Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 22 November 2011

Aku, Engkau dan Gerabak Keretapi itu...





Assalamu Alaikum,

saudara-saudaraku yang sangat kuhormati, semoga korang semuanya sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT, pemelihara kita dan pemelihara sekalian alam ini. Dalam artikel kali ini aku ingin mengajak korang semua naik keratapi. Siapakah diantara korang semua yang masih belum pernah naik keretapi? Aku fikir ramai diantara korang yang pernah menaikinya, tak kiralah keretapi itu berupa sebuah Tren ker,  Monorel ker, Transit Aliran Ringan (LRT) ker, yang pentingnya kenderaan ini memiliki GERABAKnya sendiri. Tidak kira ada berapa gerabak pada setiap keretapi itu, yang pentingnya kesemua gerabak tersebut harus berfungsi dengan baik.

Ayoh semua kita ke perhentian keretapi....!


*******

Penumpang-penumpang telah membeli tiket masing-masing berdasarkan kemampuan yang dipersetujui.

Apabila keretapi tiba masing-masing menaiki gerabak-gerabak yang telah ditentukan.. Ada yang menaiki dahulu, ada yang menaiki kemudian..

Setelah itu masing-masing duduk di tempat-tempat yang telah dikhaskan.. Ada yang eksklusif, ada yang ekonomi, ada yang low class(masih ada ke?), dan ada yang langsung tiada tempat duduk kerana dah penuh..

Ketika didalam perjalanan, ada yang asyik komplen pasal tempat duduk yang 'telah dipersetujui', ada pula yang tenang saja dan menerima dengan baik tempat duduk yang dikhaskan untuknya dan dipersetujuinya..

Kemudian ada yang mula memasang kipas, ada yang mengawal alat penghawa dingin dan tingkap.. Ada yang mengubah kedudukan tempat duduk.. Ada pula yang membuat onar.. Ada juga yang buat hal masing2.. Ada yang cuba berkomunikasi (bersembang2 dll).

Sepanjang perjalanan ada yang turun di perhentian-perhentian dan berehat sebentar sebelum meneruskan semula perjalanan.

Ada pula yang jatuh sakit ketika didalam perjalanan, ada yang sakit perut .. Buat mereka yang dalam keadaan yang demikian, akan dipindahkan dan dimasukkan ke dalam gerabak khas untuk 'rawatan'.

Ada yang meninggalkan kerusi dan berjalan-jalan, ada yang tersesat, ada yang curi-curi duduk tempat orang lain..

Semasa keretapi bergerak kadangkala perjalanan itu laju, perlahan dan berhenti... Ada masa-masanya gerabak bergegar dan bergoncang akibat kelajuan atau terlanggar sesuatu.. tetapi ia tetap ditarik oleh lokomotif (kepala keretapi) ke depan.. Ada kalanya arah perjalanan ditukar menggunakan rel atau landasan pilihan yang lain (namun jarang berlaku).. Adakalanya satu dua gerabak terpaksa ditinggalkan akibat rosak (ini juga jarang2 berlaku).. tetapi destinasi tetap diteruskan..

Pemandu-pemandu lokomotif tak kisah apa yang berlaku didalam gerabak kerana setiap gerabak telahpun dikunci rapi.. Lagipun setiap gerabak ada 'penjaga' masing-masing.. tetapi ada satu dua penumpang yang ada 'dokumen khas' yang boleh keluar masuk dari pintu-pintu ke gerabak lain.. Ada penumpang yang ada 'kuasa' memberi nasihat atau berbincang dengan pemandu untuk berhenti atau melambatkan perjalanan.. tetapi penumpang ini tak boleh menyuruh pemandu mengubah destinasi perjalanan.. Pemandu juga boleh pergi ke gerabak-gerabak.. Melihat suasana penumpang, memastikan gerabak dalam keadaan baik serta memyuruh gerabak dikunci rapat dan lain-lain arahan.


Demikianlah saudara-saudaraku sekalian sedikit penerangan tentang hal-hal atau suasana yang dapat kita semua perhatikan pada setiap kali kita berada didalam gerabak keretapi itu. Makanya aku pasti korang tentunya tertanya-tanya, 'apa ke halnya situan blog ni ajak-ajak kitaorang naik ketapi ni??'

