Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Ahad, 27 Mac 2011

Konsep seIzin Allah SWT..

















Dibawah ini adalah petikan tulisan aku ketika berada di sebuah forum dari Indonesia...




Salam buat semua,

Daripada tulisanku sebelumnya yakni tentang konsep 'seizin Allah' telah melahirkan salah pengertian kepada ken, djarotiodius dan rekan2 yang lainnya. Ini tidaklah menghairankan kerna kesalahfahaman ini juga sering terjadi pada umat islam sendiri yang kurang ilmunya tentang ketuhanan. Bukan pula aku mahu mengatakan aku ini orang yang berilmu, tetapi untuk memahami konsep ketuhanan ini memerlukan daya fikir yang tinggi dicampur dengan keimanan yang teguh.

Dalam tulisanku kali ini aku mahu menjuruskan hal yang nampaknya di salah mengertikan itu.

Jumaat, 18 Mac 2011

Laaa.... Ingatkan Ultraman hebat sangat....!







Salam Alaikum semua pembaca blog ni, ketemu lagi kita diarena maya ini. Nampaknya aku ada kiriman terbaru buat korang, tapi bukannya apa-apa pun, sekadar mengulas sesuatu yang telah pun menjadi topik hangat dikalangan korang semenjak dua menjak ni.

Telah heboh diperkatakan tentang terbitnya sebuah kartun dalam Berita Harian, sebuah akhbar utama Malaysia, kartun yang telah dilukis oleh Zoy, juga seorang pelukis yang terkemuka di Malaysia. Karakator yang dilukisnya itu mengambarkan Ultraman, yakni sebuah watak superhero utama rakyat Jepun yang cuba melarikan diri dari tertimpa bala bencana tsunami yang baru-baru ini telah melanda Jepun. Lukisan inilah yang telah menyebabkan ramai rakyat negara ini memandang secara serius dengan mengatakan ianya adalah sesuatu perlakuan pelukisnya yang tidak bermoral, tak perihatin, mengambarkan suatu penghinaan, dan seolah-olah cuba mempermain-mainkan kejadian tsunami yang sedang melanda negara matahari terbit itu.


Kita tanya Zoy,

benarkah begitu?? Kenapa engkau bersikap sedemikian dangkalnya sehingga menyebabkan ramai orang yang mengkritik secara keras terhadap kartun engkau yang meghina itu, sehingga Malaysia sudah mendapat malu seantero dunia dimasa kini....? Apa niat sebenar engkau? Adakah apa-apa muslihat disebalik lakaran engkau dalam akhbar utama Malaysia itu?

Jawab Zoy, jangan tak jawab....!



Ok lah. Aku telah kemukakan sisi negatif dalam reaksi orang ramai atas perkara ini. Sememangnya rata-rata orang ramai memandangnya demikian. Al maklumlah, bencana dasyat yang melibatkan ribuan nyawa terkorban, siapa yang tak bersimpati, kan? Aku pun simpati gak, jangan kata tak ya... Tapiii..........

Tiadakah pandangan positif dalam hal ni? Takkan takder kut? Apakah benar Zoy sebegitu dangkal fikirannya? Langsung takder rasa simpati sikit pun terhadap kejadian yang menimpa rakyat Jepun tu? Jom kita tanya Zoy...
.
.
.

.

.


Err.. Maaf la Zoy bukan tak mau jawab, tapi kerana dia tak membaca artikel yang aku tulis ni, al maklumlah blog aku ni hanyalah blog picisan saja, dan aku bukan orang terkenal pun, anonymous plak tu......


Oklah. Biarlah aku perkatakan disini bahawa masih ada yang positif yang harus kita fikir-fikirkan sebenarnya. Malahan hal ini lebih besar lagi untuk kita fikir-fikirkan.. Lihatlah  kartun tu dan fikirkanlah mengapa ultraman tu lari? Bukankah dengan kuasanya yang hebat ia sepatutnya menantang, bukannya lari.. Ultraman yang sentiasa menjadi pojaan hati kanak-kanak seluruh dunia sepatutnya menyelamatkan bumi dari bala bencana sedemikian, bukannya lari bila diserang tsunami yang sebenarnya bukan teruk sangat pun..

