Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Sabtu, 30 Oktober 2010

Tragedi...! Malapetaka yang terjadi pada Jiran kita.. Haruslah Perihatin..!






Tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai di Sumatera Barat, Indonesia, telah mengorbankan sekurang-kurangnya 413 orang dengan 303 yang lain masih hilang.

Satu data yang dikeluarkan oleh gempa Mentawai dan perkhidmatan maklumat tsunami menunjukkan 207 orang luka berat dan 142 orang lainnya luka ringan.

Sebanyak 517 rumah hancur oleh tsunami, sementara 204 yang lain mengalami kerosakan ringan, menurut data.

Tsunami dua meter dipicu oleh gempa berkekuatan 7,2 melanda pulau-pulau lepas pantai barat Sumatera pada 25 Oktober (Isnin).

Kantor berita Antara yang dikelola negara melaporkan pada hari Sabtu bahawa penyelamat belum dilakukan evakuasi di dua desa, iaitu Bosua dan Mosokut, Kecamatan Sipora Selatan, di pantai barat Mentawai.

Dua desa rata oleh tsunami menjulang dan hanya sejumlah kecil penduduk kampung boleh bertahan bencana.









Haruslah Peduli...!

**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Khamis, 28 Oktober 2010

Kisah Rumput dan Orang yang di Sayangi...




Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?. Macam mana nak buat kasih sayang itu terus berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.




semoga hari ini lebih baik dari semalam..






**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Rabu, 27 Oktober 2010

Wajib lulus Sejarah, sejarah yang merapu




Keropok Lekor




Apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa subjek Sejarah akan dijadikan subjek teras serta wajib lulus, maka ramailah yang memberi komen menyokong saranan berkenaan. Komen tidak menyokong tentunya tidak akan disiarkan di media kerajaan. Rakyat hanya mampu mendengar dari sebelah pihak sahaja. Tentunya penilaian yang lebih adil tentang isu berkenaan tidak dapat dibuat.

Ada penyokong yang menyatakan saranan ini akan menyebabkan pelajar lebih memberikan penumpuan kepada subjek berkenaan. Ada yang mengaitkan subjek ini dengan kontrak sosial serta tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan susur galur perkembangan Malaysia dan Kesultanan Melaka.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, tentunya kita tidak akan menolak perkara ini bulat-bulat. Kita sangat memahami kepentingan sejarah sebagai landasan untuk kita bergerak maju ke hadapan.

Alangkah baiknya jika berita yang diterima, wajib lulus subjek Pendidikan Islam SPM 2010. Bagi yang bukan Islam, mereka wajib lulus subjek keagamaan dan moral yang mereka ambil. Lebih molek lagi, wajib mendapat kepujian sebagai syarat memperolehi Sijil SPM.

Sebagai orang biasa, tentunya kita dapat membezakan antara kesan tidak menguasai sejarah negara dengan kesan tidak menguasai agama, yang mana lebih buruk ? Walaupun kita memperjuangkan sejarah, jangan pula kita mendiamkan kepentingan beragama.

Jika subjek agama betul-betul dihayati tentunya isu kontrak sosial akan selesai kerana panduan yang disediakan oleh Islam adalah cukup lengkap. Banyak masalah-masalah moral peringkat nasional seperti rogol, bunuh, curi, rasuah boleh dikurangkan. Adakah isu keruntuhan moral kurang penting berbanding isu kontrak sosial.

Mungkin kerajaan beranggapan sudah memadai dengan pembinaan sekolah-sekolah agama rakyat, masjid dan surau yang merata-rata, kelas fardu ain, majlis Khatam Quran Mega, Majlis Musabaqah Peringkat Antarabangsa, Anugerah Tokoh Maal Hijrah dan lain-lain lagi yang telah dianjurkan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa wajib lulus subjek Agama tidaklah penting berbanding subjek Sejarah. Adakah kita tidak bimbang dengan mengetahui Sejarah, anak-anak kita akan mengetahui bahawa Melaka itu ditempa bersama Islam, Terengganu, Kelantan memang tidak asing lagi dengan peranan ulama silamnya juga Pengaruh Islam di Kedah serta negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tidakkah kita bimbang, nanti anak-anak kita akan tahu bahawa seluruh Nusantara terpahat sejarahnya bersama kedatangan Islam.

Mungkin juga isu subjek Sejarah ini hanya ditimbulkan bagi menyelamatkan survival politik kumpulan tertentu sahaja. Perubahan ini sebenarnya lebih diperlukan untuk subjek lain seperti Pendidikan Islam berbanding Sejarah. Jangan pula kita memahat satu lagi sejarah yang merapu pada tahun 2013 nanti.



Keropok Lekor,

Terengganu.


Atrikel asal boleh dibaca di laman sesawang Biaqpila..



**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Isnin, 25 Oktober 2010

3 Watak Akhir Zaman... Kenalkah engkau?

Dengan Nama Allah SWT...


Salam Alaikum saudara-saudaraku yang dihormati, semoga semuanya berada dalam keadaan yang diberkati Allah SWT... Dalam entri kali ini, aku sekadar mahu mengingatkan kembali kepada yang kian lupa dan berkongsi cerita kepada yang sentiasa ingat akan kejadian di akhir zaman. Masanya bukanlah lama pun, hanya beberapa waktu saja lagi, ianya akan bermula, suatu suasana yang penuh huru hara, cacamarba dan seumpamanya yang bisa membuatkan jiwa semua manusia resah gelisah, gundah gulana, kecuali mereka yang beriman, yang percaya bahawa segala yang terjadi itu hanyalah ujian dari Allah semata-mata. Ia hendak menguji siapakah diantara kalian ini yang benar-benar patuh dan ta'at atas segala yang diperintahkanNya, dan berpegang teguh pada taliNya dan terus 'bekerja' dalam menegakkan agama Allah SWT disaat-saat dunia hampir dimusnahkanNya..


