Saya tertarik hati dengan sebuah berita pada beberapa hari yang lalu.
Menurut sebuah akhbar, Datuk Bandar London, Boris Johnson membuat suatu kenyataan ketika melakukan lawatan ke sebuah masjid dan Pusat Islam London.
Bagi meningkatkan pengetahuan terhadap penganut Islam, Johnson menggalakkan orang ramai yang bukan beragama Islam turut berpuasa selama satu hari dalam bulan Ramadan.
Dia berkata, penganut 'di ibu kota itu 'mencabar pandangan tradisional mereka' dengan cuba menjadi sebahagian daripada komuniti arus perdana.
"Itulah sebab kenapa saya menggesa orang ramai, terutamanya dalam Ramadan supaya mengenali lebih lanjut mengenai Islam, tingkatkan pemahaman anda dan pembelajaran (agama Islam), malah berpuasa satu hari dengan jiran Muslim anda serta berbuka puasa di masjid tempatan.
"Saya akan berasa amat terkejut jika anda tidak menemui bahawa anda (sebenarnya) berkongsi banyak persamaan," kata Johnson. - Agensi
JOHNSON
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan dari saya;
Orang bukan Islam di luar sana cuba mencari persamaan di antara Muslim dan Bukan Muslim, tetapi Orang Islam di dalam negara Islam sendiri sekarang ni sedang aasyikkkk mencari perbezaan di antara sesama Muslim. Apa citer??
Marilah kita duduk berFIKIR bersama2...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..