Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Sabtu, 12 September 2009

Lailatul Qadar dan Doa Yang Dimakbulkan...

Salam Saudara2ku sekelian,
Ramadhan kian hampir berakhir. Inilah masanya yang seharusnya kita melipat gandakan amalan terutama ketika malam tiba. Apatah lagi akan tibanya suatu malam yang terlebih baik dari seribu bulan..


Banyak amalan sholeh yang dapat dilakukan pada malam2 yang penuh keberkatan ini, dan kita pun mengharapkan agar segala keberkatan dan kerahmatan itu akan kita perolehi dari Allah SWT. Maka dengan kerana itulah setiap amalan yang kita kerjakan itu hendaklah kita iringi dengan doa supaya diterima Allah.



Sesungguhnya berdoa itu adalah suatu amal yang penting pada kedudukannya dan mahal pula nilainya. Ia adalah pintu ibadah dalam memperhambakan diri kepada Allah dan memperlihatkan kerendahan jiwa kepadaNya.


Ini adalah jelas datangnya dari sabda Rasulullah saaw yang bermaksud: "Doa itu adalah otaknya ibadat." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).


Pengabdian atau ibadat yang dikerjakan tanpa berdoa adalah tidak berjiwa, tidak hidup dan bergerak. Ianya laksana tubuh yang tidak bernyawa – ada badan tetapi tiada dapat bergerak ke mana-mana.


Amalan berdoa digalakkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi pada Ramadhan, terutama pada Lailatul Qadar. Ia adalah malam paling mustajab berdoa, khususnya pada masa berlalunya separuh malam dan ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.


Sepanjang Lailatul Qadar adalah saat doa yang dimakbulkan. Maka perbanyakkan doa pada malam itu.


Dalam satu hadis, Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu jika aku tahu Lailatul Qadar itu, apakah akan aku bacakan dalamnya?




Jawab Baginda: "Bacalah "Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fuanni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini)." (Hadis riwayat al-Khamsah).


Ulama tasawuf yang juga ulama fekah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: "Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solah. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doa kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab."


Secara jelas dapat diperhatikan bahawa Rasulullah saaw amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah.


Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doa dikabulkan Allah.


Tuhan selalu membuka pintu untuk hambaNya mengadu, memohon dan berdoa kepadaNya. Ini jelas daripada firmanNya bermaksud: "Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah al-Baqarah, ayat 186).


Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaNya, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam dengan hina." (Surah al-Mukmin, ayat 60).




TANDA-TANDA LAILATUL QADAR


Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih dari seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah saaw dalam beberapa hadis yang sahih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah saaw telah bersabda dalam hadis daripada Abu Hurairah yang ertinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahawa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.


Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saaw telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya: Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa.

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi saaw bahawa baginda telah bersabda yang artinya: Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit.

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah saaw telah bersabda yang artinya: Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah saaw telah bersabda yang artinya: Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.



Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT. dan

2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul. dan

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.




Wallahu a'lam. Wassalam.

Jumaat, 11 September 2009

Bukan Islam Dianjurkan Berpuasa... Boris Johnson.

Salam buat Saudara2ku sekelian,

Saya tertarik hati dengan sebuah berita pada beberapa hari yang lalu.



Menurut sebuah akhbar, Datuk Bandar London, Boris Johnson membuat suatu kenyataan ketika melakukan lawatan ke sebuah masjid dan Pusat Islam London.

Bagi meningkatkan pengetahuan terhadap penganut Islam, Johnson menggalakkan orang ramai yang bukan beragama Islam turut berpuasa selama satu hari dalam bulan Ramadan.



Dia berkata, penganut 'di ibu kota itu 'mencabar pandangan tradisional mereka' dengan cuba menjadi sebahagian daripada komuniti arus perdana.

"Itulah sebab kenapa saya menggesa orang ramai, terutamanya dalam Ramadan supaya mengenali lebih lanjut mengenai Islam, tingkatkan pemahaman anda dan pembelajaran (agama Islam), malah berpuasa satu hari dengan jiran Muslim anda serta berbuka puasa di masjid tempatan.

"Saya akan berasa amat terkejut jika anda tidak menemui bahawa anda (sebenarnya) berkongsi banyak persamaan," kata Johnson. - Agensi







JOHNSON



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ulasan dari saya;


Orang bukan Islam di luar sana cuba mencari persamaan di antara Muslim dan Bukan Muslim, tetapi Orang Islam di dalam negara Islam sendiri sekarang ni sedang aasyikkkk mencari perbezaan di antara sesama Muslim. Apa citer??

