Apalah indahnya engkau menjadi pemimpin
Orang yang disekelilingmu bukannya setia
Hormatnya kepadamu hanya pura-pura
Kasihnya kepadamu hanya dibuat-buat sahaja
Di hadapanmu terhangguk-hangguk
Di belakangmu mengutuk-ngutuk
Beginilah jadinya kerana engkau memimpin untuk dirimu sendiri
Bukannya kerana Allah yang menjadikan dirimu
Kerana itulah pengikutmu yang mengikutmu ada kepentingan juga
Mereka pura-pura taat kerana inginkan sesuatu daripadamu
Sebagaimana kamu yang memimpin untuk mendapatkan sesuatu buat dirimu
Kerana itulah pemimpin macam kamu ramai sekali di dunia ini
Apabila jawatan sudah tidak ada lagi
Aduh! Ramai sekali orang2 yang disekelilingmu lari
Kini tinggallah engkau keseorangan,
seolah-olah tiada orang yang mengenalimu
Engkau berjalan seorang diri
Tiada siapa yang peduli
Barang bawa sendiri
Semuanya engkau urus sendiri
Di waktu engkau memimpin dahulu engkau tinggalkan Tuhanmu
Kerana itulah Tuhan membiarkan orang meninggalkanmu
Apalah indahnya menjadi pemimpin begini
Di dunia lagi sudah nampak terhinanya
Di Akhirat kelak apatah lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..