Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Sabtu, 29 Ogos 2009

Jumaat, 28 Ogos 2009

6 Amalan dibulan Puasa.. Nasihat Imam Al-Ghazali.


Dengan Nama Allah SWT....



Salam Alaikum saudara2ku yang dimuliakan,



Artikel kali ini hanyalah sekadar beberapa nasihat dari Imam Al-Ghazali rahmatullah alaik buat menyempurnakan ibadah puasa kita. Paling kurang pun ada enam perkara yang menurut beliau perlulah segera kita laksanakan;




Pertama; Hendaklah engkau menundukkan pandangan dan menahannya dari berkeliaran memandang ke setiap hal yang dicela dan dibenci, lantas mengalihkannya dengan menyibukkan hati dengan mengingat Allah SWT. Nabi saaw bersabda,"Pandangan adalah salah satu anak panah beracun di antara anak panah iblis. Barangsiapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah maka ia telah diberi Allah keimanan yang mendapatkan kelazatan di dalam hatinya." (HR Hakim)



Kedua; Hendaklah engkau menjaga lisan dari bualan, dusta, mengumpat, ghibah, kekejian, perkataan kasar, fitnah, pertengkaran dan perdebatan, mengendalikannya dengan diam, menyibukkannya dengan zikrullah dan tilawah Al-Qur'an. Rasulullah saaw bersabda,"Sesungguhnya puasa tidak lain adalah perisai, apabila salah seorang di antara kamu sedang berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula bertindak bodoh, dan jika seseorang menyerangnya atau mencacinya maka hendaklah ia mengatakan sesungguhnya aku berpuasa" (muttafaq alaihi)



Ketiga; Hendaklah engkau menahan pendengaran dari mendengarkan setiap hal yang dibenci (makruh) kerana setiap yang diharamkan perkataannya diharamkan pula mendengarkannya. Oleh sebab itu Allah SWT menyamakan antara orang yang mendengarkan dan orang yang memakan barang yang haram, sebagaimana firmanNya, "Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram." (Al-Maa'idah: 42)



Keempat; Hendaklah engkau menahan berbagai anggota badan lainnya dari berbagai dosa, seperti menahan tangan dan kaki dari hal-hal yang dibenci, menahan perut dari berbagai syubhat pada waktu tidak puasa. Tidak ada ertinya berpuasa, jika menahan makanan yang halal kalau kemudian kita berbuka puasa dengan barang yang haram. Barang haram adalah racun yang menghancurkan agama, sedang barang halal adalah ubat yang bermanfaat bila dikawal sedikit tetapi berbahaya bila terlalu banyak. Tujuan berpuasa adalah mengurangkan makanan yang halal tersebut. Rasulullah saaw bersabda,"Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga." (HR Ibnu Majah dan Nasa'i)



Kelima; Hendaklah engkau jangan memperbanyak makanan halal sampai penuh perutnya pada ketika berbuka puasa. Kerana tidak ada wadah yang paling dibenci Allah SWT selain perut yang penuh dengan makanan halal.



Dan yang keenam; Hendaknya setelah berbuka puasa hati engkau tergantung dan tergoncang antara cemas dan harap, sebab kita tidak pernah tahu apakah puasa kita diterima sehingga termasuk golongan MUQORROBIN atau ditolak sehingga termasuk orang-orang yang dimurkai.

Sebaiknya kita terus memelihara perasaan demikian di akhir setiap ibadah yang baru kita laksanakan.


Akhirul kalam, saya kutipkan pula Hadist Qudsi, "Allah SWT berfirman,"Setiap amal perbuatan anak Adam melipat-gandakan kebaikan sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Kecuali puasa, sebab puasa adalah milik-Ku dan Aku sendiri yang akan memberikan balasan kepadanya. Ia meninggalkan nafsu syahwat dan makan adalah kerana-Ku". (Muttafaq alaihi).




Wallahu a'lam.

Khamis, 20 Ogos 2009

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita..

