Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Rabu, 10 Jun 2009

Mengenal Ulama Akhirat...


gambar sekadar hiasan..











Salam Alaikum,

Saudara2ku yang dikasihi, hari ini telah kita dengar banyak suara2 yang kedengarannya mengkondem para ulama. Rasa tidak puas hati terhadap para ulama ini telah mengakibatkan rasa kurang selesa buat sesetengah pihak. Ini bakal menimbulkan suasana yang tidak baik dikalangan masyarakat umum. Hari ini izinkan saya untuk kita menilai semula siapakah ulama yang sebenar2nya.. Agar dengan sedikit pengentahuan ini, dapatlah kita memelihara lidah kita yang celupar ini dari menanggung dosa akibat mengeji ulama waris para ambiya..


Menurut Imam Al-Ghazali rahmatullah alaih telah berkata, ulama yang mementingkan 'keduniaan' adalah lebih buruk berbanding dengan orang2 yang jahil dari sudut 'kemasyarakatan' dan dia akan 'terperangkap' dalam azab yang lebih pedih berbanding si jahil. Ulama yang berjaya dan cemerlang dan yang hampir dengan Allah swt. ialah Ulama Akhirat yang mempunyai beberapa tanda pengenalan;




  1. Tidak mencari dunia dengan ilmunya yakni yang menjadikan ilmu agamanya itu untuk mencapai kesenangan hidup dunia.
  2. Perbuatannya tidak bercanggah (bertentangan) dengan percakapannya, yakni setiap perkataan yang lahir dari lidahnya, dia sendiri bisa mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya.

  3. Dia menyibukkan dirinya dalam ilmu yang memberi manafa'at di akhirat dan menguatkan semangat untuk mengerjakan amalan-amalan yang baik. Dia mengelakkan diri daripada ilmu yang tiada bermanafa'at atau kurang bermanafa'at bagi dirinya di akhirat.

  4. Dia tidak memberi perhatian kepada makanan dan minuman yang enak-enak. Dia bersederhana dalam hal tersebut.

  5. Dia menjauhi sultan-sultan dan ahli-ahli kerajaan. Sepatutnya sultan dan ahli kerajaan yang menemui ulama untuk meminta nasihat.

  6. Tidak tergesa-gesa mengeluarkan fatwa. Biasanya fatwa yang di keluarkannya adalah muktamad.

  7. Dia sangat mementingkan ilmu Tasauf (ilmu kebersihan jiwa).

  8. Keimanan dan keyakinannya sentiasa terkait dengan Allah dan dia memelihara kepentingannya. Maksudnya, lidahnya terpelihara dari ucapan yang salah sewaktu di timpa bencana atau pun sewaktu menerima ganjaran dunia.

  9. Setiap kelakuannya dan diamnya sentiasa mencerminkan perasaan takut terhadap Allah SWT yakni dia bersifat tenang, berperibadi mulia dan rendah diri.

  10. Sentiasa mempersoalkan amalan agamanya. Amalan yang mana di benarkan syariat dan yang mana tidak. Amalan yang mana paling penting untuk di amalkan dan yang mana pula perlu di tinggalkan. Dan sentiasa memerhatikan perkara2 yang bisa merosakkan amalannya.

  11. Dia meneliti (mengkaji) ilmu yang baru di terimanya secara mendalam. Maksudnya, dia tidak akan menerima pendapat seseorang hanya kerana ramai yang menyokong atau bersetuju dengan orang tersebut selagi pendapat tersebut belum di pastikan 'benar dari Rasulullah saaw. dan para sahabat beliau'.

  12. Dia bersikap keras terhadap bida'ah dan menjauhkan diri darinya, sekalipun orang ramai sepakat mengamalkan perkara bida'ah tersebut..




Demikianlah secara ringkas apa yang di sampaikan Imam Ghazali rah. alaih. dari kitabnya 'Ihya Ulumuddin' terjemahan 'Jiwa Agama'.



Wallahu a'lam.



Sekian. Wassalam

Sabtu, 6 Jun 2009

Kini Ulama pun sudah Pandai Melobi ka.....?

Oleh Umi Wahida




Sedihnya saya tidak terhingga.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS apabila sesebuah dewan itu melobi jawatan secara terbuka seperti yang kita telah lihat semalam.