Nak tahu kenapa?

Kenapa ya?

Fikir-fikirkanlah......!




*********




Ok. Oklah. Harap korang semua bersabarlah ya. Aku akan berikan beberapa 'petunjuk', sila baca dengan teliti dan fahamilah..




Tulisan aku diatas tu merupakan sebuah PERUMPAMAAN..

TAMSILANnya adalah sebagaimana tulisanku yang dibawah ini;



Penumpang-penumpang yang dimaksudkan diatas adalah korang semua termasuklah diriku sendiri.

Penumpang yang naik dahulu adalah korang yang lahir ke dunia ini lebih dahulu dari aku yakni abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik serta datuk nenek, moyang dan seterusnya..

Penumpang-penumpang yang naik lambat/naik kemudian adalah korang yang lahir kedunia lebih lambat dari aku yakni adik-adik, cucu-cucu, cicit-cicit dan seterusnya..

Tempat duduk didalam gerabak itu adalah takdir hidup korang, atau rezeki korang atau jodoh korang yang telah ditetapkan dan yang telah korang persetujui ketika di alam roh korang dulu dengan lafaz perjanjian, 'alastuubi rab bikum'

Kipas, alat penghawa dingin, tingkap dan lain-lain yang boleh korang kawal sesuka hati korang itu umpama pencetus daya yakni yang memberi korang kekuatan dalam perjalanan kehidupan menuju akhirat

Kelakuan dalam gerabak membawa maksud adanya usaha dalam memajukan diri korang atau sebaliknya usaha dalam melingkupkan diri korang..

Gerabak-gerabak itu sendiri membawa maksud adanya tingkatan pada alam ini yakni alam dunia, alam jin, alam barzakh, dan lain-lain..

Kunci membawa maksud hati

Gerabak-gerabak yang rosak dan yang ditinggalkan adalah alam-alam yang musnah.

Gerabak untuk 'rawtan' maksudnya alam barzakh..

Penjaga maksudnya malaikat

Rel/landasan maksudnya perjalanan manusia menuju akhirat

Penumpang yang memiliki dokumen khas itu adalah orang yang dapat makrifat/keluar dari dunia ke dunia lain.

Penumpang dengan 'kuasa khas' adalah para wali Allah SWT..

Pemandu lokomotif adalah pemimpin umat manusia..

Destinasi maksudnya pertemuan dengan Pemelihara umat manusia dan sekalian alam..


************


Baiklah saudara-saudaraku sekalian, klu/petunjuk dah dapat, sekarang korang fikirlah kisah 'benar' disebalik kisah perumpamaan 'aku, engkau dan gerabak keretapi itu..' Semoga korang beroleh manafaat darinya..





Maha Suci Allah SWT....!






c**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Rabu, 16 November 2011

Seloka Pakai Tudung..


Oleh :








Pakai tudung tapi bertelanjang



Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.





c**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Sabtu, 12 November 2011

Si Iblis dari Gua Hirak.. (membidas tulisan Salman Rusdie - Surah Syaitan)









Assalamu Alaikum,






saudara2ku serta para pembaca blog ini sekaliannya, semoga semuanya berada dalam suasana yang mengembirakan. Artikel ini kutujukan khas buat seorang rakan dari tanah seberang Indonesia, tepatnya, dia yang berada di Pulau Bali. Beberapa tahun lalu aku telah berdebat dengannya tentang agama Islam. Oleh kerana aku terlalu 'bengang' dengan kata2nya lantas aku pula terus mengutuk agamanya, 'Hindu' agamanya. Selepas itu kami tidak lagi berhubungan. Ketika itu dia sering mengunakan nama samaran 'iblis gua hirak'. Nah! Saudara2ku hanya dengan nickname itu saja sudah bisa menyakitkan hati bukan? Namun setelah kami putus hubungan, aku sering merasa menyesal dengan kata2ku terhadapnya..










Seminggu yang lalu, tanpa sengaja, kami bertemu lagi di alam maya ini. Setelah berbasa-basi seketika, dia bertanya;






"masih ingatkah lagi Salman Rusdie?"






Aku jawab sudah pastilah ingat, manusia celupar seperti dia sukar nak dilupakan..






"aku yakin dia benar," ucapnya.






