Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Rabu, 22 Ogos 2018

Tayangan Larut Malam.

Assalamualaikum.


24 Ogos 1984

Duit hanya ada seringgit, member pula mengajak menonton wayang tayangan larut malam. Kata mereka ada cerita menarik, filem Indonesia dalam kategori pencak silat. Pasti menarik. Aku pun bersetuju untuk menonton bersama mereka. Masaalahnya aku tak cukup duit ni. Tapi tak mengapa, aku akan usahakan untuk dapatkannya. Aku minta pada emak tetapi gagal. Akhirnya member aku kata bahawa mereka akan belanja aku tiket wayang. Ini sudah bagus, terima kasih kawan..

Pada pukul 8 malam, aku, Joi, Zaki dan Abin mengayuh basikal menuju ke Pekan Ipoh. Tetapi sebelum itu kami singgah di Pasar Malam Seri Kinta. Di situ kami menemui Hisham untuk mengajaknya menonton bersama kami tetapi dia enggan. Kami pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi.

Sampai Ipoh kami bertembung dengan Eddy dan kawan-kawannya. Kami bersetuju mengikut mereka masuk kabiret (pusat hiburan) sebelum tayangan larut malam itu bermula. Di situ kami hanya duduk menyaksikan muda-mudi menari dan berpelokan dalam menikmati irama muzik yang bergema kuat.

Setelah hampir waktu tengah malam, kami bergerak masuk panggung wayang. Tepat pada waktunya tayangan pun bermula. 'Tongkat Sakti' tajuk filemnya. Kisah seorang lelaki yang menuntut bela di atas pembunuhan seluruh keluarganya.



Selesai menonton filem itu, kami pun bergerak untuk pulang. Kami berjalan kaki ke Jubli Park untuk mengambil basikal yang telah kami letakkan di situ. Aku terasa mahu buang air besar lalu aku masuk ke dalam tandas yang berada tidak jauh dari situ. Selesai melepaskan hajat, aku kembali ke tempat parking basikal dan mendapati semua rakan-rakanku telah meninggalkan aku sendirian. Betapa kecewanya aku dengan sikap mereka ini. Aku pun mencapai basikalku tetapi dengan tiba-tiba ada beberapa orang menghalang pergerakanku.

"Ah! Kenapa pula ni?" tanyaku.

"Ini basikal adik aku!" Jawab seorang daripada mereka itu.

Aku terkejut mendengarnya, "apa? Ini basikal akulah!" Tegasku. Padahal yang sebenarnya basikal ini telah aku curi dikawasan ini juga pada beberapa minggu yang lalu.

"Kami fikir," ucap seorang lelaki lain yang lagaknya seperti ketua dari kumpulan lelaki ini, "kamu telah mencuri basikal ni di Kuala Pari kan?"

"Tak la.." aku menafikannya, "ini basikal akulah! Bila masa pula aku mencuri. Korang jangan main tuduh je!" Tegasku.

Kemudian dia membelek-belek basikal ini untuk mendapatkan kepastian. Aku terasa mahu lari saja dari situ. Sebaik saja aku mendapati basikalku bebas dari sentuhan sesiapa, aku pun segera menyorongnya sambil berlari meninggalkan tempat ini. Mereka mengejarku, seorang dapat menhampiriku lantas menolakku. Hampir saja aku jatuh. Aku pun melepaskan basikal dan aku hayunkan penumbuk ke arahnya tetapi tidak mengenai sasaran. Kemudian giliran dia pula menumbukku tepat pula mengena cermin mataku lalu ianya jatuh dan pecah!

Pada masa itu datang pula beberapa orang yang lain. Mereka bertanya apa yang berlaku. Lelaki yang menumbukku tadi menjawab, "dia ni dah curi basikal adik saya!" Katanya sambil menunjuk ke arah aku. Aku balas dengan berkata, "dia tipu la, mana ada saya curi.."

"Emm.." Seorang bersuara, "gini la, jom kita bercerita kat balai polis je.."

Oh! Rupa-rupanya mereka yang baru sampai ni anggota polis. Alaa.. naye la aku.. bisik hatiku.

Kami pun bergerak ke balai polis yang berdekatan. Di situ kami telah diminta memberi keterangan. Setelah selesai semuanya, kami pun disuruh pulang.

Namun aku menghadapi masaalah. Basikalku itu bukan lagi milikku. Anggota polis itu telah menyerahkannya kepada mereka. Jadi aku terpaksa pulang tanpa kenderaan. Aku bingung apa nak buat. Duit pun tak ada. Cermin mata pula dah pecah, yang membuatkan pandanganku menjadi kabur. Aku fikir aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Walaupun tidaklah berapa jauh jaraknya yakni lebih kurang 5 kilometer, namun dalam keadaan badan letih, fikiran berserabut, aku terasa tak mampu untuk menghadapinya. Kemudian datang satu perancangan yang jahat. Aku naik sebuah teksi. Aku minta pemandu teksi itu membawa aku ke kampung Pasir Putih. Sampai di satu kawasan yang berhampiran tanah perkuburan, aku pun turun. Tanpa membayar tambangnya, aku terus berlari kearah tanah perkuburan tersebut.

Beberapa minit kemudian aku tiba di rumah ibu kandungku. Dia terperanjat kerana aku datang di awal pagi sebegini. Aku baru sedar rupanya sudah jam 3 pagi. Aku pun ceritalah apa yang telah terjadi kecuali babak di balai polis. Petang esoknya, ayahku datang untuk mengajak aku pulang ke rumah.

Selama seminggu aku tidak keluar rumah kerana pandanganku yang terlalu kabur. Selama itu juga aku merasa rindu terhadap gadis kesayanganku setelah lama tidak bertemu. Akhirnya semuanya pulih semula setelah emakku membelikan sebuah cermin mata baru untukku. Lebih cantik dan bergaya. Syukur alhamdulillah..




Sekian. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails