanjang perjalanan ada yang turun di perhentian-perhentian dan berehat sebentar sebelum meneruskan semula perjalanan.
Ada pula yang jatuh sakit ketika didalam perjalanan, ada yang sakit perut .. Buat mereka yang dalam keadaan yang demikian, akan dipindahkan dan dimasukkan ke dalam gerabak khas untuk 'rawatan'.
Ada yang meninggalkan kerusi dan berjalan-jalan, ada yang tersesat, ada yang curi-curi duduk tempat orang lain..
Semasa keretapi bergerak kadangkala perjalanan itu laju, perlahan dan berhenti... Ada masa-masanya gerabak bergegar dan bergoncang akibat kelajuan atau terlanggar sesuatu.. tetapi ia tetap ditarik oleh lokomotif (kepala keretapi) ke depan.. Ada kalanya arah perjalanan ditukar menggunakan rel atau landasan pilihan yang lain (namun jarang berlaku).. Adakalanya satu dua gerabak terpaksa ditinggalkan akibat rosak (ini juga jarang2 berlaku).. tetapi destinasi tetap diteruskan..
Pemandu-pemandu lokomotif tak kisah apa yang berlaku didalam gerabak kerana setiap gerabak telahpun dikunci rapi.. Lagipun setiap gerabak ada 'penjaga' masing-masing.. tetapi ada satu dua penumpang yang ada 'dokumen khas' yang boleh keluar masuk dari pintu-pintu ke gerabak lain.. Ada penumpang yang ada 'kuasa' memberi nasihat atau berbincang dengan pemandu untuk berhenti atau melambatkan perjalanan.. tetapi penumpang ini tak boleh menyuruh pemandu mengubah destinasi perjalanan.. Pemandu juga boleh pergi ke gerabak-gerabak.. Melihat suasana penumpang, memastikan gerabak dalam keadaan baik serta memyuruh gerabak dikunci rapat dan lain-lain arahan.
Demikianlah saudara-saudaraku sekalian sedikit penerangan tentang hal-hal atau suasana yang dapat kita semua perhatikan pada setiap kali kita berada didalam gerabak keretapi itu. Makanya aku pasti korang tentunya tertanya-tanya, 'apa ke halnya situan blog ni ajak-ajak kitaorang naik ketapi ni??'
Nak tahu kenapa?
Kenapa ya?
Fikir-fikirkanlah......!
*********
Ok. Oklah. Harap korang semua bersabarlah ya. Aku akan berikan beberapa
'petunjuk', sila baca dengan teliti dan fahamilah..
Tulisan aku diatas tu merupakan sebuah
PERUMPAMAAN..
TAMSILANnya adalah sebagaimana tulisanku yang dibawah ini;
Penumpang-penumpang yang dimaksudkan diatas adalah korang semua termasuklah diriku sendiri.
Penumpang yang naik dahulu adalah korang yang lahir ke dunia ini lebih dahulu dari aku yakni abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik serta datuk nenek, moyang dan seterusnya..
Penumpang-penumpang yang naik lambat/naik kemudian adalah korang yang lahir kedunia lebih lambat dari aku yakni adik-adik, cucu-cucu, cicit-cicit dan seterusnya..
Tempat duduk didalam gerabak itu adalah takdir hidup korang, atau rezeki korang atau jodoh korang yang telah ditetapkan dan yang telah korang persetujui ketika di alam roh korang dulu dengan lafaz perjanjian, '
alastuubi rab bikum'
Kipas, alat penghawa dingin, tingkap dan lain-lain yang boleh korang kawal sesuka hati korang itu umpama pencetus daya yakni yang memberi korang kekuatan dalam perjalanan kehidupan menuju akhirat
Kelakuan dalam gerabak membawa maksud adanya usaha dalam memajukan diri korang atau sebaliknya usaha dalam melingkupkan diri korang..
Gerabak-gerabak itu sendiri membawa maksud adanya tingkatan pada alam ini yakni alam dunia, alam jin, alam barzakh, dan lain-lain..
Kunci membawa maksud hati
Gerabak-gerabak yang rosak dan yang ditinggalkan adalah alam-alam yang musnah.
Gerabak untuk 'rawtan' maksudnya alam barzakh..
Penjaga maksudnya malaikat
Rel/landasan maksudnya perjalanan manusia menuju akhirat
Penumpang yang memiliki dokumen khas itu adalah orang yang dapat makrifat/keluar dari dunia ke dunia lain.
Penumpang dengan 'kuasa khas' adalah para wali Allah SWT..
Pemandu lokomotif adalah pemimpin umat manusia..
Destinasi maksudnya pertemuan dengan Pemelihara umat manusia dan sekalian alam..
************
Baiklah saudara-saudaraku sekalian, klu/petunjuk dah dapat, sekarang korang fikirlah kisah 'benar' disebalik kisah perumpamaan 'aku, engkau dan gerabak keretapi itu..' Semoga korang beroleh manafaat darinya..
Maha Suci Allah SWT....!
c
**^^** **^^** **^^** **^^**
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..