Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Sabtu, 30 Julai 2011

Ramadhan Terakhir... tanpa Khilafah.

Oleh: jebbat.blogspot.com




Sya’ban sudah mula melabuhkan tirainya dengan meninggalkan seribu satu kenangan pahit kepada umat Islam yang masih berada dalam keadaan terhina dan terpecah-belah. Ramadhan 1432H mulai menyingsing dengan seribu satu harapan di hati-hati pencintanya agar di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini, fajar kemenangan segera terbit bagi menghilangkan segala kedukaan yang melanda umat ini sejak sekian lama. Tubuh umat ini telah berpuluh tahun lamanya menderita kesakitan, terlantar tidak bermaya dek bermacam musibah yang menimpanya dari luar dan dalam. Dalam menahan segala kesakitan yang dialami itu, dengan izin Allah SWT, masih terdapat sisa-sisa kekuatan dalam tubuh umat ini yang tidak pernah berdiam diri dan senantiasa melawan segala penyakit yang cuba merosakkannya. Walaupun sukar kerana sedikitnya kekuatan yang dimiliki berbanding banyaknya musuh yang menyerang, namun perlawanan itu sudah mula menampakkan hasilnya. Ini kerana kekuatan luarbiasa yang dimiliki oleh tubuh ini dibantu oleh Pembuatnya Yang Maha Kuasa. Maka tubuh ini semakin hari semakin menguat dan penyakit yang dialaminya semakin hari semakin pulih manakala musuh yang menyerang pula semakin hari semakin melemah dan semakin hilang arahnya. Tubuh yang perkasa ini sudah mula bangkit dari pembaringan selama ini dan kebangkitan ini tidak pernah disangka oleh musuhnya. Ya, ia sudah mula menampakkan kekuataannya baik dari segi semangat mahupun fizikalnya. Pihak musuh, walaupun sudah mula goyah, masih tetap memberikan perlawanan yang bertubi-tubi, namun, setiap perlawanan itu hanya semakin melemahkan diri mereka sendiri. Pihak musuh sudah mula menyedari bahawa saki-baki kekuatan yang ada pada mereka sesungguhnya tidak lagi mampu bertahan dan akan hancur sepenuhya apabila gergasi yang mereka ‘kerjakan’ selama ini bangkit sepenuhnya. Mereka kini hanya menghitung hari menuju perkuburan mereka. Tahun berganti tahun dan bulan berganti bulan, kekuatan yang dimiliki oleh umat Islam sudah tidak dapat dibendung lagi. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang penuh berkat, bulan di mana umat Islam ‘dicaj’ sepenuhnya dan yang ikhlas di antara mereka dilindungi oleh Rabbnya dari syaitan yang direjam. Inilah bulan di mana umat Islam semakin sedar bahawa mereka adalah umat yang satu dan menjalankan ibadah yang satu, puasa mereka satu, berbuka mereka satu serta tarawih (solat) mereka satu. Sesungguhnya musuh tidak akan mampu untuk memisahkan 'kesatuan’ ini. Cuma, apa yang perlu disedarkan dari umat ini agar mereka pulih sepenuhnya dari segala kesakitan ini adalah bahawa mereka seharusnya mempunyai pemimpin yang satu dan negara yang satu yakni Negara Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah!

Rabu, 27 Julai 2011

72 jam berterusan.. Agar mereka tahu RUMAH yang sebenarnya...





Assalamu Alaikum,


wahai saudara2ku sekalian yang sentiasa didalam Rahmat Allah SWT,


Korang tentu tahu bahawasanya cara yang paling mudah untuk korang menjadikan seekor ayam itu kenal dan tahu rumahnya adalah dengan cara mengurungnya selama (paling kurang..) 3 hari berterusan didalam kandangnya. Setelah melepasi waktu itu, korang lepaskanlah ayam2 korang itu, maka korang akan mendapati ayam2 korang itu akan kembali pulang apabila petang menjelma, dan seterusnya bertelur dan berkembang biak disitu. Jikalau korang tidak mengurung ayam2 itu mengikut batas waktu yang telah ditentukan tadi, maka aku hampir pasti bahawa ayam2 tersebut tidak akan kembali pulang sebagaimana yang korang semua harap2kan.