Jadi kepada kanak-kanak sekalian, padamkan saja cita-cita nak jadi ultraman tu, superhero tu bukan boleh buat apa-apa pun. Nak selamatkan diri dari tsunami pun kantoi, apatah lagi nak selamatkan dunia.. Sebenarnya ultraman bukan ada kuasa apa-apa pun...

Ingatlah wahai adik-adikku sekalian, sekuat manapun makhluk dunia ni, secanggih mana pun teknologi diatasnya, apabila bala bencana datang menimpa, semuanya bakal habis musnah takkan tersisa lagi.. Tiada satu makhluk pun didunia ini yang memiliki kuasa untuk melawan apa-apa yang Allah SWT telah takdirkan akan musnah. Sehebat mana pun sesebuah negara itu, seberapa maju pun negara itu, sebesar mana pun kekuatan angkatan tenteranya, namun segalanya akan tewas jua ditangan bala tentera Allah SWT..

Ingatlah wahai anak-anakku, segala-gala yang berlaku atas dunia ini adalah semuanya dalam perhitungan Allah yang Maha Kuasa. Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan adanya daya upaya dari Allah SWT. TIADA YANG BERKUASA MELAINKAN ALLAH, MAKHLUK LANGSUNG TIADA KUASA.

.
.
.
.
.

Walaubagaimana pun, aku berharap janganlah hal ini dijadikan senda gurau, berfikirlah secara matang, segala bencana yang datang adalah amaran dari Allah SWT. Mungkin benar, penerbitan kartun seumpama ini adalah salah pada tempatnya, salah pada masanya. Pada masa ini kita seharusnya menghulurkan bantuan seberapa yang kita mampu. Berdoalah agar bencana seumpama itu terhindar jua dari menimpa diri kita. Namun jangan sekadar berdoa tanpa adanya apa-apa tindakan susulan buat memperbaiki diri kita, tingkatkan amal dan yang teramat penting sekali, jangan berhenti dari kerja kita, kerja paling utama, sampaikan kalimah HAQ pada seluruh umat manusia, termasuk kepada mereka yang sedang ditimpa bencana dasyat ini, rakyat Jepun yang masih ramai diantara mereka yang dahagakan hidyah Allah SWT.. Kasihanilah mereka kerana tanpa hidayah, mereka kekal dalam api yang menyala.... TANPA HIDAYAH KITA KEKAL DALAM API YANG MENYALA-NYALA.....! Terseksa dek tsunami itu hanyalah penderitaan sementara, tetapi diseksa dalam api yang menyala-nyala itu kekal abadi, na'uzubillah, kecuali mereka yang didada meraka tersemat kalimah La'ilaha illallah...



Maha Suci Allah SWT.......!


**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Rabu, 16 Mac 2011

Majlis Ta'alim dalam masa Keluar dijalan Allah SWT..

Dengan Nama Allah SWT...


Bertemu kembali wahai saudara2ku yang sentiasa dalam kemuliaan Allah SWT... Semoga kalian semuanya sihat wal'afiat. Dalam kiriman saya kali ini izinkan saya menyentuh sedikit perihal keadaan semasa kita sedang keluar dijalan Allah SWT..

Dalam masa kita keluar dijalan Allah SWT maka sudah pastilah kita kena tahu tujuan dan maksud kita berbuat demikian.. Khasnya Ta'alim yang kita baca setiap hari itu. Adapun maksud dan tujuan ta'alim diantaranya adalah;


1. Memasukkan Nur firman Allah dan Nur sabda Rasulullah ke dalam hati kita.

2. Mengetahui nilai2 amal sehingga menambah semangat dalam mengamalkannya.

3. Menambah iman kita setiap kali ayat2 Allah dibacakan kepada kita sebagaimana maksud surah al Anfal 8:2, "Sesungguhnya orang2 yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2Nya bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal."


Sekali lagi, sudah semestinya kita sentiasa kena ingat akan hal itu. Bukankah manafaat utama dari ilmu itu (setelah kita mendapatkannya) adalah agar kita dapat memahami kehendak2 dan perancangan Allah SWT atas keselamatan diri kita dan seluruh manusia, baik infradi mahupun ijtimai?