Apabila kita membicarakan perihal akhir zaman, pastinya kita terbayangkan atau terfikirkan 3 watak yang memainkan peranan utama dikala itu. Inilah ketiga2 watak yang telah diceritakan samada dalam Al Quran ataupun Hadis Rasulullah saaw. Ketiga2 watak utama ini pastinya akan hadir tidak berapa lama lagi, mereka ini sudah pun lahir cuma belum lagi mengistiharkan diri masing2.. Tunggu saja nanti pengistiharaan dari mereka. Namun yang menjadipersoalannya nanti adalah, adakah engkau sudah bersedia menerima kehadiran mereka? Adakah engkau akan jadi pengikut salah seorang dari mereka dan menentang yang lainnya? Siapakah yang engkau bakal ikuti dan siapa pula yang bakal engkau tentang?? Pendek kata, persoalan paling utama yang harus engkau persoalkan adalah, kenalkah engkau siapa mereka bertiga ini??? Marilah ikuti tulisan seterusnya untuk mengetahuinya..






Kedatangan Imam Mahdi..



Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.

Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan dengan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit terutamanya penyakit hati..

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang menyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.

Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.

Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semakin berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.

Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.

Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredhoi Allah SWT.

Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.

Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad saaw) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.

Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah saaw yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.

Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia.

Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.

Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya.

Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.

Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelumang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.

Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.

Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah saaw dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan.

Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.




Kedatangan Dajjal


Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah saaw memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saaw. Selesai solat, Rasulullah saaw naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.”

Rasulullah saaw berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka bertanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah saaw telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah saaw menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah saaw berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah saaw sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah saaw telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.





Khutbah Rasulullah saaw tentang Dajjal


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah saaw telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah saaw lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah saaw bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah saaw ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah rha. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah saaw masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah saaw berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah saaw bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah saaw menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah saaw bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.


Wallahu A'lam.





Kedatangan Nabi Isa


Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”

Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saaw bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya orangnya sederhana dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing.

Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa as. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Muhammad saaw adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa as pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad saaw selaku nabi terakhir.

Isa as. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah saaw tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah saaw menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).

“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa as sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa as berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.

“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Kata Rasulullah saaw lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”

Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?” Rasulullah saaw menjawab: “Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”

Rasulullah saaw berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”

Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah saaw bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah saaw bersabda: “Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah saaw: “Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa as. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”

“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”

Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.

Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.”

Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai.

Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah saaw bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.”

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa as akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun.


Wallahu A'lam.


Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah saaw.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad saaw, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.



Maha Suci Allah SWT...!




**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Jumaat, 22 Oktober 2010

9 peristiwa yang menghairankan, Suratan atau Kebetulan?

oleh: xfile enigma


1. Si Kembar yang aneh.

Sebuah kesalahan komputer menyebabkan dua orang wanita Amerika sama-sama diberi nama Patricia dan diberikan nombor jaminan sosial yang sama. Ketika kedua wanita itu dipertemukan oleh petugas untuk mengklarifikasi kesalahan itu, mereka menemukan bahawa :

Kedua wanita tersebut sama-sama memiliki nama Patricia Ann Campbell
Ayah mereka sama-sama bernama Robert Campbell
Tarikh lahir mereka sama-sama 13 March 1941
Mereka sama-sama menikah dengan seorang anggota tentera pada tahun 1959 (beza hanya 11 hari)
Mereka sama-sama memiliki dua anak berumur 19 dan 21 tahun.
Mereka sama-sama suka melukis dengan cat minyak
Mereka berdua sama-sama pernah belajar di bidang kosmetik
Keduanya sama-sama pernah bekerja sebagai akauntan.



2.Sebiji peluru yang tercatat namamu.

Pada tahun 1893, Henry Ziegland memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Tragis, kekasih perempuannya tak dapat menerima berita tersebut dengan baik. Ia bunuh diri. Abangnya yang stress menyalahkan Henry Ziegland atas kematian adiknya. Dia pergi ke rumah Henry dan melihatnya di kebun dan kemudian mencuba untuk menembaknya. Untungnya, peluru itu hanya menyipi dari wajah Henry dan terus tertanam di sebuah pohon. Pada tahun 1913, 20 tahun setelah peristiwa itu, Henry memutuskan untuk menggunakan dinamit untuk mencabut pohon tersebut. Ledakan dinamit yang kuat menyebabkan peluru yang tertanam 20 tahun yang lalu terlontar keluar persis ke arah dahi Henry. Henry meninggal ketika itu juga.




3. Hugh William yang beruntung

Pada 5 Desember 1660, sebuah kapal tenggelam di Dover - satu-satunya awak yang selamat bernama Hugh William. Pada 5 Desember 1767, sebuah kapal juga tenggelam di perairan yang sama - 127 orang meninggal, satu-satunya penumpang yang selamat bernama Hugh William. Pada 10 Juli 1940, Sebuah kapal Inggeris dihancurkan oleh Jerman - hanya dua orang yang selamat, seorang lelaki dan anak saudaranya. Keduanya sama-sama bernama Hugh William.




4. Hanya kematian yang memisahkan mereka

Pada tahun 1996, polis Paris membuat siasatan terhadap sebuah kemalangan yang terjadi antara dua buah kereta pada waktu malam. Kedua2 pemandu kenderaan tersebut meninggal dunia. Penyiasatan lanjut menemukan bahawa ternyata kedua pemandu tersebut adalah seorang lelaki dan wanita dan kedua2nya adalah bekas kekasih yang sudah berpisah beberapa bulan lalu. Tidak ada diantara mereka yang mengetahui bahawa kereta yang dilanggarnya dipandu oleh bekas kekasih masing2.




