Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

Jumaat, 3 September 2010

UMNO vs PAS.... Pengalaman Hidup yang Singkat..

Dengan Nama Allah SWT...


Salam saudara2ku yang dikasihi, saya tertarik dengan sebuah kisah pengalaman hidup seorang sahabat, bukan sembarangan kisah, tetapi ianya berkaitan dengan pengalaman berpolitik dinegara ini yang aku fikirkan ramai rakyat Malaysia yang memiliki pengalaman yang sama dialami saudara kita ini. Keputusan dalam membuat pendirian diri terhadap prinsip hidup bernegara dalam sistem demokrasi berperlembagaan. Atau hidup dalam dunia politik kepartian.

Yang mana satu pilihan dihati? Yang ini atau yang itu? Yang kuat atau yang lemah? Yang kecil atau yang besar? Pilih tetap pilih.. tapi yang mana satu idaman dihati? Atau mana satu yang dirujuk Benar dalam perjuangannya? Yang benar berjuang berlandaskan Kebenaran, pastilah itu yang dipilih...! Tetapi mengapa ada diantara kita yang sanggup memilih yang Tidak Benar??

Tanyakan mereka, dan jawabnya, " aku tetap memilih parti yang benar dalam perjuangannya, siapa pula yang mahu memilih yang tidak benar?"

Ah! Aku pula yang nak kena jawab ni??

Ya. Tiada sesiapa pun yang mahu membuat pilihan yang Bukan Kebenaran. Kita melihat bahwa kesemua parti2 politik yang diwujudkan dinegara ini, tetap ada yang memilihnya. Kedua2 parti ada yang menyanjungnya. Jadi ini bererti kedua2nya adalah Benar dalam pandangan sisi masing2. Jika ada dua parti yang dipilih, maka tentu ada dua kebenaran pula... Tetapi ini Tidak Mungkin Benar! Tidak ada dua kebenaran, hanya ada satu kebenaran saja. Ini hakikat, bukan teori.. Dimanakah hakikat kebenaran itu sebenarnya?? Marilah kita sama2 mencarinya...

Oh ya, tanpa membuang2 masa lagi ayuh, kita ikuti kisah yang saya maksudkan  itu...



**** **** **** **** ****


Oleh Abuhakeem



Dengan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Pemilik sekian alam semesta, yang memberikan kuasa untuk catatan ini. Alhamdulillah.



Saya lahir dari sebuah keluarga yang sederhana. Selesa bersama 3 beradik, saya anak lelaki tunggal diurutan kedua dalam senarai anak arwah abah dan mak yg masih sihat InsyaAllah. Arwah abah seorang penjawat awam bergred rendah dalam Jabatan Kerja Raya di Pekan Paloh, Kluang.


Arwah abah menghantar kami mendapat pendidikan di sekolah sekular dari pra-sekolah (Tadika) hingga la menengah... Malah sekolah rendah kami sebelum ditukar nama dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Paloh. Hanya ditahun pertama saya ditukar kepada Sek. Ren. Keb (2) Paloh. Disebelah petang kami dihantar mendapatkan pendidikan agama di Sekolah Agama Johor. Keluarga kami hanya mempunyai basikal sebagai pengangkutan sehingga la saya di Tingkatan 3, arwah abah membeli sebuah motosikal honda 70cc (loan kerajaan). Namun saya bersyukur kerana hidup sederhana. Sekurangnya saya didedahkan dengan hidup berdikari...

Sejak kecil saya dididik untuk membantu keluarga dengan bekerja sambilan... dari berniaga aiskrim di sekolah hinggalah kerja diwarung waktu malam, kerja kilang di waktu cuti semester, menjual ikan sungai dan sayur kampung yg ketika itu sgt mudah didapati...

Kemudian Alhamdulillah saya berjaya ke universiti di Shah Alam dalam jurusan kejuruteraan perindustrian. Namun ia satu bebanan kepada keluarga dan merisaukan saya... namun ia dah berlalu... mari kita ke isi sebenar artikel ini.