Dilaporkan bahawa:

“Ulama mahu tiga jawatan teratas PAS . Jimadie Shah Othman Jun 4, 09 2:20pm kemas kini 8.22pm"

Dewan Ulama PAS hari ini meluluskan usul supaya jawatan presiden, timbalan dan satu daripada tiga naib presiden parti itu diperuntukkan kepada golongan ulama dalam usaha memantapkan golongan itu yang kian dipertikaikan.
Usul Dewan Ulama Terengganu itu dibuat atas dasar ulama telah mempelopori penubuhan PAS dan menerajui kepemimpinan ulama sejak 27 tahun lalu - apabila era Datuk Asri Muda yang dianggap nasionalis ditumbangkan pada 1982.”
Saya tak tahu nak kata apa. Sekiranya ulama di dalam PAS dipertikaikan, bukankah sepatutnya dilihat apakah yang telah dipertikaikan? Adakah Dewan Ulama di dalam PAS merasakan mereka adalah maksum dan tidak boleh dikritik dan dipersoalkan?
Maka, reaksi awal kepada kritikan dan cadangan kepada para ulama di dalam PAS adalah untuk menghadkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden 1 kepada ulama?
Bukankah sepatutnya pada ulama di dalam PAS memuhasabah diri terlebih dahulu dan menilai kesemua kritikan yang telah diberikan kepada ulama. Bukankah kritikan itu satu bentuk nasihat?
Adakah penghadan ketiga2 jawatan tersebut dapat menjamin para ulama PAS tidak akan dikritik lagi? Saya tidak faham. Apa tujuannya untuk menghadkan ketiga-tiga jawatan berkenaan kepada Ulama lebih2 lagi dalam keadaan ulama kian dipertikaikan?
Bukankah ini satu tanda kesombongan. Apabila dikritik dan disoal, maka reaksinya adalah untuk menghadkan kritikan dan pertikaian dengan memastikan jawatan hanya untuk ulama?
Setau saya usul kepimpinan ulama ini telah datang dari Pemuda PAS Pusat pada tahun 1982. Ertinya, ia tidak pernah datang dari Dewan Ulama itu sendiri.

Dengan usul terbaru ini, jelas para ulama dalam PAS lebih senang melobi untuk jawatan dari berusaha membetulkan keadaan dan diri mereka sendiri.
Kalau Saidina Umar RA sendiri boleh dikritik di khalayak ramai tapi beliau tidak pernah marah dan berdendam, adakah Dewan Ulama PAS merasakan diri mereka lebih baik dari Saidina Umar?
Sedihnya saya apabila jawatan menjadi objektif utama Dewan Ulama sekarang ini. Tidak pernah pun kita dengar sepanjang perbahasan berkenaan ”output” dari Dewan Ulama. Apakah hasil dari Dewan Ulama yang boleh dibanggakan oleh ahli dan penyokong PAS sepanjang 15 tahun kebelakangan ini?
Tidakkah itu satu persoalan yang lebih penting untuk diperbahaskan? Bagaimana Dewan Ulama PAS dapat menyumbang kepada kemenangan PAS? Bukannya mempersoalkan tindakan ahli2 yang tidak menyukai jalinan hubungan dengan UMNO yang pernah dicuba itu?
Saya tak tau la apa hendak jadi pada parti apabila ada segolongan dalam PAS yang merasakan diri mereka maksum dan berada di atas syariat? Mereka merasa mereka tidak boleh dikritik dan dipertikaikan. Dan yang lebih menyedihkan, apabila dikritik, bukannya hendak bermuhasabah, tetapi reaksi terawal adalah untuk meminta jawatan.
Ulama yang benar-benar layak tidak perlu meminta jawatan. Contoh terbaik adalah Tok Guru Nik Aziz sendiri yang telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan MB. Malahan, pada awal penubuhan kerajaan Kelantan 1990, beliau dengan jelas menyatakan beliau hanya mahu jawatan Speaker sahaja.
Tetapi ahli dan penyokong yang menjulang beliau kerana beliau mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk memimpin. Hasilnya, beliau memimpin Kelantan selama 4 penggal berturut-turut dan telah mengalahkan 4-6 Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.
Kenapa hendak melobi? Biarkanlah ahli menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak. Ulama yang benar-benar layak dan mempunyai kriteria ulama yang sebenar akan dinaikkan oleh ahli dengan mudah.
Usul ini juga merisaukan saya kerana usul ini tidak menyatakan kriteria ulama yang mahu dijadikan pemimpin itu.
Kalau mengikut Perlembagaan PAS, kriteria hanyalah mereka yang belajar dalam institusi2 pengajian tinggi dalam bidang agama sahaja sudah melayakkan seseorang itu menjadi ulama di dalam PAS.
Ertinya, faktor taqwa, akhlak, khauf kepada Allah SWT tidak menjadi isu. Hanya cukup seseorang itu berkelulusan agama dari mana2 institusi agama ( Walaupun lulusan KIK seperti Harussani Zakaria) sudah melayakkan seseorang menjawat jawatan dalam parti dan menjadi ulama dalam PAS?
Adakah ini adil? Adakah ini melambangkan Islam? Adakah ini yang diaajar oleh Nabi SAW yang jelas melarang tindakan meminta-minta jawatan?
Fikir-fikirkanlah wahai saudara2ku sekelian...


