Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 13 April 2010

Kerja Dakwah Adalah Kerja Semua Umat Islam.. Kerja..! Kerja..! Kerja..!


















Dengan Nama Allah SWT...


Assalamualaikum...



Dalam posting kali ini aku lampirkan salah satu bayan2 maulana untuk mesyuarat malaysia beberapa tahun lalu oleh Maulana Muhammad Lat pada 8 Sept.2003...



************



" Tuan2 yg mulia,



Mafhum hadith nabi saw, kadang2 angin sejuk atau angin rabbani bertiup dan angin itu bertiup,kamu perlu letakkan dalam kedudukan yg kamu dapat manfaat daripada angin itu..



Kerja dakwah yg dibangunkan oleh Nabi saw disambung oleh sahabah kiram ajmain dan tabien2 telah dibangunkan semula pada hari ini..Sebelm dakwah nabi saw, keadaan ummat dalam kejahilan dan keadaan yg wujud hari ini seolah2 sama dengan rosaknya akhlak manusia pada zaman jahiliyyah..Imam Malik rah.a berkata ummt ini tidak dapat diperbaiki kecuali dengan mencontohi bagaimana umat kurun pertama diperbaiki...Maulana Ilyas telah bersyukur kerana beliau diberi oleh Allah berlian ummat kurun pertama..



Jika kita hendak mengira nikmat Allah Taala tidak dapat terkira,anak yg soleh, isteri yg solehah, suasana yg baik adalah satu nikmat dan nikmat2 itu tidak sama dengan nikmat kita dihubungkan dengan kerja agama...Jika kita bersyukur dgn nikmat Allah, Allah akan gembira dan suka dengan kita..Allah telah beri kepada kita kerja untuk membina iman.. Semua golongan manusia sama ada ia miskin atau kaya , jika ia membina imannya, maka imannya akan ditingkatkan oleh Allah...oleh itu kita perlu bersyukur dengan nikmat itu..



Apakah yg dikatakan mensyukuri nikmat, Hadraji In'amul Hassan pernah berkata selepas Ijtima' Tongi" Tanda kita mensyukuri nikmat Allah ialah kita perlu tunaikan takaza agama dengan meningkatkan pengorbanan.."Hadraji rah.a telah memberi satu garis panduan, apabila takaza agama datang kita perlu letakkan diri kita untuk menyempurnakan takaza dan jangan menolak segala takaza yg dibentangkan.. Jika kita menolak kita akan tergulung mereka yg tidak bersyukur dengan nikmat Allah itu...



Ummat di zaman nabi saw adalah ummat yg terbaik kerana apa2 yg diberi oleh Nabi saw mereka terima dan apa2 yg Nabi saw minta mereka laksanakan mereka sedia laksanakan.. Asas mengapa ummat zaman nabi saw adalah ummat yg terbaik, pertama mereka faham diri dan harta mereka bukan milik mereka tetapi milik Allah dan mereka menggunakannya mengikut kehendak dan perintah Allah.. Nabi saw telah buat tiga kerja:



1)dakwah

2)ta'alim

3)tazkiyyah



Ketiga2 perkara itu telah menjadi tanggungjawab Nabi saw dan Nabi saw telah laksanakannya dengan sempurna.. Semua sahabat telah gunakan diri, harta dan masa mereka mengikut tuntutan dakwah, ta'alim dan tazkiyyah serta amal itu telah menjadi maksud hidup mereka, manakala kerja lain hanyalah sebagai keperluan sahaja..



dakwah perlu kita buat dengan penuh basirah dan tumpuan sepenuhnya.. Jika kita buat demikian,kesan dakwah yg diperolehi oleh sahabah rahum, kita juga akan dapat kesannya di mana org yg kufur dan syirik menjadi org yg bertakwa, org yg bercakap bohong menjadi bersopan santun, dan lain2 kebaikan.. Kita perlu teliti sejauh mana hubungan kita dengan Allah meningkat, sejauh mana kita belajar sunnah Nabi saw dan mengamalkannya dalam diri kita, kita juga telah buat kerja 20-30 tahun org terkesan dengan bayan kita dan org telah keluar 4 bulan/40 hari.. Adakah itu sahaja atau selepas kita membuat kerja ini yakin kita dengan kalimah telah bertambah dan akhlak kita bertambah baik....?"



"Dalam kerosakan amal di kalangan org2 Arab,Nabi saw telah diutuskan di kalangan mereka..Walaupun dakwah nabi saw mendapat tentangan dan kecaman, Nabi saw telah membuat kerja dengan penuh yakin.. Nabi saw pernah bersabda, kerja agama yg dibawa oleh nabi saw diperlukan oleh manusia seperti keperluan air kepada seluruh manusia.. Air sangat penting dalm badan manusia, apabila badan manusia kekurangan air badan akan jadi lemah..