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita...

- pintu marah

- cinta dunia

- kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)

- suka berangan angan kosong

- tamak

- bakhil

- suka pada pujian

- riak atau sombong

- ujub (merasa kagum)/takbur

- takut dan gelisah

- buruk sangka

- memandang rendah pada orang lain

- suka akan dosa

- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"

- putus asa daripada rahmat "ALLAH"



15 Senjata Memerangi Syaitan....


- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)

- Banyakkan berzikir

- Banyakan Beristigfar

- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"

- Jangan tidur berseorangan

- Baca doa pagi dan petang

- Bersugi

- Melaksanakan solat jemaah

- Berwudhuk sebelum tidur

- menutup aurat

- Membaca doa masuk tandas.

- Banyak berselawat pada hati

- Bertaubat, beristighfar

- Banyakan baca Al-Quran

- Membaca surah Yassin setiap pagi



Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan...


- Rumah yang bersih dari kotoran

- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah

- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)

- Penghuninya jujur dan tidak berdusta

- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)

- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)

- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Rabu, 19 Ogos 2009

Sepuluh Pintu Syaitan...!



Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.


"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,”katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) disini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
ULASAN DARI SAYA..


ALLAH berfirman, bermaksud:“Syaitan memberikan janji dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipu daya belaka. Tempat mereka itu di neraka Jahanam danmereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” - (An-Nisa:120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya berkait rapat dengan sifat mazmumah yangdiamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Melalui pelbagai jenis sifat terkeji itulah dengan secara sedar atau tidak, kita memberikan ruang dan laluan kepada syaitan untuk masuk serta bertapak di dalam diri kita.

Apabila syaitan merajai diri, seseorang itu pasti sanggup melakukan apa saja perbuatan keji kerana keinginan dan semarakan nafsu sudah mula sebati dalam diri.

Suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada setiap manusia ialah hati yang fitrah kejadiannya adalah untuk menerima petunjuk serta hidayah Allah. Hati juga sebenarnya mudah menerima nafsu yang datangnya daripada syaitan.

Berlumba-lumbalah malaikat dan syaitan untuk menguasai hati manusia.Syaitan akan bekerja keras siang dan malam semata-mata untuk menawan pemilik hati itu agar mereka melanggar perintah Allah.

Beruntung golongan manusia yang berjaya menangkis godaan syaitan dan mengelakkan hati daripada dihuni syaitan durjana. Seorang ulama pernah berkata: “Saya sentiasa berfikir dan memerhati, dari pintu mana syaitan menghasut dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba saya dapati syaitan datang daripada 10 pintu:


* Pertama ialah pintu kesombongan dan keangkuhan. Kedua-dua sifat ini adalah antara sifat mazmumah yang tidak disukai Allah dan Rasul-Nya. Sifat itu amat mudah subur dalam diri manusia yang merasakan dirinya cukup segalanya - daripada status hidup hingga kepada wang ringgit dan harta benda yang dimiliki. Dengan itu berjalanlah manusia yang bersifat sedemikian dengan mendongakkan kepala ke langit tanpa mempedulikan orang di sekitarnya.

Allah berfirman, bermaksud: “Jangan engkau miringkan pipimu terhadap manusia kerana kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan sangat riang, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlenggang dalam perjalanannya kerana sombong dan bermegah-megah.” -(Lukman: 18).

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah saw. bersabda:
“Ada tiga hal yang menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan waspadalah terhadap ketiganya.

(1) Waspadalah terhadap kesombongan, sebab kesombongan telah menjadikan iblis menolak bersujud kepada Adam.

(2) Waspadalah terhadap kerakusan, sebab kerakusan telah menyebabkan Adam memakan buah dari pohon terlarang.
(3) Dan jagalah dirimu dari dengki, sebab dengki telah menyebabkan salah seorang anak Adam membunuh saudaranya (HR Ibnu Asakir)


* Pintu kedua ialah melalui sifat bakhil dan kedekut. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya.

Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat yang lainnya pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah oleh Allah.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian).Sesungguhnya Dia Maha Mendalami Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.” - (Al-Israk: 30).


* Ketiga ialah melalui sifat takbur yang akan hadir dalam diri seseorang apabila dia merasakan dirinya sudah lengkap memiliki segalanya lalu dia mula rasa tinggi diri terhadap orang disekelilingnya sehingga kadang kala mereka terlupa segala kurniaan nikmat itu boleh ditarik balik oleh Allah dalam sekelip mata saja, jika dikehendaki-Nya.

Allah berfirman, bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur” (An-Nahl: 23).

Begitu juga firman-Nya, bermaksud: “Sesungguhnya orang yang sombong menyembah-Ku, balasannya ialah neraka dan akan rasa terhina.” - (Al-Mukmin: 60).


* Pintu keempat melalui sifat riak dan suka dipuji. Memiliki kesempurnaan peribadi melalui ketinggian ilmu dan darjat yang disegani adalah idaman setiap insan. Namun sering juga terjadi dengan darjat dan ilmu yang dimiliki itu, manusia lupa diri dan asal usulnya. Mereka mula memandang kecil dan remeh kepada orang lain kerana menyangkakan mereka semuanya lemah dan tidak akan mampu mengatasinya. Dalam satu hadis,Rasulullah bersabda, bermaksud: “Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsunya dan orang yang bangga dengan dirinya sendiri.”

* Sifat kelima yang menjadi pintu kepada syaitan untuk masuk ialah melalui sifat hasad dengki.

Islam amat membenci umatnya yang mempunyai perasaan dengki kepada orang lain kerana iri kepada kelebihan dan kepandaian yang diberikan Allah kepada seseorang yang lain. Ini kerana sifat itu ada kalanya membawa kepada perasaan sakit hati dan dendam selagi seseorang individu itu masih tidak memperoleh seperti yang dimiliki oleh orang lain.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda, bermaksud: “Hindarilah kamu daripada perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu yang kering.”

* Pintu keenam ialah melalui sifat suka memandang remeh kepada orang lain, sama ada orang tua atau muda. Pengaruh persekitaran dan budaya liar yang banyak mementingkan diri sendiri mutakhir ini sesekali membuatkan seseorang itu rasa kepandaiannya boleh mengatasi apa jua permasalahan yang dihadapi tanpa sedikit pun mengharapkan bantuan orangl ain.

Pada saat itu akan lahir sifat ego dan megah diri dan ia pasti akan mudah memandang rendah kebolehan orang lain. Mereka lupa hakikat tidak ada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya.

Abu Umamah pernah meriwayatkan: “Tiga orang yang tidak boleh dihinakan kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.”

* Pintu ketujuh ialah menerusi sifat ujub atau bangga diri. Orang yang mudah membangga diri sendiri sebenarnya dialah orang yang tidak mempunyai apa-apa. Ini kerana keegoan dan kebanggaan terhadap diri sendiri itulah yang akan merendahkan dirinya pada mata orang lain. Dia akan dicemuh masyarakat dan lebih malang, dimurkai Allah.

Allah berfirman, bermaksud: “Jangan engkau turut orang yang hatinya Kami lalaikan (butakan) daripada peringatan kami sedang dia mengikut kemahuan hawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut.” - (Al-Kahfi: 28).


* Pintu kelapan ialah melalui sifat suka bersenang lenang. Manusia yang lebih gemar bersenang linang biasanya mudah alpa dengan kesenangan dan kemewahan yang dikurniakan, seolah-olah apa yang diperolehnya adalah kuasa tertinggi yang boleh menentukan perjalanan hidupnya. Mereka seolah-olah terlupa kepada tanggungjawab terhadap Pencipta dan Rasul-Nya, diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Menurut Imam Ahmad (diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz Jabal) bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang lenang sahaja.”