Marilah kita duduk berFIKIR bersama2...

Rabu, 9 September 2009

Mari 'Ganyang Malingsia'.... Gempa apakah ini??




JAKARTA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Penuntut Malaysia di sini Selasa ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.



Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.



Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.



Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.



Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.



Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.



Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.



Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.



Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".



Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.



Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.



Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.



-- BERNAMA



---------------------------------------------------------------




Komen saya adalah,

Saya hanya ingin menarik perhatian saudara2ku sekalian terhadap peristiwa gempa yang telah terjadi di Jakarta dan Jawa Barat. Sudah pun genap seminggu kejadian itu terjadi namun masih belum ada juga datangnya bantuan dari kerajaan Indonesia, atau mungkin kedatangannya terlalu perlahan. Mestinya saudara2 tertanya2 apakah kaitannya kejadian gempa ini dengan peristiwa yang saya petik diatas??


Mengapakah begitu lambatnya bantuan tiba? Sedangkan rakyat sangat mengharapkannya kerana hari raya pun bukannya lama lagi. Meskipun bantuan makanan, pakaian dan selimut dilapurkan mencukupi tetapi mereka masih perlukan bantuan untuk memulakan hidup baru. Apakah halnya jika mereka hanya beraya tanpa adanya tempat berteduh? Sanggup pula kerajaan Indon ini mengabaikan rakyat mereka yang menjadi mangsa gempa ini... Agaknya mereka2 yang berkenaan ini terlalu sibuk dengan kempen "Ganyang Malingsia" kuttt!!!!!!


Ganyang Malingsia lebih penting agaknya daripada membantu rakyat mereka yang sedang di timpa musibah itu. Kata mereka harga jati diri mereka akan 'naik' lah jika terus berteriak2 "ganyang malingsia". Harga diri yang dicalar oleh jiran ini patutlah diutamakan dulu. Begitulah mungkin yang sedang mereka fikir2kan...


Sanggup buang kederat dan masa untuk daftar diri dalam program 'ganyang malingsia', tapi sekelumit pun tiada perasaan terhadap mangsa gempa yg benar-benar memerlukan bantuan.



Sanggup berjiwakan berani mati, harga jati dirilah kononnya tu, dalam 'mengganyang malingsia', tapi sekelumit pun tiada perasaan berani mati dan harga jati diri terhadap mangsa gempa yg benar-benar memerlukan bantuan.


Sanggup menongkah arus laut selat melaka, mahupun naik airasia sekiranya mampu, untuk datang ke sini dalam misi 'ganyang malingsia',

 
 
 
...tapi mangsa gempa yang sepelaung jaraknya dari mereka pun berat saja kaki nak sampai......
 
 
 
Mengapa boleh jadi begini??
 
 
Salah siapakah ini?

Selasa, 8 September 2009

Tanpa Iman, Kejayaan di Dunia adalah Kebinasaan di Akhirat...!



Dengan Nama Allah SWT...


Salam Alaikum,

Wahai saudara2ku sekalian, semoga Allah SWT sentiasa merahmati kalian..



Ketahuilah,


Jika engkau yakin bahawa tanpa adanya usaha atas kebendaan, manusia akan binasa, maka engkau akan menjumpai bukti2 yang akan menyokong keyakinanmu itu. Selanjutnya engkau akan bertambah meyakininya dan menghabiskan waktu untuknya. Namun demikian kaum2 terdahulu juga telah mengusahakannya malam dan siang. Ternyata kejayaan mereka itu kini telah menjadi sebahagian dari masa lalu.



Jika engkau yakin bahawa untuk sampai kepada kejayaan yang hakiki tidak ada cara lain selain menjadikan usaha atas iman teratas dari segala usaha kebendaan, maka engkau akan menjumpai banyak hal yang akan menambah keyakinanmu. Selanjutnya engkau akan bertambah yakin dengannya dan menghabiskan hidupmu untuknya. Dan inilah jalan dimana kejayaan akan menjadi sebahagian dari masa depan.



Sesungguhnya para sahabat Rasulullah telah membuktikan bahawa kebendaan datang setelah mereka berkorban habis-habisan demi iman mereka. Dan ketika keduniaan datang kepada mereka seperti air yang ditumpahkan dari langit, maka sebahagian dari mereka menangis kerana mereka bimbang jangan2 sebahagian kejayaan masa depan mereka akan menjadi sebahagian dari masa lalu.