Begitu juga dalam kehidupan individu apabila syariat telah keluar daripada kehidupan manusia seperti di masjid atau di mana2 tempat itu akan jadi lemah, sama keadaannya badan menjadi lemah kerana air telah keluar daripada badan manusia...



Nabi saw telah buat kerja dengan sabar dan tahammul..Dalam tempoh 23 tahun keadaan telah berubah di mana ramai org kafir telah datang kepada Islam, segala kerosakan telah menjadi betul.. Begitu juga kita perlu bangun membuat kerja agama dengan penuh yakin bahawa masalah2 saya dan masalah infiradi ummat, masalah org ramai serta negara dapat diselesaikan jika ummat bangun membuat kerja agama...



Apabila nabi saw memberi sesuatu kepada sahabah,adakah perkara yg diberi masuk ke dalam diri mereka?Kita juga perlu melihat apa yg kita bayankan, adakah kita telah memperolehinya.. Janji Allah adalah haq dan mereka yg membuat kerja dakwah dengan penuh hakikat maka Allah akan beri hidayah untuk dirinya dan juga untuk org lain..



Suatu pagi Nabi saw telah tanya Harithah ra, bagaimana iman kamu? Harithah ra telah berkata, saya dalam keadaan iman yg sempurna...(Nabi saw tanya,) Apa tandanya?(kata Harithah ra)Saya makan, minum, dan bersam aisteri saya (tapi), saya sedar bahawa syurga di kanan saya, neraka di kiri saya dan Allah Taala di hadapan saya!



Hari ni matlamat kerja kita bagaimana 6 perkara dapat kita hayati.. Adakah 6 perkara itu hanya kita cakapkan sahaja atau telah pun menjadi hakikat dalam diri kita.. Maksud kita bukannya mengumpulkan org ramai tetapi membina majma'.. Adakah kita yg membuat dakwah, yakin telah telah wujud dalam hati kita bahawa semua masalah kita dan ummat hanya dapat diselesaikan apabila seseorang itu keluar ke jalan Allah..



Kita yg membuat kerja agama ini, adakah yakin kita dengan Allah makin lama makin bertambah? Adakah kehidupan kita ikut cara kehidupan Rasulullah saw? Adakah solah kita semakin khusyu' dan menyelesaikan masalah dunia akhirat? Adakah zikir kita bertambah khusus?Adakah ikhlas kita bertambah baik? Adakah kita membuat suatu amal sentiasa ikhlas? Dan adakah kita telah menjadikan dakwah sebagai maksud hidup kita? Jika perkara2 ini kita belum perolehi kita perlu menangis kepada Allah...



Hadraji rah.a kata, syaitan sangat pandai, dia cucuk org yg buat kerja agama supaya usahakan org lain tapi lupa dirinya sendiri.. Org sekarang mengatakan kerja tabligh bagus dengan mewujudkan banyak perubahan di seluruh alam, masjid2 penuh, tetapi kebaikan tidak datang pad aorg itu sendiri kerana dia tidak menjaga cillah(40 hari) tahunan,tertib bulanan, dan ghush(jaulah) pun datang ketika org telah keluar ghush serta tidak melakukan antara dua solah..



(Maulana Muhammad Lat telah memberi tamsil mengenai hal ehwal seorang penjual aiskrim)..(katanya) "Di masjid saya pada bulan puasa yg lalu sangat ramai org datang solat penuh melimpah ruah.. Imam tarawih membaca 3 juz dan ahli jemaah tidak mengantuk, ditambah lagi 2 juz jemaah masih lagi sedia mengikut.. Apabila org tanya penjual aiskrim itu, kamu solat di mana? (katanya) Saya solah di tempat lain di mana tempat yg habis cepat tarawih (kerana ia sibuk menjual aiskrim selepas maghrib)...



Begitu halnya dengan karkun kita sekarang... Dia kata tabligh bagus, org tidak pernah solah telah keluar tiga hari dan telah datang pada solah.. Malam markas penuh dan banyak jemaah dapat dikeluarkan di seluruh alam..tetapi bila ditanya, bagaimana cillah kamu?(katanya) Saya telah 3 tahun tidak keluar, 3 hari pun kadang2 keluar kadang2 tidak.. Ghush kedua saya tidak dapat buat.. Ghush pertama org telah keluar ghush baru saya datang.. Org seperti ini sebenarnya tidak dapat tarbiyyah daripada kerja tabligh dan yakinnya lemah...




Dalam membuat kerja agama kita perlu:




1)membuat kerja dengan penuh yakin

2)membuat kerja dengan istiqamah..Apabila kita buat dengan cara ini kita akan dapat tarbiyyah dan kebaikan daripada kerja ini, perubahan akan berlaku pada diri kita, akhlak kita akan menjadi baik dan tabiat yg buruk akan keluar daripada diri kita..

