Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Sabtu, 14 Mei 2011

Alkisah Seorang Kyai Mencari Jodoh Di Tempat Pelacuran

As Salam buat saudara2ku sekalian, semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT, Pemelihara yang Agong. Setelah sekian lama ku menyepikan diri, pada detik ini aku persembahkan sebuah karangan dari tanah seberang, sebuah kisah yang sebaiknya dijadikan pendoman buat mereka yang baru teringat hendak mendekatkan dirinya kehadrat Yang Maha Mulia, pembimbing kita semua.. Selamat membaca..



Diposkan oleh Galaxy Maya


Kiai Marwan, adalah seorang kiai dari Nganjuk. Kiai ini sudah hampir mendekati lima puluh tahun usianya, tetapi masih membujang. Keinginan untuk berkonsentrasi sebagai Kiai tanpa menghiraukan urusan dunia termasuk wanita, membuatnya menjadi bujang lapuk. Tapi soal kebutuhan penyaluran syahwat, tetap saja mengusik setiap hari. Apalagi kalau ia berfikir, siapa nanti yang meneruskan pesantrennya kalau ia tidak punya putra ?





Dengan segala kejengkelan pada diri sendiri dan gemuruh jiwanya, akhirnya Kiai Marwan melakukan istikhoroh, mohon petunjuk kepada Allah, siapa sesungguhnya wanita yang menjadi jodohnya?


Petunjuk yang muncul dalam istikhoroh, adalah agar Kiai Marwan mendatangi sebuah komplek pelacuran terkenal di daerahnya. “Disanalah jodoh anda nanti…” kata suara dalam istikhoroh itu.


Tentu saja Kiai Marwan menangis tak habis-habisnya, setengah memprotes Tuhannya. Kenapa ia harus berjodoh dengan seorang pelacur ? Bagaimana kata para santri dan masyarakat sekitar nanti, kalau Ibu Nyainya justru seorang pelacur? “Ya Allah…! Apakah tidak ada perempuan lain di dunia ini ?”


Dengan tubuh yang gontai, layaknya seorang yang sedang mabuk, Kiai Marwan nekad pergi ke komplek pelacuran itu. Peluhnya membasahi seluruh tubuhnya, dan jantungnya berdetak keras, ketika memasuki sebuah warung dari salah satu komplek itu. Dengan kecemasan luar biasa, ia memandang seluruh wajah pelacur di sana, sembari menduga-duga, siapa diantara mereka yang menjadi jodohnya.


Dalam keadaan tak menentu, tiba-tiba muncul seorang perempuan muda yang cantik, berjilbab, menenteng kopor besar, memasuki warung yang sama, dan duduk di dekat Kiai Marwan. “Masya Allah, apa tidak salah perempuan cantik ini masuk ke warung ini?” kata benaknya.



“Mbak, maaf, Mbak. Mbak dari mana, kok datang kemari ? Apa Mbak tidak salah alamat ?” tanya Kiai Marwan pada perempuan itu. Perempuan itu hanya menundukkan mukanya. Lama-lama butiran airmatanya mulai mengembang dan menggores pipinya. Sambil menatap dengan mata kosong, perempuan itu mulai mengisahkan perjalanannya, hingga ke tempat pelacuran ini. Singkat cerita, perempuan itu minggat dari rumah orang tuanya, memang sengaja ingin menjadi pelacur, gara-gara ia dijodohkan paksa dengan pria yang tidak dicintainya.


“Masya Allah…. Masya Allah… Mbak.. Begini saja Mbak, Mbak ikut saya saja .…” kata Kiai Marwan, sambil mengisahkan dirinya sendiri, kenapa ia pun juga sampai ke tempat pelacuran itu. Dan tanpa mereka sadari, kedua makhluk itu akhirnya sepakat untuk berjodoh.
Kisah tentang kiai Marwan ini sesungguhnya merupakan refleksi dari rahasia Allah yang hanya bisa difahami lebih terbuka dari dunia Sufi.


Hal ini menggambarkan bagaimana dunia jiwa, dunia moral, dunia keindahan dan kebesaran Ilahi, harus direspon tanpa harus ditimbang oleh fakta-fakta normatif sosial yang terkadang malah menjebak moral seorang hamba Allah.


Sebab tidak jarang, seorang Kiai, sering mempertaruhkan harga dirinya di depan pendukungnya, ketimbang mempertaruhkan harga dirinya di depan Allah. Dan begitulah cara Allah menyindir para Kiai, dengan menampilkan Kiai Marwan ini.





**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Khamis, 7 April 2011

Kisah Tiga Mat Boroi... Jangan ambil pot..!



Hasil nukilan: roslan mohd



Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar.

Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah.

Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa.

Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu.

Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.

Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak.



Liputan meluas

Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.

Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.

Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.

Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario.

Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman.

Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi!

Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.

Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan.



Long shot

Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot.

Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi.

Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku.

Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste."

Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang.

Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut.



Pesta filem di Cannes

Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah.

Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette.

Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini.

Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas.

Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi.




Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul?

Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.





**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 3 April 2011

Seri Bayu dalam Kenangan....

Seri Bayu telah menyahut panggilan illahi..

Al-Fatihah.....

-

-

-

-

-

Semua kita juga akan menyambut panggilan yang Maha Memelihara, tidak dapat tidak, kita harus kembali kepadaNya, yakni apabila seruan telah tiba, apabila utusanNya, yang ditugaskan mencabut nyawa setiap yang hidup, diperintahkan untuk mengambilnya...

Berakhir jua penderitaan yang ditanggung semasa lagi hidup, segala kekecewaan dan segala keresahan dan kerungsingan, bermulalah pula suatu pengalaman yang kekal tiada hujungnya, samaada itu berupa kesenangan ataupun penderitaan yang kekal, bukan yang bersifat sementara sebagaimana deritanya engkau didunia yang baru saja ditinggalkan.. Alam yang bakal engkau lalui ini adalah lebih luas dan lebih panjang masanya, jika engkau mendapat nikmat, ianya merupakan kenikmatan yang abadi, namun jika derita yang engkau terima, tiadalah lagi daya dan upaya untuk melarikan diri darinya, hanyasanya Allah SWT itu punya rahmat yang Maha Luas, moga-moga engkau salah seorang yang mendapatkannya....


 Nama sebenar beliau, Jamaludin Sulik, usia 47 tahun, menderita sakit urat saraf telah pun menghembus nafas terakhirnya dihospital Port Dickson, Negeri Sembilan pada jam 8.30 malam Sabtu April 2, 2011.



Beliau seorang penulis lirik lagu, antara yang terbaik adalah lagu 'kau yang bernama seri' yang didendangkan oleh sebuah kumpulan rock tempatan, Handyblack, pernah menjadi hit suatu masa dahulu..

Kata-kata akhir yang diucapkan pada wartawan harian kosmo semalam, "Awak tulislah, biar orang lain tahu apa isi hati saya ketika ini,segala suka dan duka biarlah saya menanggungnya sendiri,"

Dikesempatan ini, aku tidak akan menulis dengan panjang lebar, cuma korang boleh rujuk di pautan yang kuberikan dibawah ini.


Selamat membaca..



MstarOnline 

Luahan hati Seri Bayu

Masih upaya tulis lagu 

Bualan di Cari Forum


Akhir sekali kuberikan kredit untuk rakan blogger wartamaya diatas tercetusnya ilhamku untuk menerbitkan artikel khas Seri Bayu dalam kenangan ini..


Wassalam.





**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 27 Mac 2011

Konsep seIzin Allah SWT..

















Dibawah ini adalah petikan tulisan aku ketika berada di sebuah forum dari Indonesia...




Salam buat semua,

Daripada tulisanku sebelumnya yakni tentang konsep 'seizin Allah' telah melahirkan salah pengertian kepada ken, djarotiodius dan rekan2 yang lainnya. Ini tidaklah menghairankan kerna kesalahfahaman ini juga sering terjadi pada umat islam sendiri yang kurang ilmunya tentang ketuhanan. Bukan pula aku mahu mengatakan aku ini orang yang berilmu, tetapi untuk memahami konsep ketuhanan ini memerlukan daya fikir yang tinggi dicampur dengan keimanan yang teguh.

Dalam tulisanku kali ini aku mahu menjuruskan hal yang nampaknya di salah mengertikan itu.

Jumaat, 18 Mac 2011

Laaa.... Ingatkan Ultraman hebat sangat....!







Salam Alaikum semua pembaca blog ni, ketemu lagi kita diarena maya ini. Nampaknya aku ada kiriman terbaru buat korang, tapi bukannya apa-apa pun, sekadar mengulas sesuatu yang telah pun menjadi topik hangat dikalangan korang semenjak dua menjak ni.

Telah heboh diperkatakan tentang terbitnya sebuah kartun dalam Berita Harian, sebuah akhbar utama Malaysia, kartun yang telah dilukis oleh Zoy, juga seorang pelukis yang terkemuka di Malaysia. Karakator yang dilukisnya itu mengambarkan Ultraman, yakni sebuah watak superhero utama rakyat Jepun yang cuba melarikan diri dari tertimpa bala bencana tsunami yang baru-baru ini telah melanda Jepun. Lukisan inilah yang telah menyebabkan ramai rakyat negara ini memandang secara serius dengan mengatakan ianya adalah sesuatu perlakuan pelukisnya yang tidak bermoral, tak perihatin, mengambarkan suatu penghinaan, dan seolah-olah cuba mempermain-mainkan kejadian tsunami yang sedang melanda negara matahari terbit itu.


