kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Cari Blog Ini
Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56
Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54
Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...
Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..
Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!
Jumaat, 18 Mac 2011
Laaa.... Ingatkan Ultraman hebat sangat....!
Salam Alaikum semua pembaca blog ni, ketemu lagi kita diarena maya ini. Nampaknya aku ada kiriman terbaru buat korang, tapi bukannya apa-apa pun, sekadar mengulas sesuatu yang telah pun menjadi topik hangat dikalangan korang semenjak dua menjak ni.
Telah heboh diperkatakan tentang terbitnya sebuah kartun dalam Berita Harian, sebuah akhbar utama Malaysia, kartun yang telah dilukis oleh Zoy, juga seorang pelukis yang terkemuka di Malaysia. Karakator yang dilukisnya itu mengambarkan Ultraman, yakni sebuah watak superhero utama rakyat Jepun yang cuba melarikan diri dari tertimpa bala bencana tsunami yang baru-baru ini telah melanda Jepun. Lukisan inilah yang telah menyebabkan ramai rakyat negara ini memandang secara serius dengan mengatakan ianya adalah sesuatu perlakuan pelukisnya yang tidak bermoral, tak perihatin, mengambarkan suatu penghinaan, dan seolah-olah cuba mempermain-mainkan kejadian tsunami yang sedang melanda negara matahari terbit itu.
Kita tanya Zoy,
benarkah begitu?? Kenapa engkau bersikap sedemikian dangkalnya sehingga menyebabkan ramai orang yang mengkritik secara keras terhadap kartun engkau yang meghina itu, sehingga Malaysia sudah mendapat malu seantero dunia dimasa kini....? Apa niat sebenar engkau? Adakah apa-apa muslihat disebalik lakaran engkau dalam akhbar utama Malaysia itu?
Jawab Zoy, jangan tak jawab....!
Ok lah. Aku telah kemukakan sisi negatif dalam reaksi orang ramai atas perkara ini. Sememangnya rata-rata orang ramai memandangnya demikian. Al maklumlah, bencana dasyat yang melibatkan ribuan nyawa terkorban, siapa yang tak bersimpati, kan? Aku pun simpati gak, jangan kata tak ya... Tapiii..........
Tiadakah pandangan positif dalam hal ni? Takkan takder kut? Apakah benar Zoy sebegitu dangkal fikirannya? Langsung takder rasa simpati sikit pun terhadap kejadian yang menimpa rakyat Jepun tu? Jom kita tanya Zoy...
.
.
.
.
.
Err.. Maaf la Zoy bukan tak mau jawab, tapi kerana dia tak membaca artikel yang aku tulis ni, al maklumlah blog aku ni hanyalah blog picisan saja, dan aku bukan orang terkenal pun, anonymous plak tu......
Oklah. Biarlah aku perkatakan disini bahawa masih ada yang positif yang harus kita fikir-fikirkan sebenarnya. Malahan hal ini lebih besar lagi untuk kita fikir-fikirkan.. Lihatlah kartun tu dan fikirkanlah mengapa ultraman tu lari? Bukankah dengan kuasanya yang hebat ia sepatutnya menantang, bukannya lari.. Ultraman yang sentiasa menjadi pojaan hati kanak-kanak seluruh dunia sepatutnya menyelamatkan bumi dari bala bencana sedemikian, bukannya lari bila diserang tsunami yang sebenarnya bukan teruk sangat pun..
Jadi kepada kanak-kanak sekalian, padamkan saja cita-cita nak jadi ultraman tu, superhero tu bukan boleh buat apa-apa pun. Nak selamatkan diri dari tsunami pun kantoi, apatah lagi nak selamatkan dunia.. Sebenarnya ultraman bukan ada kuasa apa-apa pun...
Ingatlah wahai adik-adikku sekalian, sekuat manapun makhluk dunia ni, secanggih mana pun teknologi diatasnya, apabila bala bencana datang menimpa, semuanya bakal habis musnah takkan tersisa lagi.. Tiada satu makhluk pun didunia ini yang memiliki kuasa untuk melawan apa-apa yang Allah SWT telah takdirkan akan musnah. Sehebat mana pun sesebuah negara itu, seberapa maju pun negara itu, sebesar mana pun kekuatan angkatan tenteranya, namun segalanya akan tewas jua ditangan bala tentera Allah SWT..
Ingatlah wahai anak-anakku, segala-gala yang berlaku atas dunia ini adalah semuanya dalam perhitungan Allah yang Maha Kuasa. Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan adanya daya upaya dari Allah SWT. TIADA YANG BERKUASA MELAINKAN ALLAH, MAKHLUK LANGSUNG TIADA KUASA.
.
.
.
.
.