5.Dia ada dibelakangmu

Michael Dick telah menjelajah Inggeris dengan keluarganya untuk menjejak anak perempuannya yang bernama Lisa - yang telah hilang hubungan selama 10 tahun. Setelah pencarian selama bertahun-tahun tanpa hasil, dia mendatangi Harian Suffolk Free Press yang setuju untuk menolongnya dengan menayangkan berita itu di harian mereka. Untungnya, anak perempuannya yang telah lama hilang melihat berita itu diakhbar, dan mereka berjumpa untuk pertama kalinya. Yang anehnya adalah ternyata anak perempuannya persis berada di belakang mereka ketika wartawan mengambil foto Michael untuk ditayangkan diakhbarnya. Inilah foto tersebut.






6. Izin untuk ujian

Seorang murid di sekolah menengah di Argoed High School di Wales Utara sedang menjalani ujian akhir di kelasnya pada tahun 1990. Nama anak itu adalah James Bond - Nombor kertas ujiannya adalah 007.



7. Siapa yang diselamatkan....

Pada tahun 1965, pada usia 4 tahun, Roger Lausier sedang berenang di sebuah pantai di Salem. Dia mengalami masalah dan hampir tenggelam. Seorang wanita bernama Alice Blaise menolongnya. Pada tahun 1974, di pantai yang sama, Roger sedang bermain papan luncur. Dia melihat seorang lelaki yang hampir tenggelam dan segera menolongnya. Yang luar biasanya, lelaki yang ditolongnya adalah suami Alice Blaise.



8. Kukejar engkau hingga liang kubur

Pegawai tentera Kavelari Inggeris bernama Major Summerford sedang bertempur di Flanders pada tahun terakhir perang dunia pertama. Sebuah sambaran petir menyambarnya dan menjatuhkannya dari kuda. Peristiwa itu membuatkannya lumpuh dari pinggang ke bawah. Enam tahun kemudian ia pindah ke Vancouver, Kanada. Ketika ia keluar memancing, Major Summerfield disambar petir lagi. Kali ini seluruh tubuh bahagian kanannya lumpuh. Dia meninggal dua tahun setelah insiden itu. Empat tahun setelah kematiannya, batu nisannya hancur lebur - disambar oleh petir.



9. Lakukan apa yang kau khutbahkan

Seorang pengusaha bernama Danie de Toit sedang berpidato di depan pengunjung di Afrika Selatan. Topik dari pidatonya adalah - Hati-hati kerana kematian akan mendatangimu pada bila2 masa saja. Pada akhir pidatonya, dia memasukkan sebuah permen peppermint ke mulutnya. Ia tersedak hingga meninggal di tempatnya.



artikel asal boleh dibaca di xfile enigma..






**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Selasa, 19 Oktober 2010

Kitab Fadhail Amal Dalam Ta'lim Kita.. Artikel untuk rakan seusaha..




Dengan Nama Allah SWT...



Kalaulah boleh dianalogikan, kitab Fadhail Amal itu boleh diumpamakan sebagai sebuah buku asas membaca dan menulis untuk kanak2 yang baru belajar. Dengan pembelajaran tersebut dikemudian hari dapatlah kanak2 itu sampai ke kelas yang lebih tinggi, maka mahu atau tidak, suka atau tidak, kanak2 itu mesti belajar membaca dan menulis. Dan jika kelak dia sudah sampai di universiti, maka tetap saja dia mesti memegangnya dan tidak serta merta meninggalkan ilmu membaca dan menulisnya itu.



Barangkali kita sudah salah besar dalam memahami asas agama kita. Atau barangkali kerana kita telah dilahirkan dalam zaman dimana banyak bahan dan benda2 yang tidak ada pada masa Rasulullah, salawat dan salam keatasnya dan ahli keluarganya. Barangkali semua keadaan itu telah membuat kita (yakni orang2 akhir zaman) memandang diri kita lebih baik dari orang2 terdahulu yang telah diredhoi ataupun dirahmati Allah SWT.



Keadaan yang sebenarnya adalah bahawa kita dalam keadaan 'teruk' atau parah sama sekali. Sedemikian keadaannya sehingga ada orang2 yang lahir sebagai islam tidak lagi dapat mengucapkan kalimah la ilaha illallah. Jika hendak tahu kebenarannya marilah kita berjalan2 (khususi) ke rumah jiran2 kita, maka kita akan mendapati bahawa adanya ramai diantara mereka begitu rendah tahap pengentahuan keislaman mereka.



Dan nyatanya sudah terbukti bahawa kitab Fadhail Amal ini memberi manafaat yang signifikan atas ummat ini. Di Thailand, juga sebagaimana di belahan2 bumi lainnya, samseng2 dan penjahat2 banyak yang berubah hidupnya asbab kitab ini.



Itu berkenaan dengan kitab fadhail amal. Adakah usaha membaikinya? Tentu saja ada. Itupun kalau kita mengikuti terus perkembangan kerja agama ini dengan baik. Kitab Hayatush Shahabah oleh maulana Yusuf, yang diakui keindahan, manafaat dan isinya oleh ulama2 antarabangsa, adalah salah satu kitab pelengkap selanjutnya. Jika dibacakan berterusan, kitab ini akan memberi kesan yang (luar biasa) mendalam bagi orang2 yang mentalaahnya. Kerana itulah, sekarang ini telah dianjurkan membacanya dalam ta'alim kita. Dan satu lagi kitab tambahan yang harus dibaca dalam ta'alim kita adalah kitab Muntakhab Ahadith.  Inilah diantara kitab2 yang merupakan asas pembelajaran dalam agama kita.


Tidaklah dapat dinafikan, bahwa kita adalah orang2 yang sibuk dan terikat dengan keduniaan kita. Meskipun demikian, adalah satu dosa bersama jika kita tidak menjadikan sebahagian dari kita (termasuk anak2 kita) sebagai ulama2 pewaris anbiya. Tentu saja, tidak perlu semua orang kita jadikan ulama, sebagaimana tidak perlu semua orang menjadi 'ketua' atau 'taukey'. Namun demikian, keberadaan ulama2 diantara kita adalah satu hal yang mutlak diperlukan.



