AHLI keluarga meratapi mangsa di depan sekolah yang runtuh di Padang, Barat Sumatera, hari ini, selepas gempa bumi kuat berukuran 7.9 skala Richter memusnahkan kawasan itu. Beribu-ribu mangsa dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi besar yang melanda kepulauan Sumatera, kata ketua pusat krisis Kementerian Kesihatan - Foto AFP
Gempa bumi: Susilo alu-alukan bantuan Malaysia, antarabangsa
JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, mengalu-alukan sebarang bantuan segera daripada Malaysia dan negara lain dalam usaha membantu mangsa bencana gempa bumi di Sumatera Barat, petang semalam.
Beliau berharap dengan semangat kerjasama Asean dan negara sahabat, mereka boleh menghulurkan bantuan seberapa segera ke kawasan yang dilanda gempa itu.
"Usaha mengendalikan keadaan bencana itu tetap di tangan kita," kata Susilo di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di sini, tengah hari ini sebaik pulang dari lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan mengadakan mesyuarat dengan menterinya.
Bangunan retak akibat gempa selamat diduduki
KUALA LUMPUR: Beberapa bangunan di sekitar Lembah Klang yang dikesan mengalami keretakan akibat gempa bumi berskala 7.6 Richter yang berlaku di Padang, Sumatera Barat, semalam, disahkan selamat untuk diduduki.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi berkata, satu aduan keretakan bangunan dilaporkan di Cyberjaya akibat daripada gempa bumi kuat itu.
"Kita terima satu aduan keretakan kecil berlaku di bangunan EDS Cyberjaya dan setelah pemeriksaan dibuat dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) bangunan itu didapati selamat untuk diduduki," katanya.
*************************************
Ketepikan segala sentiman kecil2an yang dicetuskan oleh 'the hidden hand' yang rencana mereka itu hanyalah hendak menghancurkan umat di semenanjung emas ini. Marilah kita bersama2 menghulurkan bantuan kepada saudara2 kita, mereka ini sangat2 memerlukan sokongan bukan saja yang merupakan benda2 semata, juga semangat dan doa dari kita..
Sesungguhnya tidak sempurna Iman seseorang dari kamu, selagi tidak mengasihi saudara2mu yang didalam kesusahan itu..
Maha Suci Allah SWT...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..