"kebenaran semacam apa yang kamu maksudkan? Bisa perjelaskan?", pintaku pula.






"kebenaran kisah Iblis Gua Hirak, aku yakin dia berkata benar!" jawabnya.






"Oh! Jadi kerana itulah kamu fan banget guna nickname itu Lho?" soalku lagi.






Dia ketawa.






.........










Buat korang yang tidak tahu, Salman mendakwa didalam bukunya bahawa Nabi Muhammad saaw telah menerima wahyu yang pertama dari syaitan, bukan dari malaikat Jibrail.






.........










"ikut suka kamulah, asal kamu bahagia dengan pendirian kamu itu.." ucapku mengalah. Malas sudah aku nak berdebat lagi pasal perkara ni. Meskipun aku kasi hujah terbaik sekali pun, dia ni bukan mahu pedulipun.. Debat sekadar nak menangkan NAFSU semata, bukan AKAL..










Saudara2ku sekalian, dibawah ini adalah karanganku khas buat dia yang bergelar 'iblis gua Hirak' yang telah kukarang lama dulu. Reaksinya, terkejut, sadis, ternganga lantas ketawa terbahak2.. Hahahaa..! Jika dia terbaca sekali lagi diblog ini pula, ah! Persetan dengan dia tu..









PERHATIAN!! Karangan dibawah ini berunsur SARKASTIK SATIRA atau dalam perkataan orang kampung, 'hangpa dok perli2 ni..'. Selamat menikmatinya...










..............






Dalam sejarah yang tidak banyak di ketahui orang, ketika Muhammad saw. berada di gua Hirak, ia bertapa dan berfikir akan halnya keadaan kaumnya yang jahil. Beliau merasa amat sedih dan memohon Allah swt. agar dapat segera membasmi keburukan-keburukan tersebut.










Sedari mula, sang Iblis Gua Hirak sudah mengintipnya. Ia juga bertapa dan berfikir akan halnya keadaan Muhammad. Bagaimana ia bisa membantu Muhammad yang dalam kepasrahan itu.










Sampai beberapa hari dia duduk bertafakur mencari jalan penyelesaian. Ternyata jalan yang di cari-cari tidak juga muncul-muncul.










Suatu hari Iblis Gua Hirak mendapat ilham yang sangat baik, katanya,

"ya. Kenapa tidak aku ketemu Muhammad saja dan mengatakan kepadanya bahawa Allah telah mengutusnya menjadi nabi dan menyampaikan wahyu dari Allah kepadanya!"










Maka bangkitlah Iblis Gua Hirak dari pertapaannya dan berjalan menuju arah Muhammad saaw. yang berada tidak jauh darinya.










Tetapi alangkah terperanjatnya dia bila gerak langkahnya di hadang oleh dua malaikat berwajah bengis. Ke dua-duanya bersenjatakan 'serampang tiga mata'. Seminit selepas itu, muncul pula Malaikat Jibrail as. lalu berkata kepada Iblis Gua Hirak,










"ketepi kamu. Bukan kamu yang di utuskan oleh Allah kepada Muhammad, tetapi akulah yang di utus Allah atas tugas yang sangat mulia ini. Kamu sungguh tidak layak untuk tugas ini. Orang2 yang sering berkata dusta tidak berhak bertemu dengan orang2 yang sering berkata benar! Kebenaran tidak bisa bercampur gaul dengan Kebathilan!"










Selepas berkata demikian kepada Iblis Gua Hirak, maka Malaikat Jibril as. lalu bertemu dengan Muhammad saaw. Dan dialog seterusnya seperti yang kita semua ketahui...










Iblis Gua Hirak sebenarnya sangat ingin menentang Jibril tetapi apakan daya, perutnya gendut. Tidak mampu melawan ke dua malaikat yang bersenjata serampang tiga mata. Kiranya ia cuba maju satu langkah kehadapan, pasti robek leher dan perut gendutnya itu.










Setelah Muhammad saw. meninggalkan gua Hirak, Malaikat Jibrail kembali menghadap Iblis Gua Hirak lalu bertanya,




"Apa yang mahu kamu lakukan selepas ini?"




lalu dijawab Iblis, "aku akan memburu Muhammad sampai ke lubang cacing!"




kata Jibril, " Bagus. Bagus!"




