MUSTAFA KAMAL (tengah) memberi penerangan kepada pasangan suami isteri yang ditahan kerana tidak puasa di Kangar semalam.
KANGAR - Sepasang suami isteri sanggup menjamu selera di sebuah restoran Cina, di sini bagi mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa gara-gara tidak berpuasa.
Bagaimanapun, taktik mereka itu tidak menjadi apabila diberkas sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) pagi semalam.
Ketua Penolong Pengarah (Pendakwaan) Jaips, Mustafa Kamal Mohd. Taibberkata, pasangan tersebut pergi ke restoran itu untuk bersarapan kerana tiada gerai Islam yang membuka perniagaan pada waktu itu.
"Ketika kami serbu, lelaki berusia 24 tahun dan isterinya berusia 25 tahun sedang minum sementara menunggu makanan yang dipesan.
"Selain pasangan ini, ada lima hingga enam pelanggan Islam di restoran itu tetapi mereka sempat melarikan diri," katanya.
Menurut Mustafa Kamal, apabila ditanya kepada pasangan itu kenapa tidak berpuasa, alasan yang diberikan ialah tidak makan sahur.
--------------
Muka tak tahu malu dan sungguh memalukan...
Taukeh Cina senyum2 saja...
Beginilah keadaan umat Islam pada hari ini...
Salah siapakah ini??
Kalay iye pun tak puasa... masak ajelah dekat rumah... dah la buat dosa... pemalas pulak tu...
BalasPadamSalam Haire,
BalasPadammemang benar. Ni kes malas nak masak la. Bila dah malas, gi makan kat luar, lepas tu bikin malu semua umat islam.. Memang la kerja bodo..