3)Kita perlu membuat kerja dengan meningkatkan tahap pengorbanan.. Tambah pengorbanan bukan bermaksud tinggalkan (terus) kerja dan anak isteri serta duduk di masjid tetapi pengorbanan yg dimaksudkan ialah kita atur takaza(keperluan)yg ada mengikut keutamaan..(takaza) Kerja dakwah apabila datang, kita perlu dahulukan, kemudian takaza2 yg lain kita aturkan dan kemudiankan...

4)Membuat kerja agama dengan musyawarah.. Seorang yg mempunyai keupayaan kewangan, dia telah pergi ijtima' sana sini, perlu kita buat dengan musyawarah, jika tidak kita akan buat kerja dengan menipu diri sendiri..Seterusnya apa2 yg diputuskan oleh Nizhamuddin itu sahaja kita perlu laksanakan dan janganlah ditokok tambah..Apabila kita buat kerja seperti ini, kerja akan maju dan kita akan dapat manfaat..Org yg membuat kerja tanpa musyawarah, kerja ini akan rosak dan kerugian akan datang pada diri sendiri..

Kita perlu menyerahkan diri dalam musyawarah, jika kita membuat kerja dengan musyawarah kita akan dapat barakah dan bantuan Allah.. Jika tidak kita akan menimbulkan kerugian kepada kerja ini lebih teruk daripada kerugian yg didatangkan oleh org yg membenci kerja ini.."



****************



Inilah salah satu daripada bayan2 Maulana Muhammad Lat d.b..Semoga Allah memberi ilham kepada sekalian yang membaca untuk menilai sebaik2nya tentang kerja ini.. Walaupun bayan ni untuk org2 yg sudah buat kerja ini.. Tapi insyaallah, mudarat manfaat dalam genggaman Allah, dapat tersebar ke sesiapa saja.. Engkau baca dan buat penilaian..Tetapi penilaian itu akan jadi lebih bermakna jika engkau sendiri melibatkan diri dalam kerja agama ini.. Seperti org yg mengkaji rasa limau, dia akan ketahui molekul apa yg menyebabkan rasa manis limau, komponen atom apa.. tetapi untuk merasai bagaimana manisnya limau dia sendiri kena rasa buah limau..



Begitu juga kerja ini..untuk merasai dan memahami kerja ini dia kena letakkan dirinya untuk sama2 buat kerja ini.. Seperti kata Maulana Syamim" Untuk kerja dunia, kita faham dulu baru buat, tapi untuk akhirat, kita buat dulu baru faham.."



Wallahualam..



Maha Suci Allah SWT...

Sabtu, 10 April 2010

Bagaimana Para Nabi Bekerja..? Kerja, kerja kerja!!!...

















Dengan Nama Allah SWT...



Saudara2ku,



Sekali lagi aku datang bukan sekadar untuk bercerita kosong semata, tetapi aku sangat berharap agar kalian semuanya mendapat menafaat dari apa2 yang aku sampaikan..


Dakwah itu adalah kerja para nabi. Kerja para nabi ini tidak berhajat kepada harta benda meskipun wang ringgit. Allah SWT telah sebarkan HIDAYAH hanya setelah para nabi menjalankan 'kerja' ini.



Rasulullah saaw telah menjalankan kerja ini tanpa adanya apa2 asbab kebendaan atau dalam kata lain, mereka bekerja tidak minta UPAH.. Dan maksud kerja mereka adalah mengajak manusia dengan ucapan, "ya ayyuhannas qulu laa ilaaha illallaah tuflihu = Wahai manusia, ucapkanlah, tidak ada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, pasti kamu akan berjaya!"



Sebaik saja Rasulullah saaw menjalankan kerja ini, maka para lelaki, perempuan dan kanak2 telah mendapat hidayah. Sekiranya baginda rasulullah tidak menjalankan kerja ini, maka boleh jadi Khadijah rha, Abu Bakar ra dan Ali kw tetap menjadi kenangan lampau penduduk Mekah yang musyrik.



Dan apabila Khadijah rha, Abu Bakar ra dan Ali kw beriman kepada Allah SWT, maka seluruh pemikiran dan gerak kerja mereka telah berubah dari berkeyakinan terhadap makhluk kepada berkeyakinan terhadap Khaliq, dari beramalkan agama nenek moyang mereka kepada beramalkan agama yang haq dan dari memandang ke dunia kepada memandang ke akhirat.



Dan apabila Abu Bakar ra beriman, maka keyakinannya telah menjadikan asbab orang2 lain di sekitarnya beriman pula. Bagaimana boleh terjadi sedemikian? Ini adalah kerana dia telah menjalankan kerja yang sama dengan kerja para nabi, bukan pula setelah dia benar2 mantap imannya, bahkan dia telah menjalankannya justru pada hari yang sama dengan hari pernyataan keimanannya.





