Dengan Nama Allah SWT...
Wahai Saudara2ku,
Kenalilah Nabimu..
Kerana hanya dengan cara ini saja engkau dapat bergerak sebagaimana baginda bergerak, melangkah pada jejaknya, menempuh jalan yang dilaluinya dan sampai pada tujuan yang telah dicapainya.
Nabi saaw biasanya makan di atas tanah, duduk sebagaimana seorang hamba, mengambil makanan yang terjatuh, membersihkannya dan memakannya. Baginda menampal bajunya sendiri dan memperbaiki kasutnya dengan tangannya sendiri. Baginda melakukan apa2 saja yang seorang Hamba sahaya telah lakukan dengan baik sekali..
Apabila sang isteri telah memasang sebuah langsir yang terukir gambar disebuah tingkap rumahnya, baginda memujuk salah seorang isterinya untuk menjauhkannya dari pandangannya. Demikianlah cara beliau menyingkirkan dunia dari hatinya dan menghancurkan ingatan jenis itu dari fikirannya.
Baginda menginginkan agar godaan dunia tersembunyi dari matanya, sehingga beliau tidak memandangnya sebagai tempat yang layak untuk menginap dan tidak pula sebagai tempat yang layak untuk hidup selama2nya. Hasilnya, orang2 miskin dan sederhana tidak merasa berat untuk mengamalkan agama ini.
Oleh kerana itu, jika engkau benar2 mencintai Nabimu, maka sederhanakanlah apa saja yang ada kaitannya dengan amal agama ini. Yang demikian itu adalah agar tidak seorang pun mengeluh bahawa agama ini hanya diperuntukan bagi orang2 kaya dan terhormat sahaja.
Maha Suci Allah SWT......!
Salam Ziarah dan sukses selalu
BalasPadamSalam saiful
BalasPadamMudah2an kita dapat mencontohi sebanyak mungkin apa yang dianjurkan ileh Allah dan NabiNya.
Selawat serta salam buat junjungan nabi kita dan keluarga serta para sahabat dan orang-orang yang istiqamah menuruti baginda.
Salam Lulus Sutopo, trimas krn sudi ziarah kemari..
BalasPadamSalam Werdah, semoga kita sama-sama dapat amalkan 'keseluruhan agama' dalam kehidupan kita.. Ameeenn...
Assalamualaikum Saiful. Semoga hidup anda dan keluarga mendapat keberkatan dan inayah Allah...
BalasPadamWa alaikum salam babah, terima kasih dan semoga engkau dan keluarga juga mendapat barakah dari Pemelihara kita..
BalasPadam