Kemudian Jibril mengarahkan ke dua malaikat tadi mengheret Iblis Gua Hirak ke lautan Hindi lalu mencampakkan ia ke dalamnya.




Malaikat Jibril berkata, "kamu bisa mula memburu Muhammad dari sini.. Semoga berjaya.. oh ya, ini serampang tiga mata, senjata buatmu menentang musuh-musuhmu di mana saja kamu berada.."










Begitulah keadaannya si Iblis Gua Hirak. Ia akhirnya dapat keluar dari lautan Hindi dan terdampar di pantai negara India. Seorang Hindu dari golongan 'Vaishya' telah menyelamatkannya. Ia di beri makan dan minum hingga ia kembali segar. Setelah itu ia di beri persalinan kayaknya golongan Vaishya.










Kemudian Iblis Gua Hirak telah di kahwinkan dengan seorang gadis yang cantik juga dari golongan Vaishya (yah! Sudah tentulah, mana bisa mau berkahwin dari golongan keshatriya - Lol! ) Dan ia sangat rajin menternak binatang terutamanya Babi.










Iblis Gua Hirak sebenarnya sangat ingin mempelajari kitab Veda tetapi golongan Vaishya di larang berbuat demikian. (fuh! itu belum lagi tahap golongan Shudra, atau Paria yang lagi keras larangannya )










Iblis Gua Hirak dengan akal pintarnya, mencari helah, lantas ia menyamar jadi golongan Shudra, menyelinap masuk istana diraja lalu mencuri kitab Veda. Habis di bacanya isi kitab suci itu.. lalu di kembalikan semula kitab itu ke tempat asalnya. Takut ketahuan lakunya.










Suatu hari dalam suatu majlis keramaian golongan Vaishya tanpa sengaja si Iblis Gua Hirak melafaskan nyanyian yang indah ini,











Dialah yang tertinggi dari segala yang maha tinggi


Tuhan segala tuhan yang mempunyai kekuatan di atas 



Di depan kekuasaannya yang maha perkasa 





Mengeletar bumi dan langit-langit yang tinggi 


Wahai manusia, dengarlah gurindamku 


Sesungguhnya dialah Indra tuhan alam semesta 




Dialah yang menundukkan syaitan-syaitan di langit 


Mengedarkan bulan-bulan yang tujuh, murni dan besar 


Memasuki gua-gua yang penuh bahaya dan kotor 


Mengeluarkan lembu-lembu betina yang comel dari rahim-rahim 


Menyalakan api lama dari sinaran kilat di awan 


Itulah dia Indra perwira gagah berani 




Tentera yang maju kerana pertempuran 


Menyerunya memohon pertolongan pada hari peperangan 


Orang-orang yang mulia berteriak dengan namanya yang baik 


Orang-orang yang hina menyebut namanya dengan lidah mereka dan berbisik-bisik 


Panglima tentera di atas kereta perang 


Berdoa meminta pertolongan Indra tuhan peperangan 


Bumi dan langit mengakui kekuasaan dan kesempurnaannya 


Gunung-gunung yang bergegar tunduk dan sujud pada kebesarannya 


Dialah yang menghantar pukulan petir ke atas musuh-musuhnya 


Maka berikanlah kepadanya tembaga yang suci 


Sesungguhnya dia menerima arak ini arak Suma 


Dan mendengar syair serta lagu-lagu kepatuhan 




Dia mempunyai lembu-lembu dan kuda-kuda perjuangan 


Dia mempunyai kampung-kampung, tempat-tempat tinggal dan kereta-kereta perang 


Dia mengangkat matahari dengan tangan kanannya 


Membuka pintu-pintu merah dari cahaya fajarnya 


Memecahkan awan merah sekali pecahan 


Dan mengirim rintik-rintik hujan supaya engkau benar-benar mempercayainya.. 


.....













.........................










Seorang golongan Kshatriya telah mendengarkan nyanyian ini yang di lafaskan dari lidah golongan Vaishya. Hal ini lalu di adukan pada raja. Raja sangat murka! Lantas si Iblis Gua Hirak di tangkap. Ia merayu-rayu agar jangan dicampakkan ke laut.










