Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Rabu, 22 Ogos 2018

Tayangan Larut Malam.

Assalamualaikum.


24 Ogos 1984

Duit hanya ada seringgit, member pula mengajak menonton wayang tayangan larut malam. Kata mereka ada cerita menarik, filem Indonesia dalam kategori pencak silat. Pasti menarik. Aku pun bersetuju untuk menonton bersama mereka. Masaalahnya aku tak cukup duit ni. Tapi tak mengapa, aku akan usahakan untuk dapatkannya. Aku minta pada emak tetapi gagal. Akhirnya member aku kata bahawa mereka akan belanja aku tiket wayang. Ini sudah bagus, terima kasih kawan..

Ahad, 19 Ogos 2018

Dari Kerana Rambut..

Assalamualaikum.




Inilah gaya rambut David Bowie dari tahun 1965 hingga 1983. Dia adalah seorang penyanyi rock yang terkenal. Lagunya yang berjudul 'Last Dance' telah menjadi kegemaran ramai dan berjaya masuk dalam senarai carta "top ten" di U.S.A. dan juga U.K. Dia juga seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya sejak tahun 1978.

David Bowie adalah seorang artis yang suka menyamar. Apabila dia mengubah gaya rambutnya serta wajahnya, pasti ramai orang yang tidak akan mengenalinya lagi.


Aku: Botak pada 19.10.1983, akan datang nak cuba gaya rambut 'punk' dan selepas itu 'vok' yakni gaya rambut panjang yang menutupi sebelah mata.. Hahahahaa!


Sekian. Wassalam.

Sabtu, 18 Ogos 2018

Sahabatku Digilis Kereta.

Assalamualaikum.

Jam ditangan telah menunjukkan sudah pukul sepuluh. Aku masih tidak mahu tidur. Menonton tv pula terasa bosan. Tiada cerita yang menarik. Kemudian aku keluar. Malam itu bulan bersinar terang. Seperti yang telah dijanjikan siang tadi, aku menanti kepulangan rakan-rakanku, Jamaluddin dan Shafie dari kampung Penjeh. Di Kampung Penjeh itu mereka beserta beberapa orang pemuda kampung itu sedang mempelajari ilmu mempertahankan diri Gayung Ghaib Malaysia.

Jumaat, 17 Ogos 2018

Buat Jahat Jangan Sekali..!



Assalamualaikum.

Bulan January tahun 1982 beberapa tragedi telah menimpa diriku dan sahabatku. Ini berkaitan dengan kegiatan kami pada setiap malam, iaitu mencuri rambutan cina dan mengombet (mengintai orang beromen). Semuanya kami lakukan di satu tempat berdekatan dengan kebun rambutan itu. Memang setiap malam ada saja pasangan yang melakukan maksiat di kawasan itu. Kami cuma menumpang tengok saja. Ada pula seorang rakan kami yang lebih berani. Dia itu bukan saja hendak mengintai saja, tetapi telah menghampiri pasangan tersebut lalu memukul mereka dan menyambak (mencuri) wang mereka. Itulah akibatnya orang-orang yang melakukan maksiat di kawasan itu. Rakan kami itu cukup rasa gembira melakukan perkara itu kerana katanya, "itu sajalah caranya untuk mengajar pasangan-pasangan itu.."

Khamis, 16 Ogos 2018

Dari Kerana Mata...

Assalamualaikum.

Ini adalah Petua dari orang tua-tua.

Petuanya tentang 'mata'. Mata banyak hikmahnya. Kita ini kaya kerana memiliki mata. Buta mata gelaplah dunia. Ops! Dunia sebenarnya tak gelap, tetapi pandangan kitalah yang gelap.

Ada juga 'mata' yang lain yakni mata air, mata hati, matahari dan lain-lain lagi.

Dari kerana mata, kita boleh jadi gila yakni 'gila bayang'. Dari kerana mata, kita boleh jatuh cinta. Dari kerana mata, kita boleh meramal apa yang bakal terjadi, yakni begini;

1) Sekiranya mata kiri bergerak-gerak, maknanya anda akan didatangi orang jauh.

2) Sekiranya mata kanan pula yang bergerak-gerak, maknanya anda akan menangis.



Bagi diriku sendiri memiliki sepasang mata yang rabun. Jadi untuk mendapatkan pandangan yang normal, kena lah pakai cermin mata..

Sekian. Wassalam.