Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Khamis, 16 Ogos 2018

Dari Kerana Mata...

Assalamualaikum.

Ini adalah Petua dari orang tua-tua.

Petuanya tentang 'mata'. Mata banyak hikmahnya. Kita ini kaya kerana memiliki mata. Buta mata gelaplah dunia. Ops! Dunia sebenarnya tak gelap, tetapi pandangan kitalah yang gelap.

Ada juga 'mata' yang lain yakni mata air, mata hati, matahari dan lain-lain lagi.

Dari kerana mata, kita boleh jadi gila yakni 'gila bayang'. Dari kerana mata, kita boleh jatuh cinta. Dari kerana mata, kita boleh meramal apa yang bakal terjadi, yakni begini;

1) Sekiranya mata kiri bergerak-gerak, maknanya anda akan didatangi orang jauh.

2) Sekiranya mata kanan pula yang bergerak-gerak, maknanya anda akan menangis.



Bagi diriku sendiri memiliki sepasang mata yang rabun. Jadi untuk mendapatkan pandangan yang normal, kena lah pakai cermin mata..

Sekian. Wassalam.

Selasa, 14 Ogos 2018

Aku kembali dalam mod baru..

Assalamualaikum.
Bertemu kembali para pembaca sekalian. Terlebih dahulu aku mohon maaf kerana telah telah terlalu lama tidak menulis diblog ini. Hari ini baru terasa ingin menulis di blog ini lagi. Namun pada kali ini dalam versi yang berbeza.
Kali ini aku menulis melalui aplikasi telefon pintar. Mungkin hasilnya tak akan sebagus menulis di komputer riba, laptop dan seumpamanya, namun kelebihan yang ada, pastinya aku akan dapat menulis dari mana saja aku berada..
Diharapkan kalian dapat mengambil menafaat dari blog ini sekiranya ada, atau setidaknya kalian mendapat sedikit pengajaran daripadanya.
Sekian. Wassalam.

Khamis, 14 Mei 2015

Kota dan Istana Raja Melayu; Bagaimanakah Pihak Berwajib Menanganinya?

Jika kita melihat kepada nama tempat yang terdapat di Malaysia, terdapat banyak tempat lama yang menggunakan perkataan KOTA. Kenapakah perkataan kota tersebut digunakan? Adakah saja suka-suka perkataan kota tersebut digunakan? Adakah memang ada sebuah kota di situ pada suatu masa dahulu? Dari apa yang diperhatikan, memang terdapat kota pada kesemua tempat yang menggunakan perkataan kota. Cerita turun temurun masyarakat setempat menjurus kepada kewujudan sesebuah kota bagi setiap nama yang menggunakan perkataan kota. Tetapi kebanyakannya telah lenyap dan diabaikan, diruntuhkan, diratakan, ditimbuskan, ditenggelamkan dan dihilangkan dari pengetahuan umum. Apakah motif sebenar tindakan tersebut, AGENDA siapakah ini?

Khamis, 2 April 2015

Dedahan Che Det Berat! UMNO dan PRU 14



1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

Sabtu, 26 Julai 2014

Surah Al-Kahfi - Pelindung dari Dajjal..


Assalamu Alaikum saudara2ku sekalian.
Semoga korang semua sentiasa berada dalam Rahmat Allah SWT. Bertemu kita lagi dalam blog yang biasa2 saja ni. Dikesempatan ini, saya nak bawa korang semua memperhatikan satu surah di dalam Al-Quran yang mulia, Al-Kahfi, yakni antara surah2 yang sangat baik untuk kita beramal dengannya dalam kehidupan seharian kita yang mengaku tunduk patuh kepada-Nya, Pemelihara makhluk sekalian alam..

Surah Al-Kahfi ini merupakan sebuah surah yang diturunkan di Mekah dan mempunyai 110 ayat. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah, kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir, dan kisah Zulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj. .Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan 'InsyaAllah'. Ia suatu kalimah sangat penting...




Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah saw bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya adalah:

1. Abu Sa`id al-Khudri ra. beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2. Daripada Ali ra. yang meriwayatkan daripada Rasulullah saw, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3. Daripada Abu al-Darda’ ra. bahawa Nabi saw telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”


Demikianlah beberapa diantara kelebihannya. Semoga Allah SWT memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amin…Wallahu a'lam.



Untuk bacaan selanjutnya sila ke surah al-kahfi