Maha Suci Allah SWT.....!

Khamis, 8 April 2010

Apakah Engkau Benar2 Mencintai Nabimu??...



Salamun Alaikum,



Dengan Nama Allah SWT...



Wahai Saudara2ku,



Kenalilah Nabimu..



Kerana hanya dengan cara ini saja engkau dapat bergerak sebagaimana baginda bergerak, melangkah pada jejaknya, menempuh jalan yang dilaluinya dan sampai pada tujuan yang telah dicapainya.




Nabi saaw biasanya makan di atas tanah, duduk sebagaimana seorang hamba, mengambil makanan yang terjatuh, membersihkannya dan memakannya. Baginda menampal bajunya sendiri dan memperbaiki kasutnya dengan tangannya sendiri. Baginda melakukan apa2 saja yang seorang Hamba sahaya telah lakukan dengan baik sekali..



Apabila sang isteri telah memasang sebuah langsir yang terukir gambar disebuah tingkap rumahnya, baginda memujuk salah seorang isterinya untuk menjauhkannya dari pandangannya. Demikianlah cara beliau menyingkirkan dunia dari hatinya dan menghancurkan ingatan jenis itu dari fikirannya.



Baginda menginginkan agar godaan dunia tersembunyi dari matanya, sehingga beliau tidak memandangnya sebagai tempat yang layak untuk menginap dan tidak pula sebagai tempat yang layak untuk hidup selama2nya. Hasilnya, orang2 miskin dan sederhana tidak merasa berat untuk mengamalkan agama ini.



Oleh kerana itu, jika engkau benar2 mencintai Nabimu, maka sederhanakanlah apa saja yang ada kaitannya dengan amal agama ini. Yang demikian itu adalah agar tidak seorang pun mengeluh bahawa agama ini hanya diperuntukan bagi orang2 kaya dan terhormat sahaja.

 
 


Maha Suci Allah SWT......!

Isnin, 28 Disember 2009

Habib Umar bin Hafiz dari Hadramaut...

HIMPUNAN RIBUAN UMAT DI DALAM :
MAJLIS BERSAMA ULAMAK BESAR
DARI HADRAMAUT KE MALAYSIA

AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR BEN HAFIZ AL-HADRAMI

MASJID AL-FALAH USJ9

AHAD , 10 JAN 2010
(23 MUHARRAM 1431)
6PTG - 10 MLM ,
.
DI :
MASJID AL-FALAH , USJ 9 ,
SUBANG JAYA , SELANGOR

.
sebarang info :
013-330 9474 (imam azian)
emel : http://my.mg2.mail.yahoo.com/dc/MasjidalFalahUSJ9@gmail.com

 
.
ANDA ADALAH DIJEMPUT HADIR 
dan; TOLONG SEBAR-SEBARKAN
.
kami mengajak anda sama-sama sebarkan maklumat ini demi kesejahteraan usaha Dakwah Islam melalui saluran2 anda : website, blog, email group, masjid2 , surau2 atau sms anda ..
semoga Allah mengurniakan ganjaran Dakwah Fi Sabilillah dan memberkatinya ... 

jazakumullahu khairan kathiran
http://pondokhabib.wordpress.com/





selanjutnya....                                                                                     