Selanjutnya, jika kita berkesempatan megziarahi pusat2 pendidikan para calun2 ulama kita, maka disana kita akan menyedari betapa luasnya pembelajaran tentang usaha agama yang sedang kita buat. Di sana, pada masa2 akhir pendidikan, sebagaimana juga di institusi2 yang sejenisnya, bukan hanya kitab Bukhari dan Muslim saja yang ditelaah dan dipelajari, tapi juga kitab2 hadits lainnya yang tergabung dalam kutubus sittah.



Maka benarlah orangtua kita yang mengatakan bahawa semakin banyak berjalan, maka semakin banyaklah yang dapat dilihat dan difahami.


Ayoh! Kepada rakan2 seusaha, samada yang baru mula bekerja atau yang sudah lama bekerja, yang digelar burzuk atau yang otai, segera sambut takaza agama terkini... Jemaah diperlukan untuk dihantar kesegala pelusuk dunia ini kerana umat akhir zaman ni sangat dahagakan HIDAYAH!! Masanya sudah tak lama lagi, jemaah jihad akan dikeluarkan..


Maha Suci Allah SWT...

Jumaat, 15 Oktober 2010

Adakah Doa Korang Dimakbulkan Allah SWT...?



Golongan Dimakbulkan Doa Mereka...

1) Orang yang berada dalam kesusahan

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati." (an-Naml:62)


2) Anak Sholeh yang taat kepada ibu bapa

Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin â'Amir: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): "Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.." (Riwayat Ahmad)


3) Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir

Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: "Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi." (Riwayat Abu Daud)


4) Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu.. "(Riwayat Tirmidzi)


5)Orang dizalimi

Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: "Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T."(Riwayat al-Bukhari)


6) Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya

Umm Darda r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya) , maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu."

Rabu, 13 Oktober 2010

Misteri...? KM 223 Lebuhraya SIMPANG AMPAT ke PEDAS/LINGGI berhantu!!!



As Salam saudara2ku sekalian dan semua para pengunjung yang dihormati, kita baru saja dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang telah pun mengorbankan banyak nyawa. Semoga Allah SWT melimpahi rahmatNya ke atas roh2 tersebut. Dan kepada keluarga2 mereka yang terlibat, takziah kuucapkan buat semua, semoga dapat tabahkan hati menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan seterusnya tanpa mereka2 yang disayangi yang telah pergi meninggalkan kita semua. Semua kemalangan atau bencana yang terjadi atas kita ini sudah di rencanakan Allah SWT sejak azali lagi. Kita hanya perlu terima semuanya itu dengan tabah dan redho. InsyaAllah ada hikmah disebalik segala yang terjadi..

Namun kita yang hidup ini tidak boleh tidak, harus mencari juga punca segala trajedi yang telah berlaku ini, kerana apabila kita tahu punca itu asalnya adalah dari kesilapan yang kita lakukan, dapatlah kiranya kita perbaiki kesilapan  yang telah kita lakukan itu. Apabila ianya adalah atas kelalaian kita yang menyebabkan trajedi itu berlaku, maka kita akan lebih berhati2 dimasa2 yang mendatang. Bukannya kita hendak mengelak dari apa yang telah ditakdirkan Allah SWT, tetapi adalah untuk kemaslahatan kehidupan manusia yang seterusnya. Kemalangan atau bencana tetap akan terjadi dimana2 saja dan bila2 masa saja, ini adalah pasti, namun cara kita menanggapinya itu haruslah lebih baik dari apa yang berlaku sebelumnya..

Berbalik kepada kemalangan yang terbaru ini, kesalahannya kita tudingkan kepada pemandu yang dikatakan membawa laju bas tersebut yang sarat dengan penumpang, berkemungkinan juga si pemandu ini telah menyalahi had laju kenderaan yang dipandunya itu. Begitulah kata mereka yang menjadi saksi kemalangan ngeri tersebut. Namun malangnya si yang dituduh ini yakni pemandu bas tersebut juga maut didalam kemalangan ini. Maka tidaklah dia dapat membela dirinya terhadap tuduhan yang dikenakan atas dirinya itu.

Namun demikian ada pula pendapat atau pandangan lain yang kedengaran mengulas trajedi menyayat hati ini. Pandangan ini agak jauh dari umum. Tiada bukti yang dapat menyokongnya namun berat juga untuk kita fikir2kan.

Benarkah laluan KM223 lebuhraya Simpang Ampat itu berhantu??

Aku telah meninjau2 di forum CariGold lantas menemui cerita ini. Beberapa orang yang menceritakan pegalaman seram mereka ketika melalui jalan ini. Sejauh manakah kebenarannya, masing2 fikirkan sendiri..




****    ****    ****    ****    ****


Post by: nYum on July 22, 2009, 12:39:12 pm




kejadian berlaku pada hari jumaat mlm sabtu atau lebih tepat 2pagi sabtu...


Baru je balik dari melaka.cod helmet bersama mbcians hafizumi.borak2 xsedar jam sudah pukul 1.30 pagi.esok kerja.maka dgn mata terpisat2 macam nk pejam mengundurkan diri dari melaka.senyum sendiri poket berisi. keseorangan menunggang motor menuju ke bangi.purata kelajuan dlm 80-100km disebabkan mengantuk.lebih berhati2..


Dari kejauhan ternampak sebiji iswara putih sedan lembab je jalan.mungkin dia pun mengantuk sama.lingkungan 500meter dgn iswara putih tiba2 hidung bau seakan2 sesuatu.mengembangkan sdikit lubang hidung utk cam apa bau ini.rupanya...BAU BANGKAI!!.rasa seram mula slow nak masuk.mghilangkan rasa resah ahh..mungkin ada binatang mati tepi jalan.....membuntarkan mata takut trlanggar...