Namun demikian, majlis ta'alim pada masa keluar adalah satu majlis yang sering kali menjadikan mereka yang duduk di dalamnya mengantuk... Sehinggap pada tahab 'gaban' ianya sangatlah menjengkelkan. Mereka yang tertidur sudah tentulah tidak mendapat manafaat ilmu secara langsung untuk diri mereka sendiri.
Walau bagaimanapun para masyaikh secara halus telah melarang kita untuk menjadikan orang2 awam 'stres' asbab ta'lim yang kita selenggarakan. Ini adalah kerana kita tidak mahu mereka nantinya akan lari dari
agama kerana mengalami kesulitannya.

Kalau demikian keadaannya, bilakah Nur firman Allah dan Nur sabda Rasulullah dapat masuk ke dalam hati sanubari mereka?

Sebelum sampai kepada jawabannya, kita hendaknya mengetahui keadaan mereka yang duduk bersama kita dalam majlis tersebut. Kita tahu bahawa majoriti orang2 yang bersedia duduk dalam majlis kita adalah mereka yang baru 'berjinak2' dengan agama. Dan lebih daripada itu, setiap anggota jemaah memiliki tingkat nalar (IQ) dan sabar (EQ) yang berbeza. Dalam perbezaan yang banyak seperti itulah, kebersamaan dalam memahami agama ini ditumbuhkan.

Oleh kerana itu kita lebih mengharapkan mereka sentiasa berada di sisi kita daripada menjadikan mereka 'ulama tempelan' atau orang2 yang mengetahui (secara teori) hukum2 Allah tanpa memahami aplikasinya secara praktis dalam kehidupan nyata. Yang demikian adalah kerana kefahaman akan agama memerlukan tidak saja mujahadah dalam berbagai permasalahan, tapi juga masa yang panjang.

Adalah termasuk suatu perjuangan yang besar bagi seseorang yang berotak 'bebal' dan lemah semangat untuk duduk dalam ta'lim sepanjang 2 setengah jam berterusan, apalagi jika kita melakukannya setiap hari dalam masa yang panjang, 40 hari, 4 bulan atau lebih. Tidak demikian halnya jika hal itu dihadapkan kepada mereka yang berotak cemerlang dan penuh semangat untuk mendapatkan ilmu.

Dalam masa khuruj, sebenarnya setiap keadaan atau kejadian dapat merupakan asbab yang berkesan (secara imaniyah) untuk orang2 tertentu. Tidak itu saja, suasana dan keadaan yang terkawal dalam masa ini sangat membantu seseorang untuk memahami agama ini (terutama dalam hal dakwah) sesuai dengan tingkat nalarnya.

Dalam masa khuruj, orang2 yang baik kefahamannya, maka mereka akan mengulang2 apa yang dapat mereka fahami (termasuk yang mereka dapat dari ta'lim) di luar masa ta'lim seperti dalam bayan, ziarah, khususi ataupun dalam masa2 mudzakarah, ijtimai maupun infiradi. Selanjutnya kebersamaan kita pada gilirannya memberi kesan dengan baik kepada setiap anggotanya. Pada saat2 seperti itulah Nur firman Allah dan Nur sabda Rasulullah akan masuk ke dalam hati sanubari setiap anggota jemaah.

Duduknya mereka dalam keadaan yang termengantuk-ngatuk2 dalam ta'lim itu memberi erti yang signifikan buat mereka yang berotak cemerlang dan bersemangat waja. Oleh kerana itu, mereka yang nalar dan semangatnya sedikit lebih rendah tetap memiliki erti yang penting dalam kebersamaan kita.

Selanjutnya, orang2 yang baik kualitinya, mereka akan mendapati bahawa orang2 yang bersama dalam jamaahnya (yang memiliki sifat2 yang berbeza) adalah lubuk emas untuk melahirkan kualiti da'i yang dikehendaki Allah SWT, termasuk sifat2 yang dengannya Allah SWT akan bersama orang2 yang memilikinya. Sifat2 sabar, ikram, pemaaf, penyayang, dan sebagainya dapat dikembang biakkan dalam kebersamaan ini.

