Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Ahad, 4 Oktober 2009

Mari Kita Doakan..

400 hilang ditelan bumi ketika gempa di Padang




JAKARTA:Kira-kira 400 orang yang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 5.16petang rabu lalu.



Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, iaitu merupakan struktur tertinggi disitu, juga sudah tidak kelihatan.



"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor(tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis KementerianKesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya, yang dipetik Detikcom hari ini.



Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa,beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.





Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian serupa yang mula mendapat perhatian setelah sistem komunikasi dan jalanraya mulai dapat berfungsi semula.



Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.



Kira-kira100 mangsa pula dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding Hotel Ambacang manakala 50 murid masih tertimbus akibat tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman.





Kira-kira 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus dalam runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.



Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluargamereka. - Bernama





=============================================

Di bawah ini adalah komen saudara kita dari sebuah forum ;





Berita ini mengingatkan kita tentang2 kisah yang dipaparkan didalam alquran. Biarpun ini terjadi di Indonesia, kita di Malaysia jangan mudah menambah "kepedihan" ini umpama menabut garam diluka dengan sumpah seranah atau pun perkataan yang seumpamanya. Ada yang mensabitkan kemalangan dengan faktor saintifik dan geografi, tapi tak kurang juga yang percaya ini adalah bala yang diturunkan pada kaum atau masyarakat ini. Kadang kita menyangka ini semua dugaan buat pihak berkenaan, tapi kita lupa ini juga sebenarnya merupakan dugaan buat kita semua juga. Kita kurang bijak kalau kita terus-terusan melayan provokasi seorang dua forumer indonesia yang mengajukan isu-isu hangat. Kesan "sambutan" dan "layanan" tersebut, maka keluarlah bermacam2 perkataan yang melampau-lampau sampai ketahap kita menghina-dina-nista mereka. ingatlah kawan-2, perang "oral" ini lebih tajam dan bisa dari senjata. Seperti yang biasa kita dengar, kita boleh melupakan perbuatan jahat orang terhadap kita, tapi kita tak mudah lupa perkataan jahat orang terhadap kita.





Kita bukan tidak pernah menghadapi keadaan dimana kaum seugama kita ditimpa bencana dan perang. Palestin contohnya. Seperti mana kita sama2 berdoa dan mendirikan solat hajat sambil berdoa, "Ya Allah, selamatkanlah kaum Palestine dan berikan mereka kemenangan. Sebaliknya kau turunkan lah bala dan lenyapkan lah kaum Israel dan sekutu-sekutunya dari mukabumi ini, Aminnn." Begitu juga lah kita dengan Padang, jiran kita. Marilah kita sama-sama berdoa agar tuhan menghentikan bala ini, memelihara mereka ini dan mengampun kan dosa mereka sekiranya ada. Last but not least jangan kita lupa mendoakan kesejahteraan kita, orang yang kita sayangi, muslimin dan muslimat dan seterusnya negara kita Malaysia yang tercinta.
 
Sekian, Wallahualam

Bantu salah, tak bantu pun salah....

Artikel ini saya petik dari blog http://nasionalis1982.blogspot.com/





Apabila terdapat bencana yang berlaku di sesebuah negara, sudah pasti akan mengundang berduyun-duyun bantuan kemanusian tidak kiralah dari segi tenaga, perubatan atau pun wang ringgit. Semuanya di buat secara ikhlas demi membantu mangsa-mangsa bencana. Sebagai sebuah negara yang prihatin, Malaysia tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Namun demikian, semacam tidak percaya bila membaca satu berita dari negara yang baru lepas dilanda bencana gempa bumi ini. Adakah benar peristiwa ini berlaku, saya tidak pasti.

Sila baca berita di bawah ini :-

Terkait judi, warga sumbar tolak bantuan pemerintah Malaysia

JAKARTA - Berbagai bantuan telah mengalir dan mulai menumpuk di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat sejak Kamis lalu, hal ini cukup mengganggu kepadatan traffic di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, yang sudah cukup tinggi dan mengakibatkan sejumlah penerbangan mengalami delay.

Bahkan pesawat yang ditumpangi Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari dan Menko Kesra Aburizal Bakrie sempat tertahan di udara Padang selama beberapa jam.Namun ada yang menarik dari tumpukan bantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysia dengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karena adanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasan sumber dana Judi.

