Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

Selasa, 19 Oktober 2010

Kitab Fadhail Amal Dalam Ta'lim Kita.. Artikel untuk rakan seusaha..




Dengan Nama Allah SWT...



Kalaulah boleh dianalogikan, kitab Fadhail Amal itu boleh diumpamakan sebagai sebuah buku asas membaca dan menulis untuk kanak2 yang baru belajar. Dengan pembelajaran tersebut dikemudian hari dapatlah kanak2 itu sampai ke kelas yang lebih tinggi, maka mahu atau tidak, suka atau tidak, kanak2 itu mesti belajar membaca dan menulis. Dan jika kelak dia sudah sampai di universiti, maka tetap saja dia mesti memegangnya dan tidak serta merta meninggalkan ilmu membaca dan menulisnya itu.



Barangkali kita sudah salah besar dalam memahami asas agama kita. Atau barangkali kerana kita telah dilahirkan dalam zaman dimana banyak bahan dan benda2 yang tidak ada pada masa Rasulullah, salawat dan salam keatasnya dan ahli keluarganya. Barangkali semua keadaan itu telah membuat kita (yakni orang2 akhir zaman) memandang diri kita lebih baik dari orang2 terdahulu yang telah diredhoi ataupun dirahmati Allah SWT.



Keadaan yang sebenarnya adalah bahawa kita dalam keadaan 'teruk' atau parah sama sekali. Sedemikian keadaannya sehingga ada orang2 yang lahir sebagai islam tidak lagi dapat mengucapkan kalimah la ilaha illallah. Jika hendak tahu kebenarannya marilah kita berjalan2 (khususi) ke rumah jiran2 kita, maka kita akan mendapati bahawa adanya ramai diantara mereka begitu rendah tahap pengentahuan keislaman mereka.



Dan nyatanya sudah terbukti bahawa kitab Fadhail Amal ini memberi manafaat yang signifikan atas ummat ini. Di Thailand, juga sebagaimana di belahan2 bumi lainnya, samseng2 dan penjahat2 banyak yang berubah hidupnya asbab kitab ini.



Itu berkenaan dengan kitab fadhail amal. Adakah usaha membaikinya? Tentu saja ada. Itupun kalau kita mengikuti terus perkembangan kerja agama ini dengan baik. Kitab Hayatush Shahabah oleh maulana Yusuf, yang diakui keindahan, manafaat dan isinya oleh ulama2 antarabangsa, adalah salah satu kitab pelengkap selanjutnya. Jika dibacakan berterusan, kitab ini akan memberi kesan yang (luar biasa) mendalam bagi orang2 yang mentalaahnya. Kerana itulah, sekarang ini telah dianjurkan membacanya dalam ta'alim kita. Dan satu lagi kitab tambahan yang harus dibaca dalam ta'alim kita adalah kitab Muntakhab Ahadith.  Inilah diantara kitab2 yang merupakan asas pembelajaran dalam agama kita.


Tidaklah dapat dinafikan, bahwa kita adalah orang2 yang sibuk dan terikat dengan keduniaan kita. Meskipun demikian, adalah satu dosa bersama jika kita tidak menjadikan sebahagian dari kita (termasuk anak2 kita) sebagai ulama2 pewaris anbiya. Tentu saja, tidak perlu semua orang kita jadikan ulama, sebagaimana tidak perlu semua orang menjadi 'ketua' atau 'taukey'. Namun demikian, keberadaan ulama2 diantara kita adalah satu hal yang mutlak diperlukan.



Selanjutnya, jika kita berkesempatan megziarahi pusat2 pendidikan para calun2 ulama kita, maka disana kita akan menyedari betapa luasnya pembelajaran tentang usaha agama yang sedang kita buat. Di sana, pada masa2 akhir pendidikan, sebagaimana juga di institusi2 yang sejenisnya, bukan hanya kitab Bukhari dan Muslim saja yang ditelaah dan dipelajari, tapi juga kitab2 hadits lainnya yang tergabung dalam kutubus sittah.



Maka benarlah orangtua kita yang mengatakan bahawa semakin banyak berjalan, maka semakin banyaklah yang dapat dilihat dan difahami.


Ayoh! Kepada rakan2 seusaha, samada yang baru mula bekerja atau yang sudah lama bekerja, yang digelar burzuk atau yang otai, segera sambut takaza agama terkini... Jemaah diperlukan untuk dihantar kesegala pelusuk dunia ini kerana umat akhir zaman ni sangat dahagakan HIDAYAH!! Masanya sudah tak lama lagi, jemaah jihad akan dikeluarkan..


Maha Suci Allah SWT...

5 ulasan:

  1. Salam Saiful.

    Alhamdulillah, kitab ini dah dimiliki.

    BalasPadam
  2. Salam Werdah, alhamdulillah.. dibaca pada setiap hari dimasa yg telah ditetapkan, insyaAllah ianya seolah2 suara nabi berada di dalam rumahmu.. Untuk maklumat lanjut, boleh baca artikel blog ni, http://keretamayat.blogspot.com/2010/08/suara-nabi-di-rumah.html

    BalasPadam
  3. Salam sekali lagi..

    Kak dah ke keretamayat.. terima kasih...

    BalasPadam
  4. nak tanya kat mana boleh dapat buku himpunan kitab-kitab fadhail amal...tolong emailkan kat saya jika tahu...terima kasih

    BalasPadam
  5. Assalam @Musliha Razak, buku tersebut boleh didapati disetiap markas jemaah tabligh, juga mungkin sudah ada dijual dikedai yg menjual kitab2 agama. Wallahu a'lam. Harap dapat membantu.

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..