Rabu, 3 Jun 2009

Apalah Indahnya Menjadi Pemimpin?





Apalah indahnya engkau menjadi pemimpin
Orang yang disekelilingmu bukannya setia
Hormatnya kepadamu hanya pura-pura
Kasihnya kepadamu hanya dibuat-buat sahaja
Di hadapanmu terhangguk-hangguk
Di belakangmu mengutuk-ngutuk


Beginilah jadinya kerana engkau memimpin untuk dirimu sendiri
Bukannya kerana Allah yang menjadikan dirimu
Kerana itulah pengikutmu yang mengikutmu ada kepentingan juga
Mereka pura-pura taat kerana inginkan sesuatu daripadamu
Sebagaimana kamu yang memimpin untuk mendapatkan sesuatu buat dirimu
Kerana itulah pemimpin macam kamu ramai sekali di dunia ini


Apabila jawatan sudah tidak ada lagi
Aduh! Ramai sekali orang2 yang disekelilingmu lari
Kini tinggallah engkau keseorangan,
seolah-olah tiada orang yang mengenalimu
Engkau berjalan seorang diri
Tiada siapa yang peduli
Barang bawa sendiri
Semuanya engkau urus sendiri



Di waktu engkau memimpin dahulu engkau tinggalkan Tuhanmu
Kerana itulah Tuhan membiarkan orang meninggalkanmu
Apalah indahnya menjadi pemimpin begini
Di dunia lagi sudah nampak terhinanya
Di Akhirat kelak apatah lagi...

Isnin, 1 Jun 2009

Marilah Menuju Kemenangan...!




Bercerita tentang kemenangan,


Janganlah kita melihat kemenangan itu pada satu-satu sudut sahaja. Kemenangan itu perlu dilihat secara global. Pertama sekali kita perlu ketahui bahawa, ada dua jenis kemenangan yakni kemenangan di dunia dan kemenangan di akhirat. Maksudnya di sini, kemenangan juga boleh kita perolehi di dunia, tetapi ianya hanyalah bersifat sementara sahaja dan kemenangan yang kita dapat di akhirat pula adalah kekal abadi. Jadi kita bolehlah memilih mana satu yang kita sukai, atau jika mampu kita dapatkanlah kedua-duanya sekali.

Mari kita ceritakan dahulu tentang kemenangan di dunia.




Kemenangan di dunia ini terbahagi kepada dua, ada kemenangan berbentuk lahiriah dan ada kemenangan berbentuk batiniah atau rohaniah. Yang lahiriah itu lebih berbentuk material seperti mendapat kuasa kerajaan, menang perang ataupun mendapat harta. Yang rohaniah pula adalah seperti meningkatnya iman, boleh khusyuk dalam sholah, merasa berdosa, dekat dengan Allah SWT dan tenang dengan masalah dunia. Kemenangan lahiriah tiada jaminan Allah SWT. Kemenangan lahiriah adalah nikmat Allah SWT yang belum tentu disertai dengan RahmatNya. Kemenangan lahiriah boleh jadi Allah SWT beri atas RahmatNya dan boleh jadi juga berlaku secara istidraj atau dalam kemurkaanNya. Manakala kemenangan rohaniah sudah pasti berlaku atas Rahmat dan Kasih Sayang Allah SWT. Ia disebut juga sebagai Al Jannatul ‘ajilah atau Syurga Yang Disegerakan. Kemenangan rohaniah ada jaminan selamat dari Kemurkaan Allah SWT. Itu sebabnya dalam hendak mengusahakan kemenangan, eloklah diusahakan kemenangan rohaniah terlebih dahulu. Ataupun setidak-tidaknya, dua-dua itu hendaklah berjalan seiringan.