Semakin dekat iswara putih semakin kuat bau dia.bacaan selawat mula meniti dibibir.semakin dekat...10,9,8,7,6,5,4,3,2....1 signal ke kanan lalu memotong iswara putih.selari dgn iswara tersebut ku sipikan mata utk menjeling kereta tersebut...ALLAHUAKBAR!!!enjin remuk hancur!!....throttle dipulas maximum....






*pelbagai persoalan timbul


-ikutkn total loss tapi kenapa bergerak??


-bau bangkai or mayat??




masuk hari nie genap 4hari kejadian tersebut.genap jugak 4 hari demam aku xkebah2....


hati-hati semua...


km230 melaka-bangi


-lama dah buat karangan.hancur!





Post by: anip- sama on July 22, 2009, 12:58:00 pm

aku biasa ride seremban melaka waktu malam tp x penah selepas kul 10..,

tp area pedas linggi mmg horror..,

2 bulan lepas officer aku kena kat area situ gak..,

kul 2@ 3 pagi..,

nak balik ke taiping..,

ada hal penting so x leh tunggu hari esok..,

time drive..,

ada sehelai kain putih melayang depan cermin kereta dier..,

takut punya pasal..,

dier berhenti kat seremban..,

pas subuh baru sambung drive..




Post by: mira_buruk on July 22, 2009, 02:02:37 pm


Kalo KM 230dr melaka ke bangi... mungkin aku juga berani katakan betul


coz baru kena minggu lepas...


on the way balik semenyih...... dr Muar kul 11.30pm++




aku terkezut berok coz ade 'bende' seperti tercicir dr kereta depan


tak sempat elak...siap 2-2 kaki aku terangkat n menjerit masa den bawa kate


tp takde apa2 pun.... nak kata binatang ke, mesti ade bunyi....event kertas or plastik....


masa tu ingat lagi dlm KM 205+++




lebih kurang hadapan sedikit dlm KM 220++


member siap nampak 'bende' tu dok tepi jln sedang memerhatikan kita org....


yg pasti sah ' bende ' tu coz salah sorang dr kami ber 4 masa tu


mmg ade kelebihan ternampak 'benda2' macam tu..... cume den perserta tambahan pagi2 bute tu yg tenampak...




biasa ler setan, memang suka kacau kita...kena lak penakut macam den...







Post by: podgie on September 22, 2010, 02:13:54 pm


kawan aku pernah disakat kat area tu...dia dok bawak van...dlm pukul 3-4pagi...biasa bertolak awal tapi haritu van ade prob


time tu ondaway nk gi race kat mimc...bulan 5-6 tahun ni xsilap aku


tidur kat alor gajah...


aku xtido sebab wat teman member aku sambil mkn kacang...


stat area km 200...aku asyik dok tgk tanda KM tepi hiway tu.....xsilap aku sampai area pedas linggi dlm km 224 gitu...tiba2 member aku mengelak dr lobang ke hape


...dlm hati ade rase kurang syok..mamai ke nampak antu mamat ni...sampai alor gajah,*sensored* plak melintas...byk betul makluk nk melintas pagi bute ni....nasib baik race menang..hehe


esoknye aku tnya...ade lubang ke kat hiway smalam?....dia ckp nampak orang naik basikal tepi hiway nk melintas ...ayoyooo.....tapi aku xnampak...meremang bulu roma den.




Post by: sesiapa on October 11, 2010, 06:05:51 pm


aku nampak 4-5 bijik moto dr arah bertentangan (ke arah kl) tp sama jalan dgn aku (ke arah melaka). senang cite lawan arusla.. moto ex5, yg pelik nape plak dia nk lwn arus? pas2 leh ikut sma speed ngan keta aku plak tu (140kmh) laju tu ex5 boleh dapat speed 140km keta. aku toleh xlama coz aku takut benda2 ni nk pancing aku leka. yg pelik mak aku kat blkng xprasan pape pun. betul2 dekat2 km230-232 mcmtula..





Post by: mimalif on July 22, 2009, 04:20:41 pm


masa diorg tgh tambah lorong dari 2 jd 3 ada berapa ramai da meninggal accident kat kwsn rehat pedas ..


yg paling den ingat, sebiji satria dgn 4 org gadis pelajar u.. maut.. sbb yg maut ada bau2 kuinin ngan wife den


mengikut pengalam den dan kengkawan masa jd peon anta brg.


gua tempurung jln nak naik bukit tu... superman test sprint kat sebelah.. sepupu kena.. balik kl jam 5 pagi.. sampai kl domam seminggu


pagoh antara tol dan hentian rehat ke selatan .. superman duk depan windscreen.. member 1 opis kena van terbabas ke tepi..




Post by: soul on July 23, 2009, 08:31:44 pm


Ok macam nie, benda ni berlaku kat Alternatif Melaka Johor ( AMJ )


bagi orang yang duduk melake/muar tau la jalan nie.


Time tu jalan ni baru siap rasanya.. jalan tu memang gelap. sampai sekarang gelap.




Aku nak balik rumah akak aku kat merlimau dari bukit beruang.


So aku decide nak balik lalu jalan baru siap tu. sbb tak pernah lalu situ lagi .. lagipun traffic lite pun tak byk..


Masa tu dlm pkol 12 mlm rasanya ..




Sepanjang jalan tu straingt jea...tak de masuk simpang mana2. .. dan gelap.


aku biasa jea.. tak kesah mana pun gelap nie.. balik kl dr mlk pun keluar highway dah gelap.. so no wonderlah boleh jea redah.


Perjalanan aku amek masa dalam setgh jam.. aku bawak half & full throttle... motor wave 100 je pun .. abeh kuat 100km/j std.


Jauh perjalanan start dari Semarbok dalam 22km ke Merlimau ..