Keluarga saya dahulu terlibat dengan dunia politik (level rendah jer). Saya pun tak tahu kisah awal penglibatan mak dalam politik dengan satu parti politik paling dominan orang melayu. Boleh tahan gak jawatan mak. Arwah abah pula lebih kepada sikap atas pagar. Kurang berminat dengan politik, namun sekali sekala dia terlibat juga dengan kerja-kerja am politik, maklumla, kerja dengan kerajaan, orang mesti ingat ‘wajib’ sokong kerajaan.

Paloh pernah ditadbir dibawah payung politik pembangkang DAP. (saya tak ingat tahunnya,) dan mak selalu cerita keperitan hidup dibawah tadbiran DAP. Itulah yang sering saya dengar dan dihalwakan perihal kisah politik dari mak. Dan saya pula dari kecil sering dibawa untuk menyertai parti politik untuk kerja2 am. Mak sangat bangga kalau saya adik beradik dengan jaya melakukan tugasan politik. Heheheh....

Dihujung alam persekolahan menengah saya, mak dah daftarkan saya sebagai ahli UMNO. Kakak saya lama dah masuk... adik saya ‘in que’. Masa dahulu saya mana tahu apa2 berkenaan dunia luar... kedai buku pun takder... (duit tak byk nak beli buku) so saya lebih banyak dapat bahan bacaan dari perpustakaan awam Paloh. Dan saya bertugas sambilan disana selain memang menjadi pustakawan dari sekolah rendah hingga la menengah (hantu buku kata mak).

Ketika saya di universiti tahun 1996-2001 - pasal xtend subjek huhuhu- (UiTM – tapi masa saya disebut ITM jer), saya pelik melihat tindakan pensyarah UIS (subjek pengajian Islam) yang sering menyalahkan tindakan kerajaan semasa. Saya sering menolak untuk membincangkan perkara2 politik kerana saya yakin Ustazah saya membawa dakyah yg jahat! Hahahah.... bagi saya, semua tindakan kerajaan semasa adalah betul, kerana mak kata betul! (inilah yg bahaya biler kita dibesarkan tanpa pendedahan 2 pihak).

Ketika saya di ITM tu adik saya bertunang. Setelah mengenali tunang adik saya, mak kata dia seorang ahli PAS! Pulak dah... kenapa boleh begitu... kalut la kejap, kemudian arwah abah kata, dengan sgt bijak, dia minta saya berfikir. Adakah ahli PAS itu kafir? Saya kata Islam. Kemudian dia kata. Kalau kawin dengan adik kamu, sah ker tidak? Saya kata sah. Kemudian dia tanya saya, kenapa saya takutkan org PAS? Saya kata, kan mak kata orang PAS sesat dan suka mencarut (ketika tu Mat Sabu paling top). Kemudian arwah abah tanya lagi. Mana kamu tahu mereka tu sesat? Saya nak jawab, tapi saya berfikir.. dan fikir... dan fikir... saya tak dapat bagi jawapan yang sgt konkrit untuk menjawab.

Kemudian arwah abah kata, tugas siapa yang mengatakan seseorang itu sesat? Saya terdiam, rupa-rupanya selama nie arwah abah mendiamkan diri berkenaan hal politik namun dia mempunyai pandangan yang sangat terbuka! Bagi arwah abah, Islam itu untuk semua orang. Kalau seorang itu cina datang minang adik saya pun arwah abah terima asalkan dia Muslim.... dan arwah abah kata politik ini menyusahkan melayu... (dia pernah tolong saya ikat bendera pas dan umno kat basikal (masa kat ITM pun saya hanya mampu pakai basikal jer hujung2 pengajian baru dapat beli moto secondhand suzuki best)

Kembali ke ITM, saya mula cuba dekat2 ngan Ustazah saya tu. Ustazah tu cantik...hihihi. Saya perasan cantik ustazah saya tu sebab nampak mukanya sejuk mata memandang dan sopan (tudung labuh... dan sering pakai sarung tangan.) saya mula berjinak2 bertanya situasi semasa politik tanahair.... terkejut bukan kepalang bila beliau menuduh berbagai perkara terhadap kerajaan semasa... dalam hati saya, mana mungkin ini benar. Namun saya tak ada tempat untuk merujuk dan membuat perbandingan sehingga la saya mula berbaik dan berkawan dengan tunang adik saya.