"Kami sangat berterimakasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak" ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan Budi S Ervan.

Seperti diketahui Pemerintah Malaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di Asia Tenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama Genting Highland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolak belakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut.

Bantuan Pemerintah Malaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihat dibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangu lalulintas bantuan korban gempa.

"Bantuan dari Negara Jepang yang tiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringan air, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kami sebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil, Jerman, Filipinna, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russia berupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi air yang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulai hari ini, kami berusaha berkadinasi Barkorlak dan Palang Merah Internasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya" ujar Budi S Ervan.

Sumber -
Harian Kota, Jumat (2/10/2009)
Jika insiden ini benar-benar terjadi, ia pasti mengecewakan kita semua. Seolah-olah apa yang disumbangkan oleh Malaysia itu berstatus haram. Bagaimana pula dengan sumbangan dari negara selain Malaysia? Amerika Syarikat, Thailand, Jepun dan lain-lain. Bukankah negara-negara tersebut lebih 'berat' aktiviti judinya? Bukan setakat judi, malah memperolehi hasil dari aktiviti pelacuran dan arak.

Timbul persoalan, mengapa pula bantuan dari negara-negara tersebut diterima tetapi tidak dari Malaysia?

Mungkin insiden ini bersifat terpencil tapi ia ternyata membuatkan hati
dan perasaan kita terguris.

Namun bantuan dan kerjasama akan tetap dihulurkan oleh Malaysia.
Itulah jaminan DS Najib kepada Susilo. (klik sini)



Jumaat, 2 Oktober 2009

Berita Gempa - Kita Akan Bantu.....!



AHLI keluarga meratapi mangsa di depan sekolah yang runtuh di Padang, Barat Sumatera, hari ini, selepas gempa bumi kuat berukuran 7.9 skala Richter memusnahkan kawasan itu. Beribu-ribu mangsa dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi besar yang melanda kepulauan Sumatera, kata ketua pusat krisis Kementerian Kesihatan - Foto AFP




Gempa bumi: Susilo alu-alukan bantuan Malaysia, antarabangsa


JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, mengalu-alukan sebarang bantuan segera daripada Malaysia dan negara lain dalam usaha membantu mangsa bencana gempa bumi di Sumatera Barat, petang semalam.


Beliau berharap dengan semangat kerjasama Asean dan negara sahabat, mereka boleh menghulurkan bantuan seberapa segera ke kawasan yang dilanda gempa itu.


"Usaha mengendalikan keadaan bencana itu tetap di tangan kita," kata Susilo di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di sini, tengah hari ini sebaik pulang dari lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan mengadakan mesyuarat dengan menterinya.












Bangunan retak akibat gempa selamat diduduki



KUALA LUMPUR: Beberapa bangunan di sekitar Lembah Klang yang dikesan mengalami keretakan akibat gempa bumi berskala 7.6 Richter yang berlaku di Padang, Sumatera Barat, semalam, disahkan selamat untuk diduduki.



Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi berkata, satu aduan keretakan bangunan dilaporkan di Cyberjaya akibat daripada gempa bumi kuat itu.



"Kita terima satu aduan keretakan kecil berlaku di bangunan EDS Cyberjaya dan setelah pemeriksaan dibuat dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) bangunan itu didapati selamat untuk diduduki," katanya.







*************************************


Ketepikan segala sentiman kecil2an yang dicetuskan oleh 'the hidden hand' yang rencana mereka itu hanyalah hendak menghancurkan umat di semenanjung emas ini. Marilah kita bersama2 menghulurkan bantuan kepada saudara2 kita, mereka ini sangat2 memerlukan sokongan bukan saja yang merupakan benda2 semata, juga semangat dan doa dari kita..


Sesungguhnya tidak sempurna Iman seseorang dari kamu, selagi tidak mengasihi saudara2mu yang didalam kesusahan itu..


Maha Suci Allah SWT...

Rabu, 30 September 2009

Hadiah.....



Salam Alaikum,


Dengan Nama Allah SWT...




