Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

Rabu, 27 Oktober 2010

Wajib lulus Sejarah, sejarah yang merapu




Keropok Lekor




Apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa subjek Sejarah akan dijadikan subjek teras serta wajib lulus, maka ramailah yang memberi komen menyokong saranan berkenaan. Komen tidak menyokong tentunya tidak akan disiarkan di media kerajaan. Rakyat hanya mampu mendengar dari sebelah pihak sahaja. Tentunya penilaian yang lebih adil tentang isu berkenaan tidak dapat dibuat.

Ada penyokong yang menyatakan saranan ini akan menyebabkan pelajar lebih memberikan penumpuan kepada subjek berkenaan. Ada yang mengaitkan subjek ini dengan kontrak sosial serta tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan susur galur perkembangan Malaysia dan Kesultanan Melaka.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, tentunya kita tidak akan menolak perkara ini bulat-bulat. Kita sangat memahami kepentingan sejarah sebagai landasan untuk kita bergerak maju ke hadapan.

Alangkah baiknya jika berita yang diterima, wajib lulus subjek Pendidikan Islam SPM 2010. Bagi yang bukan Islam, mereka wajib lulus subjek keagamaan dan moral yang mereka ambil. Lebih molek lagi, wajib mendapat kepujian sebagai syarat memperolehi Sijil SPM.

Sebagai orang biasa, tentunya kita dapat membezakan antara kesan tidak menguasai sejarah negara dengan kesan tidak menguasai agama, yang mana lebih buruk ? Walaupun kita memperjuangkan sejarah, jangan pula kita mendiamkan kepentingan beragama.

Jika subjek agama betul-betul dihayati tentunya isu kontrak sosial akan selesai kerana panduan yang disediakan oleh Islam adalah cukup lengkap. Banyak masalah-masalah moral peringkat nasional seperti rogol, bunuh, curi, rasuah boleh dikurangkan. Adakah isu keruntuhan moral kurang penting berbanding isu kontrak sosial.

Mungkin kerajaan beranggapan sudah memadai dengan pembinaan sekolah-sekolah agama rakyat, masjid dan surau yang merata-rata, kelas fardu ain, majlis Khatam Quran Mega, Majlis Musabaqah Peringkat Antarabangsa, Anugerah Tokoh Maal Hijrah dan lain-lain lagi yang telah dianjurkan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa wajib lulus subjek Agama tidaklah penting berbanding subjek Sejarah. Adakah kita tidak bimbang dengan mengetahui Sejarah, anak-anak kita akan mengetahui bahawa Melaka itu ditempa bersama Islam, Terengganu, Kelantan memang tidak asing lagi dengan peranan ulama silamnya juga Pengaruh Islam di Kedah serta negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tidakkah kita bimbang, nanti anak-anak kita akan tahu bahawa seluruh Nusantara terpahat sejarahnya bersama kedatangan Islam.

Mungkin juga isu subjek Sejarah ini hanya ditimbulkan bagi menyelamatkan survival politik kumpulan tertentu sahaja. Perubahan ini sebenarnya lebih diperlukan untuk subjek lain seperti Pendidikan Islam berbanding Sejarah. Jangan pula kita memahat satu lagi sejarah yang merapu pada tahun 2013 nanti.



Keropok Lekor,

Terengganu.


Atrikel asal boleh dibaca di laman sesawang Biaqpila..



**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

3 ulasan:

  1. baru sy terfikir sprt yg awk cdngkn..bkn stakat lulus je. yg nk msuk IPTA ptut dpt subjek agama kepujian, yg syrt khas msuk u wjib dpt A1 atau A2. tp yg ni bwh menteri pgjian tinggi..

    1st sy dngr wjib lulus sejarah, sy bngkang sgt, sbb sejrah yg kita bljr byk menipu, putarbelit..terutama bab org zmn dulu tinggl dlm gua..tak maju, hnya pki baju cawat..klu kita tgk sirah nabi, berbeza dgn apa yg ada dlm buku sejrh..

    pas tu sy fikir, bgus juga cdgng tu, skurng bla mint sjrh timbul mesti nk cari sejarah bngsa sendri yg hilng & perbtulkn fakta sjrh yg palsu & merapu..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah saya dapat A PMR dan A1 SPM untuk sejarah

    memang banyak istimewa,at least kita tau sejarah asal-usul sendiri

    wallahua'lam

    BalasPadam
  3. Bab orang melayu dulu-dulu tinggal dalam gua.. ni mengarut jer.. sejarah ditulis oleh penjajah, hari ni kita ambil sejarah merapu dari mereka.

    Sejarah wajib lulus saya setuju, tapi alangkah baiknya sejarah itu diperbetulkan semula. Para pengkaji sejarah dari orang kita harus mengkaji semula sejarah nusantara ni. Banyak yang telah digelapkan oleh para orientalis. Kenapa ya?? tak lain tak bukan adalah kerana sejarah nusantara ni penuh dengan 'kebangkitan islam' dan islam akan bangkit lagi dari timur... yakni nusantara ini..

    terimaksih @ Nur Fannun..

    dan terimakasih juga @Ibnu Mutallib..

    teruskan meminati sejarah, mana tau satu hari nanti engko lah pengkaji sejarah nusantara yg ulung.. hehee..

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..