Rupanya beliau anak bekas Pesuruhjaya PAS negeri Johor. Arwah abahnya juga bekas Setiausaha Imam negeri Johor dan Istana. Wa.... tak sangka.... saya sering mendapat bahan bacaan alternatif dari beliau... namun biasalah... dari seorang PAS, mereka hanya memberi sumber yang bagus untuk mereka... dari Mak pula saya dapat sumber yang bagus untuk UMNO sahaja... macamana nak buat perbandingan...





Akhirnya, saya mengikut kata Ustazah saya (setelah di perkenalkan dengan suaminya dan mendalami sedikit ilmu serta selok belok dunia politik Islam mengikut pandangan PAS). Saya menjadi ahli PAS. Malah bukan sahaja ahli, saya pernah bekerja sepenuh masa untuk jangkamasa pendek bagi PAS daerah Kluang dan menjawat jawatan kecil dalam organisasi tersebut....



Sehingga akhirnya saya mendapat jawatan di sebuah kementerian di Damansara Heights (dalam tahun 2004). Sekian lama saya bertugas, saya semakin kurang aktif dalam berpolitik... dan dari situlah bermulanya kisah....

Hari jumaat, saya akan bersolat jumaat di sebuah masjid yg agam di Bukit Damansara bernama Masjid Saidina Umar Al-Khattab (kalau tak silap la namanya). Setelah setahun saya bersolat, barulah saya perasan setiap hari jumaat ada flyer/risalah edaran dari pertubuhan yang dinamakan Sautun Nahdhah. Saya tak jumpa selama ini kerana sibuk melihat2 gerai dan makan di luar kawasan masjid (terkenal dgn cendol pulut dan mee sup kambing!). Hehehe...

Apa ada dalam Sautun Nahdhah (SN) ni? Ya Allah, artikel dalam risalah mereka sungguh membuka mata saya! Tersentak saya selama saya hidup dan konon2nya berjuang atas nama Islam, rupanya saya tidak memandang perkara2 yang menjadi konspirasi senyap... sejak itu, artikel SN menjadi buruan saya. Pernah saya gagal mendapatkan flyer tersebut, saya sanggup membelek ruang masjid mencari jika ada SN yang ditinggalkan... biasanya ada kat celah lobang dinding.

Tak puas dengan maklumat yang bagi saya amat penting dan sepatutnya disebarkan kepada seluruh umat Islam, saya melayari internet ke url yg ada dalam SN. Dan dari situlah saya terkesima.... hadith2 akhir zaman satu persatu saya belek dan menginsafi diri.

Di satu hari, saya pulang lewat dari pejabat dalam tahun 2006 (memang selalu pulang lewat kekadang sampai pukul 4-5 pagi baru kerja siap). Lebih kurang pukul 11 malam saya turun ke surau di Blok K Pusat Bdr Damansara untuk solat Isyak. Setelah selesai solat, saya melepak melepaskan lelah. Biasanya saya bersama rakan namun hari tu saya sorang.

Kemudian datang seorang lelaki lebih kurang 30an umurnya menunaikan solat. Solat sunat dan wajib. Lepas solat beliau tegur saya, hal umum jer... kemudian saya tanya, abg dari mana? Beliau jawab, dia dari rumah Allah ke rumah Allah yang lain. Saya menjadi lebih ingin tahu... apa maknanya kata2 dia.... beliau menjelaskan, dulu dia seorang yang Allah beri kekayaan, namun pasal dia lupa diri, akhirnya dia kehilangan Isteri, anak2 dan hartanya... semuanya meninggalkan dia... (tak mati). Namun dia berjaya mengumpul harta sekali lagi!!!! Pergh terer mamat nie...