Wahai saudara2ku yang dikasihi,



Hadiah adalah pemberian khusus dari engkau untuk orang2 yang memiliki prestasi tertentu. Jika pada masa yang lalu adikmu belum mahu sholat, tiba2 pada hari ini beliau rajin melakukannya, maka beliau berhak mendapat hadiah dari engkau. Jika selama ini bapa kita menjaga sholatnya, maka keistiqomahannya juga merupakan satu prestasi yang patut dihargai. Dengan cara seperti itu engkau akan memahami prestasi sekaligus kelebihan2 yang ada pada ahli keluargamu dan yang ada pada orang2 lain di sekitar engkau.



Dan jika engkau termasuk orang yang suka memberi kepada orang lain, maka itu bererti bahawa engkau termasuk dalam golongan orang2 yang telah membahagi2kan rezeki kepada orang2 yang pada hakikatnya dikehendaki oleh Allah SWT. Apabila sudah demikian, maka Dia yang Maha Mensyukuri pasti akan memberikan engkau lagi dan lagi, sebagaimana ketika engkau merasa gembira atas tindakan seseorang yang mendorong engkau untuk berterima kasih dan berkeinginan untuk memberi sesuatu kepadanya.



Dalam memberi, hendaknya engkau tidak takut menjadi miskin. Ini adalah kerana perasaan takut menjadi miskin itu hanya layak dimiliki oleh orang2 yang tidak yakin kepada Allah SWT.


Sesungguhnya, Dia adalah al Ghani [Yang maha kaya], al Wahab [Yang maha memberi] sekaligus asy Syakur [Yang maha mensyukuri]. Dan jika Allah SWT memberi, maka pemberianNya itu seringkali di luar dugaan kita, berlimpah dan luar biasa nilainya.





Maha Suci Allah SWT!

Selasa, 29 September 2009

Kebathilan Itu ADA dalam Dirimu....









Dengan Nama Allah SWT..





Wahai saudara2ku,



Doktor mengatakan bahawa kiranya mahukan badan yang sihat, maka hendaknya engkau memakan makanan yang baik dan bersih saja. Dan untuk mencegah agar engkau tidak sakit perut, maka hendaknya engkau tidak memakan makanan yang buruk dan kotor.



Jika kerana suatu sebab seseorang menjadi sakit perut, maka sumpah serapah yang sebagaimanapun kepada perut yang sakit itu, tentu tidak akan pernah dapat menyembuhkannya. Cara menolongnya adalah dengan merawatnya dan memberinya ubat yang sesuai. Pengalaman engkau atas penyakit tersebut yang pastinya tidak menyenangkan dirimu itu akan mencegah engkau dari berkeinginan untuk mendapatkan hal yang seumpama itu lagi.



Sesungguhnya Allah SWT menghendaki agar setiap dari kita menyeru manusia kepada kebajikan, menyuruh mereka kepada yang makruf dan mencegah mereka dari perbuatan2 yang munkar.



Ali Imran 3:104: Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang2 yang beruntung.



Lalu sejak bilakah engkau mengertikan perintah mencegah kemungkaran sebagai menghancurkan kemungkaran? Tentu saja, setelah engkau tidak lagi memahami asas2 kerja dakwah, setelah engkau lalai dari usaha2 pencegahan, dan setelah engkau terkejut kerana mendapati buah dari kelalaian engkau itu telah menyebabkan bermerajalelanya kemungkaran ke mana2 tanpa dapat dikawal, sehinggakan masuk ke kampung2 malahan ke rumahmu sendiri.



Ketahuilah saudara2ku,
Kerja dakwah dengan segala kaitannya yang kita lakukan dengan sebenar2nya, kelak akan tiba masanya, menghancurkan kebathilan yang ada dalam diri kita dan yang ada dalam diri orang2 yang bersama kita. Yang demikian itu adalah kerana perawatan dan penyembuhan berbagai penyakit rohiyah semestinya ada dalam kerja dakwah.



Sesungguhnya, Allah SWT tidak akan mengubah keadaan kamu hingga kamu sendiri berusaha untuk memperbaiki diri kamu dan mengajak orang2 lain untuk memperbaiki diri mereka masing2.



Ar Ra'd 13:11; Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.



Mahasuci Allah!