Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Ahad, 13 Disember 2009

Berita Ganjil....! Telor Itik Ada Imej Lelaki Berjubah...

Imam Terkejut Telur Itik Ganjil




















KUALA KRAI, 12 Dis -- Seorang imam surau di Kampung Pahi, dekat sini, terkejut apabila mendapati seekor itik betina yang dipelihara sejak tujuh bulan lepas mengeluarkan telur ganjil berwarna hitam selain mempunyai gambar berbentuk orang berpakaian jubah putih.



Sim Mamat, 73, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu setelah seekor daripada sepasang itik yang dibelinya di Pasar Sabtu, Kuala Krai sejak tujuh bulan lepas, mula bertelur sebanyak enam biji dan tiga daripadanya berwarna hitam dan tiga lagi berwarna perang.



Menurutnya, beliau hairan bagaimana itik betina mengeluarkan telur berwarna ganjil, seminggu lepas.



"Apa yang memaranjatkan saya, tiga telur itik itu berwarna hitam, tiga lagi berwarna perang, termasuk sebiji daripadannya sudah pecah," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari Sabtu.



Katanya, lebih menghairankan lagi pada kulit telur itu pula terdapat gambar menyerupai lembaga seorang lelaki berpakaian jubah dan gambar wajah seorang wanita dan tulisan Cina.



Menurutnya, beliau sudahpun menemui beberapa orang lebih tua untuk mendapat nasihat dan pandangannya berhubung kejadian itu yang menyifatkan kejadian itu sebagai anih.



Sehubungan itu, katanya, beliau dan isterinya Che Esah Ahmad, 67 tidak akan menjual telur itu kepada sesiapa selain disimpan untuk dijadikan kenangan kerana ia mempunyai nilai estotika yang menakjubkan.



"Biasanya setiap telur itik berwarna putih atau kelihatan sedikit kebiruan apabila seseekor itik itu sudah tua," katanya.



-- BERNAMA

Jumaat, 11 Disember 2009

Berita Liwat.....! RATUSAN RIBU 'RAKYAT' BERHIMPUN SELEPAS SOLAT JUMAAT..

Ini adalah laporan dari Gerakan Anti PKR.blogspot

penang bergegar lagi. sebentar tadi ratusan ribu rakyat malaysia telah turun untuk mengadakan demonstrasi bagi mendesak agar kes liwat anwar dibicarakan serentak di mahkamah syariah.masjid jamek seberang jaya penuh dengan ratusan ribu jemaah selepas solat jumaat !

mengikut laporan cnn,aljazeera,bbc dan suara yahudi online, dek kerana demonstrasi ratusan ribu di penang sebentar tadi, telah menyebabkan lebuhraya utara selatan (NKVE) telah jammed dan kenderaan didapati langsung tidak bergerak .perghh gila! mana pergi bloger penang ? megat pisau,dr novandri,pejuang bangsa,che wan dll ? apa lagi mari balun ! hahaha bloger jangan marah haa..gurau je.


****-------------------------------------***


Hahaha...


Tak marah.. tapi geram jek...


Apa citer ni,

DSAI kata, "Tangguh Tetap Tangguh!!"

Hulubalang2nya kata, "Lawan tetap Lawan...!!"


Apa2 aje lah, siapa yang akan 'Kantoi', kita tunggu je la...

Menahan Luka di Jalan Allah..






















Dengan Nama Allah SWT...




Abdullah bin Sahal ra dari Banu Abdul Asyhal bercerita, "Saya dan saudara saya ikut serta dalam perang Uhud. Kami kembali dari sana dalam keadaan terluka parah."

Tiba2 ada perintah dari Rasulullah untuk berangkat lagi mencari musuh yang masih tersisa. Lalu Abdullah ra bertanya kepada saudaranya, Rafi' bin Sahal ra, atau dia yang mengatakan kepada Abdullah ra, "Apakah kita akan tertinggal dari menyertai jihad bersama Nabi?"

Rafi' bin Sahal ra menjawab, "Tidak! (dan kita akan pergi untuk menyertainya)!" Lalu keduanya berangkat menuju suatu bukit yang bernama Hamraul Asad.

Abdullah ra berkata, "Demi Allah, pada waktu itu kami tidak mempunyai kenderaan apapun, lagi pula kami berdua dalam keadaan terluka parah. Namun demikian kami berdua tetap bertekad untuk menyertai Rasulullah." Lalu keduanya berjalan dan mereka saling memapah diantara satu sama lain.

Luka Abdullah ra tidak separah luka yang dialami oleh saudaranya. Oleh kerana itu, setelah berjalan beberapa lama, Rafi' ra kehabisan tenaga.

Maka bergilir2lah mereka berdua mendukung, Sebentar2 Abdullah ra mendukungnya dan sebentar2 Rafi' ra berjalan sendiri. Demikian keadaannya sehingga akhirnya mereka sampai juga di perkemahan kaum muslimin.




Maha Suci Allah SWT....!

Syahidnya Ubaidah bin Harits..
















Dengan Nama Allah SWT...



