Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

Khamis, 2 Julai 2009

IKHLAS


IKHLAS:

Maksud ikhlas ialah membuat suruhan Allah kerana Allah dan meninggalkan larangan Allah kerana Allah.

Ikhlas adalah dalam rahsia didalam rahsia Allah. Malaikat pencatit amal pun tidak tahu apakah seseorang itu ikhlas atau tidak. Amalan yang benar-benar ikhlas walaupun kecil tetapi besar ganjarannya disisi Allah. Menyedekahkan sebiji buah kurma dengan ikhlas semata2 kerana Allah ganjarannya adalah sebesar gunung uhud. Dan Allah SWT boleh melipatgandakan lagi balasan sebanyak yang dia kehendaki. Syaitan dapat menggoda dan memperdaya sesiapa sahaja kecuali orang2 yang ikhlas.

Mukhlisin adalah gelaran bagi orang2 yang telah sampai ketahap hakikat ikhlas. Orang2 yang mukhlis syaitan tidak dapat menguasai dan memperdaya mereka kerana Allah SWT sentiasa melindungi mereka.

Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka (Shaad:82-83)

Bagi orang2 yang masih dalam perjuangan untuk memiliki hakikat ikhlas perjuangan ini mesti diteruskan. Cara untuk melatih bagi mendapat sifat ikhlas ialah dengan terus-menerus(Istiqomah) dalam amalan, kebiasaannya Allah SWT akan memberikan berbagai2 macam dugaan dan cobaan kepada hambanya sebelum ia dikurniakan dengan sifat ikhlas.


kedua dengan sentiasa memperbetulkan niat diawal, pertengahan dan akhir amalan disudahi dengan istigfar.


Ketiga, kepentingan ikhlas perlu dijadikan topik perbualan dengan sesiapa sahaja supaya apa yang kita ucapkan akan menguatkan hati kita untuk bersifat ikhlas. Dan akhir sekali berdoa semuga Allah SWT mengurniakan kita hakikat ikhlas sebagaimana Rasulullah dan sahabat2nya.

Pada suatu pertempuran Saidina Ali kwj mengangkat pedang kerana ingin memancung seorang kafir, tiba2 org kafir tersebut telah meludah muka saidina Ali kwj. kemudian Saidina Ali kwj tidak jadi memancung kepala org tesebut. Lalu org tersebut bertanya (dialog lebih kurang)kenapa kamu tidak jadi memancung aku?. Jawab saidina Ali, tadi aku hendak memancung engkau kerana Allah, setelah engkau meludah aku aku takut aku bertindak memancungmu kerana nafsu marahku. Beginilah berhati2nya sahabat nabi dalam menjaga niat, walaupun dalam keadaan perang sedang berkecamuk.

Orang yang berniat ikhlas tidak akan terkesan dengan kejian dan pujian manusia kepadanya, baginya semuanya sama. Asalkan Allah SWT suka kepadanya itu sudah cukup, tidak kisahlah manusia nak kata apapun. Nabi Nuh as telah berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun, siang dan malam, satu jangkamasa yang amat lama, tetapi pengikutnya hanyalah lebih kurang 83 org. 950 tersebut adalah lambang dan bukti kepada keikhlasan nabi Nuh as dalam menjalankan Amanah Alllah SWT.

Lawan kepada ikhlas ialah riak, ujub sum'ah dan lain2. Amalan yang banyak tetapi tiada keikhlasan didalamnya tidak ada nilai disisi Allah, diakhirat nanti Allah SWT menyuruh sipelaku meminta pahala kepada siapa yang diniatkan selain Allah. Mereka ini amat terhina dihadapan Allah SWT. Bagimanapun secara kebiasaan bagi orang2 yang baru2 hendak berjinak2 dengan amalan agama memang berat dan agak sukar untuk mengikhlaskan niat, bagaimanapun dia perlu teruskan amalan tersebut sehingga datang rasa ikhlas sebagaimana solat, mula2 susah-malas2, lama kelamaan datang ikhlas, kalau ada penghalang sekalipun dia tetap akan cari jalan supaya dapat bersolat.

Antara Symtom2 yang menunjukkan belum sampai ke hakikat ikhlas.

1. Dipuji merasa bangga dikeji merasa marah.

2. Merasa sumbangannya tidak dihargai org.

3. Mencari glamour..dan lain-lain.


Sifat ikhlas dan amalan ikhlas adalah dua perkara. Sifat ikhlas ialah orang yang memiliki sifat ikhlas dan amalannya sentiasa ikhlas. Orang yang tidak ada sifat ikhlas amalannya kadang2 ikhlas kadang2 tidak, org yang sebegini kenalah selalu betulkan niat di sebelum, pertengahan dan sesudah amalan tersebut.

Insyaallah azam.. supaya kita semua memiliki sifat ikhlas yang disebut didalam Al-Quran sebagai orang2 yang MUKHLIS.


Minda Kuman

Ijtimak Malaysia 2009 akan bermula pada 9,10,11 & 12 Julai 2009 bertempat di Kuarters KLIA, Nilai.

Ini adalah satu perhimpunan atas maksud menegakkan kalimah Allah SWT di atas mukabumi ini..

Semua Muslimin dijemput hadir.

Semoga dengan ijtimak ini, jemaah2 akan dapat dihantar keseluruh dunia.. Ameenn..

"Kemudian datanglah seorang laki2 belari-lari dari ujung kota, katanya : Hai kaumku ikutlah utusan-utusan itu,

"Ikutlah orang yang tidak minta upah kepadamu sedang mereka mendapat petunjuk."
(Yaasin : 20-21)


"Apabila mereka (yakni munafiqin) berdiri bersholat, mereka akan berdiri dengan malas agar dilihat oleh org lain dan tidaklah mereka itu mengingati Allah melainkan sedikit" (An-Nisaa : 142)

Malik ra juga mengkhabarkan kepada kita akan peringatan daripada Rasulullah saw, "Dua ekor serigala yg lapar dan terlepas ke perkumpulan domba, tidaklah membahayakan berbanding dengan seorang yg mana ia tamak terhadap harta dan mementingkan kebesaran dirinya dalam agama" (Riwayat Tirmidzi, hadith hassan shahih:rujukan Muntakhab Ahadith)








SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

*Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya ikhlas?


*Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."


*Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."



Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.


ERTI IKHLAS

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhanNya


2. kerana keredhoaanNya


3. kerana arahanNya


4. kerana mentaatiNya


5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda.

Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:


1. awal


2. pertengahan


3. akhir






Kerosakan awal

Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi popular." "Aku akan jadi terkenal? "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan

Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir

Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.

Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi.

Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah?


minda Abuya






SEkian.. Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..