Bagaimana pula dengan Manusia? Sudah pastilah ayam2 yang kita bicarakan tadi bukanlah Manusia.. Manusia memang tidak sama dengan Ayam. Akan tetapi cara yang serupa dapat korang lakukan juga. Tidak mahu percaya? Mari kita buat suatu ujian tentang ini. Korang akan kuberikan satu tugasan, tidaklah berat sangat, korang hanya perlu ajak kawan2 korang beriktikaf di mana2 Masjid atau Surau yang berdekatan atau yang jauh2 pun bolehlah.. Kurung mereka disitu selama 3 hari penuh atau lebih tepat lagi, selama 72jam berterusan, agar mereka kenal dan tahu bahawa Masjid itu adalah Rumah Utama mereka. Setelah selesai, lepaskanlah mereka berpergian kemana2 saja yang mereka suka. Lihatlah hasilnya....


Kemana saja langkah mereka menghala, mereka akan berusaha menemukan Masjid atau Surau atau yang sewaktu dengannya., biarpun betapa sibuknya mereka dalam mengerjakan tugas2 harian, sentiasa didalam fikiran mereka akan ke Masjid apabila sudah masuk waktunya.. Yang demikian itu adalah kerana hati mereka telah tergantung di masjid.....







Wallahu A'lam.




Maha Suci Allah SWT....!







**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 24 Julai 2011

Seorang Raja yang Paling Sepi di Dunia...

Assalamu Alaikum,

saudara2ku yang mulia, pada kali ini kita akan membicarakan perihal kehidupan seorang manusia diatas mukabumi ini. Adakah kita percaya bahawa pangkat dan darjat itu bakal membawa kejayaan atas diri seseorang itu? Atau kita percaya bahawa seorang yang memiliki harta yang melimpah serta bala tentera yang ramai itu akan membawakan suatu kejayaan keatas seorang manusia? Marilah kita renung2kan al kisah dibawah ini...



Istana Raja yang bergemerlapan di pusat kota Phnompenh, ibukota Kamboja adalah salah satu lokasi Wajib yang kerap dikunjungi para pelawat asing. Namun di dalam istana itu diamnya seorang raja yang mungkin merupakan Raja Paling Kesepian di dunia, yakni Raja Norodom Sihamoni yang kini berusia 58 tahun


Sedih, Sepi, Tersisih


Keluarga kerajaan Kamboja memiliki sejarah sepanjang lebih dari dua ribu tahun, dan kini Sihamoni berkemungkinan besar adalah raja terakhir di kerajaan ini. Raja Sihamoni yang berkeperibadian lembut, pendiam, tidak suka bersosial, dan pernah menjadi seorang penari balet ini dan kini mengajarkannya, memiliki hobi di bidang seni dan tidak menyukai politik. Namun kerana raja pendahulunya, yakni Raja Sihanouk, mendadak melepaskan tahtanya pada 2004 lalu, atas desakan dan tekanan keluarga untuk "meneruskan tahta", Sihamoni pun terpaksa pulang ke negerinya untuk meneruskan tahta kerajaan yang sama sekali tidak diinginkannya.


Menurut Harian China Daily edisi 11 Jun, selama 7 tahun terakhir ini, Sihamoni, anak ratu Monique ( Monineath) ini jarang tampil di media massa. Banyak rakyat Kamboja mengatakan dirinya "sedih, sepi, dan tersisih". Selain kerana keperibadiannya yang memang seperti itu, juga disebabkan pengawasan Perdana Menteri Hunsen.


Berita menyebutkan bahawa setiap gerak-gerik Sihamoni terus menerus diawasi oleh orang dekat Hunsen, yakni Menteri Urusan Istana, Kong Song Ou.


Dalam beberapa kali kepergian Sihamoni meninggalkan istana (walaupun jarang sekali terjadi), selalu ada staf istana yang mendampinginya, dan media massa pun dilarang untuk membuat liputan. Meskipun undang-undang memberikan beberapa kebebasan kepada raja, namun Sihamoni tidak diberikan kekuasaan apapun. Berbeza jauh dengan ayahnya, Raja Norodom Sihanouk yang punya pengaruh besar dan dialu-alukan rakyat. Anggota Dewan Kongres dari parti berhaluan kiri Kazakh Song menyebut Sihamoni sebagai "raja boneka", seluruh kekuasaannya telah dikosongkan.