Permulaannya semuanya berlancar... aku amek lorong kereta belah kiri skali.. nak elak dr paku ke apa bende jea yang tajam..


Malam tu ada jgak kete ..lori .. bus .. moto lalu .. mcm keadaan biasa ...




Tiba2 .. dah dlm 20 minit perjalan .. dalam 2 ke 3 kilometer sebelum smpai ke simpang Merlimau ada sebjik motor follow aku dari belakang ..


kenderaan lain memang tak de time tue .. side mirror gelap je melainkan lampu motor blakang aku tue..


aku pun fine la.. mcm ada org teman .. lagi berapa kilometer jea ...


Tapi yang peliknya .. dea mcm cucuk angin aku .. then bagi highbeam byk kali.. ...


aku tak berapa kesah sgt .. dah nak sampai simpang ke Merlimau dah pun (kalau dari Melaka , kita akan rapat ke kanan) ..


lagi 1km dah nmpak traffic light ... aku pun rapat ke kanan untuk masuk simpang ..


dalam masa aku nak rapat ke kanan tu ... aku toleh belakang dengan pandang belah kiri ... in order nak tgk la sapa yang cucuk angin & bagi highbeam td ...


anehnya ... takda apa pun .. memang jalan kat situ aku sorang jea .. bulu roma aku dah naik ... cepat2 aku bace ayat kursi .. selawat ..


kat traffic lite aku amek kanan .. lepastuh memang tak tgk side mirror lansung ..sampai la aku dah masuk town merlimau .. then sampai umah akak aku..










Persoalan


- sapa rider kat belakang aku & bagi high beam kat aku tu..


- then bile aku toleh belakang .. tak de apa pun..






Huhuhu aku bersyukur selamat gak sampai kat umah dalam pkol 12:45 tgh mlm..


aku fikir , kalau la rider tu td potong aku kat jalan mcm mana agaknya yea.


Lagi satu, lepas aku smpai umah..then story kat akak aku,.. rupanya akak aku ckp memang byk dah bende berlaku..



****    ****    ****    ****    ****


Demikianlah beberapa orang saksi yang mendakwa betapa berhantunya laluan yang berkenaan. Saudara2ku, bukanlah niatku hendak menakut2kan korang semua. Dan aku tegaskan di sini, JANGAN PULA TAKUT, mungkin sebenarnya tak ada apa2 pun yang boleh dikaitkan dengan hantu syaitan dalam kemalangan ngeri yang terjadi baru2 ni. Namun demikian kewujudan syaitan ni tetap ada dimana2 dan sering mengganggu keimanan manusia walau dimana kalian berada hatta dalam bilik korang sekalipun dia tetap ada untuk mengganggu kalian. Usah ragu2 kerana yang ini adalah Pasti!

Maka untuk mengatasi hal2 gangguan sedemikian ini, maka Rasulullah saaw telah mengajar kita banyak doa yang harus kita amalkan sepanjang masa kehidupan kita. Sebaiknya kalau kita hendak memulakan perjalanan samada berjalan kaki, menunggang motorsikal dan memandu kereta, apatah lagi kiranya kita ini memandu bas yang dibelakangnya ramai penumpang yakni sekelian nyawa2 yang harus kita jaga keselamatannya.

Nabi telah ajar kita doa keluar dari rumah yang maksudnya, "dengan nama Allah aku berserah diri padaMu ya Allah sesunggunnya tiada daya dan upaya aku melainkan hanya dengan izinMu" dan sebaik saja kita melangkah naik kenderaan berdoalah  yang maksudnya, "MahasuciMu ya Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk aku menaikinya sedangkan aku sebelum ini tidak lah berdaya hendak menguasainya. Dan sesungguhnya kepadaMu lah Aku akan kembali...?" Demikianlah sedikit doa yang diajarkan rasulullah saaw kepada umatnya, namun kita hari ini alpa untuk mengamalkannya, belajarlah sekiranya kita tak tahu, bukan susah pun nak menghafal segala doa tu, hanya kita yang takder keinginan nak belajar, begitulah umat hari ini..



Wallahu a'lam. Maha Suci Allah SWT...!



Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Isnin, 11 Oktober 2010

Tragedi...! Kemalangan maut di Alor Gajah...




Lokasi : Kawasan Angin Lintang, sebelum Restoran Jejantas (jika ke Selatan).




Punca : Sebuah bas berwarna merah.



1. Bas tersebut ke utara, di lorong laju

2. Lorong ke utara penuh dengan kenderaan

3. Depan, belakang dan tepi bas ada kenderaan

4. Saksi kata dia nampak bas terhoyong-hayang. Saksi melajukan kenderaan kerana memang mengagak sesuatu yang buruk berlaku.

5. Kecuali Honda Accord di belakang saksi, semua kenderaan sarat dengan keluarga

6. Ketika saksi dan bas tersebut berselisih, bas tersebut sudah miring (tilted) ke kiri.

7. Bas tersebut merempuh masuk (dalam keadaan sudah miring 90 darjah) ke lorong ke selatan dan terus melintang jalan.

8. Dari cermin pandang belakang kelihatan asap memenuhi jalan. Apa-apa yang di belakang (immediately beyond) bas tersebut tidak kelihatan (not visible)

9. Saksi sempat terlihat objek berwarna hitam terpelanting akibat dirempuh muncung bas. Mungkin kereta (mungkin!).

 
 


Harakahdaily



MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.



Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.



Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.



"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.



Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.



"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.



Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.



"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.



Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.



"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

Khamis, 7 Oktober 2010

Adakah Engkau berakal Sebagaimana Berakalnya Manusia..?




























Salam buat semua,

Semoga saudara2ku semuanya dalam perlindungan Pemelihara kita Yang Maha Agong.