Kemudian dia terfikir, hari2 sibuk cari duit.... kalau Allah nak hilang kan kekayaan dia, sekelip mata leh hilang lagi... akhirnya dia buat simpanan dan lebihnya dia sedekahkan.... sekarang dia merantau tidur di masjid2... dia kata dia sangat takut pada hari kiamat. Dan dia takut jika akhir zaman itu datang pada zaman ini.....

Saya berkata, kenapa mesti takut? As long kita solat cukup ok la... dia kata, cukup ker solat jer? Tanggungjawab Muslim itu lebih besar dari hanya solat dan menunaikan Rukun Islam sahaja! Sekali lagi saya tersentak... umpama saya tidur bertahun2 dengan lena kemudian kena siram air sesejuk di artik!

Saya tanya lagi, apa yang sebenarnya abang buat? Katanya, dia nak lihat seluruh semenanjung malaysia nie keadaan umat Islamnya... kemudian dia berniat nak tunai haji dan pergi mencari syahid.... Syahid? Berjihad? Pergi Perang? Biar betul bang?... dia kata kenapa? Saya cakap, saya pernah daftar nama dulu nak pergi Afghan masa kes 911 dulu, namun tak pergi2 pasal nama tak naik... tak tahu la kalau ada yg berjaya pergi...

Kemudian dia kata, dia nak cari pengalaman berjihad di tempat umat Islam terancam, kemudian ia untuk persediaan kerana dia kata tanah Malaysia nie sebenarnya satu tempat yang amat bertuah dan menjadi rebutan para kafirun. Macam tak percaya jer... dia kata lagi.... keamanan kita nie tak lama... lagi2 biler pihak umat Islam tak bersatu.... saya kata, umat Islam kita ramai, apa nak takut... dia kata, ramai tapi umpama sarang semut, dengan sebelah tangan boleh dipecahkan dan bertebaran tanpa ketua untuk berkumpul... dahsyat firasat abang nie...

Dia kata lagi, bila kita dah berpecah, kawan dan rakan yg selama nie kita sangka baik, pasti amik kesempatan (kafirun).... kemudian sambil2 pakai kasut saya tanya lagi, apa yang terpecah nie bang? Dia kata kita jadik bodoh biler kita bersama dan mengikut apa yang kafirun itu rangcangkan, dari sistem hingga la hiburan... kemudian dia senyum, dia cakap maaf pasal abg dah janji dengan kawan nak bermalam di masjid (lupa lak) di area Bukit Beruntung.

Kemudian saya lihat dia naik Mercedes! Pergh... kata2 akhir dia pada saya, kalau nak bermewah, pastikan sekeliling kamu sudah ramai yang kamu bebaskan dari kesusahan.... saya tanya.. tu bang... (sambil mulut saya menjuih ke Mercedes dia..). dia senyum jer... sambil kata, nie pun org bagi suh saya pakai. Yang bagi nie pun sekarang naik bas jer... pulak... saya makin pening... naik opis hari tu saya duk termenung jer makan gaji buta OT sampai kul 2 pagi...

Sejak saya berjumpa dengan abang Mercedes tu, saya sering terbayang kehidupan lepas saya... saya sering tertanya2 samada hidup saya nie cukup syarat atau tidak... saya sering tertanya, adakah saya termasuk didalam umat Nabi Muahammad s.a.w yang satu itu... kemudian saya mula kembali kepada Ustaz2 saya di dalam PAS, alhamdulillah, antara mereka ada yang mengaku keperluan untuk Umat Islam Malaysia ini untuk bersatu dan kepentingan menaikkan Sistem Khilafah dan menolak demokrasi...