Pembantu dekatnya sampai para ahli pun mengatakan, bahawa lelaki yang memiliki kete­rampilan seorang penari balet ini hanyalah hiasan di tembok kerajaan. Dia boleh diumpamakan terpenjara di istana sendiri. Tidak ada satupun perancangan maupun keputusan yang boleh dikaitkan dengan ke­pemimpinannya sebagai raja.

Semua perancangan justru di­ambil alih Perdana Menteri Hun Sen, yang berasal sebagai anak desa yang miskin namun sangat bijak. Ada juga yang mengatakan baha­wa Hun Sen adalah seorang ahli politik yang kejam dan licik.

Seorang anggota parlimen, Anak Chhay, mengatakan, me­lihat kepada keadaan yang sedemikian, Sihamono sememangnya patut bila masyarakat menye­butnya sebagai raja boneka. “Kuasanya telah berkurang. Untuk bertahan hidup pun sang raja mesti menyenangkan per­dana menteri. Ini sungguh me­nyedihkan,” ujar Chhay, "Karektar Raja Sihamoni, sungguh ber­beza de­ngan ayahnya (Norodom Siha­nouk) yang petah dan penuh karismatik. “Sihamoni berhasil me­ngangkat kerajaannya dan di­anggap seorang raja-dewa oleh rakyatnya. Ribuan orang pun rela berkumpul untuk me­nya­lakan bunga api demi me­rayakan hari ulang tahunnya,” tutur Chhay lagi.

Raja Sihamoni yang kini berusia 58 tahun, hanya menghabiskan banyak waktunya dengan hanya menandatangani dokumen, me­ne­rima tamu dan pelangganan perniagaannya yang lain. “Dia hanya tinggal menunggu masa pen­cennya sambil membaca dan makan-makan saja,” sindir Siso­wath Thomico, pengawai peribadi Sihanouk.


Berbeza dengan ayahnya, yang memiliki enam isteri, Sihamoni tidak pernah berkahwin hinggalah kesaat ini yang akibatnya beliau tidak akan mempunyai waris.


Namun demikian Menteri Informasi Khieu Kanharith lain pula pendapatnya, beliau mengatakan bahawa tugas seorang raja adalah terlibat dalaam bidang sosial, agama, memantau peradilan serta menerima laporan bulanan dari Hun Sen. “Raja Sihamoni telah me­main­kan peranan penting dalam memu­lihkan kerajaan. Sebagai raja dan simbol persatuan kebangsaan dia menjaga kestabilan dalam negara dan tidak akan ter­libat dalam kegiatan politik. Jadi, tidak tepat bila dia (Raja Siha­moni) disebut orang sebagai tahanan di istana,” tegas Kan­ha­rith.

Norodom Ranarridh (saudara tiri raja Sihamoni) atau yang memimpin parti pro-mo­narki, percaya bahawa rakyat Kamboja masih bersimpati terhadap Sihamoni.





Maka apakah ada sesuatu yang boleh membuatkan sang raja ini tersenyum gembira?

Wahai saudara2ku, pangkat telah pun dimiliki, harta telah pun melimpah, kuasa ada didepan mata, namun jiwa masih kosong...



Marilah kita sama2 meyakini bahawasanya, kejayaan manusia itu hanya ada dalam agama, tanpanya, segala harta yang kita miliki didunia ini, segala kekuasaan serta pangkat dan darjat akan lupus setelah kita mati dan akan terseksa diakhirat.. Petandanya adalah apabila kehidupan kita sebelum mati menjadi resah gelisah dan sentiasa bergelumang dosa.. Awasilah keadaan seperti ini.. Semoga Allah SWT merahmati kita semua..


Maha Suci Allah SWT....!









**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Selasa, 19 Julai 2011

Berjuang dengan Ancaman?? atau dengan Kasih Sayang..