Dalam pemikiran Raja, ia mahu Iblis Gua Hirak di gantung di langit dengan kepalanya ke bawah. Tetapi sang raja masih belum menemui jalannya... Maka si Iblis Gua Hirak di kurung dalam sel yang gelap lagi kotor sampai masa kini

....










Begitulah kisahnya yang dapat aku sampaikan dalam gayaku sendiri pada tuan-tuan di sini. Aku berharap semua kalian di sini dapat mengambil suatu pelajaran dari kisah tersebut..










Oh ya, kelmarin aku sudah pergi melihat-lihat sel gelap tempat di kurungnya Iblis Gua Hirak...... tetapi aku dapati dia sudah tidak ada di situ.




"ke mana dia?" tanyaku pada pengawal yang ada di situ.




"sudah keluar...." jawabnya.




"Hah? Sudah bebas ? tanyaku lagi kaget.




"Ia sedang menghadapi tugas penting." beritahu pengawal itu.




Aku binggung jadinya, "tugas apa?" tanyaku lagi.




"Ia telah di utus ke
ALAM MAYA........ bertemu dan berdebat dengan umat Muhammad......"




"Apa??? Bagaimana ini bisa terjadi??" aku makin binggung.




"Panjang ceritanya.........." ucap pengawal itu sambil berlalu pergi.




Tinggal aku sendiri berdiri di sini memandangi sel yang sudah kosong dan bergumam sendiri...... "aku berazam mau mengetahui 'cerita yang panjang' itu..
di suatu hari nanti......"



Sekian.





Om Sakti Om Si Iblis Gua Hirak.. 







c**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Selasa, 8 November 2011

Jika Engkau Merasa Lemah...


Dengan Nama Allah SWT...


Salam Alaikum,


Wahai saudara2ku yang dimuliakan,


Jika engkau merasa lemah,

itu adalah satu bentuk pengakuan yang jujur.Yang demikian adalah kerana kita adalah makhluk yang lemah. Hanya Allah SWT saja yang Maha Kuat dan yang berhak memberi kekuatan kepada orang2 yang dikehendakiNya.Sebagaimana gelombang radio, tv atau isyarat sebuah telepon bimbit yang dipancarkan dari satu antena ke segenap penjuru, maka tidak ada seorang pun yang dapat merubah bentuknya menjadi sesuatu yang dapat didengar, dilihat atau dirasa kecuali dengan memiliki radio, tv atau telepon bimbit tersebut.Tiadalah bezanya hal itu dengan keadaan jazbah atau semangat yang Allah SWT pancarkan ke segenap jiwa manusia untuk mengamalkan agama. Akan tetapi tidak seorang pun yang dapat menangkap untuk dirinya, kecuali dia yang memiliki petunjukNya. Dan petunjuk tersebut adalah yakin akan janji2 Allah SWT dan rasulNya yang terangkum dalam fadhilah2 amal.

Untuk mendapatkan Keyakinan perlu ada gerak kerja dijalankan! Yakni suatu usaha kearah itu..

Tanpa usaha, yakin tak akan datang. Menyampai ulangkan kebaikan2 yang kita dengar atau yang kita baca dari ta'alim, bayan dan mudzakarah adalah usaha yang dapat menumbuhkan keyakinan kita. Dan keyakinan akan timbul dalam hati apabila kita mengoptimalkan penggunaan mata,telinga, lisan dan fikir kita untuk maksud itu.



Maka, jika engkau merasa Lemah... Yakinlah bahawa Allah SWT tidak sekali2 memungkiri JANJI2Nya..


Maha Suci Allah SWT.


Wallahu a'lam.
**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Selasa, 1 November 2011

Iskandar Zulkarnain









Assalamu Alaikum,




Saudara-saudaraku sekalian yang dirahmati Allah SWT, semoga korang semua sihat wal'afiat dan gembira selalu. Dalam artikel kali ini saya akan paparkan buat korang semua sebuah watak dan kisah yang yang telah dimunculkan oleh kitab suci umat islam yakni Al Quran yang mulia. Inilah watak yang tidak kurang popularnya yang tidak habis-habis dikaji oleh para ahli sejarah sehingga kehari ini. Iskandar Zulkarnain, suatu nama yang tidak asing lagi dikalangan umat islam dan juga penganut Kristian serta masih lagi diperdebatkan siapakah dia yang sebenarnya. Namun dalam artikel ini, saya tidak akan memperdebatkannya, hanya sekadar mahu mengambil pelajaran dan menafaat yang ada didalam kisahnya.