Saudara2ku yang dikasihi,



Rasulullah saaw memberi kebendaan kepada orang2 yang masih lemah imannya dan beliau tidak memberi sedikitpun darinya kepada orang2 yang kuat imannya yang telah menolongnya dalam banyak keadaan. Sebagai ganti dari kebendaan, beliau menyerahkan dirinya sendiri kepada mereka, tinggal dan dikebumikan dimana mereka dilahirkan.



Yang sedemikian itu adalah kerana Rasulullah saaw memahami bahawa kepemilikan keatas kebendaan itu merupakan taraf penilaian bagi orang yang keyakinannya belum cukup sempurna. Adapun orang yang kuat iman dan benar keyakinannya terhadap agamanya, maka cukuplah bagi mereka memiliki Allah dan rasulNya!




Kaya tidak semestinya dengan memiliki kebendaan. Buktinya, betapa banyak orang yang dapat menikmati berbagai makanan yang lazat2 tanpa harus memiliki tanah, sawah dan ladang. Betapa banyak orang yang dapat pergi kemana saja, padahal mereka tidak memiliki satupun kendaraan darat, laut dan udara. Dan betapa banyak orang yang memiliki ilmu, padahal mereka tidak mempunyai tv, komputer dan benda2 lain yang seumpama dengan itu.






Saudara2ku yang dimuliakan Allah SWT,



Dunia merupakan lumpur sehingga kaki2 mudah tergelincir. Dunia (juga) merupakan satu rumah kehinaan. Puncak kemajuan dunia adalah kebinasaan, para penghuninya harus pergi ke alam kubur seorang diri, perjumpaannya berakhir dengan perpisahan, kelapangannya ditujukan ke arah kesempitan, kelebihannya mendatangkan kesusahan dan kekurangannya membawa kepada kemudahan.



Jadi wahai saudara2ku, bertumpulah selalu kepada Allah SWT dan puas hatilah dengan rezeki yang diberikanNya. Jangan meminjam apa2 dari simpananmu di akhirat demi dunia. Yang demikian adalah kerana kehidupan di dunia seumpama bayang2 yang tidak lama lagi akan lenyap. Dan kehidupan dunia itu ibarat satu dinding yang sudah goyang (miring) yang segera akan runtuh. Oleh kerana itu, perbanyakanlah amal sholeh dan kurangkanlah berangan2.



Perumpamaan dunia ketika ini seumpama sebuah kedai yang akan ditutup kerana bangkrup, dimana pemiliknya menjual barang2nya dengan harga murah. Maka siapa saja yang memahami tahapan suatu kebangkrupan, dia akan menyedari bahawa dunia ketika ini adalah berada pada tahap itu, demikianlah keadaannya sehingga hal2 yang masih tersimpan pun dikeluarkan dan diperlihatkannya.



Dunia akan bangkrup. Dan jika tiba masanya dimana dunia benar2 bangkrup, maka setiap orang juga akan bersamanya dalam kebangkrupan. Sesungguhnya, tidak akan ada yang berjaya kecuali orang2 yang hatinya tidak terpaut dengan dunia!



Maha Suci Allah SWT..


Wallahu a'lam.

Ahad, 6 September 2009

Suami Isteri diTangkap kerana Tak Puasa..

faizal.nazaruddin@kosmo.com.my



MUSTAFA KAMAL  (tengah) memberi penerangan   kepada pasangan suami isteri yang  ditahan kerana tidak puasa di Kangar semalam.



KANGAR - Sepasang suami isteri sanggup menjamu selera di sebuah restoran Cina, di sini bagi mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa gara-gara tidak berpuasa.



Bagaimanapun, taktik mereka itu tidak menjadi apabila diberkas sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) pagi semalam.



Ketua Penolong Pengarah (Pendakwaan) Jaips, Mustafa Kamal Mohd. Taibberkata, pasangan tersebut pergi ke restoran itu untuk bersarapan kerana tiada gerai Islam yang membuka perniagaan pada waktu itu.



"Ketika kami serbu, lelaki berusia 24 tahun dan isterinya berusia 25 tahun sedang minum sementara menunggu makanan yang dipesan.



"Selain pasangan ini, ada lima hingga enam pelanggan Islam di restoran itu tetapi mereka sempat melarikan diri," katanya.



Menurut Mustafa Kamal, apabila ditanya kepada pasangan itu kenapa tidak berpuasa, alasan yang diberikan ialah tidak makan sahur.



--------------


Muka tak tahu malu dan sungguh memalukan...

Taukeh Cina senyum2 saja...

Beginilah keadaan umat Islam pada hari ini...

Salah siapakah ini??