Dengan Nama Allah SWT..
Wahai saudara2ku,
Doktor mengatakan bahawa kiranya mahukan badan yang sihat, maka hendaknya engkau memakan makanan yang baik dan bersih saja. Dan untuk mencegah agar engkau tidak sakit perut, maka hendaknya engkau tidak memakan makanan yang buruk dan kotor.
Jika kerana suatu sebab seseorang menjadi sakit perut, maka sumpah serapah yang sebagaimanapun kepada perut yang sakit itu, tentu tidak akan pernah dapat menyembuhkannya. Cara menolongnya adalah dengan merawatnya dan memberinya ubat yang sesuai. Pengalaman engkau atas penyakit tersebut yang pastinya tidak menyenangkan dirimu itu akan mencegah engkau dari berkeinginan untuk mendapatkan hal yang seumpama itu lagi.
Sesungguhnya Allah SWT menghendaki agar setiap dari kita menyeru manusia kepada kebajikan, menyuruh mereka kepada yang makruf dan mencegah mereka dari perbuatan2 yang munkar.
Ali Imran 3:104: Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang2 yang beruntung.
Lalu sejak bilakah engkau mengertikan perintah mencegah kemungkaran sebagai menghancurkan kemungkaran? Tentu saja, setelah engkau tidak lagi memahami asas2 kerja dakwah, setelah engkau lalai dari usaha2 pencegahan, dan setelah engkau terkejut kerana mendapati buah dari kelalaian engkau itu telah menyebabkan bermerajalelanya kemungkaran ke mana2 tanpa dapat dikawal, sehinggakan masuk ke kampung2 malahan ke rumahmu sendiri.
Ketahuilah saudara2ku,
Kerja dakwah dengan segala kaitannya yang kita lakukan dengan sebenar2nya, kelak akan tiba masanya, menghancurkan kebathilan yang ada dalam diri kita dan yang ada dalam diri orang2 yang bersama kita. Yang demikian itu adalah kerana perawatan dan penyembuhan berbagai penyakit rohiyah semestinya ada dalam kerja dakwah.
Sesungguhnya, Allah SWT tidak akan mengubah keadaan kamu hingga kamu sendiri berusaha untuk memperbaiki diri kamu dan mengajak orang2 lain untuk memperbaiki diri mereka masing2.
Ar Ra'd 13:11; Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Mahasuci Allah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..