Lalu bagaimana halnya dengan para karkun yang belum dapat menghargai para ulama yang kerana kesibukannya, mereka (para ulama) belum tampil secara langsung dalam medan dakwah?

Sebenarnya, perkataan, juga sebagaimana perbuatan dan tindakan, adalah cermin dari kualiti seseorang. Keluar 4 bulan atau lebih bukanlah jaminan bagi seseorang untuk memiliki secara langsung kefahaman dan kualiti yang baik. Keluar 4 bulan adalah langkah awal yang dengannya mereka dapat memiliki 'roh' yang dapat mengaktifkan kegiatan2 selanjutnya yang pada gilirannya akan memberi mereka kefahaman agama sekaligus memperbaiki kehidupannya.

Benar, masa di jalan Allah adalah kesempatan emas bagi seseorang untuk dapat memperbaiki dirinya. Semakin lama seseorang keluar, maka semakin berpeluanglah dia untuk melakukan perbaikan. Dan tentu saja, hal itu sangat dipengaruhi oleh niat, kesungguhan, nalar dan sifat2 dasarnya. Namun demikian, kita tetap menghormati atas tingkat pengorbanan atas maksud agama. Sebagaimana Rasulullah saaw telah melakukannya terhadap sahabat2nya, maka kitapun lebih menghargai orang2 yang dapat keluar di jalan Allah lebih awal daripada kita.

Masyaikh telah mengajarkan kita untuk bersikap arif kepada sesama karkun, juga termasuk mereka yang belum dapat menghargai ulama2 lain sesuai dengan kedudukannya. Bahkan dalam beberapa hal, kita 'haram' menegur kesalahan orang lain (terutama karkun), tetapi 'wajib' berusaha agar dia bersedia mengishlahkan dirinya sendiri. Yang demikian adalah kerana teguran yang datang dari dalam tidak akan mengakibatkan efek yang buruk sebagaimana halnya jika teguran itu datang dari luar dirinya.

Memang nampak susah, akan tetapi perkara ini bukan suatu hal yang mustahil. Sungguh, selalu ada jalan dan selalu ada pintu yang terbuka bagi setiap kemahuan dan kesungguhan.


Maha Suci Allah SWT...!


**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Jumaat, 4 Mac 2011

Zikir Kematian.......!



Bila Waktu Telah Memanggil..





Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

Ada yang terus mengintaiku, mengikuti gerak langkahku setiap saat, menungguku untuk sebuah pertemuan yang dinanti. Dia selalu mengawasiku setiap waktu. Jika aku berada di depan, maka dia pasti ada di belakangku. Jika aku berada di samping kanan, maka dia berada di samping kiriku. Jika aku di atas, dia pasti ada di bawah. Siapakah gerangan?


Dialah "Kematian",








kematian banyak hal yang melintasi fikiranku saat aku menyebutnya. Semua pasti akan mati, semua pasti akan mengalami sekarat, dan semua yang hidup pasti akan bertemu dengannya tak dapat kusanggah. Saat menjelang kematian dalam kehidupan manusia terdahulu adalah saat yang pasti aku lalui juga.



Demi Allah, dia pasti akan datang kepadaku. Demi Allah dia pasti akan menjengokku. Sama seperti raja-raja di istana megah itu, seperti pemimpin–pemimpin bangsa di masa lalu. Seperti orang-orang kaya yang setiap harinya kelihatan "bahagia" (jika mereka mati, masihkah bahagia?), atau mereka yang fakir yang setiap harinya bergumul dalam penderitaan, atau orang-orang miskin yang terus meratapi segala kekurangannya, atau para hamba sahaya yang tiada sekejap pun orang memandangnya. Mereka semua telah merasakan kematian. Mereka semua telah bertemu dengan kematian.



