Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

Sabtu, 18 Ogos 2018

Sahabatku Digilis Kereta.

Assalamualaikum.

Jam ditangan telah menunjukkan sudah pukul sepuluh. Aku masih tidak mahu tidur. Menonton tv pula terasa bosan. Tiada cerita yang menarik. Kemudian aku keluar. Malam itu bulan bersinar terang. Seperti yang telah dijanjikan siang tadi, aku menanti kepulangan rakan-rakanku, Jamaluddin dan Shafie dari kampung Penjeh. Di Kampung Penjeh itu mereka beserta beberapa orang pemuda kampung itu sedang mempelajari ilmu mempertahankan diri Gayung Ghaib Malaysia.

Waktu hampir pukul sebelas malam. Kebiasaannya ahli--ahli silat itu sudah pun pulang. Tetapi pada malam tanggal 24hb January tahun 1982 mereka masih belum pulang. Aku dan mereka telah berjanji untuk menyambak (mencuri) buah rambutan cina. Namun nampak gayanya aku terpaksa memungkiri janji kerana mata aku ini tidak lagi dapat menahan ngantuk. Aku kembali ke rumah untuk tidur.

Apabila aku terjaga pada keesokan harinya, adik aku bercerita bahawa Jamaluddin cedera parah dilanggar kereta. Aku terperanjat mendengarnya dan ingin tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Aku keluar menemui Shafie dan dia mula bercerita;

Pada malam tadi mereka telah pulang lewat. Meskipun telah lewat, Jamaluddin dan Shafie pergi juga ke kebun rambutan itu untuk mencurinya. Mereka makan sepuasnya di situ juga. Namun masih ada untuk dibawa pulang. Dalam perjalanan pulang, mereka nampak ada sebuah kereta sedang bergerak menuju kearah kawasan berhampiran kebun rambutan itu. Ada satu tanah lapang di situ dan di situlah kereta itu berhenti. Diwaktu siang harinya, tanah lapang itu adalah tempat kami para pemuda kampung bermain bola.

"Ni tak lain lagi la, nak beromen le dorang tu..", ujar Jamaluddin. Shafie mengangguk saja.

"Aku nak intai mereka dekat-dekat." Ucap Jamaluddin lagi. Shafie melarangnya, "sabarlah dulu, mereka tu belum buat apa-apa lagi.."

"Tak pe. Aku nak tengok dorang tu main raba-raba." Ucap Jamaluddin masih bersikeras.

"Suka hati ko la Din.." kata Shafie dalam nada tak puas hati.

Jamaluddin lantas bergerak menghampiri kereta tersebut. Dia berjalan terbongkok-bongkok sehinggalah dia betul-betul berada disisi kereta itu. Matanya tepat memandang ke dalam kereta dan nampaklah pasangan dua sejoli di dalamnya. Mereka sedang leka berpelokan, begitu menghairahkan. Berdebar jantong Jamaluddin dibuatnya. Perasaan marahnya mula meruap.

"Sial!" Degus hatinya sambil tangan kanannya mencapai segenggam pasir. Kemudian dia membuka pintu kereta itu lalu melemparkan pasir tersebut kemuka mereka berdua.

Apatahlagi terkejut beruk lah merpati dua sejoli tersebut. Tiba-tiba injin kereta dihidupkan dan bergerak mundur. Jamaluddin hanya berdiri memerhati. Tanpa diduga, kereta tersebut bergerak pula kearah Jamaluddin yang sedang berdiri terpaku. Sebegitu lajunya, tau-tau dah melanggarnya. Jamaluddin tercampak beberapa meter kebelakang. Namun dia masih mampu bangkit semula. Melihatkan itu. Kereta itu terus melanggarnya lagi. Kali ini Jamaluddin jatuh terlentang. Pemandu kereta itu mengambil peluang untuk terus menggilis badan Jamaluddin dan ianya berjaya mengheretnya dalam jarak beberapa meter.

"Oh! Matilah aku kali ini," keluh Jamaluddin sendirian. Pandangannya mulai pudar.

Shafie yang berada tidak jauh dari situ berfikir sahabatnya itu akan mati. Dia hanya mampu melihat saja Jamaluddin yang berada di bawah kereta dan sedang diseret. Setelah paniknya hilang baru dia dapat berfikir untuk bertindak. Dia mencari-cari sesuatu yang dapat dijadikan senjata. Tiba-tiba kereta tersebut kelihatan sedang bergerak menuju kearah dirinya pula. Pada saat itu juga dia mengutip beberapa ketul batu dan membaling ke arah kereta tersebut, lantas mengena pada cermin depan kereta itu. Tindakan ini berjaya membuatkan kereta itu berpaling arah dan akhirnya meninggalkan tempat kejadian. Shafie merasa lega.

Shafie berlari mendapatkan Jamaluddin, bimbang benar dia akan keadaan diri sahabatnya itu. Namun kelihatannya Jamaluddin sudah berdiri tegak seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi pada dirinya.

"Din, ko ok ke?" tanya Shafie dalam keadaan cemas.

"Aku ok je.." jawab Jamaluddin sambil tersengih.

Shafie menghampiri Jamaluddin dan menepuk belakang badannya.

"Adoh!" Tiba-tiba Jamaluddin menjerit kesakitan. Shafie dapat melihat belakang badannya mendapat luka yang parah. Shafie berasa ngeri melihatnya, "ini ko kata tak ada apa-apa? Parah ni Din..!" ucapnya separuh menjerit. Jamaluddin pula mengerang kesakitan setelah kepedihan mulai terasa.



Shafie memimpin Jamaluddin berjalan pulang ke rumahnya. Ibu bapanya terkejut melihat keadaannya yang parah lantas menghubungi pihak hospital. Jamaluddin telah dibawa ke hospital menaiki van ambulan.

Sekian. Wassalam.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..