Dengan Nama Allah SWT...
Setelah selesai peperangan, kaum muslimin Madinah berjaya menghalau kaum kafirin kembali ke kampung halaman mereka. Salah seorang dari musuh-musuh Allah itu kembali ke rumahnya, tetapi tidak menemui isteriya di sana. Dia menyangka isterinya telah ditawan kaum muslimin. Maka dia pun bersumpah tidak akan kembali ke rumah sebelum dapat bertemu dengan isterinya. Dia mulai mengintai pasukan kaum muslimin.
Ketika hari mulai gelap, Rasulullah saaw memerintahkan pasukannya untuk beristirehat. Amar bin Yasir dan Ubad bin Basyr ditugaskan untuk berjaga-jaga (hirosah). Ubad berkata kepada Amar, "Malam yang mana yang kau sukai, awal atau akhirnya?" "Biarkan untukku awalnya," jawab Amar. Amar pun membaringkan tubuhnya dan tertidur.
Ubad beranjak mengerjakan sholat. Dia tidak menduga ada sepasang mata sedang mengawasi mereka sejak tadi. Orang itu bergerak mendekati Ubad dan Amar. Pada jarak yang tidak terlalu jauh, orang itu melepaskan anak panah lantas mengenai Ubad. Namun, sahabat nabi itu tetap berdiri dalam sholatnya. Panah kedua dan ketiga dilepaskan dan mengenai tubuh Ubad. Tapi mujahid Anshar ini tetap meneruskan rukuk dan sujudnya. Setelah itu, Ubad membangunkan Amar. Melihat Amar bangun, orang itu lantas melarikan diri, kerana takut mendapat tindak balas.
Tubuh Ubad bercucuran darah. "Subhanallah, kenapa kamu tak membangunkan aku ketika pertama kali dia memanahmu?" tanya Amar. Ubad menjawab, "Ketika itu aku sedang khusyu` membaca satu surat, aku tak ingin memutuskannya. Maka satu demi satu anak panah mengenaiku, aku pun rukuk dan sujud, lalu membangunkanmu.
Demi Allah, kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas yang diperintahkan Rasulullah, aku akan biarkan orang itu membunuhku hingga aku selesaikan bacaanku."
Demikianlah bentuk khusyu` para sahabat Nabi saaw. Tajamnya anak panah tak mampu memutuskan komunikasinya dengan Allah SWT. SEbegitu hebatnya kekhusukan, bagaikan sholat itu suatu istirehat yang mengasyikkan..
Ya, ketika Rasulullah saaw. menghadapi berbagai masalah, beliau segera memanggil Bilal agar memanggil kaum muslimin.
"Istirehatkan kita dengan sholat, hai Bilal?" Demikian sabda Rasul saaw. Beliau menjadikan sholat sebagai satu daripada cara untuk melegakan diri atas segala beban yang ditanggungnya.
Bagaimana dengan kita?
Tubuh-tubuh kita tegak berdiri di masjid-masjid, tapi fikiran dan perasaan kita jauh melayang ke luar masjid untuk urusan perniagaan, memikirkan nasib dan keadaan anak-anak di rumah, dan membuat rencana-rencana masa depan. Fikiran itu terus melambung dan meluas, sehinggalah kita mendengar imam mengucapkan assalaamu`alaikum. Kita pun terkejut, kaget ... seolah-olah seseorang membangunkan kita dari dengkuran yang lena.
Sholat telah selesai, tapi tidak terasa kesan dari sholat yang kita kerjakan.
Mungkin ini masalah kita. Bahawa banyak di antara manusia yang tetap menjaga sholatnya, tetapi masih melakukan maksiat dan kezaliman. Inilah salah satu penyebab kita tidak dapat khusyu` dalam sholat. Kita tidak menyedari bahawa Allah SWT ada di hadapan kita.
Kalaulah sedemian keadaannya, bagaimana mungkin kita dapat menjadi mujahid-mujahid seperti Amar bin yasir atau Ubad bin Bisyr...
Maha Suci Allah SWT......!