Sekarang bercerita tentang kemenangan di akhirat pula,


Ianya adalah anugerah Allah SWT atas kemenangan rohaniah yang kita telah perolehi di dunia. Lazimnya, orang yang mendapat kemenangan rohaniah di dunia, sudah Allah SWT sediakan kemenangan di Akhirat. Kemenangan di akhirat ini boleh diberi contoh, seperti mendapat keampunan Allah SWT, dilepaskan daripada azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Kemenangan di akhirat adalah kemenangan hakiki. Kemenangan yang selalunya diperkatakan Allah SWT dalam Al-Quran banyak menjurus kepada kemenangan di Akhirat. Kemenangan di Akhirat inilah yang sepatutnya menjadi cita-cita setiap hamba Allah SWT di muka bumi ini.



Wallahu a'lam.

Khamis, 21 Mei 2009

Kami Perlukan Seorang Pemimpin Yang SEJATI.....!



Jika dulu, para sahabat r.hum sangat takut untuk dipilih menjadi seorang pemimpin, tetapi sekarang, ada banyak orang berlumba-lumba ingin menjadi pemimpin. Semua mengaku terbaik!







Benarlah sabda Rasulullah saaw ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:


"Sesungguhnya kalian nanti akan sangat berkeinginan terhadap kepemimpinan, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).



Memilih pemimpin bukanlah perkara mudah, sebab yang terpilih itulah yang akan membawa label pemimpin rakyat untuk membuat dan menjalankan tugas2 penting yang menentukan nasib jutaan jiwa umat. Suka atau tidak, mereka yang terpilih itulah yang kemudian akan mencatat tinta sejarah di negera ini. Meskipun catatan itu masih menjadi tanda tanya, adakah akan menjadi tinta emas yang senantiasa dikenang atau tinta hitam yang senantiasa diratapi. Mampukah ia menjadi pemimpin sejati, atau justru menjadi pemimpin yang menghianati amanat rakyat.




Pemimpin merupakan lambang kekuatan, keutuhan, kedisiplinan dan persatuan. Namun harus kita sedari juga bahawa pemimpin bukanlah hanya sekadar lambang. Kerana itu, ia memerlukan potensi, kelayakan dan aktiviti yang baik untuk memimpin bawahannya.




Melihat kepada prinsip kepemimpinan, sebagai seorang Muslim, tentu tidak boleh sambil lewa dalam memilih pemimpin. Jangan sampai seperti memilih kucing dalam karung atau seperti memilih terung di pasar malam.








PERANAN SEORANG PEMIMPIN



Menurut perspektif Islam ada dua peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin:

1. Pelayan (khadim)


Pemimpin adalah pelayan bagi pengikutnya. Seorang pemimpin yang dimuliakan orang lain, belum tentu hal tersebut sebagai tanda kemuliaan. Kerana pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dapat berkhidmat dan menjadi pelayan bagi kaumnya. Seorang pemimpin sejati, mampu meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan orang-orang yang dipimpinnya. Dia menafkahkan lebih banyak, dia bekerja lebih keras, dia berfikir lebih kuat, lebih lama dan lebih mendalam dibanding orang yang dipimpinnya. Demikianlah pemimpin sejati yang dicontohkan Nabi saaw. Bukan sebaliknya, yakni pemimpin yang selalu ingin dilayani, selalu ingin mendapatkan dan mengambil sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya.

2. Pemandu (muwajjih)

Pemimpin adalah pemandu yang memberikan arahan pada pengikutnya untuk menunjukkan jalan yang terbaik agar selamat sampai di tujuan tentu saja itu akan tercapai dengan sempurna jika di bawah naungan syariat Islam.





WATAK PEMIMPIN DALAM ISLAM

Perlu disedari, dalam memilih pemimpin ada tanggung jawab yang akan dipikul di hadapan Allah terhadap pilihan kita. Di sinilah pentingnya seorang pemilih mengenal calon pemimpinnya. Agar dapat mengetahui kesesuaiannya dengan karakter pemimpin ideal yang diatur oleh Islam. Kalau ternyata sesuai, maka jangan segan memberikan suara.


Di antara sifat-sifat pemimpin dalam Islam, yaitu:

1. Jujur


Pemimpin Islam haruslah jujur kepada dirinya sendiri dan pengikutnya. Seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh terbaik. Pemimpin yang perkataan dengan perbuatannya sentiasa sejalan.

2. Berkeyakinan


Yakin dalam bidang yang sedang disandangnya. Orang akan mengikuti seseorang jika ia benar-benar meyakini bahawa orang yang diikutinya benar-benar tahu apa yang sedang diperbuatnya.

3. Tenang


Seorang pengikut akan merasakan 'aman' jika pemimpinnya membawanya pada rasa nyaman dan menimbulkan rasa optimis seburuk apa pun situasi yang sedang dihadapi.