Assalamu Alaikum,

Saudara2ku sekalian yang diRahmati Allah SWT, suatu ketika dahulu aku telah berkenalan dengan seorang lagi penganut agama Kristian warganegara Indonesia, biarlah aku namakan dia Ziezie saja ky. Dia ni pula asyik mengeluh perihal pejuang2 Islam yang mengajarkan Islam dengan 'Ancaman'... Dibawah ini sedikit dialog aku dengannya..




Ziezie;
Ancaman lagi !!! ancaman lagi !!!

Ziezie;
Beritakanlah sedikit "Kasih" dari agamamu kepada umat manusia , sudah muak dan capai melihat ancaman-ancaman dari umat agama yang satu ini , dunia sudah cukup menderita dengan korban-korban kekerasan-kekerasan , pembunuhan-pembunuhan yang diakibatkan pengaruh dari agamamu , neraka sudah terjadi dibanyak tempat akibat ulah umat agamamu.


Saifulmerahs;
Salom,
terima kasih sdr. Ziezie atas peringatannya. Kamu sungguh telah membuatkan aku tersedar dari tidurku. Segala protesmu itu membuatkan aku menyedari kesilapanku.

Benar katamu, dunia sudah cukup menderita dengan segala tindak kekerasan manusia yang tidak punya rasa kasih terhadap makhluk lainnya. Benar neraka sudah terjadi di beberapa belahan dunia. Sungguh menyayat hati bagi orang2 yang dalam hatinya terpahat sifat kasih yang mulia...

Aku juga sering di landa kesedihan melihatkan kekejaman, penindasan dan ketidak-adilan yang seakan tidak henti-hentinya melanda umat manusia. Aku juga sering menangis mengenangkan pelaku sedemikian adalah dari kalangan umat agamaku sendiri. Mereka adalah saudara-saudaraku sendiri. Betapa kecewa dan hampanya aku kerna yang perluku hadapi adalah umat agamaku sendiri. yang harus aku kutuk adalah umatku sendiri. Betapa kecewanya aku...

Ziezie;
Apakah Tuhanmu lebih berkenan untuk disembah dengan ancaman-ancaman ??! Apakah Tuhanmu begitu kejam dengan tidak menyisahkan rasa kasih terhadap umat manusia ??!

Saifulmerahs;
Sesungguhnya Allah SWT tidak sekali-kali mau mengazabkan manusia, makhluk yang paling di sayangiNya, ciptaan yang paling sempurna dariNya. Ancaman-ancaman itu sekadar AMARAN dariNya agar kamu jangan terlalai dari beramal dengan segala perintahNya.

Seumpama sebatang rotan yang di gantung pada dinding rumahmu, sekadar memberi ingat pada sang anak agar jangan berbuat jahat, kelak rotan itu akan hinggap di belakangmu.

Ziezie;
Berapa banyak dari seluruh isi Alquran yang memberikan ancaman-ancaman , kutukan-kutukan , sumpah serapah yang datangnya dari ucapan Muhammad yang mengatas namakan Tuhan ?!!

Saifulmerahs;
Janganlah kamu terpedaya dengan segala fitnah orang yang di dalam hatinya penuh kebencian. Janganlah kamu juga turut di kuasai rasa kebencian itu. Sungguh kebencian itu permulaan dari rasa permusuhan!
Aku dengan upayaku akan menunjukkan beberapa ayat yang penuh kasih dari Tuhan Yang Maha Pengasih;

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Surah Al-Baqarah (sapi betina) ayat 1 hingga 5 :

[1] Alif Laam Miim.
[2] Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
[3] (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,
[4] dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
[5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

Al Baqarah 14-17

[14] Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).
[15] Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikaruniai) istri-istri yang disucikan serta keridaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
[16] (Yaitu) orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,"
[17] (yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur.

Al-Baqarah 30-31

[30] Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebaikan dihadapkan (di mukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; Ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.
[31] Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Al-Maidah 5:82

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani". Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

At-Taubah 9:128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad saaw) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Yunus 10:58

Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal).

Israq 17:24

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Al-Mumtahanah 60:7

Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Ihsaan 76:9

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,


Ziezie;
Saya prihatin dan kasihan melihat anda yang telah terdoktrinasi dengan menjauhkan diri anda atas kebenaran itu sendiri.