Bila mati, bila manusia mati, maka sudah tak ada lagi yang bisa dibangga-banggakan. Seorang yang cerdik sekalipun, kecerdikannya tak akan bisa melarikan dirinya dari peristiwa kematian. Bila mati, maka semua strategi para ilmuwan dan tokoh jenius itu pasti akan patah. Bila mati, semua kekuatan orang-orang yang berkuasa itu akan binasa. Bila mati, bangunan yang tinggi menjulang, istana-istana megah dunia, atau gedung pencakar langit yang kokoh akan runtuh seketika. Kematian juga yang telah meruntuhkan bangunan orang-orang kaya itu.



Suatu kali aku bertanya pada diriku sendiri, bila mati, bagaimana bila aku mati ? Ah… Selama ini aku memang tidak tahu bila dia akan datang bertamu, kerana dia tidak pernah membuat janji sebelumnya denganku. Namun, bagaimana kalau dia tanpa diduga tiba-tiba datang kepadaku? Menjengokku, membuatku sekarat? Bagaimana?

Bila mati, bila aku mati, itu bererti aku harus rela ditinggal sendiri. Ibu, bapa, saudara-saudaraku, mereka semua pergi. Sahabat-sahabat dekat yang selama ini menjadi tempat curahan hati, tetangga-tetangga yang suka menghantarkan makanannya kepadaku, mereka hanya berlalu dan pergi meninggalkanku. Apalagi hasil jerih payahku mengais rezeki hari demi hari sekeping pun tak dapat menolongku lagi. Apa yang terjadi? Saat itu aku pasti akan sendirian, dalam gelap gelita diselimuti sepi, mencekam, mati.



Bila mati, yang ada dalam gambaranku adalah suatu peristiwa yang amat penting bagi yang hidup. Aku tidak tahu bagaimana rasanya bila nanti seolah-olah ada sebuah gunung yang kukuh lagi menjulang tinggi berada di atas dadaku, menahanku, menghilangkan kesempatanku untuk menghirup udara dunia, mungkin jika bisa, itu pun seakan-akan aku bernafas di sebuah lubang jarum. Bernafas di sebuah lubang jarum? Pergelutan macam apa itu? Atau seumpama aku sedang dipukuli dengan sebuah dahan pohon yang penuh duri lagi tajam, kemudian duri-duri itu menancap di semua urat-uratku. Lantas, lantas dahan tersebut ditarik, sehingga setiap urat dalam tubuhku juga ikut tertarik, menyisakan kepedihan dan sakit yang luar biasa. Demi Allah, apakah nanti lebih perih dari yang sekadar aku bayangkan?



Bila mati, bila aku mati, maka akan ada sesuatu yang menampakkan wajahnya padaku. Dialah Izrail, Sang Malaikat Maut yang akan turun dari penjuru langit untuk menjemputku. Namun, apakah nanti dia akan menampakkan rupanya dengan wajah penuh keramahan dan kehangatan ataukah sebaliknya? Bisa jadi nanti dia datang dengan wajah garang tanpa belas kasihan. Bagaimana nanti? Ketika dadaku menyempit, nafasku tersengal-sengal, sampai ke tenggorokan, tubuhku kaku sulit digerakkan. Saat itulah dia menunaikan tugasnya, memisahkan roh dan jasadku. Mencantaskan episod akhir dari sebuah perjalanan hidupku di dunia ini. Itu pasti akan terjadi, nanti, bila aku mati.



Kemudian, bila mati, bila aku mati, orang-orang akan membaringkanku, memandikanku, mensholatiku, mengkafani tubuhku yang kaku, menggendungku dan menimbunkanku di dalam sebuah ruang sempit, gelap, senyap dan sunyi. Detik-detik saat aku dibaringkan dalam liang kubur itulah yang akan menjadi awal babak baruku menuju fasa berikutnya setelah kematian, yakni mengharungi alam kubur. Tak ada pagi, siang ataupun malam hari, kerana semuanya sama jika sudah masuk ke dalam, terpendam berkalang tanah. Oh... Adakah tempat yang lebih jauh dari tempat itu? Adakah? Adakah tempat yang lebih sunyi? Adakah? Gelapkah, pasti tidak ada kegelapan yang lebih gelap dari tempat itu. Semua kelazatan yang pernah aku rasakan ketika aku hidup, mungkinkah akan berganti menjadi rasa pahit yang luar biasa?



