Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

Selasa, 21 September 2010

Jemaah Jihad akan dikeluarkan...!


Dengan Nama Allah SWT...


Masanya kian hampir......



Jemaah 'Jihad' akan dikeluarkan...!!


Perhatian : Peringatan ini HANYA untuk rakan seusaha (karkun) yang mungkin secara tidak sengaja terjumpa dengan blog ini.



Wahai rakan-rakan seusaha sekelian, marilah kita semuanya mematuhi segala adab dan usul yang telah diperintahkan ulama-ulama kita, yakni ulama-ulama yang telah banyak mengorbankan masa, harta dan diri mereka dijalan Allah SWT. Tumpuan fikir mereka hanyalah terhadap keselamatan umat seluruh alam! Yakinlah bahawa jalan yang mereka tempuh itu benar-benar jalan yang pernah ditempuh para sahabat rasulullah saaw r.anhum.


Rakan-rakan seusahaku sekelian, peliharalah adab dan usul tersebut kerana ianya boleh diumpamakan benteng atau kubu atau kota yang kukuh buat melawan musuh yang berkeliaran...



Pertama; hendaklah engkau jangan terlepas dari menghadirkan diri dalam mesyuarat harian pada setiap hari bersama-sama rakan2 seusahamu. Kita merancang dan menyusun tugas2 dakwah disepanjang hari tersebut. Tugas2 itu termasuklah mengziarahi mereka yang dalam keuzuran, melibatkan diri dalam program kemasyarakatan seperti gotong royong, majlis ilmu, memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan seumpamanya. Jika engkau hanya seorang diri dalam halkahmu (kariah) maka tiada mesyuarat buatmu, namun hendaklah engkau duduk berfikir hal ehwal tugas dakwahmu pada hari tersebut, seumpama orang bermesyuarat juga, maka tiada bezanya tugas dakwahmu sebagaimana yang telah tercatat diatas..


Kedua; hendaklah engkau jangan terlepas dari tugas dakwahmu paling kurang dua setengah jam sehari yakni mengziarahi keluargamu, rakan taulanmu, bersua muka dengan mereka, mata bertemu mata, berbicara dari hati kehati dalam urusan membesarkan Allah dan hanya kerana Allah SWT. Sebenarnya buat yang berkemampuan dakwah engkau hendaklah jangan kurang dari lapan jam sehari.... dan ketahuilah bahawa ulama2 kita di masjid sri petaling itu telah menghabiskan masa mereka dalam usaha dakwah ini dua puluh empat jam sehari! Ini adalah asbab turunnya rahmat Allah SWT di atas muka alam ini...


ketiga; hendaklah engkau jangan terlepas dari membaca dan menghayati kitab fadailamal dua kali sehari yakni dimasjid kariahmu dan juga dirumahmu. Sesungguhnya jiwa akan jadi lembut dengan pancaran nur Qur'an dan nur hadis.


keempat; hendaknya jangan engkau terlepas dari tugas ziarahmu dua kali seminggu, yakni gash 1 dikariahmu dan gash 2 dipersekitaran kariahmu itu..


kelima; hendaklah engkau jangan terlepas dari menyertai jemaah tiga hari setiap bulan. Ini merupakan pembuka minda buat rakan2 baru kita untuk mengenal perjuangan dan pengorbanan yang melibatkan masa, harta dan diri pada setiap diri yang bergelar manusia...




Demikianlah lima amalan yang telah digaris panduankan oleh ulama kita yang telah dibebankan atas bahu kita yang telah dipilih Allah untuk melaksanakannya. Biarpun manusia menghinanya dan cuba menghalangnya namun hendak berundur, jangan sekali-kali! Ingatlah, ketika rasulullah saaw mula2 berdakwah, apakah yang baginda perolehi? tidak lain hanyalah caci maki, dihina, dikeji dan sampai2 hendak dibunuh oleh mereka yang engkar... namun kerja dakwah tetap berjalan terus dan terus..


Biarlah kita dipandang asing oleh mereka yang ada disekitar kita, malahan yang didalam rumah kita sendiri turut merasa asing, janganlah engkau merasa terhina. Inilah perkerjaan paling mulia disisi Tuhanmu. Jangan engkau merasa lemah dan hina, sesungguhnya engkau tetap mulia disisi Tuhanmu.....



Ijtimak (perhimpunan) akan bermula tidak lama lagi, usahakanlah dirimu tidak berkeuzuran diwaktu itu. Perbanyakkanlah doa kehadrat illahi kerana kita berkeyakinan bahawa ikhtiar kita tidak akan membawa bekas, tetapi hanyalah dengan rahmat Allah SWT kita bisa bangkit dan bergerak kearahNya... Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT akan mengeluarkan jemaah sebanyak-banyaknya dan dihantar keseluruh pelusuk dunia ini. Sebanyak-banyaknya...........


Dan jangan lupa pula berdoa agar diri aku, engkau dan semuanya termasuk didalam jemaah yang akan berbondong-bondong keluar dijalanNya.. InsyaAllah, masanya tidak lama lagi, jemaah jihad akan dikeluarkan......



**** **** **** ****

Dibawah ini dengan suka citanya aku mengajak semua rakan2 membaca surah Nuh keseluruhannya.. Tiada komentar apa2 cuma marilah kita semua fikir2kan..........




Nuh



  1. Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya".
  2. dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;
  3. "Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;
  4. "Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".
  5. (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
  6. "Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
  7. "Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
  8. "Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang;
  9. "Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.
  10. "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
  11. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
  12. "Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
  13. "Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), -
  14. "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?
  15. "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,
  16. "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),
  17. "Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,
  18. "Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?
  19. "Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,
  20. "Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya".
  21. Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).
  22. "Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku).
  23. "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.
  24. "Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua".
  25. Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).
  26. Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!
  27. "Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.
  28. "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!".






Sekian. Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..