Saifulmerahs;
Kebenaran itu adalah TAKUTKAN AZAB ALLAH yang pastinya tak tertanggung dasyatnya dan HARAPKAN KASIH REDHO ALLAH yang Maha Luas lagi Maha Adil. Sesungguhnya limpah kurnia Allah SWT tiada batasnya.....



Wallahu A'lam.

Maha Suci Allah SWT...




**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 17 Julai 2011

Buatlah Kerja Nabi.....!





Assalamu Alaikum,

Artikel dibawah ini khas untuk rakan-rakan seusaha.

Saudara2ku yang dihormati sekalian, kucatatkan perihal dibawah ini sekadar peringatan buat kita semua.


Kejayaan manusia adalah berada didalam ketaatan mereka untuk taat pada segala perintah Allah SWT dengan cara yang telah ditunjuk ajarkan oleh junjungan besar NaBi Muhammad saaw. Gagalnya mereka adalah apabila mereka itu melanggar perintah Allah, yakni tidak mahu mengikuti perintahnya. Perintah pertama yang diperintahkan Allah terhadap seluruh ummat Islam adalah 'buat kerja Nabi', dan perintah kedua adalah 'sholat'

Kerja Nabi adalah; 1: mengajak mereka yang tidak percaya untuk percaya kepada yang Benar, iaitu 'tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah'. 2: mengajak mereka yang telah percaya untuk taat akan segala perintah Allah.


Pada hari ini, kita telah diperintahkan untuk buat kerja Nabi kerana kedudukan kita sebagai Naib Nabi. Nabi tidak lagi dihantar kerana Nabi Muhammad saaw adalah penutup segala para Nabi. Oleh itu segala kerja para Nabi telahpun diperturunkan atas ummat ini, yakni kita pada hari ini.

Malangnya umat pada hari ini telah tinggalkan kerja Nabi. Akibatnya Nusrah Allah SWT tidak lagi diturunkan atas umat ini, tetapi yang diperturunkan atas umat ini hanyalah bala bencana. Nabi Yunus as telah ditelan dek ikan Nun kerana mahu tinggalkan kerja baginda tetapi kemudiannya baginda bertaubat. Bilakah pula umat ini hendak bertaubat atas dosa meninggalkan kerja Nabi?

Apabila ummat ini buat kerja Nabi maka Allah SWT akan beri Iman yang kuat, doa akan dimakbulkan, segala amalan mudah diterima serta sentiasa berada didalam bantuan Allah ketika berhadapan dengan musuh. Akhirnya ummat Islam akan diangkat menjadi Penguasa atas orang2 kafir.

Apabila ummat ini meninggalkan kerja ini, maka kemurkaan Allah SWT akan diterima dengan meletakkan orang2 kafir sebagai Penguasa. Segala doa kita tidak diterima dan Islam hanya sebagai 'boneka'.

Oleh kerana itu, tiada lain jalan lagi untuk kita ummat Islam hendak mendapatkan bantuan Allah SWT melainkan kita kembali buat kerja Nabi. Modal untuk seseorang buat kerja ini adalah masa korang sekurang2nya dua setengah jam setiap hari. Syarat untuk buat kerja Nabi adalah korang seorang yang beragama Islam walaupun masih berbuat dosa. Para sahabat Nabi diperintahkan buat kerja sebagaimana Nabi buat walaupun baru saja menerima Islam. Dengan keadaan ini barulah kesukaan Allah akan kita terima.

Marilah kita semua buat kerja Nabi dan jadikan kerja ini sebagai maksud hidup korang tanpa cuti dan sampailah akhir hayat korang..



Ya Allah! Berikanlah HidayahMu kepada kami, dan kepada mereka yang belum percayakanMu untuk mengucapkan ucapan yang HAQ yakni 'laailaha illallahu, muhammadur rasulullahi'

Ya Allah! Kami mengaku bahawa kami ni orang2 yang zalim kerana meninggalkan kerja para nabiMu, oleh itu Engkau ampunilah kami dan terimalah taubat kami dan semua ummat Islam seluruh dunia.. SESUNGGUHNYA Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Pengasihani...



Maha Suci Allah SWT...!






**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..