Dalam artikel kali ini, marilah kita sama2 fikirkan suatu kelebihan yang Allah SWT kurniakan pada kita ini, yang setiap manusia memilikinya namun tidak semua yang pandai hendak menggunakannya. Itu lah Akal, satu2nya milik manusia yang tidak ada pada makhluk lainnya.. Kebijaksanaan seseorang manusia itu adalah bergantung sebanyak mana dia mempergunakan akalnya. Dan jika ia tidak mempergunakannya langsung, maka jadilah ia seumpama haiwan yang hanya tahu memuaskan nafsunya sahaja.. Mari kita renung2kan kisah dibawah ini agar dapat dijadikan ikhtibar dalam menjalani kehidupan kita seterusnya..




Ada seekor kerbau yang setiap pagi dibawa oleh seorang anak penggembala yang masih kecil menuju ke sawah untuk membajak. Jika pekerjaan telah selesai, kerbau itu di bawa ke padang rumput untuk makan. Kerbau itu menurut sahaja kemana2 majikannya yang seorang anak kecil membawanya.



Suatu hari, ketika si kerbau sedang bersendirian, ada seekor harimau menghampiri kerbau itu. Si harimau berkata kepada kerbau, Hey kerbau, saya sudah beberapa hari memerhatikan kamu. Kamu selalu menurut sahaja dibawa-bawa atau disuruh-suruh oleh majikan kecilmu. Manusia majikanmu itu sangat kecil dibanding kamu, kenapa tidak kamu tendang sahaja, pasti dia terpelanting jauh atau mati. Kamu jadi bebas seperti saya, bebas kemana pun saya mau.”


"Saya takut kepada anak kecil itu”, jawab si kerbau.

"Ha ha ha, bodohnya kamu. Harap badan kamu sahaja yang besar tetapi takut kepada anak kecil?” ejek si harimau sambil ketawa.

"Kamu juga akan takut jika kamu mengetahui kelebihan manusia” kata si kerbau menjelaskan.

"Apa dia kelebihan manusia itu, yang membuatkan kamu takut sangat?” tanya si harimau ingin tahu.




Tidak lama kemudian, anak penggembala tersebut datang. Terus si harimau menyapanya.

"Hey anak manusia!! Kata si kerbau, "kamu mempunyai kelebihan yang membuat dia takut. Apakah itu?”



Anak pengembala itu menjawab,



"Saya sebagai manusia diberikan kelebihan oleh Pencipta, yaitu AKAL yang tidak dimiliki oleh makhluk yang lain”

"Apakah Akal itu? boleh saya melihat akal kamu? Jika kamu tidak menunjukkannya, saya akan memakan kamu.” tanya harimau sambil mengancam.

"Wah saya tidak dapat menunjukkannya sekarang, karena akal saya tertinggal di rumah”

"Kalau begitu pergi ambil.” kata si harimau dengan nada mendesak.

"Saya boleh mengambilnya, tetapi sia-sia. Kamu akan lari.” Jawab pengembala tidak mau kalah.

"Saya janji, saya tidak akan lari” kata harimau dengan penuh yakin.

"Sekarang kamu boleh cakap sahaja, setelah melihat saya datang membawa akal, kamu pasti lari. Bagaimana kalau kamu saya ikat? Supaya kamu tidak lari nanti.”

"Setuju” jawab harimau.



Kemudian si anak penggembala tersebut mengikat harimau tersebut di sebuah pohon. Bukan saja tidak dapat lari, tetapi sampai tidak dapat bergerak bebas. Setelah mengikatnya si anak pun pergi.



Kerbau yang mengamati dari tadi tertawa, melihat nasib harimau.


"Sekarang kamu boleh buat apa?” tanya si kerbau. Harimau tidak dapat menjawab, dia panik dan ingin melepaskan diri tetapi tidak mampu.

"Itulah akal manusia, he he” kata si kerbau sambil pergi mengikuti majikannya.



Akal adalah salah satu kelebihan manusia yang perlu kita syukuri. Salah satu cara bersyukur ialah mempergunakan akal kita sesuai dengan keinginan yang menciptanya, yaitu Allah SWT.



Dengan akal, manusia memiliki kemampuan untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Suatu kemampuan yang tidak dimiliki oleh makhluk lain!!


Salah satu perintah Allah SWT kepada manusia ialah agar setiap tindakan dan tingkah lakunya berdasarkan ilmu.


Al Israq 17:36;
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.


Setiap tindakan atau perbuatan yang tidak berdasarkan ilmu akan membuat kita menjadi orang yang merugi di sisi Allah. Di akhirat kita akan masuk neraka.


Al Mulk 67:10;
Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala".


Begitu juga di dunia, selain kita tersesat, hidup tanpa ilmu bagaikan berjalan di tempat yang sangat gelap, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, atau kalaupun ada hanya mengikuti orang lain saja yang belum tentu benar atau salahnya. Tidak sedikit manusia yang tidak mahu mempergunakan akalnya. Contohnya ialah orang-orang yang sudah tidak mahu lagi menggunakan akalnya dalam mencari ilmu. Mereka merasa ilmunya sudah cukup untuk hidupnya. Mereka ungkapkan berbagai alasan agar tidak lagi belajar atau menuntut ilmu.



Jangankan untuk membuka buku, sekadar mendengarkan buah fikiran orang lain pun dia tidak mahu. Padahal jika kita rajin mendengarkan orang lain, kita akan mendapatkan ilmu istimewa yang tidak perlu susah payah mencarinya. Marilah kita terus-meneruskan mempergunakan keistimewaan akal kita agar tidak rugi baik dunia dan akhirat.



Az Zumar 39:21;
Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber- sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikanNya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.


Al Maaidah 5:56; Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.

Ahad, 3 Oktober 2010

Bicara Tentang Manusia.... Adakah Engkau benar2 Manusia?



Dengan Nama Allah...
Salam Alaikum saudara2ku sekalian, mari kita bicarakan tentang Manusia....