* Sifat kesembilan yang menjadi pintu bagi laluan syaitan ialah sifat suka berangan-angan. Islam amat anti sifat malas. Seseorang yang malas berusaha untuk memperoleh rezeki Allah, sama ada untuk dirinya atau keluarganya tidak akan memperoleh apa-apa kerana lebih suka berharap dan berangan-angan untuk memperolehnya. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha sedaya upaya bagi memperoleh kesenangan, selepas berusaha dan berikhtiar itulah Islam meminta umatnya bertawakal dan menyerah kepada ketentuan-Nya.


* Pintu terakhir yang menjadi laluan syaitan ialah melalui sifat suka berburuk sangka.

Meletakkan anggapan buruk terhadap seseorang amat dikeji agama. Seseorang yang sengaja menuduh orang lain melakukan sesuatu perbuatan tidak baik melalui telahan dan anggapan atau sangkaan tanpa bukti dan kebenaran akan dilaknati Allah. Perbuatan sebegini bukan saja dilarang agama, malah ia adalah satu daripada punca lahirnya masyarakat yang kucar-kacir dan sentiasa berdendam dalam kehidupan seharian.

Dalam hubungan ini, Rasulullah bersabda, bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yang berkata itulah yang paling rosak.” - (RiwayatMuslim).


Sesungguhnya kecintaan manusia terhadap 10 sifat yang dinyatakan itulah sebenarnya yang membawa kesesatan kepada manusia di dunia ini. Apabila hati sudah bertaut dengan sifat mazmumah akan mudahlah syaitan menyesatkan manusia daripada jalan yang lurus.

Justeru, berlindunglah selalu daripada bisikan syaitan dengan sentiasa menyebut: “Aku berlindung daripada syaitan yang direjam.” Kita juga dianjurkan selalu berdoa dengan menyebut: “Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan selepas Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Memberi (kurnia).” - (Al-Imran: 8).







Ahad, 5 Julai 2009

40 Pesanan dari Rasulullah saaw..

5hb Julai 2009...


Assalamu Alaikum,


Dengan Nama Allah SWT,


Ijtimak Malaysia 2009 akan bermula pada 9,10,11 & 12 Julai 2009 bertempat di Kuarters KLIA, Nilai.

Ini adalah satu perhimpunan atas maksud menegakkan kalimah Allah SWT di atas mukabumi ini..

Semua Muslimin dijemput hadir.

Semoga dengan ijtimak ini, jemaah2 akan dapat dihantar keseluruh dunia.. Ameenn..



Saudara2ku yang dikasihi, ini adalah posting saya yang terakhir, selepas ini blog ini tidak akan dikemas kini dalam masa yang agak lama. Jadi sebagai penutup, izinkan saya untuk memperturunkan sebuah hadis yang terkandung didalamnya 40 pesanan yang seharusnya kita umat islam beramal dengannya. Seandainya semua yang bergelar muslim dapat menunaikan semua pesanan yang telah Rasul sampaikan kepada kita ini, insyaAllah, pastinya suasana yang kita bakal harungi, bukanlah sebagaimana yang kita sedang hadapi sekarang ini, sebaliknya suasana bayangan syurgalah yang sedang kita kecapi... Sekiranya kita semua inginkan ianya benar2 terjadi, marilah kita sama2 berazam untuk belajar2 beramal dengan segala pesanan2 Rasul berikut ini;

Salman ra, telah meriwayatkan bahawa dia telah bertanya kepada Rasulullah saaw tentang empat puluh hadis mengenainya dan baginda mengatakan bahawa barangsiapa dari umatnya yang menghafalkannya akan memasuki syurga. Rasulullah saaw bersabda: Engkau hendaklah percaya:

1. Kepada Allah yakni diri-Nya dan yang berkaitan dengan-Nya,

2. Hari Kiamat,

3. Para Malaikat,

4. Kitab-kitab yang terdahulu,

5. Semua Para Nabi,

6. Kebangkitan selepas mati,

7. Takdir yakni segala yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah,

8. Engkau mengaku bahawa Tiada yang layak disembah Melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh-Nya,

9. Bahawa pada ketika setiap sholat, engkau dirikannya tepat pada waktunya setelah mengambil wuduk dengan sempurna,

10. Bayarlah Zakat,

11. Puasa pada bulan Ramadhan,

12. Mengerjakan Haji jikalau engkau ada kemampuan,

13. Engkau hendaklah mengerjakan dua belas rakaat sholat Muakkad setiap hari. ( dua rakaat sebeluh subuh, empat rakaat sebelum dan dua rakaat sesudah zohor, dua rakaat selepas magrib dan dua rakaat selepas isyak),

14. Engkau janganlah terlepas sholat witir pada waktu malam,

15. Engkau janganlah menyegutukan sesuatu dengan Allah,

16. Engkau janganlah mendurhakai kedua ibubapamu,

17. Engkau janganlah memakan harta anak yatim secara tidak adil (maksudnya tidak salah memakan harta anak yatim dengan mengikut peraturan yang sah dalam keadaan2 tertentu),

18. Engkau janganlah minum minuman keras,

19. Engkau janganlah melakukan zina,

20. Engkau janganlah bersumpah palsu,

21. Engkau jangalah memberi bukti palsu,

22. Engkau janganlah menurut nafsu haiwanmu,

23. Engkau janganlah mengumpat saudara muslimmu,

24. Engkau janganlah membuat dakwaan palsu terhadap perempuan/lelaki yang suci,

25. Engkau janganlah ada perasaan yang jahat terhadap saudara seislammu,

26. Engkau janganlah habiskan masamu dengan kesia-siaan,

27. Engkau janganlah bergaul dengan mereka yang menghabiskan masa dengan kesia-siaan,

28. Engkau janganlah memanggil temanmu dengan gelaran yang tidak disukainya,

29. Engkau janganlah berjenaka dengan menjadikan orang lain sebagai bahan jenakamu,

30. Engkau jangan membuat fitnah terhadap orang islam yang lain,

31. Engkau hendaklah bersyukur kepada Allah SWT diatas segala nikmatnya,

32. Engkau hendaklah tetap berdiri teguh (istiqamah) didalam menghadapi kepayahan dan malapetaka,

33. Engkau janganlah memandang remeh temeh terhadap azab Allah SWT. (Sesungguhnya azab-Nya itu amatlah berat...!),

34. Engkau janganlah memutuskan tali persaudaraan dengan keluargamu,


35. Engkau mestilah menunaikan kewajibanmu terhadap keluargamu,


36. Engkau jangan sekali2 mengutuk mana2 makhluk Allah,


37. Engkau hendaklah sentiasa mengingati dan memuji2 Allah SWT dengan mengucap; Subhanallahi walhamdulillahi walailahaillallahu wallahuakhbar...,


38. Engkau janganlah terlepas dari bersholat Jumaat dan sholat hariraya,


39. Engkau hendaklah percaya bahawa apa saja yang baik dan buruk yang menimpai engkau adalah telah ditakdirkan dan tidak dapat dielakkan, dan juga apa saja yang engkau tertinggal engkau telah ditakdirkan-Nya untuk melakukannya dan


40. Engkau jangan tinggalkan bacaan Al-Quran walau apa keadaan menimpa dirimu.



Salman ra berkata bahawa dia telah bertanya Rasulullah saaw, "apakah ganjaran orang2 yang telah menghafal hadis ini?" Rasulullah telah bersabda, "Allah SWT akan membangkitkan orang2 ini dikalangan para nabi dan ulama"




Demikianlah. Semoga Allah SWT melalui Rahmat dan limpah kurnia-Nya, mengampunkan segala dosa2 kita dan memasukkan kita dikalangan hamba2Nya yang taat. Ameenn..



Wallahu alam. Wassalam..



Taip bahagian pos selebihnya di sini