Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Khamis, 12 September 2024

Kakak Sepupuku Lela - Sahabat penaku.

     Pada suatu pagi, aku dan temanku mulakan perjalanan ke kampungku, Bota Kiri. Kami akan ke majlis perkahwinan kakak sepupuku yang bernama Manorlaila atau lebih mesra di panggil Lela. Perjalanan ini mengambil masa selama empat puluh minit. Setibanya di sana kami melihat sudah ramai tetamu yang hadir. Setelah berehat beberapa ketika, aku masuk ke rumah untuk bertemu dengan Kak Lela. 

     Kelihatan Kak Lela sedang menghiasi pelamin. Aku bersalaman dengannya dan menatap wajahnya yang ayu, "lama dah tak jumpa." Ucapku meluahkan rasa rinduku terhadapnya. Kak Lela membalas dengan ungkapan yang sama. Ya, kami memang sudah lama tidak berjumpa yakni semenjak dia berhijrah ke Kota Raya Kuala Lumpur untuk bekerja di sana.

     Dari pemerhatianku, Wajah Kak Lela sekarang agak cengkung, badannya lebih kurus dari dahulu. Mungkin kerana terlalu kuat bekerja, fikirku. Namun begitu, senyumannya tetap manis menawan dan alunan suaranya tetap enak di dengar.. 

     Umurnya sudah dua puluh tujuh tahun, satu usia yang lewat untuk seorang wanita  memasuki gerbang perkahwinan. Sebenarnya Kak Lela sudah bertunang selama dua tahun yakni tempuh pertunangan yang panjang sehingga aku dan saudara mara yang lain tertanya-tanya bilalah mereka ini hendak mendirikan rumah tangga. Pada hari ini berakhir juga penantian kami selama ini. Hari ini hari yang bersejarah buat Kak Lela. Aku sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa hidup bahagia..

     Kak Lela bersanding di atas pelamin pada jam tiga petang setelah akad nikah. Ketika dia sedang bersanding, aku terus menatap wajahnya yang ayu sepuas-puasnya kerana selepas ini aku tidak akan boleh berbuat demikian kerana dia sudah menjadi milik orang. Lelaki di sebelahnya yang kini telah sah menjadi suaminya, tiada senyuman yang di pamerkannya. Kulitnya agak kehitaman, berwajah cengkung dan tubuhnya kurus. 

     Majlis berlangsung dengan sangat meriahnya. Aku menjadi orang yang paling sibuk dengan melayani tetamu yang datang. Ramai tetamu yang datang telah memuji pasangan pengantin, entah ikhlas atau sekadar untuk menyedapkan hati tuan rumah.

     Setelah majlis perkahwinan Kak Lela selesai, tibalah masanya untuk aku pulang ke rumah. Sebelum berangkat pulang, aku berbual lagi dengannya, aku berpesan, "Kak jangan lupakan saya ya.." Dia membalas, "InsyaAllah kak tidak akan lupa..". Alangkah beratnya langkahku untuk meninggalkan dia. Bagaikan belum puas bersamanya, bahkan terasa ingin bersamanya untuk selamanya. Namun itu mustahil.

     Dahulu Kak Lela adalah sahabat penaku. Kami sering berutus surat. Dia banyak memberikan nasihat kepadaku. Hubungan kami sangat rapat. Kami selalu bersiar-siar bersama dan aku selalu menemaninya pergi membeli-belah. Namun setelah dia memperolehi kerja di Kota Raya Kuala Lumpur, hubungan kami mula renggang. Surat darinya sudah jarang aku terima namun aku faham keadaan dirinya sekarang sibuk dengan bekerja. Dia ada memberikan nombor telefon dan berharap aku selalu menelefonnya. tetapi oleh kerana aku ini seorang yang 'fobia terhadap telefon' aku sangat jarang menelefonnya. Entah kenapa apabila aku menggunakan telefon, suara aku dan kata-kataku jadi tidak keruan, jantung berdegup kencang.

     Kak Lela telah menggunakan nama samaran 'Syema' untuk setiap tulisan dan kata-kata hikmahnya untukku. Antara kata-kata hikmahnya yang masihku ingat adalah;

      "Lapangkanlah masa untuk belajar dan belajarlah kamu dari pelbagai ilmu pengetahuan demi untuk kejayaan dan kebahagiaan masa depan." *28.09.81 @Syema.

      "Kesalilah sesuatu perkara itu sebelum ianya berlaku. Janganlah dikesali selepas ianya sudah berlaku. Sesungguhnya ia tidak akan memberi apa-apa faedah, malah kerugian dan kekesalan seumur hidupmu.." *05.10.83 @Syema.

     "Kepahitan itu sesungguhnya satu ubat yang paling berkesan dijiwamu kerana kepahitan ini kau akan lebih berhati-hati dalam sesuatu yang akan kau lakukan. Kemanisan itu sesungguhnya akan menjadikan kau lupa akan kepahitan dan kekecewaan yang kau alami. Justeru itu, ingatlah kau di masa menikmati kemanisan kerana sesungguhnya seribu tahun lagi mungkin madu akan menjadi sepahit hempedu dan hempedu pula menjadi semanis madu." *10.04.84 @Syema.

    "Berusahalah demi menanti hari esok. Tanpa usaha tiada esok bagimu. Giatkan usaha pasti esok masih ada. Tapi ketahuilah langit tidak selalu cerah!" *Hidup ibarat roda. *29.11.84 @Syema.

     Masa berlalu, aku hanya mampu membaca tulisan-tulisannya untuk melepaskan rasa rinduku terhadapnya. Beberapa tahun kemudian, aku mendapat berita yang menyedihkan. Kak Lela telah ditemui tidak bernyawa di dalam rumahnya. Innalillahi wa'inailahi rojiun.. Namun apa yang lagi menyedihkan adalah, dia mati kerana di bunuh.. Allahu.. Ini sangat mengejutkan aku. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Menurut laporan polis, yang telah tersebar di kalangan keluarga dan saudara mara kami, dia telah dibunuh oleh suaminya sendiri! Kami seluruh keluarga dan saudara mara sangat terkejut dengan berita ini.

     Begini ceritanya, Suami Kak Lela sebenarnya seorang penagih dadah. Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, kalau bekerja pun dia selalu ponteng. Apabila dia tiada wang, dia meminta wang isterinya yakni Kak Lela untuk belanja membeli dadah. Jika isterinya enggan memberikannya wang, dia akan mengamuk dan mengacukan pisau ke isterinya. Mahu tidak mahu Kak Lela terpaksa memberikannya. Begitulah yang selalu terjadi. Namun pada suatu hari Kak Lela benar-benar tiada wang lagi. Suaminya tidak percaya lantas berlakulah apa yang sepatutnya tidak berlaku, dia membunuhnya.. Begitulah menurut laporan polis yang kami terima..

     Kak Lela, sungguh tragis kisah hidupmu. Aku tidak pernah menyangkakan ia akan terjadi Aku menangis mengenangkan nasib hidupmu. Namun apakan daya aku. Semuanya telah terjadi, tiada yang mampu mengubahnya.. Aku hanya mampu mendoakan agar rohmu sentiasa berada di dalam Rahmat Allah SWT. Segala kisah ketika kita bersama akan sentiasa menjadi kenangan dalam hidupku. Senyummu, tawamu sentiasa dalam ingatan. Kak Lela, aku sangat merinduimu terasa ingin kembali ke masa silam untuk bersama dan bermesra lagi denganmu. 

     Rusda B.A. 1990 hingga akhir nanti...


     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..