Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Jumaat, 18 Disember 2009

Hijrah Nabi Allah Musa as.. Perutusan Khas Ma'al Hijrah...



















Salaamun Alaikum,



Saudara2ku yang dirahmati Allah SWT,


Setiap Para Nabi dan Rasul punya kisah Penghijrahan mereka masing2. Penghijrahan itu sendiri merupakan kewajiban buat penyeru agama Allah dan juga buat diri orang2 yang beriman. Penghijrahan itu bermaksud merubah kehidupan dan jiwa kita dari hal2 yang buruk kepada hal2 yang baik. Perbuatan, pemikiran dan amal2 yang tidak disukai Allah kepada yang di redhoiNya.


Hijrahnya Nabi Musa as. adalah; Dari kehidupan yang senang dan bermewah2 kepada kehidupan yang susah dan penuh cabaran. Dari hidup dalam lingkungan orang2 yang tunduk patuh pada sesama makhluk kepada hidup dalam lingkungan orang2 yang tunduk patuh pada Allah SWT semata-mata. Dari kehidupan yang terhormat kepada kehidupan orang awam.


Begitulah kehendak Allah SWT Yang Maha Bijaksana.


Hari ini, umat Islam, samada mahu atau tidak mahu, wajib atas diri masing2 berhijrah dari mencintai kehidupan dunia yang fana ini kepada mencintai kehidupan Alam Akhirat yang kekal abadi. Dari tunduk patuh pada undang-undang ciptaan manusia kepada tunduk patuh pada undang-undang Allah SWT. Dari mencintai adat budaya bangsa sendiri atau bangsa2 yang dia sukai kepada mencintai sunnah Rasulullah saaw.


Kewajiban ini tertanggung atas setiap mereka yang mengaku beriman! Jika tidak, engkau pasti akan menyesal di alam akhirat. Siapa yang tidak mahu berhijrah, tidak akan mendapat syafa'at dari Rasulullah saaw di hari 'Penghisaban'  yang tiada penolong selain pertolongan yang Allah SWT izinkan atas kekasihnya Muhammad saaw.






Maha Suci Allah SWT....!

Selasa, 15 Disember 2009

Perang Mu'tah





















Peperangan Mu'tah ini merupakan peperangan terbesar, padanya berlaku pertempuran yang sengit dan berat, peperangan yang berdarah, yang pernah diharungi oleh tentera Islam khusus semasa hayat Rasulullah saaw. Peristiwa berlaku di bulan Jamadilawal di tahun kelapan Hijrah, bersamaan bulan Ogos atau September tahun 629 Masihi.

Mu'tah adalah sebuah kampung yang terletak di bahagian bawah daerah Balqa' di negeri al-Syam di antara Balqa' dait Baitui Muqaddis, dua marhalah.

Ahad, 13 Disember 2009

Berita Ganjil....! Telor Itik Ada Imej Lelaki Berjubah...

Imam Terkejut Telur Itik Ganjil




















KUALA KRAI, 12 Dis -- Seorang imam surau di Kampung Pahi, dekat sini, terkejut apabila mendapati seekor itik betina yang dipelihara sejak tujuh bulan lepas mengeluarkan telur ganjil berwarna hitam selain mempunyai gambar berbentuk orang berpakaian jubah putih.



Sim Mamat, 73, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu setelah seekor daripada sepasang itik yang dibelinya di Pasar Sabtu, Kuala Krai sejak tujuh bulan lepas, mula bertelur sebanyak enam biji dan tiga daripadanya berwarna hitam dan tiga lagi berwarna perang.



Menurutnya, beliau hairan bagaimana itik betina mengeluarkan telur berwarna ganjil, seminggu lepas.



"Apa yang memaranjatkan saya, tiga telur itik itu berwarna hitam, tiga lagi berwarna perang, termasuk sebiji daripadannya sudah pecah," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari Sabtu.



Katanya, lebih menghairankan lagi pada kulit telur itu pula terdapat gambar menyerupai lembaga seorang lelaki berpakaian jubah dan gambar wajah seorang wanita dan tulisan Cina.



Menurutnya, beliau sudahpun menemui beberapa orang lebih tua untuk mendapat nasihat dan pandangannya berhubung kejadian itu yang menyifatkan kejadian itu sebagai anih.



Sehubungan itu, katanya, beliau dan isterinya Che Esah Ahmad, 67 tidak akan menjual telur itu kepada sesiapa selain disimpan untuk dijadikan kenangan kerana ia mempunyai nilai estotika yang menakjubkan.



"Biasanya setiap telur itik berwarna putih atau kelihatan sedikit kebiruan apabila seseekor itik itu sudah tua," katanya.



-- BERNAMA

Jumaat, 11 Disember 2009

Berita Liwat.....! RATUSAN RIBU 'RAKYAT' BERHIMPUN SELEPAS SOLAT JUMAAT..

Ini adalah laporan dari Gerakan Anti PKR.blogspot

penang bergegar lagi. sebentar tadi ratusan ribu rakyat malaysia telah turun untuk mengadakan demonstrasi bagi mendesak agar kes liwat anwar dibicarakan serentak di mahkamah syariah.masjid jamek seberang jaya penuh dengan ratusan ribu jemaah selepas solat jumaat !

mengikut laporan cnn,aljazeera,bbc dan suara yahudi online, dek kerana demonstrasi ratusan ribu di penang sebentar tadi, telah menyebabkan lebuhraya utara selatan (NKVE) telah jammed dan kenderaan didapati langsung tidak bergerak .perghh gila! mana pergi bloger penang ? megat pisau,dr novandri,pejuang bangsa,che wan dll ? apa lagi mari balun ! hahaha bloger jangan marah haa..gurau je.


****-------------------------------------***


Hahaha...


Tak marah.. tapi geram jek...


Apa citer ni,

DSAI kata, "Tangguh Tetap Tangguh!!"

Hulubalang2nya kata, "Lawan tetap Lawan...!!"


Apa2 aje lah, siapa yang akan 'Kantoi', kita tunggu je la...

Menahan Luka di Jalan Allah..






















Dengan Nama Allah SWT...




Abdullah bin Sahal ra dari Banu Abdul Asyhal bercerita, "Saya dan saudara saya ikut serta dalam perang Uhud. Kami kembali dari sana dalam keadaan terluka parah."

Tiba2 ada perintah dari Rasulullah untuk berangkat lagi mencari musuh yang masih tersisa. Lalu Abdullah ra bertanya kepada saudaranya, Rafi' bin Sahal ra, atau dia yang mengatakan kepada Abdullah ra, "Apakah kita akan tertinggal dari menyertai jihad bersama Nabi?"

Rafi' bin Sahal ra menjawab, "Tidak! (dan kita akan pergi untuk menyertainya)!" Lalu keduanya berangkat menuju suatu bukit yang bernama Hamraul Asad.

Abdullah ra berkata, "Demi Allah, pada waktu itu kami tidak mempunyai kenderaan apapun, lagi pula kami berdua dalam keadaan terluka parah. Namun demikian kami berdua tetap bertekad untuk menyertai Rasulullah." Lalu keduanya berjalan dan mereka saling memapah diantara satu sama lain.

Luka Abdullah ra tidak separah luka yang dialami oleh saudaranya. Oleh kerana itu, setelah berjalan beberapa lama, Rafi' ra kehabisan tenaga.

Maka bergilir2lah mereka berdua mendukung, Sebentar2 Abdullah ra mendukungnya dan sebentar2 Rafi' ra berjalan sendiri. Demikian keadaannya sehingga akhirnya mereka sampai juga di perkemahan kaum muslimin.




Maha Suci Allah SWT....!