DENGAN KEDATANGAN HABIB UMAR KE MALAYSIA PONDOK HABIB AKAN MEMAPARKAN ARTIKEL2 BERKAITAN BELIAU SEBELUM INI.
Beliau ialah Habib Umar putera dari Muhammad putera dari Salim putera dari Hafiz putera dari Abdullah putera dari Abi Bakr putera dari Aidarus putera dari Hussein putera dari Syeikh Abi Bakr putera dari Salim putera dari Abdullah putera dari Abdul Rahman putera dari Abdullah putera dari Syeikh Abdul Rahman al-Saqqaf putera dari Muhammad Maula al-Dawilah putera dari Ali putera dari Alawi putera dari al-Faqih al-Muqaddam Muhammad putera dari Ali putera dari Muhammad Shahib Mirbat putera dari Ali Khali Qasam putera dari Alawi putera dari Muhammad putera dari Alawi putera dari Ubaidillah putera dari Imam al-Muhajir Ahmad putera dari Isa putera dari Muhammad putera dari Ali al-Uraidi putera dari Ja’far al-Sadiq putera dari Muhammad al-Baqir putera dari Ali Zainal Abidin putera dari Hussein sang cucu lelaki, putera dari pasangan Ali putera dari Abu Talib dan Fatimah az-Zahra puteri dari Rasul Muhammad s.a.w..
Beliau dilahirkan di Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan berlimpahnya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan kota ini selama berabad-abad. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang adalah seorang pejuang martir yang terkenal, Sang Intelektual, Sang Da’i Besar, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu
Bakr bin Salim.
Ayahnya ialah salah seorang ulama intelektual Islam yang mengabdikan hidup mereka demi penyebaran Islam dan pengajaran hukum suci serta aturan-aturan mulia dalam Islam. Beliau secara tragis diculik oleh kelompok komunis dan diperkirakan telah meninggal, semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Demikian pula kedua datuk beliau, Habib Salim bin Hafiz dan Habib Hafiz bin Abdullah yang merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum ulama dan intelektual Muslim pada masanya. Allah seakan menyiapkan kondisi-kondisi yang sesuai bagi Habib Umar dalam hal hubungannya dengan para intelektual muslim disekitarnya serta kemuliaan yang muncul dari keluarganya sendiri dan dari lingkungan serta masyarakat dimana ia dibesarkan.
Beliau telah mampu menghafal al-Quran pada usia yang sangat muda dan ia juga menghafal berbagai teks inti dalam fiqh, hadis, bahasa Arab dan berbagai ilmu-ilmu keagamaan yang membuatnya termasuk dalam lingkaran keilmuan yang dipegang teguh oleh begitu banyaknya ulama-ulama tradisional seperti Muhammad bin Alawi bin Shihab dan Syeikh Fadl Baa Fadl serta para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim yang terkenal itu. Maka beliau pun mempelajari berbagai ilmu termasuk ilmu-ilmu spiritual keagamaan dari ayahnya yang meninggal syahid, Habib Muhammad bin Salim, yang darinya didapatkan cinta dan perhatiannya yang mendalam pada da’wah dan bimbingan atau tuntunan keagamaan dengan cara Allah s.w.t. Ayahnya begitu memperhatikan sang ‘Umar kecil yang selalu berada di sisi ayahnya di dalam lingkaran ilmu dan zikir.

Namun secara tragis, ketika Habib ‘Umar sedang menemani ayahnya untuk solat Jumaat, ayahnya diculik oleh golongan komunis, dan sang ‘Umar kecil sendirian pulang ke rumahnya dengan masih membawa syal milik ayahnya, dan sejak saat itu ayahnya tidak pernah terlihat lagi. Ini menyebabkan ‘Umar muda menganggap bahawa tanggungjawab untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan ayahnya dalam bidang dakwah sama seperti seakan-akan syal sang ayah menjadi bendera yang diberikan padanya di masa kecil sebelum beliau mati syahid.
Sejak itu, dengan sang bendera dikibarkannya tinggi-tinggi, dia memulai, secara bersemangat, perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang-orang, membentuk majlis-majlis dan dakwah. Perjuangan dan usahanya yang keras demi melanjutkan pekerjaan ayahnya mulai membuahkan hasil. Kelas-kelas mulai dibuka bagi anak muda maupun orang tua di mesjid-mesjid setempat dimana ditawarkan berbagai kesempatan untuk menghafal al-Quran dan untuk belajar ilmu-ilmu tradisional.
Dia sesungguhnya telah benar-benar memahami Kitab Suci sehingga ia telah diberikan sesuatu yang khusus dari Allah meskipun usianya masih muda. Namun hal ini mulai mengakibatkan kekhawatiran akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan beliau dikirim ke kota al-Bayda’ yang terletak di tempat yang disebut Yaman Utara yang menjadikannya jauh dari jangkauan mereka yang ingin mencelakai sang sayyid muda.
Disana dimulai babak penting baru dalam perkembangan beliau. Masuk sekolah Ribat di al-Bayda’ ia mulai belajar ilmu-ilmu tradisional dibawah bimbingan ahli dari yang mulia Habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar, semoga Allah mengampuninya, dan juga dibawah bimbingan ulama mazhab Syafie, Habib Zain bin Sumait, semoga Allah melindunginya. Janji beliau terpenuhi ketika akhirnya dia ditunjuk sebagai seorang guru tak lama sesudahnya. Dia juga terus melanjutkan perjuangannya yang melelahkan dalam bidang dakwah.
Kali ini tempatnya adalah al-Bayda’ dan kota-kota serta desa-desa disekitarnya. Tiada satu pun yang terlewat dalam usahanya untuk mengenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w pada hati mereka seluruhnya. Kelas-kelas dan majelis didirikan, pengajaran dimulai dan orang-orang dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkannya kekurangan tidur dan istirahat mulai menunjukkan hasil yang besar bagi mereka tersentuh dengan ajarannya, terutama para pemuda yang sebelumnya telah terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan dangkal, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka sadar bahwa hidup memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentitas baru mereka sebagai orang Islam, mengenakan serban/selendang Islam dan mulai memusatkan perhatian mereka untuk meraih sifat-sifat luhur dan mulia dari Sang Rasul Pesuruh Allah s.a.w..
Sejak saat itu, sekelompok besar orang-orang yang telah dipengaruhi beliau mulai berkumpul mengelilingi beliau dan membantunya dalam perjuangan dakwah maupun keteguhan beliau dalam mengajar di berbagai kota besar maupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mulai mengunjungi banyak kota-kota maupun masyarakat diseluruh Yaman, mulai dari kota Ta’iz di utara, untuk belajar ilmu dari mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mulai menunjukkan pada beliau perhatian dan cinta yang besar sebagaimana ia mendapatkan perlakuan yang sama dari Habib Muhammad al-Haddar sehingga ia memberikan puterinya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahwa dalam diri beliau terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran yang agung.
Tak lama setelah itu, beliau melakukan perjalanan melelahkan demi melakukan ibadah Haji di Mekkah dan untuk mengunjungi makam Rasul s.a.w di Madinah. Dalam perjalanannya ke Hijaz, beliau diberkahi kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab dari para ulama terkenal disana, terutama dari Habib Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf yang menyaksikan bahwa di dalam diri ‘Umar muda, terdapat semangat pemuda yang penuh cinta kepada Allah dan RasulNya s.a.w. dan sungguh-sungguh tenggelam dalam penyebaran ilmu dan keadilan terhadap sesama umat manusia sehingga beliau dicintai al-Habib Abdul Qadir salah seorang guru besarnya. Begitu pula beliau diberkahi untuk menerima ilmu dan bimbingan dari kedua pilar keadilan di Hijaz, yakni Habib Ahmad Mashur al-Haddad dan Habib Attas al-Habshi.
Sejak itulah nama Habib Umar bin Hafiz mulai tersebar luas terutama dikeranakan kegigihan usaha beliau dalam menyerukan agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran awal yang tradisional. Namun kepopularan dan ketenaran yang besar ini tidak sedikitpun mengurangi usaha pengajaran beliau, bahkan sebaliknya, ini menjadikannya mendapatkan sumber tambahan dimana tujuan-tujuan mulia lainnya dapat dipertahankan.


