Anak ku menangis, ku dakapi
Ibu ku merayu, ku disisi
Tapi anak-anak di sana sudah tiada tangisan
Mereka hidup dalam ketakutan
Ibu berhiba melihat anak nya di lumuran darah
Kenapa seksanya deritanya
Di tanah air sendiri
Kemana lagi langkah yang lemah
Harus di bawa
Bapa sudah tiada kerna ingin membela
Pastikah dia kan kembali ..dengan kemesraan
Atau kaku di timbunan batu bata
Akan ada kah jasad untok di kebumikan
Atau hanya debu debu dari abu yang baru saja bara nya reda..
Dimana kah ehsan..
Menghukum yang tak berdosa
Kesilapan kesalahan bisakah akan terampun dosa2..
Keciwanya penglihatan ku
Tak ngerti dan tak dapat ku selami hati mu insan
Laungan mu anak Pelastin tersibar seluroh dunia
Bagai ingin ku bersama mu mengesat ..segala kesedehan
Dari renungan yang sayu ku terharu..
Hanya doa itu yang terdaya
Semoga kedamaian dalam jiwa tercapai
Airmata ku, ku serikan harian mu
Kerana ku sendiri tak sanggup
Andai itu yang ku alami
pasti seksa mu pedih tak terbayang olihku
sesuap makanan sukar kau telan
seteguk air pun sukar kau minum
kerna batin mu menangis meraung
ingin kembalikan sejarah terdahulu indah
hanya satu doa semoga kau anak Pelastin gembira kembali.
nukilan AWEKN9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..