Kita tanya Zoy,

benarkah begitu?? Kenapa engkau bersikap sedemikian dangkalnya sehingga menyebabkan ramai orang yang mengkritik secara keras terhadap kartun engkau yang meghina itu, sehingga Malaysia sudah mendapat malu seantero dunia dimasa kini....? Apa niat sebenar engkau? Adakah apa-apa muslihat disebalik lakaran engkau dalam akhbar utama Malaysia itu?

Jawab Zoy, jangan tak jawab....!



Ok lah. Aku telah kemukakan sisi negatif dalam reaksi orang ramai atas perkara ini. Sememangnya rata-rata orang ramai memandangnya demikian. Al maklumlah, bencana dasyat yang melibatkan ribuan nyawa terkorban, siapa yang tak bersimpati, kan? Aku pun simpati gak, jangan kata tak ya... Tapiii..........

Tiadakah pandangan positif dalam hal ni? Takkan takder kut? Apakah benar Zoy sebegitu dangkal fikirannya? Langsung takder rasa simpati sikit pun terhadap kejadian yang menimpa rakyat Jepun tu? Jom kita tanya Zoy...
.
.
.

.

.


Err.. Maaf la Zoy bukan tak mau jawab, tapi kerana dia tak membaca artikel yang aku tulis ni, al maklumlah blog aku ni hanyalah blog picisan saja, dan aku bukan orang terkenal pun, anonymous plak tu......


Oklah. Biarlah aku perkatakan disini bahawa masih ada yang positif yang harus kita fikir-fikirkan sebenarnya. Malahan hal ini lebih besar lagi untuk kita fikir-fikirkan.. Lihatlah  kartun tu dan fikirkanlah mengapa ultraman tu lari? Bukankah dengan kuasanya yang hebat ia sepatutnya menantang, bukannya lari.. Ultraman yang sentiasa menjadi pojaan hati kanak-kanak seluruh dunia sepatutnya menyelamatkan bumi dari bala bencana sedemikian, bukannya lari bila diserang tsunami yang sebenarnya bukan teruk sangat pun..

Jadi kepada kanak-kanak sekalian, padamkan saja cita-cita nak jadi ultraman tu, superhero tu bukan boleh buat apa-apa pun. Nak selamatkan diri dari tsunami pun kantoi, apatah lagi nak selamatkan dunia.. Sebenarnya ultraman bukan ada kuasa apa-apa pun...

Ingatlah wahai adik-adikku sekalian, sekuat manapun makhluk dunia ni, secanggih mana pun teknologi diatasnya, apabila bala bencana datang menimpa, semuanya bakal habis musnah takkan tersisa lagi.. Tiada satu makhluk pun didunia ini yang memiliki kuasa untuk melawan apa-apa yang Allah SWT telah takdirkan akan musnah. Sehebat mana pun sesebuah negara itu, seberapa maju pun negara itu, sebesar mana pun kekuatan angkatan tenteranya, namun segalanya akan tewas jua ditangan bala tentera Allah SWT..

Ingatlah wahai anak-anakku, segala-gala yang berlaku atas dunia ini adalah semuanya dalam perhitungan Allah yang Maha Kuasa. Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan adanya daya upaya dari Allah SWT. TIADA YANG BERKUASA MELAINKAN ALLAH, MAKHLUK LANGSUNG TIADA KUASA.

.
.
.
.
.

Walaubagaimana pun, aku berharap janganlah hal ini dijadikan senda gurau, berfikirlah secara matang, segala bencana yang datang adalah amaran dari Allah SWT. Mungkin benar, penerbitan kartun seumpama ini adalah salah pada tempatnya, salah pada masanya. Pada masa ini kita seharusnya menghulurkan bantuan seberapa yang kita mampu. Berdoalah agar bencana seumpama itu terhindar jua dari menimpa diri kita. Namun jangan sekadar berdoa tanpa adanya apa-apa tindakan susulan buat memperbaiki diri kita, tingkatkan amal dan yang teramat penting sekali, jangan berhenti dari kerja kita, kerja paling utama, sampaikan kalimah HAQ pada seluruh umat manusia, termasuk kepada mereka yang sedang ditimpa bencana dasyat ini, rakyat Jepun yang masih ramai diantara mereka yang dahagakan hidyah Allah SWT.. Kasihanilah mereka kerana tanpa hidayah, mereka kekal dalam api yang menyala.... TANPA HIDAYAH KITA KEKAL DALAM API YANG MENYALA-NYALA.....! Terseksa dek tsunami itu hanyalah penderitaan sementara, tetapi diseksa dalam api yang menyala-nyala itu kekal abadi, na'uzubillah, kecuali mereka yang didada meraka tersemat kalimah La'ilaha illallah...



Maha Suci Allah SWT.......!


**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..