Walaubagaimana pun, aku berharap janganlah hal ini dijadikan senda gurau, berfikirlah secara matang, segala bencana yang datang adalah amaran dari Allah SWT. Mungkin benar, penerbitan kartun seumpama ini adalah salah pada tempatnya, salah pada masanya. Pada masa ini kita seharusnya menghulurkan bantuan seberapa yang kita mampu. Berdoalah agar bencana seumpama itu terhindar jua dari menimpa diri kita. Namun jangan sekadar berdoa tanpa adanya apa-apa tindakan susulan buat memperbaiki diri kita, tingkatkan amal dan yang teramat penting sekali, jangan berhenti dari kerja kita, kerja paling utama, sampaikan kalimah HAQ pada seluruh umat manusia, termasuk kepada mereka yang sedang ditimpa bencana dasyat ini, rakyat Jepun yang masih ramai diantara mereka yang dahagakan hidyah Allah SWT.. Kasihanilah mereka kerana tanpa hidayah, mereka kekal dalam api yang menyala.... TANPA HIDAYAH KITA KEKAL DALAM API YANG MENYALA-NYALA.....! Terseksa dek tsunami itu hanyalah penderitaan sementara, tetapi diseksa dalam api yang menyala-nyala itu kekal abadi, na'uzubillah, kecuali mereka yang didada meraka tersemat kalimah La'ilaha illallah...
Maha Suci Allah SWT.......!
**^^** **^^** **^^** **^^** Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..
4 ulasan:
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KATAKUNCI
Aku dan Alam Maya
ancaman
api neraka
Asyura
Bacaan Al Quran
Badang
Baitul Mal
bangkit dari kubur
bersih
Biodata
boroi
Bumi
cermin
dakwah dan tabligh
damai
Fitnah Dajjal
Gaya hidup
gempa bumi
gerhana
Google Map
gua Hirak
hadis rasulullah
hari kiamat
hikayat
hospital
Iblis
Iklan
Isu semasa
Jihad
Jin
ka'abah
Karbala
kasih sayang
Keagamaan
keluar
kena tampar
kenangan
Kenangan lalu
kerajaan langit
kerja
kerohanian dan kepercayaan
khilafah
kisah dan tauladan
konspirasi
konspirasi dajjal
kuning
kurma
kyai
lagenda atau mitos
majlis
malaikat maut
Marikh
Maruah bangsa dan agama
masjid
matahari
mati
melayu
minuman kesihatan
misteri alam maya
Mudah Alih
Pelacur
pemimpin ummat
penemuan
Penghuni Gua
Peperangan
Peristiwa Dunia
perjuangan
Permohonan Doa
Perniagaan
Persahabatan
persatuan umat
Perumpamaan
politik
Puisi
rahmat
raja
redho
Reformasi
Renung2kan dan Fikir2kanlah
rumah
sahabat
Sarkastik
Sastera
Satira
Sejarah
selesai
Seloka dan Jenaka
sembahyang atau sholat
sembelih
Sri Bayu
sungai
sunnah nabi
syukur
syurga
ta'alim
takdir
tarawih
Tazkirah
teknologi
tongkat
tudung
Ultraman
wirawati
Yesus
zikir mengingati Allah SWT
yg kau pg describee ultraman tu buat apa.
BalasPadambukan wujud.kau pun tahu.dulu kecik2 mgkin kau igt ujud.skg da besaq kau tau dia xujud.sama la bdk2 la ni pun bila depa besaq..
in any way u look at it pun,kartun itu ttp kurang ajar..
refrain from defending that stupid artwork.
tp, brigt2 kpd tuhan tu satu bnd yg bagus...
Salam isaac ismael, terimakasih krn komen. Artikel aku ni hanya merujuk pada isu semasa, oleh krn ultraman yg jd isu aku ikut saja lah. Klu power rangers yg jadi isu, maka power rangers lah tajuk artikelku. Namun ini tak penting, yg lebih penting adalah maksud tersirat darinya.
BalasPadamApa yg aku fikir yg mgkn ini juga yg dfikirkn oleh sipelukis itu, semua org tau watak ultraman tlh dwujudkn brpuluh2 tahun lalu, jadi ultraman dsinonimkn dgn negara Jepun. bak kata, ingat ultraman, ingat jepun, gitu sebaliknya. Maka gambaran sipelukis langsung tak brniat nak hina2 gitu.. Lukisan tu jika dtafsirkn dgn kata2, adalah sekadar brbunyi, 'tsunami tlh melanda jepun. Rakyat jepun lari selamatkn diri' tu aje, takde lain, cuma dek krn ramai yg trlampau trharu, pantas menyelar lukisan sebegini..
Ini cuma pandanganku saja. Wallahu alam..
Salam shbt... acik kopi dan sembangkan sajer kat sini... boleh kan shbt?
BalasPadamhttp://bincang.net/forum/showthread.php?111944-Tsunami-hikmah-disebalik-kejadiannya&p=2681774
Wassalam Acik, boleh aje.. silakan lah dpersembangkn, semoga ada manafaatnya.. Terimakasih atas kunjunganmu sahabat...
BalasPadam