Pada awal perang Badar, Uthbah bin Rabi'ah mencabar kaum muslimin untuk berperang tanding (satu lawan satu). Bagaimanapun juga, cabaran itu merupakan ujian awal atas keimanan kaum muslimin. Mereka benar2 mengalami saat dan menghadapi suasana dan keadaan dimana nyawa mereka benar2 dipertaruhkan.



Walid bin Utbah dari kalangan kaum musyrikin disambut oleh Ali bin Abi Thalib ra. Syaibah bin Rabi'ah dihadapi oleh Hamzah bin Abdul Muthalib ra dan Utbah bin Rabi'ah sendiri dihadapi oleh Ubaidah bin Harits ra.



Ali ra bertarung melawan Walid. Kedua2nya adalah pemuda yang sama tangkasnya. Akan tetapi kemudian Ali ra dapat menjatuhkan Walid bin Utbah dengan mudah.



Hamzah ra melayani Syaibah. Kedua2nya pun sama tangkas dalam pertarungan ini. Namun dalam waktu yang begitu singkat Hamzah ra pun dapat membunuh Syaibah.



Ubaidah bin Harits ra melawan Utbah bin Rabi'ah. Kedua2nya saling menghunuskan pedangnya. Kedua2nya bertarung sebagaimana sahabat2 yang sebelumnya. Pada satu kesempatan, Ubaidah ra menghayunkan pedangnya dengan keras kepada Utbah sehingga memutuskan bahu sebelah kanannya.

Meskipun demikian, dengan pantas Utbah mendekati Ubaidah lalu menghayunkan pedangnya pula yang menyebabkan kaki Ubaidah putus sampai ke persendiannya. Dalam pertarungan ini kedua2nya sama2 menderita luka parah.



Melihat keadaan tersebut, Hamzah dan Ali rhum memburu Utbah dan membunuhnya. Setelah itu kedua2nya bergegas mengangkat tubuh Ubaidah ra dan membawanya ke hadapan Rasulullah saaw. Kakinya telah terputus dan tulang sumsumnya keluar. Rasulullah saaw membaringkan Ubaidah ra dan meletakkan kepalanya di pangkuan beliau sembil membersihkan debu2 yang menempel di wajahnya.



Ubaidah ra berkata, "Ya Rasulullah, demi Allah, seandainya Abu Thalib melihat keadaan saya ini, maka dia akan tahu bahawa sayalah yang berhak disebutkan dalam syairnya."




Syair Abu Thalib:


"Kami melemparkannya kepada kehancuran sehingga kami menyerang musuh di sekitarnya.
Kami tidak mengingat anak2 dan tidak juga keluarga kami."



Ubaidah ra berkata lagi, "Ya Rasulullah, apakah saya termasuk seorang syahid?"
Nabi saaw menjawab, "Ya. Kamu adalah seorang syahid dan aku yang menjadi saksinya."



Setelah Ubaidah ra menghembuskan nafas akhir, maka Rasulullah saaw sendiri yang turun ke liang lahat untuk menguburkannya di lembah Shafra'. Padahal sebelumnya beliau tidak pernah masuk ke dalam liang lahat.



HR Ibnu Asakir dari Muhammad bin Ali bin Husain dalam kitab Kanzul Ummal jilid V halaman 272 dan HR Hakim dari Az Zuhri dalam kitabnya jilid III halaman 188.



Maha Suci Allah SWT...

Khamis, 10 Disember 2009

Ayah dan Anak Berebut Syahid





Dengan Nama Allah SWT....


Kefahaman para sahabat atas keredhoan Allah SWT, Hari Akhir, Syurga dan hal2 yang seumpama dengan itu adalah kefahaman yang terbaik diantara kita para manusia. Bukan kita orang2 akhir zaman, dan bukan pula wali2 yang jelas2 telah menjadi asbab tersebarnya dienul Islam ke seluruh pelosok dunia.



Ketika Rasulullah saaw hendak berangkat ke Badar pada saat2 dimana Allah SWT menguji keimanan mereka, maka Sa'ad bin Khaitsamah ra dan ayahnya, Khaitsamah bin Harits ra, saling berebut untuk turut menyertai Rasulullah saaw ke Badar.



Mengetahui hal itu, maka Rasulullah saaw menentukan, "Yang boleh pergi hanya salah seorang diantara kalian. Jadi undilah diantara kalian berdua."



Khaitsamah ra berkata kepada anaknya, Sa'ad ra, "Lebih baik aku saja yang pergi dan kamu tinggal untuk menjaga kaum perempuan."



Sa'ad ra menjawab, "Kalau tidak kerana syurga, maka saya akan mengalah kepadamu, ayah. Akan tetapi saya ingin sekali mendapatkan syurga."



Ketika diundi, maka nama Sa'ad yang keluar. Dengan demikian maka dialah yang diizinkan untuk mengikuti perang bersama Nabi saaw ke Badar. Dan dalam perang tersebut ternyata Sa'ad terbunuh oleh Amr bin Abdu Wadd.



HR Hakim dalam kitabnya jilid III halaman 189.





Maha Suci Allah SWT...