Siapa yang akan peduli jika aku tercekam ketakutan? Siapa? Gelap… Gelap… Adakah cahaya? Adakah? Siapa yang akan memberikan aku cahaya untuk menerangi kegelapanku di sana? Siapa? Tiadakah aku punya sesuatu yang bererti? Apakah amalku, amalku yang sedikit tersisa nanti akan mampu menolongku, menemani dalam kesendirianku disana?



Bila mati, bila aku mati, oh… aku ini memang bukan seorang 'alim yang pasti airmatanya meleleh jika membayangkan malam pertama di dalam kubur, bukan pula seorang ahli hikmah yang mengeluhkan pedihnya dijerat kematian, atau seorang penyair yang menterjemahkan tangisannya dalam bait-bait kematian penggugah keharuan. Aku hanya manusia biasa, terlalu biasa untuk mengingat kematian. Aku masih tenggelam dalam carut marut dunia yang aslinya fana ini. Terlalu sedikit waktuku untuk mengingatnya, apakah memang waktunya yang sedikit ataukah dunia ini yang membuatku sedikit untuk mengingatnya?



Mati, bila mati, bila aku mati, saat ini aku memang belum mati. Tapi seharusnya aku tidak boleh takut mati. Kerana, setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. Semestinya aku harus mengingatnya setiap hari, berbenah diri, memelihara waktuku, usia kehidupanku sekarang dan melakukan persiapan yang baik untuk kedatangannya. Ah… Dia memang tidak pernah membuat janji padaku sebelumnya. Namun, mungkin saja dia akan datang pada saat-saat dimana aku tidak menduga sama sekali.

Dia masih memperhatikanku…
Terus mengintaiku…
Mengawasi gerak-gerikku…
Menungguku…
Untuk sebuah waktu yang telah ditentukan…

Ya Allah, Yang Maha Mematikan, perbaikilah agamaku yang merupakan penjaga urusanku, perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku, perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku. Dan jadikanlah kehidupanku sebagai penambah kebaikan bagiku, serta jadikan KEMATIANKU sebagai istirahatku dari segala keburukan.



Allaahumma a'inni 'ala sakaraatil mauut…
Allaahumma hawwin 'alayya sakaraatil mauut…
Laa ilaaha illallaah inna lilmauti la sakaraati...


Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi sakaratul maut.
Ya Allah, mudahkanlah sakaratul maut padaku.
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Sesungguhnya kematian itu memiliki saat-saat sekarat.




Dipetik dari syair lagu "Bila Waktu Telah Berakhir" - Opick.


Persiapkan dari sekarang bekal untuk ke gerbang akhirat, semoga Allah SWT senantiasa memberikan kita petunjuk dan hidayahNya..... amin






Zikrul Maut!



Ketika engkau tengok tulisan ini, engkau seakan nyata membacanya, namun lima minit kemudian maka engkau tiada lagi merasa nyata pada yang sudah berlalu itu, melainkan hanya sebuah kenangan (Informasi).



Begitu juga ketika engkau sakit, bahagia atau apa saja yang engkau rasa sangat luarbiasa dan tak dapat melupakan kesakitan atau kebahagiaan itu, akhirnya segalanya akan menjadi KENANGAN.



Maka sampailah engkau digerbang SAKAARATUL MAUT, segala yang engkau sangka milikmu, yang engkau sangka hasil USAHAmu, MESTI engkau tinggalkan! dan segalanya itu hanyalah sekelumit kenangan belaka.



Apa-apa yang engkau cintai semasa engkau bernafas, apa-apa yang BIASA engkau Takuti, Harapkan dan Rindukan semasa engkau bernafas akan hadir SEKALIGUS pada saat detik-detik KEMATIANMU, maka bersyukurlah bila berlazim (Terbiasa) ketika semasa nafasmu ada CINTA, TAKUT dan HARAP engkau semata-mata tertuju kepada Allah, sebab Dialah Tuhanmu yang akan HADIR dalam ingatanmu pada saat engkau melepaskan NYAWA...



Wallahu'alam,....



Zikrul Maut adalah amalan yang mendekatkan engkau kepada Zikrullah.