Manusia,

Sebenarnya, manusia tidak ada bezanya dgn binatang. Yang membezakan antara manusia dan binatang adalah keimanannya.

Walaupun secara hakikat, keadaan antara manusia dan binatang berbeza, tetapi perbezaan keadaan tersebut tidak bererti membezakan apabila tidak ada keimanan didalam manusia. Keadaan yg membezakan antara manusia dan binatang itu adalah keberadaan jiwa, yang merupakan kelebihan dari manusia itu sendiri.


Sesungguhnya binatang yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun. Al Qur'an 8:22

Sesungguhnya binatang yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. Al Qur'an 8:55



Manusia,

Apakah manusia merasa menjadi makhluk ciptaan yang paling mulia? Tidak ! Sebenarnya kemuliaan manusia bukan terletak kepada lahiriahnya ( fisikalnya ), tetapi lebih kepada akhlak dan perbuatannya. Bukankah hanya dari setitis air yg hina manusia berasal? Bahkan keberadaan jiwapun tak menjadikan manusia menjadi mulia, bahkan akan terhinakan dan terperosok kedlm neraka yg menghinakan apabila tanpa keimanan dan ketakwaan.


Bukankah dia dahulu setitis mani yang ditumpahkan , Al Qur'an 75:37


Manusia,

Terlepas dari kemuliaan ataupun kehinaan manusia, bahkan terhadap binatang sekalipun ke Maha Muliaan dan ke Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah melimpah tercurah terhadap segala ciptaanNYA.

Sebenarnya, kehinaannya, keterperosokannya ke dasar neraka adalah atas perbuatan manusia itu sendiri. Tiada teraniaya manusia oleh Allah, tetapi manusia itulah yang menganiaya dirinya sendiri.

Dan peliharalah dirimu dari hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya. Al Qur'an 2:281


Manusia,

Bahkan kerana atas ke Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah, untuk hal yang kecil dan dipandang remeh, Allah memperhatikan dan membimbing ciptaanNYA tanpa kenal berhenti.

Apakah manusia mengira akan dibiarkan tak terurus? Bukankah ia hanya setitik mani yang dipancarkan? Al Qur'an, 75:36-37

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. Al Qur'an, 31:14



Manusia,

Sebenarnya ada kewajiban yang harus dipenuhi, yaitu atas janji persaksian pertama antara manusia terhadap Tuhannya. Itulah fitrah manusia. Dan Allah, tidak pernah meninggalkan ciptaanNYA, bimbingan, petunjuk selalu Allah berikan, tetapi kebanyakan dari manusia tidak mau mengerti. Dan Syaitan musuh manusia yang nyata lagi menyesatkan.

Dan , ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka : "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul , kami menjadi saksi". agar di hari kiamat kamu tidak mengata-kan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini". Al Qur'an, 7:172

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah ; Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan .
ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi , jika kamu orang-orang yang beriman.

Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa itu Kami pergilirkan diantara manusia ; dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya syuhada' . Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. Al Qur'an 3:137-140
----------------------------------------------------

Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah,
dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah.
dan ahlul bait itu orang2 yang disucikan sesuci2nya.

Sedarlahlah aku ketika sepi itu tiba;
Bahawa aku adalah bukan apa apa..

Adanya aku dari tidak ada ..... kemudian menjadi ada .......
Adanya aku dari tidak ada ...... kembali menjadi tidak ada .....


Sedarlah aku ketika aku memandang bintang di langit;
Bahawa aku adalah bukan apa apa...­

Aku hanyalah sebutir debu di luasnya jagat raya ini­..
beribu ribu, berjuta juta, bahkan tak terbilang butiran debu selain aku...
Bila hanya seribu debu­.. bahkan sejuta debu musnah,
Butiran debu dijagat raya ini tetap tak terbilang.....­
Apalagi hanya aku..­.


Sedarlah aku ketika aku dalam kegagalan;
Bahawa aku adalah bukan apa apa..­..
Aku ternyata tak sekuat yang aku bayangkan..­
Aku ternyata bukan pelakun utamanya.­.

Sedarlah aku ketika aku bangun dari tidur;
Bahawa aku adalah bukan apa apa...­..

Kerana akupun tak tahu dimanakah aku ketika sebelum
aku bangun....


Sedarlah aku ketika aku dalam hiruk pikuk dunia;
Bahawa aku adalah bukan apa apa....­..

Kerana kalaupun aku diam,
hiruk pikuk tetaplah hiruk pikuk.....­..

Sedarlah aku ketika aku mengingat mati;
Bahawa aku adalah bukan apa apa....­..

Aku bukanlah kekasih...­..
yang kerana tidak adanya selalu dirindukan...­
Aku bukanlah matahari.....
Yang kerana adanya bumi menjadi terang.....
Aku bukanlah seperti air....­. dan aku juga bukanlah api....­..


Aku hanyalah aku......
Yang hanyalah aku sendiri yang akan menanggung akibat dari perbuatanku ini­..
Yang hanyalah aku sendiri yang menentukan arah perjalananku....
Yang hanya aku sendiri yang memerlukan..­..
Yang hanya aku sendiri yang perlu dikasihani..­..

Kerana aku adalah manusia...­..
Makhluk yang paling bodoh sebenarnya.....­
Yang merasa tahu apa yang sebenarnya tidak kutahu..­..
Yang merasa diperlukan oleh alam......­. padahal sebenarnya sebaliknya...­..
Yang merasa diperlukan oleh Penciptanya....­ padahal sebenarnya sebaliknya......


Sebenarnya aku hanyalah manusia...­..
Yang hanya selonggok daging... ­yang berasal dari sesuatu yang hina...­..
Yang kerana kesanggupannya menerima amanah dari Penciptanya,
manusia dihadapkan kepada dua pilihan!­
Menepati janji!!! ­atau mengingkarinya¡!..



Dan disitulah ada dua jalan!!­
Surga?? ­ atau Neraka????­..