Tiada waktu yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingat Allah dalam berbagai manifestasinya, dan dalam berbagai situasi dan lokasi yang berbeda. Perhatiannya yang mendalam terhadap membangun keimanan terutama pada mereka yang berada didekatnya, telah menjadi salah satu dari perilaku beliau yang paling terlihat jelas sehingga membuat nama beliau tersebar luas bahkan hingga sampai ke Dunia Baru.


Negara Oman akan menjadi fase berikutnya dalam pergerakan menuju pembaharuan abad ke-15. Setelah menyambut baik undangan dari sekelompok Muslim yang memiliki hasrat dan keinginan menggebu untuk menerima manfaat dari ajarannya, beliau meninggalkan tanah kelahirannya dan tidak kembali hingga beberapa tahun kemudian. Bibit-bibit pengajaran dan kemuliaan juga ditanamkan di kota Shihr di Yaman timur, kota pertama yang disinggahinya ketika kembali ke Hadramaut, Yaman.

Disana ajaran-ajaran beliau mulai tertanam dan diabadikan dengan pembangunan Ribat al-Mustafa. Ini merupakan titik balik utama dan dapat memberi tanda lebih dari satu jalan, dalam hal melengkapi aspek teoritis dari usaha ini dan menciptakan bukti-bukti kongkrit yang dapat mewakili pengajaran-pengajaran di masa depan.


Kepulangannya ke Tarim menjadi tanda sebuah perubahan mendasar dari tahun-tahun yang ia habiskan untuk belajar, mengajar, membangun mental agamis orang-orang disekelilingnya, menyebarkan seruan dan menyerukan yang benar serta melarang yang salah. Dar-al-Mustafa menjadi hadiah beliau bagi dunia, dan di pesantren itu pulalah dunia diserukan. Dalam waktu yang dapat dikatakan demikian singkat, penduduk Tarim akan menyaksikan berkumpulnya pada murid dari berbagai daerah yang jauh bersatu di satu kota yang hampir terlupakan ketika masih dikuasai para pembangkang komunis.

Murid-murid dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Kepulauan Comoro, Tanzania, Kenya, Mesir, Inggris, Pakistan, Amerika Serikat dan Kanada, juga negara-negara Arab lain dan negara bagian di Arab akan diawasi secara langsung oleh Habib Umar. Mereka ini akan menjadi perwakilan dan penerus dari apa yang kini telah menjadi perjuangan asli demi memperbaharui ajaran Islam tradisional di abad ke-15 setelah hari kebangkitan. Berdirinya berbagai institusi Islami serupa di Yaman dan di negara-negara lain dibawah manajemen al-Habib Umar akan menjadi sebuah tonggak utama dalam penyebaran Ilmu dan perilaku mulia serta menyediakan kesempatan bagi orang-orang awam yang kesempatan tersebut dahulunya telah dirampas dari mereka.Habib Umar kini tinggal di Tarim, Yaman dimana beliau mengawasi perkembangan di Dar al-Mustafa dan berbagai sekolah lain yang telah dibangun dibawah manajemen beliau. Beliau masih memegang peran aktif dalam penyebaran Islam, sedemikian aktifnya sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahunnya mengunjungi berbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan mulianya.



