Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

Sabtu, 23 Ogos 2008

Bila Memilih Wakil Rakyat Atas Sunnah Yahudi....



Dalam keghairahan memilih pemimpin , rakyat jelata di negara ini hanya disediakan satu wadah yang muktamad untuk memilih pemimpin . Suka atau pun duka hanya satu pilihan sahaja yang disediakan . Pemimpin yang lahir hasil dari ideologi ciptaan manusia. Melalui undi pilihanraya. .

Tidak ada pilihan kedua, ketiga , keempat atau pun kelima . Hanya satu sahaja. Yakni memilih pemimpin mengikut sunnah Yahudi melalui undi pilihanraya . Samada memilih parti pemerintah atau berpaling tadah memilih parti pembankang . Kedua-duanya untuk memilih pemimpin bagi tempoh 5 tahun sebagaimana syarat dalam pilihanraya umum.

Walhasil kedua-dua watak pemimpin meski pun dari parti yang berbeza namun dari segi minda, akhlak dan ideologi hampir sama . Kalau ada jurang pun hanya teramat sedikit .Berdasarkan pada perbezaan jantina, pendidikan dan lokasi yang berbeza.

Kedua-dua pemimpin dari parti apa pun yang menang lazimnya akan memburu harta , kuasa dan wanita. Tanpa mengira dari parti apa pun . Samada dari parti Penyamun Tarbus , parti Haji Bakhil, parti musang berbulu ayam , parti musang berjanggut .atau pun parti pisau cukur.

Akhirnya rakyat juga yang tertipu . Ingat parti musang berjanggut pilihan yag terbaik dari parti pisau cukur . Tapi bila makin lama parti musang berjanggut memerintah , nasib rakyat makin lama makin hampeh. Ibarat sang tikus membaiki labu . Bukan nasib labu yang makin baik tetapi labu pula yang menjadi santapan sang tikus.

Itulah nasib rakyat yang memilih pemimpin yang berteraskan kepada ideolgi ciptaan manusia . Tuhan tidak di bawa bersama. Apatah lagi untuk menjadi sebagai kawan sejati . Tuhan hanya diingati bila manusia berada dalam kesusahan , penderitaan atau kekecewaan . Bila senang , hidup mewah , rasa riang ria , Tuhan makin lama makin dilupakan .

Jadi rakyat harus bijak dalam memilih pemimpin . Jangan memilih pemimpin berdasarkan pada sunnah Yahudi tapi pilihlah pemimpin berdasarkan pada sunnah Nabi .Maksudnya jangan memilih pemimpin berdasarkan pada undi pilihanraya tetapi pilihlah pemimpin yang berdasarkan pada ilmu Islam , iman dan taqwa.

InsyaAllah rakyat jelata akan mendapat bantuan yang mencurah-curah dan rezeki yang tidak dijangka jika memilih pemimpin pada ilmu , iman dan taqwa. Bagaimana caranya ?

Bukan melalui kaedah mengundi tetapi melalui kaedah tarbiah wal dakwah pada diri , keluarga dan masyarakat . Seterusnya kearah pembentukan jemaah Islam . Pilihlah jemaah Islam yang diyakini dapat membawa ilmu, iman dan taqwa seperti mana yang dilalui oleh Rasululah saw dan para sahabat-sahabatnya dalam berdakwah pada masyarakat Arab jahiliah . .

Dengan adanya pemimpin yang dapat memandu rakyat jelata pada Jalan Tuhan , maka rakyat akan mendapat jalan selamat di dunia dan di akhirat.

Wahai Tuhan kami , bantulah kami dalam mencari pemimpin yang Engkau redhai dan bukannya pemimpin yang dalam kemurkaan Mu . Pemimpin yang menipu rakyat untuk kesenangan diri mereka serta pada sanak keluarga mereka .


Penyelamat Umat Itu bakal Datang, Tidak Lama Lagi....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..