Dia dilahirkan diMacedonia. Kepadanya dikurniakan Allah otak yang pintar, fikiran yang panjang dan berbagai-bagai ilmu pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu teknik dan kimia. 

Dari semenjak dia masih kecil, hatinya sudah tidak enak melihat perang yang selalu timbul antara Timur (Kerajaan Persia) dengan Barat (Kerajaan Rum). Perang yang tidak henti-hentinya dan tahun ke tahun, malah dari abad ke abad, yang telah menewaskan ribuan manusia dan merosakkan bumi, menghancurkan banyak harta benda. 

Untuk menghindarkan perang antara Timur dengan Barat yang sudah bertradisi ini, dia ingin mendirikan sebuah kerajaan besar yang meliputi Timur dan Barat. 

Padanya terdapat segala syarat untuk menyampaikan. maksud dan tujuan hidupnya yang maha besar itu. Selain dia seorang yang baik, berakhlak yang tinggi, berilmu pengetahuan tentang ketenteraan, tentang pemerintahan dan teknik, akan dapat membawa dia sampai dipantai cita-citanya. 

Mula-mula sekali dengan tenteranya yang lengkap kuat, dia menuju ke Barat (Maghribi atau Moroko), tempat terbenamnya matahari. Disitu dilihatnya matahari itu terbenam dimatair yang bertambah hitam, iaitu Lautan Atlantik sekarang ini. 

Disitu didapatinya satu bangsa yang terlalu engkar dan kafir, hebat sekali kerosakan dan kejahatan yang ditimbulkan bangsa itu. Bukan saja merosakkan permukaan bumi dan mengacaukannya, tetapi juga sudah menjadi tabiat mereka suka membunuh orang-orang yang tidak bersalah sekalipun. 

Sebelum melakukan tindakan, terlebih dahulu Iskandar Zulkarnain menadahkan tangannya ke langit, memohon petunjuk kepada Allah, tindakan apa sebaiknya yang harus dilakukan terhadap bangsa yang begitu kejam. Apakah bangsa itu akan digempurnya habis-habisan atau akan dibiarkan begitu saja? 

Tuhan menyuruh Iskandar Zulkarnain membuat pilihan salah satu diantara dua tindakan: Digempur habis-habisan sebagai balasan atas kekejaman mereka selama ini atau diajar dan dididik dengan propaganda, agar mereka kembali kepada kebenaran dan meninggalkan segala kejahatan. 

Akhirnya Iskandar Zulkarnain memutuskan akan menggempur mereka yang derhaka dan jahat sehebat-hebatnya dan membiarkan serta melindungi orang-orang yang baik diantara mereka. Pada bangsa itu, Iskandar Zulkarnain lalu mengucapkan kata-katanya yang ringkas: Siapa yang aniaya, akan kami seksa dan dikembalikan kepada Tuhan agar Tuhan memberi seksa yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang sholeh dan baik, akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan kepadanya kami hanya akan perintahkan kewajipan-kewajipan yang ringan saja. 

Tenteranya segera bergerak, menewaskan setiap orang yang kejam, melindungi setiap orang yang baik. Akhirnya negeri itu dapat diamankan dan ditenteramkan, serta diatur sebaik-baiknya, penuh dengan kehidupan bahagia dan makmur. 

Kerana kewajipannya terhadap bangsa dan negeri itu sudah selesai, Iskandar Zulkarnain dengan tenteranya lantas menuju ke arah Timur (India). Dilihatnya matahari terbit atas bangsa yang masih hidup telanjang (Bangsa Hindustan). 

Bangsa dan negeri itupun dapat ditaklukkannya, diamankan dan ditenteramkannya, serta diatur sebaik-baiknya sehingga setiap orang dapat merasakan hidup aman dan tenteram, bahagia dan senang pula. Bangsa itu dapat dikeluarkannya dari lembah kesesatan dan kejahilan. 