Untuk bacaan selanjutnya, sila lah kalian berkunjung ke Pondok Habib. Semoga bermanafaat..

Jumaat, 25 Disember 2009

Lima Tahun Setelah Tsunami..

Sabtu Disember 19, 2009

Acheh

Oleh BILL TARRANT. Susunan NORUTUL ILHAM








Keadaan selepas dan sebelum kejadian Tsunami di Acheh



SEKALI pandang, kapal itu kelihatan seolah-olah merupakan sebahagian daripada bangunan yang memang ada di persikataran kampung di pinggir Banda Aceh walhal ia terdampar di situ berbatu-batu jauhnya dari kawasan pantai ekoran gempa bumi dahysat yang mencetuskan bencana tsunami paling buruk berlaku dalam pada zaman ini.

Beberapa pelancong kelihatan berlegar di sekitar kapal PLTD Apung I seberat 2,600 tan itu sambil mendengar penerangan daripada pemandu tempatan tentang bencana yang berlaku pada pagi Ahad 26 Disember 2004, apabila bumi bergegar selama hampir 10 minit.

Dalam kekalutan suasana dengan orang ramai lari bertempiran meninggalkan rumah mereka, ombak tinggi menggunung melepasi pokok kelapa yang mara sama pantas dengan kelajuan jet pejuang, menghancurkan kehidupan penduduk di penjuru barat pulau Sumatera ini dan kawasan sekitar Lautan Hindi, mengorbankan sekurang-kurangnya 226,000 nyawa.

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powell yang meninjau kawasan persekitara Banda Aceh dari udara pada Januari 2005, mengibaratkan bandar raya itu "seolah-olah dilanda serangan senjata nuklear. Hancur musnah segala-galanya".Sesungguhnya gempa berukuran 9.15 pada Skala Ritcher, iaitu yang kedua paling hebat pernah dicatatkan, adalah 1,500 kali lebih kuat jika dibandingkan dengan ledakan bom atom di Hiroshima.

Kali pertama penulis menjejakkan kaki di sini empat tahun lalu, kapal PLTD Apung I yang terdampar di situ itu kelihatan janggal di tengah-tengah kehancuran dan kemusnahan yang saujana mata memandang. Mangsa-mangsa yang selamat kelihatan berlonggok di dalam khemah-khemah yang diuruskan oleh badan-badan amal.

Sekarang, pemandangan dari bahagian atas dek kapal itu menunjukkan persekitaran baru yang tersusun rapi, dibina hasil bantuan kira-kira US$6.7 bilion yang mengalir masuk ke Aceh. Kanak-kanak bermain riang di atas buaian di Taman Pendidikan Tsunami yang terletak bersebelahan tapak kapal itu.

"Secara keseluruhannya, saya berpendapat kita berjaya membina semula tempat ini dengan lebih baik, dan saya rasa penduduk di sini lebih bersedia untuk menghadapi masa depan yang baik," kata bekas Presiden AS, Bill Clinton selaku wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk usaha pemulihan bencana tsunami ketika ditemubual di New York.

Sebuah muzium tsunami baru berbentuk sebuah kapal bernilai AS$7.2 juta akan dibuka pada minggu ini tidak berapa jauh dari tapak kapal PLTD Apung I.

Semua kesan saki-baki bencana gempa bumi mahupun tsunami tidak langsung kelihatan.

Dari segi luaran, memang jelas pembinaan semula Aceh tampak lebih baik, tetapi apa yang dilihat bukanlah keadaan sebenar.

Salawati adalah salah seorang mangsa terselamat yang kini memulakan kehidupan baru. Keadaannya boleh dikatakan lebih baik berbanding dahulu. Ketika wartawan Reuters pertama kali menemuinya beberapa hari selepas tsunami melanda, dia dan sanak-saudaranya tinggal di khemah-khemah yang dipacak di atas tapak rumah mereka yang musnah. Dua daripada tiga anaknya korban dalam bencana itu.

Anak lelaki tunggalnya yang masih hidup sering dihantui mimpi ngeri saban malam bahawa satu lagi gelombang besar akan melanda dan menghapuskan seluruh ahli keluarganya. Mujurlah igauan itu semakin berkurangan.

Program penempatan manusia PBB membina semula rumah-rumah mangsa. Agensi binaan Indonesia (BRR) membawa Salawati ke Jakarta untuk mengikuti latihan dalam industri makanan. Sekarang dia menghasilkan produk serunding ikan yang sangat digemari di sini.