Satu lagi hal... demokrasi. Selama ini saya mengikuti demokrasi... macamana pula... persoalan ini, jika anda tanya pada Ustaz didalam organisasi PAS atau UMNO, jawapan mereka kebanyakkan hampir sama... DIBOLEHKAN, bla bla bla.... namun saya terjuma seorang Ustaz yang amat kuat semangat jihadnya, berkata, enta kalau nak mengundi, enta pergi bertanya kepada orang yang bakal calon memerintah, adakah beliau akan melaksanakan hukum Allah dalam pentadbirannya, jika ia sanggup melaksanakannya dan berjanji melaksanakannya tanpa syarat, enta boleh undi didalam sistem demokrasi itu, enta tanya lah jika ada dua pihak bertanding, tanya kedua-dua nya... jika ada sepuluh, tanya sepuluh, namun jangan lantik dari golongan beragama selain Islam!

Saya tanya, kalau kedua2nya kata mereka memperjuangkan Islam dan akan melaksanakan Hukum Allah macamana? Ustaz itu menjawab, jika itu telah berlaku dengan jujurnya, maka Sistem Khilafah telah muncul di bumi kita! Jika mereka mempunyai hasrat yang sama, mustahil mereka berpecah pada perkara yang bodoh. Gulp.... betul gak.... (nie Ustaz dari PAS yg bg tau nie... nama dia saya lupa, tapi dia sering kali pakai serban merah).

Sekarang ini, saya ternanti2 PRU 13 (13 eh? Tak ingatlah) saya nak hantar surat kepada pihak PAS dan UMNO... jika mereka sudi dan sanggup menghapuskan sistem yg digunapakai sekarang dan memartabatkan sistem Allah ditempat tertinggi sekali dalam pentadbiran Bumi Malaysia....

Jika kedua2nya jawapan yang sama, akan saya bawa surat berkenaan untuk mereka duduk semeja... lihatlah... kamu semua ISLAM! Lihatlah kamu berdua inginkan ISLAM diatas! Maka buangkanlah ego bodoh hasil dari cucukan jarum2 Imperialisme yang masih ada menjadi susuk yang tak nampak dalam persatuan kamu.... Ya Allah, satukan lah Umat ISLAM MALAYSIA.





Terima kasih pada blog-blog Teori Konspirasi dan berita akhir zaman... mereka banyak membantu dan penulis2 buku yang membantu dalam mendedahkan kesilapan aturan umat Muslim.... terutama diri saya yg amat daif dan dungu.

Allahuakhbar... selamat menjalani ibadah di bulan penuh rahmat Ramadhan. Semoga ini Ramadhan terakhir kita tanpa Khalifah!

-abuhakeem 29 Sya’ban 1431 Hijrah-

2 ulasan:

  1. dulu aku pun berpendapat panji2 hitam timur itu sebuah kerajaan dari timur dgn harapan ia Malaysia tapi setelah aku kaji pendapat aku panji hitam timur bukan sebuah kerajaan tetapi gabungan semua mujahideen seluruh kawasan timur apabila dajjal muncul semua negara islam tumbang kecuali mekah dan madinah iaitu arab saudi tetapi hanya mampu bertahan sahaja semua negara islam akan dijajah pejuang islam akan bergerak ala2 gerila cam taliban dan pejuang chechnya sbb tiada lagi angkatan tentera Malaysia,indon,iran,pakistan,syria dll semua sekali sudah musnah kemudian apabila mendengar kemunculan imam mahdi semua mujahideen sebelah timur akan berjalan kaki!!!! ke sana!!!knape x der pejuang dari sebelah barat?? sbb barat terpisah dgn lautan fahami keseluruhan hadith ttg imam mahdi dan dajjal ww3 x lama lagi knape tentera kufar ada di iraq dan afganistan jawapannya iraq jiran iran dan afganistan jiran pakistan mereka bercadang menyerang seluruh negara islam x lama lagi

    BalasPadam
  2. terimakasih dgn info yg diberikan, Aku no comment...

    Bersedialah kita untuk menghadapi zaman yang penuh dengan kesukaran..

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..