4. Sabar


Pemimpin Islam haruslah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan.

5. Rendah hati


Seorang pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah hati. Tidak suka menampakkan kelebihannya (riyak) serta tidak merendahkan orang lain.

6. Musyawarah


Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri. Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa'di—rahimahullah—mengatakan, "Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya—padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak idenya, "Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu." (QS. Ali Imran: 159). Maka bagaimana dengan yang selain beliau?

7. Mampu berkomunikasi dengan rakyatnya


Memiliki pengentahuan yang luas serta ada rasa simpati dan sensitif yang baik terhadap mereka yang dipimpinnya, pada akhirnya akan melahirkan seorang pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan baik kepada rakyatnya. Komunikasi yang baik kepada rakyatnya bukanlah sekadar kemampuan retorik yang baik, tetapi juga kemampuan dalam memilih hal yang akan dilontarkan kepada umum serta sasaran yang tepat dalam melontarkannya. Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi yang jauh dari sikap emosional. Dan yang terpenting dari semua itu adalah sang pemimpin akhirnya mampu mengambil sebuah keputusan yang tepat dalam sebuah keadaan yang memang diperlukan oleh rakyat yang dipimpinnya.





RAHSIA KEKUATAN PEMIMPIN

1. Kekuatan iman, ilmu, dan wawasan yang luas


Seluruh nabi dan rasul memimpin dengan kekuatan iman dan ilmu. Nabi Sulaiman as memerintah hampir seluruh makhluk (seperti jin, binatang, angin) dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Nabi Muhammad saaw dapat menyelesaikan berbagai masalah dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Dengan ilmu dan iman seorang pemimpin sanggup memimpin dirinya (seperti memimpin matanya, hatinya, lidahnya, fikirannya dan hawa nafsunya) sebelum memimpin orang lain.

2. Ibadah dan taqarrub kepada Allah.


Ibadah dan banyak bertaqarrub kepada Allah, dapat melahirkan kewibaan, ketawadhoan, kesabaran, optimisme, dan tawakkal. Ibadah dan taqarrub juga akan melahirkan kekuatan rohaniyah yang dahsyat.

3. Keteladanan.


Ketika Rasulullah saaw mengajak berjihad, beliau bertempur paling depan, bersedekah paling ringan dan hidup paling bersahaja. Ketika Rasulullah saaw menyuruh bertahajud, beliaulah yang kakinya bengkak kerana banyak bertahajjud. Ketika Rasulullah saaw menghimbau umatnya untuk berhias dengan akhlak mulia, beliaulah manusia yang paling mulia akhlaknya.

WATAK PENGIKUT DALAM ISLAM

1. Taat


Seorang pengikut harus patuh kepada pemimpin. Setelah pemimpin dipilih melalui jalan musyawarah maka wajib bagi pengikutnya (yang menang dan yang kalah untuk taat kepadanya, kecuali sang pemimpin telah melanggar ketentuan Allah dan membuat kerosakan).

2. Teguh dan berpengentauan


Seorang pengikut harus teguh dan berpengentahuan dalam mengikuti kepemimpinan seseorang. Islam tidak mengajarkan suatu ketundukan yang membuta tuli atau sekadar ikut-ikutan.





PENUTUP


Bagi pemimpin dan calon pemimpin masa depan, amanah yang Anda pikul bukanlah suatu kemegahan dan kebanggaan. Bahkan demi mengingat beratnya beban amanah, Khalifah Umar bin Khaththab memberikan sebuah ungkapan, "Saya sudah cukup senang jika dapat keluar dari dunia ini dengan bebas; tidak mendapat dosa dan tidak pula mendapat pahala."

Maka jadikanlah janji Allah memasukan pemimpin yang adil dalam surgaNya sebagai sumber tenaga hidup Anda.

Dan bagi yang akan memberikan pilihan dan selanjutnya akan dipimpin, sedarilah bahawa kesempatan kita hanya sekali untuk melakukan pilihan dengan tepat. Setelah itu, kemampuan kita dalam menentukan arah kepemimpinan tidak sekuat sebagaimana ketika kita sedang membuat pilihan. Setidaknya, kita telah berusaha melakukannya. Dan yang pasti, pilihan kita akan kita pertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.

Oleh kerana itulah, kita dihari ini sangat memerlukan rakyat jelata dari kaum muslimin yang mampu menentukan pilihannya secara cerdas dan tepat.




Wallahu a'lam. Wassalam.




dipetik dari pelbagai sumber...