"Serunding saya nombor satu di Aceh,'' katanya sambil menunjukkan sijil sebagai bukti. "Saya bercita-cita untuk mengeksport ke seluruh Indonesia dan luar negara."

Pun begitu, dia tidak begitu ghairah tentang rumahnya. Berukuran 36 meter persegi, rumah itu lebih kecil daripada rumahnya yang asal. Sebuah lagi rumah yang dibina di perkarangan rumahnya nampak goyah dan sebab itu salah seorang saudaranya yang sepatutnya enggan berpindah dan menyewa di tempat lain.

Perasaan ini dikongsi bersama oleh kebanyakan penduduk Aceh. Semua orang berasa kagum melihat jalan raya-jalan raya, pejabat-pejabat, sekolah-sekolah dan masjid-masjid yang baru dibina. Begitupun, tidak ramai yang suka dengan rumah-rumah mereka walaupun ia kelihatan cantik.

Maimun, yang tinggal di sebuah rumah dibina oleh sebuah badan amal tidak jauh dari tapak kapal PLTD Apung I memberikan penjelasannya. "Rumah saya boleh tahan, tetapi jika saya sendiri yang bina ia mungkin lebih baik daripada ini."

Kuntoro Mangkusubroto, ketua BRR yang menyelia usaha-usaha pemulihan Aceh bersetuju dengan sentimen itu. Beliau yang sangat dihormati dan dianggap sebagai "raja" pembaharuan di Pejabat Presiden Indonesia berkata, sekiranya berpeluang melakukannya semula, beliau akan meminta penduduk Aceh membantu membina rumah-rumah mereka sendiri.

"Apabila mereka tinggal di berek (tempat tinggal sementara), mereka dapat bantuan makanan, susu dan ubat secara percuma... tetapi bila mereka mendapat rumah, mereka bertanya 'kenapa saya harus bayar bil elektrik dan air'," katanya.

Pihak kerajaan mengambil pendekatan itu selepas gempa bumi yang dahsyat melanda Yogyakarta pada 2006. Penduduk yang kehilangan rumah dan harta benda diberi bantuan secara langsung serta maklumat mengenai piawaian yang dipatuhi untuk membina semula rumah mereka. Hasil kajian dijalankan mendapati ramai yang berpuas hati dengan cara itu walaupun mutu bangunan itu diragui.

Pasukan Palang Mereka Turki membina ratusan rumah yang kemas dan tersusun, lengkap dengan taman bunga kecil yang indah di bandar persisiran Lampuuk, di mana gelombang tsunami melanda paling jauh di pedalaman sehingga 7 kilometer dari pantai. Di lereng-lereng bukit yang curam terdapat tanda ombak setinggi 10 meter.

Bill Clinton dan bekas Presiden George H.W. Bush melawat bandar ini untuk membantu mengutip derma untuk pembangunan semula Lampuuk, di mana satu-satunya bangunan yang terselamat ialah Masjid Baiturrahim yang berusia 125 tahun.Pada hari ini, satu barisan lori sampah bergerak melalui jalan utama bandar ini yang diberi nama baru "Jalan Bill Clinton/George Bush", mengangkut bahan-bahan binaan untuk membina jalan-jalan baru di bandar itu yang mempunyai pejabat-pejabat baru, sebuah sekolah, klinik, kedai runcit dan kedai cenderamata.

Rumah-rumah di situ mempunyai tandas dan bekalan air paip. Masjid Baiturrahim sudahpun dibaik pulih dengan indah. Penduduknya kelihatan lebih makmur berbanding mereka yang tinggal di lain-lain tempat yang penulis kunjungi di Indonesia.

Walaupun sampah sarap dan kesan-kesan runtuhan sudah dibersihkan, kehancuran emosi masih kekal bagi sebilangan penduduk. Di sebuah kedai kopi tepi jalan, sekumpulan pemuda kelihatan kehilangan punca. Boleh dikatakan semuanya tidak mempunyai pekerjaan dan masih bujang.

Bencana tsunami telah mengorbankan lebih banyak bilangan wanita kerana tidak ramai yang tahu berenang, kalau ada pun sibuk memimpin tangan anak-anak mereka ketika melarikan diri daripada ombak yang melanda.

"No job. No women, no cry (Tiada pekerjaan. Tiada isteri/teman wanita, tiada tangisan)," kata Andi Rahman, 30. "Anda tahukan lagu nyanyi Bob Marley itu? Kumpulan-kumpulan pembantu bina rumah-rumah, dan kerajaan memberikan latihan pekerjaan, tetapi tiada siapa yang datang membawa teman wanita untuk membantu kami," katanya sambil tersenyum. -

REUTERS


Kota Kuala Muda

Tsunami ubah kehidupan
Oleh OPAT RATTANACHOT