Selesailah sudah kewajipannya terhadap negeri dan bangsa itu. Ia lalu menuju ke utara, ke negeri Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dengan kemenangan demi kemenangan yang dicapainya selama dalam perjalanan itu, akhirnya dia sampai ditempat yang ditujui. Didapatinya di situ satu bangsa yang hidup antara dua buah gunung, iaitu Gunung Armani dan Gunung Azerbaijan. Iskandar Zulkarnain tidak mengerti akan bahasa yang dipakai bangsa ini. 

Bangsa ini didapatinya hidup selalu dalam ketakutan dan kekhuatiran, kerana negeri mereka berbatasan dengan bangsa Yajuj dan Majuj yang terkenal kejam dan kuatnya. Bukan sekali-dua kali saja tetapi sering sekali bangsa Yajuj dan Majuj itu datang menyerang mereka, menghancurkan apa saja yang didapatinya dan membunuh siapa saja yang dijumpainya. 

Kedatangan Iskandar Zulkarnain ini, mereka sambut dengan segala kehormatan dan kegembiraan, kerana mereka tahu bahawa Iskandar Zulkarnain adalah raja yang terkuat dan raja yang seadil-adilnya dimuka bumi ini. 

Kepada Iskandar Zulkarnain dimintanya pertolongan, untuk melindungi diri mereka dari serangan Yajuj dan Majuj. Mereka memohon agar antara negeri mereka dengan negeri Yajuj dan Majuj diadakan dinding raksasa yang tidak dapat ditembusi dan untuk keperluan ini, mereka sanggup membayar upah dan kerugian kepada Iskandar Zulkarnain. 

Mendengar permohonan ini, Iskandar Zulkarnain menjawab: Saya tidak mengharapkan upah dari kamu. Nikmat dan pemberian Tuhanku adalah lebih berharga dari upah itu. Hanya kepadamu saya minta kaum pekerja dan alat-alatnya, besi, tembaga, arang batu dan kayu. 

Setelah semua itu terkumpul, Iskandar Zulkarnain mulai bekerja dengan pentolongan para pekerja. Mula-mula dinyalakan api dengan kayu dan arang batu, diambilnya besi, lalu dihancurkannya dengan api itu. Kepada hancuran besi itu dituangkannya tembaga, sehingga menjadi satu dengan besi. Dengan bahan campuran inilah didirikannya dinding raksasa antara negeri itu dengan negeri Yajuj dan Majuj, dinding besi raksasa yang tidak dapat ditembus dan dilubangi oleh sesiapa. 

Kepada bangsa itu Iskandar Zulkarnain lalu berkata: Dinding ini adalah rahmat dari Tuhan kepadamu, hanya Tuhanlah yang dapat menembus dinding ini, bila tiba masa yang dikehendakiNya. 

Dengan jalan begitu, maka aman dan tenteramlah negeri itu. Setelah Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri-negeri lainnya ditimur, barat, diutara dan diselatan, maka kerajaannya kini meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Persia dan India, sehingga merupakan sebuah kerajaan yang amat luas, yang belum pernah terjadi sebelumnya, dimana penduduknya kini hidup dengan aman tenteram dan makmur. 

Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat pertolongan Allah, kerana dia selalu berlindung diri kepadaNya. Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, kerajaan yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah, kerana perebutan kekuasaan para pengikutnya yang ditinggalkannya. 

Iskandar Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah dapat mempersatukan kerajaan Timur dengan kerajaan Barat, menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, berkat ilmu dan pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu dipegangnya teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu. 

Cita-cita Iskandar Zulkarnain yang suci murni dan besar itu, untuk sementara telah dilanggar oleh manusia yang berkuasa sesudahnya. Tetapi pada saatnya nanti cita-cita ini akan menjelma lagi serta menjadi kenyataan, sehingga akan berdiri nanti sebuah negara yang terdiri atas Timur dan Barat, yang adil dan makmur. 

Kita sedang menunggu berdirinya negera itu, menunggu-nunggu kedatangan Iskandar Zulkarnain abad ini dan saya pasti ianya akan muncul tidak lama lagi beserta akan berdirinya sistem pemerintahan islam yang dinanti-natikan umat diseluruh dunia..






Wallahu A'lam.






Saudara-saudaraku sekalian, untuk menambah lebih pengentahuan, korang boleh baca artikel yang berkaitan misteri Iskandar Zulkarnain ini di laman sesawang cahyaiman.






Maha Suci Allah SWT....!




c **^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..