"Setiap yang bernafas pasti akan mati"


Apakah Kita mengaku beragama ISLAM? ………. Alhamdulillah, Bermula menengok kedalam diri kita dan jujur pada diri kita sendiri, benar-benar adakah keyakinan (kepercayaan) kita pada Allah dan Rasulnya itu? hanya kita sendiri dan Allah yang mengetahuinya, dengan memperhatikan isyarat pada diri dan cermin pada Al-Qur'an mudah-mudahan kita mengetahui keadaan diri sehingga timbul keinginan untuk mencari jalan yang lurus atau ilmu yang sebenarnya ilmu yang diredhoi Allah.



Mengabdi pada kebohongan dan kepalsuan memang sangat zalim, apalagi menjadikan media menjadi berhala, betapa tidak? Seorang yang awam mempunyai sumber 'takut' dan 'harap' pada mumkinun (Ketidak pastian), jelas-jelas berlumur 'syirik' yang jalli (Nyata) namun sudah merupakan 'muqadar' jua sehingga ia tiada menyedari yang demikian itu, hingga "Banyak orang yang mengerjakan amalan ibadah dan kebajikan sepanjang hidupnya, tetapi mereka mati dalam keadaan berdosa besar (su'ul Khatimah) sedangkan mereka tiada menyedarinya,"



Inilah yang nyata-nyata menunjukan bahawa pada diri mereka ada kebohongan, mereka mengaku sholat namun lalai, mengaku ibadah hanya sekadar untuk dianggap termasuk dalam golongan muslim, bahkan mereka bermegahan dengan sholatnya (Riya'), firman Allah:
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat…." Al-Maa’uun: 4



Bagaimana hendak menyangkal kebohongan? Sedang nyata-nyata dengan segala pernyataan tauhid dan Syahadat yang diikrarkannya, ia berdalih mengamalkan syari'at namun diam-diam hatinya 'terhasut' oleh syak wasangka (Syaitan) yang merupakan musuh yang nyata baginya hingga ia 'takut' dan 'mengharap' kepada isi Alam yang sesungguhnya semata-mata merupakan media informasi belaka yang nyata-nyata sesuatu yang tak pasti (adanya kerana diadakan).



Takut tidak makan, takut tidak dihormati, takut dihina, takut tersisih dari masyarakat, harap kenyang, harap senang, harap dihormati, harap disukai orang lain yang lebih zalim lagi ia mengharap dianggap orang termasuk dalam golongan kerohanian.



Untuk inilah mudah-mudahan tergerak hati kita untuk menelaah tulisan yang merupakan salah satu dari jutaan sudut pandang terhadap ISLAM sehingga mendorong kita untuk mengikuti suatu jalan yang akan datang pada setiap insan yang sudi mencari atau berusaha mendekati Allah, seperti firmanNya dalam hadits Qudsi:



"Bila engkau mendekatiku sejengkal, maka Aku mendekatimu sehasta, bila engkau mendekatiku sehasta, maka Aku mendekatimu sedepa, bila engkau mendekatiku dengan berjalan, maka Aku mendekatimu berlari"



Oleh kerana itu hendaklah kalian ketahui bahawa aku ini hanyalah seorang insan yang Bodoh, Lemah lagi Hina.. Kehidupanku di alam dunia ini hanyalah sebentar saja, kerana tidak lama lagi akan kutinggalkan dunia ini, buat selama-lamanya. Dan sudah pasti aku tidak akan kembali lagi. Meskipun seluruh makhluk mendesak agar aku kembali lagi, namun pastinya aku tidak akan kembali lagi. Kerana bukannya dengan daya upayaku untuk dapat kembali lagi. Biarpun dengan apa cara sekalipun, aku tetap tidak akan bisa kembali... Maka sebelum aku pergi meninggalkan dunia yang Fana ini, hanya ada satu perkara saja yang wajib aku ucapkan buat semua yang akan aku tinggalkan; Wahai sekelian insan yang sedang HIDUP di muka dunia ini, hendaklah kalian semua penuh yakin dan percaya, sungguh Tiadalah Tuhan lain yang wajib engkau sembah selain Allah dan Muhammad itu adalah rasulNya... La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah.....!




**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..